definisi belia berisiko.docx

Upload: saripuddin-mappiasi

Post on 14-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Definisi Belia Berisiko.docx

    1/1

    Definisi Belia Berisiko

    Semua belia mengalami sedikit risiko dan masalah semasa peringkat tumbesaran dari zaman

    kanak-kanak ke alam dewasa.

    Kebiasaanya, masalah yang akan dihasilkan leh golongan belia berada dalam keadaan ataurisiko yang tinggi seperti penyalahgunaan dadah, kehamilan remaja, jenayah, keganasan, dan

    kemunduran akademik kerana keluarga, masyarakat, sosial, politik, ekonomi dan keadaan yang

    tidak dicipta.

    Teori Yang Terlibat Dalam Belia Berisiko

    1) Teori Pembelajaran Ssosial - Di dalam teori Pembelajaran Sosial Bandura (1977), beliau telah

    membuat analisis yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian.

    Pembelajaran adalah melalui peniruan, mengajuk dan memadan. Biasanya, setiap individu

    terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan kepada perkara yang pernah

    dilihat oleh mereka daripada orang-orang yang signifikan dan persekitaran. Bandura (1977),mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang

    berunsurkan aksi agresif.

    2) Teori Kawalan - Teori yang mula diutarakan oleh Kornhauser (1978), menerangkan

    bahawa tingkah laku belia berisiko adalah disebabkan oleh kekurangan kawalan terhadap

    individu daripada kumpulan-kumpulan tertentu seperti keluarga, komuniti ataupaun masyarakat

    yang hidup bersama-sama dengan individu tersebut. Hirschi (1969) (dlm. Clinard & Meier,

    2004), telah mengemukakan istilah ikatan (Bond) yang yang mengandungi empat perkara iaitu

    kedekatan (attachment), komitmen (commitment), penglibatan (involvement), dan kepercayaan

    (belief). Kesemua perkara tersebut dapat menghindari tingkah laku belia berisiko, jika perkaratersebut tidak berlaku maka tingkah laku belia berisiko akan berlaku

    3) Teori Label - Teori yang diperkenalkan oleh Becker (1963) menerangkan bahawa tingkah

    laku belia berisiko adalah disebabkan oleh tindakan kelompok-kelompok tertentu dalam

    masyarakat yang menetapkan peraturan dan kebenaran kepada orang yang melakukan

    kesalahan (Clinard & Meier, 2004). Tindakan melabel seseorang seseorang sebagai pesalah

    akan menyebabkan orang yang dilabel sebagai pesalah itu kehilangan semangat untuk

    mencapai penyempurnaan kendiri dan berasa putus asa, walaupun mereka telah insaf dengan

    kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka.