pembangunan perisian pengajaran berasaskan … fileperpustakaan universiti teknologi malaysia...

25
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIVISME NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK KEELEKTRIKAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH MOHAMAD SYAZWAN BIN ABU BAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungdieu

Post on 08-May-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL

KONSTRUKTIVISME NEEDHAM LIMA FASA

BAGI TAJUK KEELEKTRIKAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS

SEKOLAH RENDAH

MOHAMAD SYAZWAN BIN ABU BAKAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN

MODEL KONSTRUKTIVISME NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK KEELEKTRIKAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: MOHAMAD SYAZWAN BIN ABU BAKAR (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 2375, TAMAN MERBAU PATAH, 20050 K.TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.

EN. MOHD ALI BIN IBRAHIM

Nama Penyelia

Tarikh:______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

i

PENGAKUAN

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami*

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : _____________________________

Nama Penyelia : ENCIK MOHD ALI BIN IBRAHIM

Tarikh : _____________________________

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

ii

PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL

KONSTRUKTIVISME NEEDHAM LIMA FASA

BAGI TAJUK KEELEKTRIKAN DALAM MATAPELAJARAN SAINS

SEKOLAH RENDAH.

MOHAMAD SYAZWAN BIN ABU BAKAR

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : _____________________________

Nama Pelajar : MOHAMAD SYAZWAN BIN ABU BAKAR

. Tarikh : _____________________________

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

iv

DEDIKASI

Tesis ini ku tujukan khas buat ayahanda, bonda, kekanda dan adinda tersayang…..

En. Abu Bakar Bin Endut Pn. Naziah Binti Ab. Aziz

Fatimah Kamila Binti Abu Bakar

Muhammad Zulhilmi Bin Abu Bakar Nur Syuhada Binti Abu Bakar

Muhammad Imran Bin Abu Bakar Nur Syakirah Binti Abu Bakar

“ Terima kasih di atas doa dan dorongan kalian “

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji

bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad SAW. Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi di atas nikmat iman dan islam

yang tidak dapat dinilai dengan segala nikmat yang lain. Syukur dengan keizinanNya

penulis dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna.

Di kesempatan yang ada ini, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda En. Mohd Ali Bin Ibrahim di atas

bimbingan, panduan dan kata-kata nasihat yang berguna diberikan sepanjang tempoh

menjalankan pembangunan perisian pengajaran ini.

Jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda iaitu Encik Abu Bakar Bin Endut

dan Puan Naziah Binti Ab. Aziz atas segala kesabaran, nasihat dan dorongan tanpa jemu.

Begitu juga kepada Nurul Ain Binti Mohd Zaid dan Ahmad Khairi Bin Mat Ali yang

banyak membantu dalam menyumbang idea yang amat berguna.

Penghargaan juga kepada rakan-rakan serta individu-individu yang terlibat

bagi menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Ribuan terima kasih

diucapkan, moga segala usaha dan bantuan yang dihulurkan mendapat balasan yang

setimpal dari Nya.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

vi

ABSTRAK

Tujuan projek ini ialah untuk membangunkan dan merekabentuk sebuah perisian

pendidikan bagi matapelajaran sains sekolah rendah yang menggunakan strategi

pembelajaran yang berasaskan model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang

mengandungi fasa orientasi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa

aplikasi idea dan fasa refleksi. Selain itu, proses pembangunan perisian ini juga

berpandukan kepada model rekabentuk sistem instruksi iaitu model ADDIE yang terdiri

daripada fasa-fasa Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian

perisian Microsoft PowerPoint 2003 digunakan sebagai perisian utama selain daripada

perisian tambahan yang turut membantu iaitu Adobe Photoshop 7.0. Topik yang dipilih

untuk projek ini ialah Keelektrikan Dalam Matapelajaran Sains Sekolah Rendah.

Penilaian formatif telah dilaksanakan di kalangan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing

yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan perisian manakala

penilaian sumatif juga telah dilakukan di kalangan sepuluh orang guru sains yang dipilih

berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang sains. Keputusan penilaian menunjukkan

bahawa perisian tersebut memuaskan dari segi isi kandungan, aktiviti, rekabentuk dan

penggunaannya.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

vii

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop and design an educational software for

Primary Science that used Needham’s Five Phases Of Constructivist Model which are

orientation, generating idea, restructuring idea, application and reflection. The

development process was based on the instructional systems design which is ADDIE

model that contains phases of Analysis, Design, Development, Implementation, and

Evaluation. Microsoft PowerPoint 2003 was chosen as the primary authoring tool to

create the multimedia application and supported by other multimedia software such as

Adobe Photoshop 7.0. The electricity In Science Curriculum For Primary School was the

topic selected for this project. The formative and sumative evaluation were done for this

project. The software evaluated was evaluate by ten chosen experience science teachers

and the result shows that this educational software is rated as being moderate in syllabus

content, activities, design and the purpose.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI LAMPIRAN x

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Rasional Projek 7

1.6 Kepentingan Projek 8

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

ix

1.7 Dan Batasan Projek 9

1.8 definisi Istilah 10

1.8.1 Multimedia 10

1.8.2 Perisian Pengajaran 11

1.8.3 Model Konstruktivisme Needham Lima Fasa 11

1.9 Rumusan 12

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Penggunaan Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan 14

2.2.1 Keberkesanan Teknologi Multimedia Dalam 16

Pendidikan

2.3 Matapelajaran Sains Sekolah Rendah 17

2.3.1 Masalah Mempelajari Matapelajaran Sains Sekolah 17

Rendah

2.4 Teori Pembelajaran 19

2.4.1 Teori Behaviourisme 20

2.4.2 Teori Kognitif 21

2.4.3 Teori Konstruktivisme 22

2.4.4 Implikasi Teori Konstruktivisme Terhadap 24

Pengajaran Pembelajaran Sains

2.4.5 Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham 25

2.5 Model Instruksi Bersistem 27

2.5.1 Model Addie 27

2.5.2 Model Hanaffin & Peck 28

2.6 Penutup 28

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

x

BAB 3 REKA BENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran Yang Digunakan

Dalam Pembangunan Perisian 31

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 31

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 34

3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 36

3.2.4 Fasa Penilaian 37

3.3 Carta Aliran Perisian 37

3.4 Reka Bentuk Aplikasi Yang Dibangunkan 38

3.4.1 Reka Bentuk Informasi 39

3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 40

3.4.3 Reka Bentuk Antara Muka/Visual 41

3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Perisian 42

3.5.1 Microsoft Power Point 43

3.5.2 Adobe Photoshop 7.0 44

3.5.3 Sound Forge 5.0 44

3.6 Penyebaran Perisian Yang Dihasilkan 44

3.7 Penyebaran Aplikasi Yang Diperlukan 45

3.8 Penutup 45

BAB 4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 47

4.2 Cara Penggunaan Perisian 48

4.3 Reka Bentuk Antara Muka / Visual 48

4.3.1 Antara Muka Persembahan Montaj 49

4.3.2 Antara Muka Menu Utama Perisian 50

4.3.3 Antara Muka Pilihan ‘Lesson’ 51

4.3.4 Antara Muka Pilihan ‘Exercise’ 53

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

xi

4.3.5 Antara Muka Pilihan ‘Glosarry’ 59

4.3.6 Kemudahan Lain Dalam Perisian 60

4.4 Reka Bentuk Informasi 61

4.5 Reka Bentuk Interaksi 69

4.6 Ciri-Ciri Multimedia Dalam Perisian 69

4.6.1 Teks 70

4.6.2 Grafik 70

4.6.3 Animasi 71

4.6.4 Audio 71

4.7 Penilaian Keberkesanan Perisian 71

4.7.1 Pandangan Dan Cadangan Berkenaan Isi

Kandungan Perisian 72

4.7.2 Pandangan Dan Cadangan Berkenaan Reka

Bentuk Perisian 73

4.7.3 Pandangan Dan Cadangan Berkenaan Aktiviti

Yang terdapat Dalam Perisian 74

4.8 Penutup 75

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan 76

5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan

Perisian 78

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 78

5.3.2 Kekurangan Masa 79

5.4 Kelebihan Dan Kelemahan Perisian 80

5.4.1 Kelebihan Perisian 80

5.4.2 Kelemahan Perisian 81

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

xii

5.5 Cadangan Kajian Dan Pembinaan Lanjutan 82

5.6 Penilaian Formatif 83

5.7 Kesimpulan 84

BIBILIOGRAFI 85

LAMPIRAN 89

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Aliran Kerja Model ADDIE 27

2.2 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem

Hanaffin &Peck 28

4.1 Antara Muka Montaj 1 49

4.2 Antara Muka ‘Quit’ 50

4.3 Antara Muka Menu Utama 51

4.4 Antara Muka Pilihan Science Year 2

(The Magic Of Baterries) 52

4.5 Antara Muka Pilihan Science Year 3 (Electricity 1) 52

4.6 Antara Muka Pilihan Science Year 3 (Electricity 2) 53

4.7 Antara Muka Pilihan ‘Exercise’ 54

4.8 Antara Muka Pilihan Science Year 2

(The Magic Of Baterries) 55

4.9 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Positif Bagi

Science Year 2 (The Magic Of Baterries) 55

4.10 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Negatif Bagi

Science Year 2 (The Magic Of Baterries) 56

4.11 Antara Muka Pilihan Science Year 3 (Electricity 1) 56

4.12 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Positif Bagi

Science Year 3 (Electricity 1) 57

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

xiv

4.13 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Negatif Bagi

Science Year 3 (Electricity 1) 57

4.14 Antara Muka Pilihan Science Year 3 (Electricity 2) 58

4.15 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Positif Bagi

Science Year 3 (Electricity 2) 58

4.16 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Negatif Bagi

Science Year 3 (Electricity 2) 59

4.17 Antara Muka Pilihan ‘Glosarry’ 60

4.18 Antara Muka Menu Penggunaan 61

4.19 Antara Muka Pilihan Science Year 2

(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik

How To Use A Baterry 62

4.20 Antara Muka Pilihan Science Year 2

(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik

How To Use A Baterry 62

4.21 Antara Muka Pilihan Science Year 2

(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik

How To Use A Baterry 63

4.22 Antara Muka Pilihan Science Year 2

(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik

How To Use A Baterry 64

4.23 Antara Muka Pilihan Science Year 2

(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik

How To Use A Baterry 65

4.24 Antara Muka Pilihan Science Year 2

(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik

How To Use A Baterry 66

4.25 Antara Muka Pilihan Science Year 2

(The Magic Of Batteries) Dengan Subtopik

How To Use A Baterry 67

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

xv

4.26 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Positif Bagi

Science Year 2 (The Magic Of Batteries) Dengan

Subtopik How To Use A Baterry 67

4.27 Antara Muka Pilihan Maklum Balas Negatif Bagi

Science Year 2 (The Magic Of Batteries) Dengan

Subtopik How To Use A Baterry 68

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Alir Utama Bagi Pembangunan Perisian 89

B Borang Penilaian 91

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan suatu bahagian yang sangat penting dalam

menjadikan Malaysia ke arah negara yang maju selaras dengan wawasan 2020.

Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan salah satu usaha

membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang pada masa akan datang.

Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang berupaya

meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap yang lebih tinggi dan

berkualiti agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Sistem pendidikan

perlu berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan politik yang

berubah dengan hebat dan pantas. Intelektual kapital akan menjadi asas kukuh

daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Penggunaan

teknologi yang berleluasa pada masa akan datang akan memberi impak yang besar

kepada pendidikan di Malaysia. Prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan

sesuatu institusi, organisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan

mestilah bersedia bagi menghadapi gelombang perubahan alaf baru dan berfungsi

pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

2

Amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah amat penting dalam

merealisasikan falsafah pendidikan negara. Penggunaan teknologi di alaf baru dapat

meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Muhammad

Hassan (1998) dan Sundhaltz (1997) telah menyuarakan bahawa penggunaan

teknologi di sekolah boleh mendorong bagi memudahkan pengajaran dan

pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan teknologi yang berbagai bentuk dan

cara dapat menarik minat pelajar serta memudahkan guru semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Selain itu, Perkembangan teknologi multimedia yang

menekankan unsur-unsur pembelajaran interaktif menjanjikan potensi yang besar

dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat dan juga cara

menyesuaikan setiap maklumat yang diperolehi dengan pengetahuan sedia ada

(Jamalludin dan Zaidatun, 2003).

Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sudah lama

menggunakan teknologi berkomputer dalam sektor-sektor lain sebagai contoh dalam

sektor perindustrian kilang, dengan penggunaan teknologi ini ia dapat menjadikan

sistem kilang lebih bersistematik yang mana ia akan membantu penghasilan suatu

produk dengan semaksimum mungkin. Manakala, penggunaan teknologi moden

dalam sistem pendidikan di Malaysia masih berada di tahap yang kurang memuaskan

berbanding dengan negara-negara yang maju. Penggunaan komputer bukan hanya

mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai

alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir

semua mata pelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997).

Oleh itu, kementerian pelajaran Malaysia telah memperkenalkan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ke dalam sistem pendidikan. PBK ini

merupakan suatu kaedah pengajaran yang memanfaatkan teknologi menerusi

pengaplikasian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang

berlaku di sekolah. Kaedah PBK ini merupakan suatu kaedah yang menarik,

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

3

berdinamik dan merupakan suatu alat pengajaran yang berkesan (William, 1994).

Kaedah ini dijangkakan dapat mengubah corak pendidikan di Malaysia ke arah yang

lebih bermutu dan berwawasan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dunia telah melangkah ke alaf baru di mana globalisasi teknologi sentiasa

berkembang pesat ibarat tiada penghujung. Justeru itu, maka wujudlah alat, media

dan teknologi baru yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia dan

perkembangan ini amat penting bagi sesebuah negara dalam melangkah ke arah

negara maju. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat

memperkembangkan fungsi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu bagi

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan berkesan dan

bertanggungjawab. Namun apa yang berlaku dalam bidang pendidikan terutamanya

Malaysia, tidak selaras dengan kemajuan Negara dalam penggunaan teknologi. Ini

kerana, tahap penggunaan teknologi baru seperti komputer masih berada di tahap

yang kurang memuaskan disebabkan adanya beberapa masalah dan perkara yang

terlepas pandang. Seperti yang kita sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer memberi banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu

guru dan pelajar terutamanya dalam bidang Sains. Tetapi kebanyakan guru-guru

yang dikatakan golongan veteran kurang mengambil perhatian terhadap penggunaan

teknologi dalam pengajaran dalam bilik darjah.

Terdapat sesetengah guru yang masih mengamalkan pengajaran secara

tradisional seperti ‘chalk and talk’, nota guru dan sebagainya walaupun telah muncul

penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan

matematik di sekolah Bagi mereka, pengajaran secara tradisional ini mampu

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

4

memberi kefahaman kepada pelajar untuk memahami suatu konsep Sains dan cara

tersebut dapat memberi ‘input’ yang banyak kepada pelajar. laupun demikian, masih

terdapat kekurangan di dalam pengajaran yang bercorak tradisional ini. Razali Ismail

(2002) berpendapat bahawa pengajaran secara tradisional memberi penekanan

kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah saintifik atau matematik secara

terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Penekanan kepada penghafalan akan

menyebabkan pelajar rasa bosan dan seterusnya tidak bersungguh-sungguh untuk

belajar. Selain itu,kajian mendapati dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains,

kebanyakan guru memberi penekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran lebih

daripada menjalankan aktiviti pemerolehan kemahiran proses Sains

(Norasyikin,2001). Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara

tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah

saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai.

Oleh itu, guru perlulah berusaha mencari jalan bagaimana untuk menigkatkan

mutu pengajaran supaya maklumat yang disampaikan oleh guru dapat diserap masuk

ke dalam minda pelajar. Menurut Mok (2002), pentingnya teknik dan strategi

pengajaran di dalam bilik darjah yang akan dapat menarik minat pelajar,

mengekalkan perhatian seterusnya menerapkan sesuatu konsep Sains secara berkesan

kepada pelajar. Manakala bagi Kamarudin dan Kamarul Azhar (1993) pula

menegaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan hanya akan

dapat dicapai sekiranya guru Sains merancang terlebih dahulu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran mengikut strategi pengajaran yang sesuai dengan topik Sains yang

diajar.

Cara pengajaran yang paling berkesan pada masa sekarang ini ialah melalui

pembelajaran berbantukan komputer (PBK). Pembelajaran ini mengandungi

persembahan multimedia yang mengandungi berbagai bentuk pembelajaran mampu

menarik minat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Apabila pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran

secara aktif,mereka akan mendapati proses pembelajaran lebih menyeronokkan serta

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

5

memberi kepuasan berbanding proses pembelajaran yang dilalui secara pasif (Fry

dan Coe dalam Jamalluddin, 2003). Masalah ketara yang boleh dilihat sekarang ialah

kebanyakan guru lebih menumpukan pengajaran yang berorientasikan peperiksaan

tanpa mengira kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep subjek yang diajar. Bahan

pembelajaran yang terlalu berorientasikan peperiksaan, tidak kreatif serta lebih

bercorak e-book tidak mampu menarik minat serta perhatian pelajar untuk

mempelajari Sains (Ng Soo Boon dalam Poh Swee Hiang, 2000). Keadaan ini boleh

diatasi jika pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer digunakan yang

mana mengandungi perisian yang berlandaskan teori-teori pembelajaran yang sesuai

seperti behaviourisme, kognitif, konstruktivisme, neurosains dan sebagainya.

Perisian pengajaran yang baik penting dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan mampu meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kebanyakan perisian yang berada di pasaran

sekarang hanya mementingkan elemen-elemen multimedia semata-mata tanpa

menekankan kepada kualiti isi kandungan perisian yang berasaskan sesuatu teori. Rio

Sumarni dalam petikan Mohd. Khairi (2003) menyatakan, kebolehdapatan perisian di

sekolah adalah rendah dan kebanyakan perisian yang digunakan adalah jenis produk

komersial serta tidak sesuai dari segi bahasa, budaya dan kurikulum sekolah di

Malaysia. Penerapan teori pembelajaran yang sesuai ke dalam perisian dapat

membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini

disokong oleh Gagne (1985) yang mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan

perisian adalah untuk mewujudkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara

arahan dengan kesan ke atas proses pembelajaran dan jangkaan pembelajaran yang

dapat dihasilkan melalui proses-proses tersebut. Justeru itu, perisian yang dibina

mestilah menepati teori pembelajaran tertentu supaya proses pengajaran tidak

terpesong dari objektif pembelajaran.

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

6

1.3 Pernyataan Masalah

Sains sekolah rendah adalah merupakan matapelajaran yang memberi

penekanan terhadap suatu perkara asas yang berkaitan dengan kehidupan pelajar itu

sendiri. Justeru itu, amat penting bagi seorang pelajar itu memahami konsep asas

tersebut dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya, masalah

pembelajaran Sains berlaku bukan disebabkan mereka tidak tahu tentang Sains

sebaliknya disebabkan mereka sudah pun tahu serba sedikit tentang Sains

(Lilia,T.Subahan dan Zolkepeli, 2002). Selain itu, Menurut Bloom dalam T. Subahan

(1999), pembelajaran yang tidak sempurna di peringkat awal akan menyebabkan

pembelajaran yang tidak sempurna di peringkat susulan.

Dalam sistem pendidikan yang sedia ada, proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah lebih banyak menggunakan konsep hafalan terhadap fakta

yang diberikan oleh guru. Menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), cara

sebegini sebenarnya menimbulkan banyak masalah terutama untuk mengingat fakta

yang terlalu banyak dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk

mengenainya apabila diperlukan. Oleh yang demikian, penggunaan perisian yang

berkualiti dalam pengajaran perlu dititikberatkan di kalangan guru. Ini dikukuhkan

lagi dengan kenyataan Weinraub (1998) dalam Sufia Ismail (2006), dalam kajian

beliau peratus pemahaman pembelajaran pelajar dengan menggunakan perisian

berunsurkan multimedia adalah lebih tinggi berbanding dengan kaedah pembelajaran

secara tradisional.

Begitu juga dengan perisian yang sedia ada di pasaran kebanyakannya tidak

menepati teori-teori pembelajaran dan memerlukan guru yang mempunyai kemahiran

yang tinggi dalam mengendalikan perisian tersebut. Oleh itu, pengkaji bercadang

untuk membina perisian berkenaan dengan topik ‘Electricity’ yang mampu

memudahkan para guru dan pelajar dalam PBK.

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN BERASASKAN … filePerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat ... banyak membantu dalam ... perisian tambahan yang turut membantu

7

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek pembangunan perisian ialah :-

i. Membangunkan perisian pengajaran Sains sekolah rendah dalam tajuk

Electricity yang mengandungi topik the magic of batteries, electricity 1

dan electricity 2 mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Sains KBSR

berasaskan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham.

ii. Menilai kesesuaian reka bentuk perisian berasaskan kepada Model

Konstruktivisme Needham Lima Fasa Bagi Tajuk Keelektrikan Dalam

Matapelajaran Sains Sekolah Rendah.

1.5 Rasional Projek

Teknologi komputer merupakan perkara utama yang banyak mendorong

sesebuah negara atau masyarakat mencapai kemajuan dan kejayaan fizikal dalam

semua bidang termasuk pendidikan. Meningkatnya pencapaian sesebuah negara

dalam bidang pendidikan menunjukkan tahap kemajuan negara melahirkan

masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pembentukan masyarakat yang

produktif seperti itu merupakan tumpuan negara kita ke arah mencapai matlamat

wawasan 2020.

Perisian pengajaran yang dibangunkan dalam topik Electricity menggunakan

Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham di mana teori ini memudahkan para guru

untuk menyampaikan sesuatu konsep Sains dengan jelas, ringkas dan padat. Perisian