definisi pengajaran berasaskan projek

8
Definisi Pengajaran Berasaskan Projek . Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokus kepada tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperoleh ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan. Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999).

Upload: harris

Post on 09-Feb-2016

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

definisi projek

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Pengajaran Berasaskan Projek

Definisi Pengajaran Berasaskan Projek

.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokus

kepada tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia

biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran

berasaskan projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam

bentuk projek sebagai cara murid memperoleh ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran

kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.

Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William

Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang

dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan

berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran

akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi

pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam

sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara

berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada

diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian

menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada

pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999).

Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi

projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala

maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini, pelajar

mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema dipilih

sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan cara ini,

projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar.

Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah memahami

isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini, pelajar akan

dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam suatu situasi

sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan menjalankan projek

Page 2: Definisi Pengajaran Berasaskan Projek

selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan menjalankan kerja-kerja projek

ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di samping mengembangkan potensi

diri mereka secara global dan menyeluruh, selain mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang

baru dikuasai.

Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran

murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk

melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan hal

yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti

permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat

menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang

sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.

Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea

konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui

kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah

menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk- tajuk

yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan cara

mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak sebagai

pembimbing. 

Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu

melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji

aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi

peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat

pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

Page 3: Definisi Pengajaran Berasaskan Projek

Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek

Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ini

mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru dengan pelajar akan lebih

mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif

pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan utama

strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam

mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah. Keadaan ini

membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya berani dan

yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan seterusnya menyelesaikan

masalah. Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih

oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik

minat pelajar. Keadaan ini membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa

tekanan yang membebankan.

Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk

mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong

mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna.

Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja

projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif

dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap

koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di

dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan

dipupuk.

Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran dan

pembelajaran Sains ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam

kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.

Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan

projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri

maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti

pusat sumber, media massa dan internet.

Page 4: Definisi Pengajaran Berasaskan Projek

Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar.

Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka

lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan

para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain.

Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat

pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran

psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi

peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini

juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi

peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan

menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam

berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa sumbangan idea

mereka dihargai.

Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan

masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti

yang dijalankan bermakna dan berilmiah.

Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan pelajar

yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, menolong

pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar dalam

pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan

pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu

komuniti, menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan

pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat

pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat menggunakan

pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu. Tambahan pula ia

memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang berfaedah. Apabila sesuatu

objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan membolehkan murid menikmati rasa

kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan mendorong murid supaya berusaha secara

berterusan dengan lebih tekun lagi.

Page 5: Definisi Pengajaran Berasaskan Projek

Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan projek,

namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini

memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa

meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana

maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu

untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan

semata-mata untuk menyiapkan projek ini.

Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah

mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara

berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia

akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam

pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada

pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk

mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek

dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan

sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang

diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar

untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh

menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek yang

diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam tugasan yang

diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam

kumpulan.

Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula

melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus mengeluarkan

perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat

projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan seperti pensil warna,

Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak lagi.

Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh dan

menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu

projek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang

menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini

akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak

Page 6: Definisi Pengajaran Berasaskan Projek

diiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap pembelajaran

mereka pada masa hadapan.

Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak

kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi ini lebih menekankan

kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya

kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka suasana

pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding

menggunakan cara pengajaran seperti biasa.