tamadun peribumi

23
PENGENALAN Masyarakat Peribumi adalah penghubung kepada sejarah dan tamadun awal di tanah air kita. Sejarah negara Malaysia telah mencatatkan bahawa negara kita pernah diduduki oleh manusia berzaman-zaman sejak zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal), diikuti dengan Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah), Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) dan Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi). Sebagai contoh, Suku kaum orang asli Negrito dan Senoi merupakan keturunan orang Mesolitik. Bukti-bukti arkeologi telah menunjukkan bahawa beberapa kawasan di negara kita telah didiami oleh manusia.

Upload: geraldine-khor

Post on 03-Jul-2015

480 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Peribumi

PENGENALAN

Masyarakat Peribumi adalah penghubung kepada sejarah dan tamadun

awal di tanah air kita. Sejarah negara Malaysia telah mencatatkan bahawa

negara kita pernah diduduki oleh manusia  berzaman-zaman sejak zaman

Paleolitik (Zaman Batu Awal), diikuti dengan Zaman Mesolitik (Zaman Batu

Tengah), Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) dan Zaman Logam (Zaman

Gangsa-Besi). Sebagai contoh, Suku kaum orang asli Negrito dan Senoi

merupakan keturunan orang Mesolitik. Bukti-bukti arkeologi telah menunjukkan

bahawa beberapa kawasan di negara kita telah didiami oleh manusia.

Page 2: Tamadun Peribumi

Konsep Peribumi

Secara umum, istilah peribumi merujuk kepada kumpulan etnik yang natif

kepada wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah

negara. Kumpulan etnik ini telah wujud sebelum negaranya dibentuk. Secara

spesifik, masyarakat peribumi adalah merujuk kepada penduduk asal negara

Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung

dan pelbagai kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Mengikut

Perlembagaan Malaysia, peribumi atau bumiputra diertikan sebagai anak watan

asal atau naif dan ini merujuk kepada orang Melayu, orang Asli dan pribumi

Sabah dan Sarawak. Di Sabah, peribumi dimaksudkan sebagai warganegara

berketurunan peribumi seperti Orang Dusun/Kadazan, Murut, Bajau, Sulu,

Iranun, Kedayan, Melayu Brunei, Lun Dayeh Sungei dan kumpulan peribumi lain.

Di Sarawak, peribumi adalah seorang warganegara Malaysia yang tergolong

dalam salah satu kumpulan etnik seperti Iban, Bidayuh, Melayu Melanau,

Murut/Lun Bawang, Kenyah, Kelabit, Kayan, Bisaya, Punan, Penan, dan

kumpulan kecil lain.

Di negara-negara yang ditubuhkan, masyarakat peribumi ini dikenali

dengan pelbagai istilah rujukan seperti Orang Asli, Natif, Suku Terasing, Chao

Khao (Orang Bukit), Tribal Filipino, Ainu, Aboriginal, Indian dan sebagainya.

Dalam kebanyakan wilayah atau negara, masyarakat peribumi mendiami

kawasan-kawasan pinggir, pedalaman dan pergunungan.

Page 3: Tamadun Peribumi

Klasifikasi Peribumi Malaysia

Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 1995 berjumlah 29.69 juta orang

dan penduduk peribumi / bumiputera berjumlah 11.95 juta orang seperti yang

ditunjukkan pada jadual di bawah.

Kumpulan Jumlah (juta) Peratus (%)

Peribumi/bumiputera 11.95 61.7

Cina 5.29 27.3

India 1.50 7.7

Lain-lain 0.64 3.3

Jumlah 19.38 100.0

Bukan warganegara 1.31

Jumlah Penduduk Malaysia

Di Malaysia, masyarakat peribumi terdiri daripada orang Asli, Melayu dan

natif di Sabah dan Sarawak.

Orang Asli

Masyarakat orang Asli terdiri daripada tiga buah rumpun bangsa utama

iaitu Semang-Ngerito, Senoi dan Melayu Asli/Melayu-Proto. Orang Asli menghuni

di semua negeri Semenanjung kecuali Pulau Pinang dan Perlis. Catatan sejarah

telah membuktikan bahawa masyarakat orang Asli merupakan manusia pertama

menduduki negara ini. Mengikut beberapa teori sejarah, kumpulan manusia yang

pertama sampai ke negara ini adalah kumpulan suku Ngerito. Kumpulan

manusia pertama ini dipercayai sudah sampai ke sini kira-kira 25000 tahun yang

lalu. Diikuti oleh kumpulan orang Senoi yang telah sampai ke sini sekitar 6000-

8000 tahun yang lalu dan barulah kumpulan Melayu Asli yang sampai ke sini

sekitar 4000 tahun kemudian.

Page 4: Tamadun Peribumi

Setiap buah rumpun bangsa ini mengandungi enam suku kaum (Jadual

1), menjadikan keseluruhannya 18 suku kaum. Mereka mengamalkan cara hidup

yang berbeza dan bertutur dalam bahasa dan dialek yang berbeza juga.

Mengikut ahli linguistik, masyarakat Orang Asli bertutur dalam 12 buah bahasa

(dan dialek) yang lahir dari dua buah rumpun bahasa yang utama : Austroasiatik

dan Austronesia. Orang-orang Semang-Ngerito dan Senoi bertutur dalam

bahasa dari rumpun Austroasiatik. Bahasa mereka ada persamaan dengan

bahasa Mon-Khmer. Manakala orang Melayu-Proto pula bertutur dalam bahasa

dari rumpun Austronesia. Bahasa ini diperuntukkan di seluruh Kepulauan Melayu

dan di beberapa bahagian Kepulauan Pasifik (Malayo-Polynesia). Kaum orang

Asli yang berbeza mempunyai budaya, bahasa dan cara hidup yang berbeza.

Rumpun Suku Bangsa Kawasan Bilangan

Penduduk

Semang-

Ngerito

Bateq, Jahai, Kensiu, Kintak,

Lanoh, Mendriq

Perak(utara), Kedah

dan Kelantan

3172

Senoi Che’Wong, Jahut, Mahmeri,

Semai, Semoq Beri, Temiar

Bahagian tengah negeri

Perak, Pahang,

Selangor dan Negeri

Sembilan.

59440

Melayu-

Proto

Jakun, Orang Kanak, Orang

Kuala, Orang Seletar,

Semelai, Temuan

Bahagian selatan

Pahang dan negeri

Johor

30117

Jumlah 92729

Jadual 1 : ORANG ASLI SEMENANJUNG

Page 5: Tamadun Peribumi

Penduduk Peribumi Sabah

Menurut Banci Penduduk 1980, semua penduduk Sabah, yang terdiri

daripada 39 buah kelompok etnik semuanya, dikategorikan sebagai peribumi

(Jadual 2). Peribumi Sabah dipercayai berasal dari tanah besar Asia dan bertutur

dalam bahasa-bahasa dari rumpun Austronesia.

Rumpun dan Suku Bangsa Bil. Penduduk

DUSUNIC:

Dusun, Kadazan, Kimarang, Labuk, Lotud, Kuijau,

Tatana, Tengara, Bisaya, Rungus, Dumpas

476981

PAITANIC :

Tambuana, Kinabatangan Ulu, Sinabu,

Lobuu/Rumanau, Sungai, Lingkabau

52751

MURUTIC :

Kolod/Okolo, Gana, Kalabakan, Sebangkung,

Serudung, Tagal/Sumambu, Baukan, Nabay,

Timugon

63803

LUNDAYEH -

BONGGI 1400

ILLANUN 11415

SULUK/TAUSUG 25062

BUGIS -

IDA’AN -

BENGKHAK/MANGKAAK 7055

BAJAU 166843

MELAYIC :

Cocos, Kedayan

6300

TIDUNG 17809

SINO-NATIF 23865

DAYAK 3234

JUMLAH 856518

Page 6: Tamadun Peribumi

Jadual 2 : Penduduk Peribumi Sabah

Penduduk Peribumi Sarawak

Penduduk peribumi Sarawak terdiri daripada empat kumpulan etnik

utama, iaitu Bidayuh, Iban, Melayu dan Melanau dan 10 lagi di bawah kategori

lain-lain (rujuk Jadual 3). Mereka bertutur dalam bahasa-bahasa dari rumpun

Austronesia.

Bangsa dan Suku Bangsa Bil. Penduduk

BIDAYUH 14000

IBAN 493000

MELAYU 348000

MELANAU 96000

LAIN-LAIN:

Kenyah, Kayan, Ukit, Penan, Sekapan, Lahanan,

Lun Bawang, Kelabit, Berawan, Punan Bah

91000

JUMLAH 1670000

Jadual 3 : Penduduk Peribumi Sarawak

Page 7: Tamadun Peribumi

Adat Masyarakat Peribumi

Menurut H.M. Sidin, istilah “adat” bermaksud suatu kebiasaan dari suatu

perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu

peraturan hidup yang mesti dipatuhi. Hal ini menunjukkan bahawa adat

merupakan suatu perbuatan ataupun amalan yang telah diterima umum oleh

sesuatu komuniti dan juga boleh dikatakan sebagai sesuatu gaya hidup sesuatu

masyarakat.

Dalam kalangan masyarakat peribumi, adat membawa dua pengertian

umum. Pertama, adat sebagai hukum alam dan kedua, adat sebagai cara hidup.

Adat sebagai hukum alam merujuk kepada perkara-perkara yang berlaku

mengikut aturan semula jadi makhluk-makhluk yang wujud di dunia ini.

Umpamanya, adalah menjadi adat bagi ayam jantan untuk berkokok. Berkokok

adalah aturan semula jadi bagi ayam jantan dan bukan pada ayam betina.

Sekiranya ayam betina berkokok, ‘kejadian’ tersebut dianggap sebagai

bertentangan dengan hukum alam. Kejadian atau perbuatan yang bertentang

dengan hukum ini dipercayai mengganggu kestabilan alam dan mengancam

kehidupan manusia dan makhluk-makhluk alam yang lain. Sekiranya manusia

cuba bertindak berlawanan dengan adat ini, tindakan tersebut seolah-olah

mengundang kecelakaan dan kemusnahan.

Contohnya, adalah menjadi adat bagi lembu untuk memakan rumput

(tumbuh-tumbuhan). Apabila manusia cuba mengetepikan adat ini, seperti yang

pernah dilakukan oleh masyarakat Eropah yang cuba menukarkan makanan

lembu daripada rumput kepada makanan yang diproses dari bahan-bahan bukan

tumbuh-tumbuhan, tindakan tersebut telah menimbulkan pelbagai bencana

seperti penyakit mad cow dan krisis pencemaran dioksin ke atas hasil-hasil

tenusu yang berlaku pada 1998.

Dalam menjaga kesejahteraan manusia dan kestabilan alam, adat ini

sentiasa menjadi panduan bagi masyarakat peribumi dalam mengatur kehidupan

seharian mereka. Mereka sentiasa mematuhi dan memelihara hukum-hukum

Page 8: Tamadun Peribumi

alam dengan mengabadikannya sebagai satu cara hidup. Pada hari ini, prinsip

yang sama turut diterapkan dalam usaha masyarakat ini mempertahankan hak-

hak mereka, khususnya hak tanah. Menurut prinsip ini, adalah menjadi adat bagi

pokok untuk tumbuh di atas tanah. Oleh itu, tuntutan yang dibuat ke atas pokok-

pokok atau tanaman akan merangkumi tuntutan ke atas tanah(kawasan) dengan

pokok-pokok atau tanaman tersebut tumbuh kerana mengikut hukum alam,

pokok tidak boleh tumbuh di awang-awangan.

Selain itu, adat juga membawa maksud keseluruhan cara hidup. Dalam

kalangan orang Asli (seperti orang Semai), keseluruhan aspek kehidupan

mereka, seperti kepimpinan (politik), ekonomi, sosial dan kepercayaan(agama),

berkaitan rapat di antara satu dengan yang lain. Sesuatu kegiatan ekonomi tidak

boleh dijalankan tanpa disokong oleh upacara-upacara keagamaaan. Peraturan-

peraturan perkahwinan diperkukuh dengan idealisme keagamaan dan ekonomi;

sistem kepimpinan sentiasa disokong oleh aspek keagamaan; sistem

keagamaan pula sentiasa dipelihara oleh kesepaduan sosial yang kukuh. Orang-

orang Kenyah di Sarawak melihat adat (adet) sebagai satu falsafah hidup yang

merangkumi aspek-aspek ekonomi, politik dan agama. Adet sebagai sistem

moral dan keagamaan. Kedua-duanya sistem tidak boleh dipisahkan: sistem

moral telah menyediakan kualiti keagamaan dan agama mengetengahkan

amalan tentang kod moral dan perlakuan.

Masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak memang patuh kepada adat

dan mempercayai sesuatu itu dengan mendalam. Setiap kaum mempunyai adat

masing-masing. Di Sabah contohnya kaum Dusun masih patuh kepada adat

pemujaan tengkorak secara besar-besaran. Bagi kaum Bisayah kaum mereka

mengamalkan adat-istiadat Melayu.Di Sarawak juga mengamalkan adat-adat

tertentu. Bagi kaum Malanau yang ingin mendirikan rumah terlebih dahulu tapak

tanah perlu disemah (jamuan kepada hantu atau orang halus). Caranya ialah

menggali sebuah lubang dan memasukkan seorang perempuan serta dengan

hiasan manik yang berharga untuk dijadikan korban sebelum ditanam tiang.

Tujuannya adalah untuk menghalau hantu daripada mengganggu penghuninya.

Page 9: Tamadun Peribumi

Bagi orang Iban pula, seseorang pemuda yang ingin berkahwin perlu melakukan

pekerjaan sebelum masuk meminang. Kerjanya ialah menyembelih kepala orang

dan kepala tersebut diberikan kepada bakal mertua ataupun bakal isteri, barulah

pinangan akan diterima. Tujuan adat dan kepercayaan ini adalah untuk

menunjukkan keberanian dan kegagahan seseorang pemuda. Hal ini sangat

penting dalam kaum Iban sebagai jaminan kaum lelaki itu mampu menjaga

keselamatan keluarganya. Sehingga sekarang sesetengah adat dan

kepercayaan dalam kalangan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak masih

kekal. Namun, adat-adat yang melibatkan kematian jarang berlaku dan tidak

dibenarkan. Tetapi ,adat yang berbentuk pemujaan dan patang larang tertentu

masih diamalkan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Page 10: Tamadun Peribumi

Nilai dan Norma

Kehidupan masyarakat peribumi banyak berpandukan sistem nilai dan

norma. Nilai yang utama dalam kalangan masyarakat peribumi ialah

menghormati warga tua yang dikawal oleh larangan tulah. Sikap menghormati

warga tua dianggap sebagai satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh setiap

warga muda. Jika seseorang itu gagal melakukannya, ia akan tulah dan

mendedahkan dirinya kepada hukuman Enku. Warga muda harus belajar

mengenai liku-liku kehidupan daripada warga tua kerana pada suatu masa nanti

mereka juga akan menduduki status ini. Sebenarnya, warga muda juga

dibendung pelbagai norma. Antaranya, warga muda dilarang berkelakuan biadap

di hadapan warga tua. Mereka hendaklah bertutur dalam nada suara yang

rendah semasa bercakap dengan warga tua. Nada suara yang rendah

melambangkan tanda hormat warga muda tersebut kepada warga tua.

Seterusnya, nilai yang dianggap mulia oleh kebanyakan masyarakat

peribumi ialah amalan perkongsian. Masyarakat orang Asli tradisional berkongsi

semua sumber kehidupan seperti tanah, binatang buruan, hasil-hasil hutan,

tanggungjawab dan sebagainya iaitu secara saksama dalam kalangan ahli

masyarakat atau komuniti. Amalan perkongsian sumber yang diamalkan dalam

kehidupan ekonomi membolehkan ahli masyarakat yang lemah seperti kanak-

kanak, orang tua, orang sakit dan orang cacat, terus hidup tanpa diancam

kelaparan. Masyarakat ini juga berkongsi kuasa (khususnya tanggungjawab

memimpin masyarakat), tanggungjawab keagamaan (khususnya dalam

menyempurnakan upacara-upacara), kewajipan sosial (seperti membantu ahli

masyarakat yang malang) dan sebagainya.

Dalam kalangan masyarakat Temiar, konsep perkongsian mereka meliputi

aspek emosi iaitu mereka berkongsi kesedihan dan emosi khususnya apabila

berlaku kemalangan atau kehilangan anggota masyarakat. Manakala dalam

kalangan masyarakat Semai, amalan perkongsian dari segi ekonomi dikawal

oleh konsep kempunan (punan atau puhnan). Puhnan ialah gejala atau

Page 11: Tamadun Peribumi

kemalangan yang berlaku apabila seseorang itu gagal memenuhi hasratnya

untuk menikmati sesuatu jenis makanan. Mangsa puhnan akan ditimpa

kemalangan (seperti dipatuk ular, dibaham binatang buas atau jatuh dari atas

pokok) dan kadang-kadang boleh membawa maut. Dalam kalangan masyarakat

kecil seperti orang Asli, kehilangan ahli masyarakat memberi kesan yang

mendalam kepada anggota komuniti yang lain. Oleh itu, mereka sentiasa

mengutamakan perkongsian sumber (makanan) sebagai langkah mengelakkan

kejadian puhnan kerana bimbang akan kehilangan anggota masyarakat.

Nilai yang diamalkan dalam masyarakat peribumi ialah mereka juga

mengutamakan sikap bekerjasama dan bergotong-royong. Nilai ini merupakan

sebahagian daripada perkongsian tanggungjawab sosial yang utama dan wajib

diamalkan oleh semua pihak. Dalam kalangan orang Lun Bawang, kegiatan

seperti ini dinamakan ngeruyud. Dalam kegiatan ini, mereka menyelesaikan atau

menyempurnakan sesuatu pekerjaan (seperti membuka ladang, membina

rumah, membersihkan kawasan perkuburan) secara bersama-sama. Contohnya,

sekiranya ada keluarga yang kurang bernasib baik kerana rumah mereka runtuh

dipukul rebut, anggota-anggota masyarakat yang lain akan menggabungkan

tenaga dan membina rumah keluarga malang itu bersama-sama. Amalan

kerjasama juga dilaksanakan melalui konsep berderau iaitu menyiapkan sesuatu

pekerjaan secara bergilir-gilir. Dalam kalangan orang Kenyah, kegiatan ini

dinamakan senguyun. Amalan ini memerlukan anggota masyarakat mengumpul

tenaga dan kemudiannya menyiapkan sesuatu pekerjaan secara bergilir-gilir.

Kumpulan senguyun biasanya dibentuk dalam proses mengerjakan ladang.

Mengikut amalan ini, ladang-ladang ahli yang menyertai kumpulan senguyun

akan dikerjakan satu persatu sehingga selesai. Pada masa sesebuah ladang

dikerjakan, tuan punya ladang tersebut berkewajipan menyediakan makanan dan

minuman untuk para peserta senguyun.

Di samping itu, mempelajari kehidupan masyarakat melalui proses

sosialisasi merupakan norma utama yang dipegang oleh setiap ahli masyarakat.

Dalam kalangan orang Negrito, misalnya anak-anak diajak bekerja sejak dari

Page 12: Tamadun Peribumi

kecil lagi. Fenomena ini merupakan sesuatu yang diterima umum oleh

masyarakat ini kerana ia satu proses pembelajaran tidak formal, khususnya

untuk mensosialisasikan anak-anak mereka. Semua ibu bapa bertanggungjawab

mendidik dan memasyarakatkan anak-anak mereka sejak dari umur yang paling

muda. Dalam proses pembelajaran ini, kanak-kanak tidak disuruh bekerja tetapi

dibiarkan meniru kegiatan yang dijalankan oleh ibu bapa mereka: anak lelaki

meniru pekerjaan bapa manakala anak perempuan meniru pekerjaan ibu.

Selain itu, sikap jujur dan berbudi bahasa juga merupakan salah satu nilai

yang dipandang tinggi oleh masyarakat peribumi. Dalam kalangan orang Semai,

kejujuran seseorang itu dikawal oleh konsep tenghaak. Tenghaak merupakan

satu bentuk pembalasan menyerupai konsep dosa tetapi pembalasan tenghaak

biasanya berlaku di dunia, ketika orang yang tidak jujur masih hidup. Orang yang

tidak jujur, seperti menipu atau memperdayakan orang lain, akan mendapat

pembalasan tenghaak seperti mengalami kerugian besar, mendapat

kemalangan, ditimpa penyakit yang serius dan sebagainya. Oleh itu, sikap jujur

merupakan nilai yang dipandang tinggi dan amat dititikberatkan oleh semua

anggota masyarakat ini.

Akhir sekali, sifat keberanian diletakkan sebagai nilai yang tinggi dalam

kebanyakan masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak (seperti orang Iban,

Kenyah, Kayan, Rungus), khususnya dalam melindungi komuniti rumah panjang.

Di negeri-negeri ini, kebanyakan sistem nilai, norma cara hidup masyarakat

peribumi, yang dikenali sebagai adat, telah diinstitusikan sebagai sebahagian

daripada undang-undang formal. Di Sabah, undang-undang adat ini dinamakan

“Undang-undang Anak Negeri” manakala di Sarawak dinamakan “Undang-

undang Adat Natif” (Native Customary Law). Pengangkatan adat sebagai

undang-undang formal menunjukkan pengiktirafan kerajaan Sabah dan Sarawak

ke atas nilai-nilai peradaban peribumi mereka.

Page 13: Tamadun Peribumi

Agama Masyarakat Peribumi

Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai kepercayaan

kepada agama. Menurut kamus, agama bermaksud “segenap kepercayaan

kepada tuhan atau dewa-dewi serta dengan kewajipan-kewajipan yang bertalian

dengan kepercayaan itu”. Agama mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan

ajaran. Dengan kepercayaan kepada agama, manusia sanggup berkorban untuk

mempertahankan agama mereka. Kesemua agama pada amnya menyampaikan

ajaran yang baik seperti disiplin diri, keamanan serta kebaikan. Terdapat jenis

kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan dan agama

kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang

menganutinya.

Masyarakat peribumi Malaysia hidup dalam dunia yang dikelilingi oleh

hutan hujan tropika dan berkongsi seluruh kandungan hutan ini dengan

organisme bukan-manusia. Kehidupan mereka menekankan proses

perseimbangan antara semua makhluk yang wujud, sama ada nyata dan ghaib.

Corak kehidupan yang begini didorong oleh kepercayaan bahawa semua

makhluk yang wujud di dunia ini mempunyai roh atau semangat.

Sedemikian, Orang Asli mengamalkan agama nusantara tradisional iaitu

agama pra-Aryan. Agama ini menganjurkan kepercayaan kepada satu kuasa

yang agung dan mempunyai istilah yang berbeza mengikut suku kaum.

Contohnya, Nyenang atau Jenang (Semai); Moyang (Temuan); Tohan

(Che’Wong) dan sebagainya. Mereka juga mempercayai kuasa-kuasa yang lain

seperti petir,naga(ular besar), keramat dan semangat-semangat bebas yang lain

yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Sebagai contoh, petir dikenali

dengan pelbagai panggilan iaitu ngkuu’ (Semai), karei (Temiar dan Chewong),

gobar (Batek) dan sebagainya. Petir ini ialah makhluk yang dipercayai duduk

dalam awan dan memerhatikan tingkah laku manusia di bumi. Sekiranya sesiapa

yang melanggar adat atau larangan tertentu seperti mempersendakan makhluk-

makhluk yang lemah seperti binatang, serangga atau tumbuh-tumbuhan, petir

Page 14: Tamadun Peribumi

akan marah dan menurun bencana banjir dan ribut petir. Kepercayaan tersebut

menyebabkan ahli masyarakat peribumi mengawal tingkah laku masing-masing.

Seterusnya, kita boleh melihat bahawa masyarakat peribumi di Sabah dan

Sarawak mempunyai sistem kepercayaan yang hampir sama dengan peribumi di

Semenanjung. Agama Islam merupakan satu – satunya agama yang tertua

bertapak dan berkembang di Sabah. Kelompok etnik terbesar yang menganut

agama Islam terdiri daripada kaum Brunei, bajau Kadayan dan Idahan. Berlainan

dengan sesetengah suku kaum Kadazan Dusun, Murut, Rungus dan beberapa

suku kaum minoriti yang lain, mereka masih mengamalkan kefahaman animisme

(bagi suku kaum yang tinggal jauh ke pendalaman). Mereka percaya bahawa roh

nenek moyang mereka sentiasa mengawasi dan mengawal setiap tindak tanduk

yang mereka lakukan. Mereka juga  percaya roh – roh memainkan peranan

dalam menentukan hidup mereka pada masa hadapan. Justeru itu tidak hairan

jika ada di antara mereka yang telah memeluk agama Islam atau Kristian masih

tetap mengamalkan upacara – upacara yang bersifat animisme dan pemujaan.

Secara umumnya, masyarakat peribumi Sabah mempercayai semua

objek mempunyai semangat. Upacara-upacara diadakan untuk ‘meredakan’

kemarahan atau memujuk makhluk-makhluk supaya memberi perlindungan dan

menjauhi semangat jahat (rogon). Selain itu, semangat-semangat binatang dan

makhluk-makhluk hidup yang lain(selain semangat manusia) yang ‘berminat’

mendekati manusia dikenali sebagai omen. Omen dibahagikan kepada dua iaitu

omen yang membawa nasib baik dan omen yang membawa nasib buruk.

Manusia hendaklah memberi perhatian kepada omen melalui upacara-upacara

keagamaan tertentu untuk mendapat nasib baik. Pengabaian omen akan

mendatangkan bencana atau ganguan kepada manusia.

Di samping itu, peribumi Sabah juga mempercayai kewujudan lambang

kuasa agung iaitu Kinoringan dan isterinya, Suminundu. Mereka juga

mempercayai kewujudan dimensai kehidupan di alam akhirat. Hal ini bermakna

sifat semangat seseorang yang telah meninggal dunia akan berubah daripada

manusia kepada binatang. Semangat-semangat ini dipercayai mendiami

Page 15: Tamadun Peribumi

segenap pelosok alam semesta seperti hutan, gunung-ganang, sungai, gua dan

bahagian bawah bumi. Ahli masyarakat dikehendaki menghormati semangat-

semangat ini untuk menjaga keseimbangan di antara perhubungan mereka.

Selain itu, manusia boleh berhubung dengan semangat-semangat ini melalui

beberapa cara di mana semangat dijemput untuk ‘berkenduri’. Semangat boleh

ditemui melalui mimpi dan dilakukan oleh pakar pengamal perubatan

(perbomohan) tradisional yang dikenali sebagai babalian atau bobohizan.

Bobohizan biasanya terdiri daripada wanita kerana mereka dikatakan

mempunyai jiwa yang halus dan hati yang dingin. Ciri-ciri seperti ini

membolehkan mereka mendekati makhluk-makhluk halus. Dari segi kewajipan

pula, bobolihizan berperanan mengendalikan upacara penyembuhan dan

perbidanan. Dengan ini, bobohizan menggunakan ubat-ubat herba dan tumbuh-

tumbuhan sebagai bahan utama dalam upacara penyembuhan. Ilham mengenai

herba tersebut biasanya diperoleh melalui mimpi.

Akhir sekali, kepercayaaan masyarakat peribumi Sarawak mempunyai

persamaan dengan peribumi Malaysia yang lain kecuali berbeza dari segi

terminologi unsur-unsur keagamaan dan tafsiran konsep. Sebagai contoh, orang

Iban mempercayai akan kewujudan pelbagai semangat (antu) dan tuhan-tuhan

(petara). Di bawah tuhan petara, terdapat juga kuasa yang sama ke atas

kehidupan masyarakat ini seperti bunsu rebut (tuhan angin), petara kebong langit

(tuhan syurga), petara pucuk kaiyu (tuhan pucuk kayu) dan petara tengah tanah

(tuhan bumi). Tuhan-tuhan ini dipercayai menjaga segenap tempat dan penjuru

alam. Justeru, nama tuhan-tuhan ini sering diseru dalam upacara-upacara gawai,

jampi dan mantera kerana dipercayai dengan ‘kehadiran’ lambang-lambang

kuasa mereka akan dilimpah dengan perlindungan luar biasa (supernatural) dan

seterusnya mewujudkan kesejahteraan di segenap penjuru alam.

Selain itu, terdapat tiga lagi tuhan yang berpengaruh ke atas kehidupan

masyarakat ini : salampandai (pencipta manusia), palang gana (tuhan utama

dalam pemujaan padi) dan singalang burung (tuhan perang). Salampandai

mencipta manusia daripada tanah liat. Tuhan ini dipercayai turun ke alam nyata

Page 16: Tamadun Peribumi

(dunia) dengan menjelmakan dirinya seperti seekor katak atau belalang (yang

aktif pada waktu malam). Dewa pemujaan padi, palang gana, dipercayai menjadi

penjaga bumi (tanah). Justeru, masyarakat Iban akan mengadakan upacara

pemujaan tuhan ini pada setiap tahap pengerjaan ladang huma. Sekiranya padi

diserang penyakit, masyarakat ini akan mengadakan upacara korban (piring),

memujuk palang gana supaya mengembalikan kesuburan padi. Upacara korban

juga diadakan semasa membina rumah baru atau sebelum upacara

pengkebumian berlangsung. Hal ini bertujuan memberitahu tuhan ini tentang

tujuan penggunaan tanah tersebut. Singalang burung merupakan tuhan

terpenting kerana peranannya sebagai dewa perang dan melindungi kebajikan

manusia. Menurut mitos masyarakat ini, singalang burung telah

memperkenalkan rahsia bercucuk tanam serta menjaga semangat tanaman ini

kepada orang Iban.

Seterusnya, orang Iban juga mempercayai konsep semangat (antu).

Terdapat tiga antu yang utama iaitu gerasi papa, antu bung kamba dan antu

kelansat. Ketiga-tiga antu ini dianggap ‘jahat’ kerana menimbulkan perkara-

perkara yang negatif yang mengganggu kehidupan manusia. Semangat manusia

yang telah meninggal dunia akan tinggal di tempat bernama sebayan. Keadaan

serta kehidupan di sebayan dipercayai mempunyai persamaan dengan dunia

nyata kecuali kewujudannya dalam dimensi yang ghaib. Berdasarkan

kepercayaan ini, orang Iban berkewajipan membekalkan antu saudara-mara

mereka dengan peralatan-peralatan seperti parang dan makanan serta barang-

barang kelengkapan yang lain untuk membolehkannya menjalankan kehidupan

harian di sebayan. Kegagalan menyediakan kelengkapan tersebut mungkin

menyebabkan antu marah dan menunjukkan kemarahan dalam bentuk

gangguan kepada kehidupan manusia. Contohnya, gangguan terhadap

kesuburan padi akan menyebabkan manusia kekurangan bekalan makanan.

Memandangkan semua makhluk mempunyai semangat, orang Iban telah

mengadakan pelbagai upacara bagi mengekalkan hubungan baik ini. Antara

upacara utama ialah gawai. Gawai mempunyai pelbagai skop dan tujuan dan

Page 17: Tamadun Peribumi

boleh diklasifikasikan kepada empat : upacara berkaitan dengan penanaman

padi, upacara berkaitan dengan kesihatan dan kelangsungan hidup, upacara

berkaitan dengan pencarian harta dan kekayaan, dan berhubungan dengan

ngayau dan martabat. Kesemua upacara ini diadakan bertujuan untuk

mewujudkan hubungan yang baik antara manusia dengan petara ataupun antu.

Kelompok-kelompok peribumi yang lain juga mempunyai kepercayaan

yang hampir sama seperti orang Kenyah, Kayan, Kelabit, Lun Bawang dan

sebagainya. Bagi orang Kenyah, agama tradisional mereka yang dinamakan

Bungan, tuhan Bungan Malan merupakan lambang kuasa utama dan

mempunyai pengaruh yang luas. Bungan Malan dipercayai mengawal kesuburan

padi dan kesihatan manusia. Oleh itu, upacara-upacara diadakan untuk tuhan ini

bertujuan untuk mendapatkan hasil tuaian yang lumayan dan kesihatan.