definisi kaunseling

4
Definisi Kaunseling. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. Objektif Kaunseling 1. Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan. 2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah. 3. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu. 4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya. Tujuan Kaunseling 1. Memberi Maklumat 1. Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat 2. Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor 2. Menggalakkan Celik Akal 1. Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran 2. Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya 3. Memberi Sokongan Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. 4. Penyelesaian Konflik 1. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) 2. Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan 5. Membuat keputusan 1. Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan 2. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil

Upload: guestd56616

Post on 20-Jun-2015

10.477 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi kaunseling

Definisi Kaunseling.

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. 

Objektif Kaunseling

1. Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.

2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.

3. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.

4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.

Tujuan Kaunseling

1. Memberi Maklumat

1. Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat

2. Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor

2. Menggalakkan Celik Akal

1. Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran

2. Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya

3. Memberi Sokongan

Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

4. Penyelesaian Konflik

1. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan  antara dua individu (pihak)

2. Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan

5. Membuat keputusan

1. Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan

2. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil

 

Aktiviti Kaunseling

PERKEMBANGAN

Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif

Page 2: Definisi kaunseling

PENCEGAHAN

Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya

INTERVENSI

Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri

PEMULIHAN

Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya

Rasional Perkhidmatan Kaunseling

1. Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.

2. Ketidakseimbangan emosi.

3. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.

4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.

5. Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.

6. Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.

7. Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.

8. Masalah peribadi dan keluarga.

9. Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.

10. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.

11. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.

Mengapa Kaunseling Diperlukan

1. Masalah Pencapaian Mutu Kerja

2. Masalah Sikap

3. Masalah Penyesuaian Diri

4. Stress Di tempat Kerja

5. Masalah Situasi

Lima Prinsip Kaunseling Pekerja

1. Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang pernyataan.

2. Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru.

3. Jangan bertelagah atau berhujah.

4. Menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pekerja.

5. Dapatkan sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan.

Fungsi Kaunseling Dalam Organisasi

Page 3: Definisi kaunseling

1. Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi

2. Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan.

3. Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi.

4. Memberi nasihat.

5. Menyokong dan menenangkan pekerja.

6. Menilai diri.

7. Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi.

8. Memajukan diri.

Kaunseling Trauma

Objektif

1. Untuk mengurangkan stress/ketegangan dan kekecewaan di tempat kerja

2. Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja

3. Untuk menstabilkan emosi dan meningkatkan produktiviti

4. Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak diingini

5. Untuk mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif

6. Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatik

Indetifikasi Peringkat/Tahap taruma

Tahap I : Luahan Rasa (Outcry)

Tahap II : Penafian (Denial)

Tahap III : Gangguan (Interruption)

Tahap IV : Mengalami (Working Through)

Reaksi Psikologikal Terhadap Trauma

Gangguan Emosi (Emotional Disturbance)

Kecelaruan Kognitif (Cognitive Disorders)

Hyperarousal

Penderitaan Fizikal (Physical Pain)

Tahap-tahap Pemulihan

Kesedaran Mengenai Kesan Trauma (Awareness of the effects of trauma)

Tahap Kefungsian Yang Minima (Minima Level of Fuctioning)

Penghindaran (Avoidance)

Penerimaan (Acceptance)

Ubah hala (Redirection)

Page 4: Definisi kaunseling

Proses Pemulihan dan Susulan

Individu (Individual)

Sokongan Kumpulan Kerja (Group Work Support)

Sokongan Keluarga (Family Support)

Struktur Kerja (Work Structure)