definisi konsep pentaksiran

3
DEFINISI KONSEP PENTAKSIRAN Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Beliau membuat kesimpulan bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid. Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran TUJUAN PENTAKSIRAN o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

Upload: noorezayu-mohd-said

Post on 03-Oct-2015

600 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Penilaian dan Pentaksiran

TRANSCRIPT

DEFINISI KONSEP PENTAKSIRANMenurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Beliau membuat kesimpulan bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid.Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + PengukuranDalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaranTUJUAN PENTAKSIRANo Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajarano Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajarano Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.o Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.o Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.o Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

CIRI - CIRI PENTAKSIRANPentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;i) Keobjektifan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.iv) Kekomprehensifan mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

KAEDAH PENTAKSIRANPentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui;-i) Pemerhatianii) Lisan daniii) Penulisan

Pemerhati:Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya. Lisan :Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan sebagainya. Penulisan:Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang telah ditentukan.

KESIMPULAN Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran