kajian terhadap pelancongan belia

43
KAJIAN TERHADAP POTENSI PELANCONGAN BELIA BAB 1 PENGENALAN KAJIAN 1.1 Pengenalan Di dalam bab ini, pasukan penyelidik membincangkan mengenai latar belakang kajian, tujuan kajian ini diadakan, objektif kajian, penyataan masalah, serta skop kajian yang akan dilakukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Industri pelancongan telah dijadikan antara agenda serta isu penting dalam pelan Dasar Pembangunan Negara. Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang lebih besar dalam mengorak serta merangsang ekonomi Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan yang mana sehingga kini telah menjana 12 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dan mempunyai 16 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja. Industri ini juga kini telah menjadi alternatif kepada penyerapan peluan-peluang pekerjaan dan peningkatan penempatan masyarakat setempat sekaligus menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan Negara. Industri ini juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada penjanaan perolehan tukaran asing iaitu yang kedua terbesar negara, guna tenaga dan pendapatan. Industri pelancongan Malaysia sememangnya mempunyai potensi untuk meningkatkan 1

Upload: nadia-bohari

Post on 30-Jun-2015

1.118 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian terhadap pelancongan belia

KAJIAN TERHADAP POTENSI PELANCONGAN BELIA

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, pasukan penyelidik membincangkan mengenai latar belakang kajian, tujuan

kajian ini diadakan, objektif kajian, penyataan masalah, serta skop kajian yang akan

dilakukan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Industri pelancongan telah dijadikan antara agenda serta isu penting dalam pelan Dasar

Pembangunan Negara. Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang lebih besar dalam

mengorak serta merangsang ekonomi Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan

yang mana sehingga kini telah menjana 12 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar

dan mempunyai 16 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja. Industri ini juga kini telah

menjadi alternatif kepada penyerapan peluan-peluang pekerjaan dan peningkatan penempatan

masyarakat setempat sekaligus menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan Negara.

Industri ini juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada penjanaan perolehan tukaran asing

iaitu yang kedua terbesar negara, guna tenaga dan pendapatan. Industri pelancongan Malaysia

sememangnya mempunyai potensi untuk meningkatkan mutu, daya tarikan dan keberkesanan

produk dan perkhidmatan pelancongannya setanding dengan destinasi pelancongan yang lain

di rantau Asia khususnya di rantau Asia Tenggara.

1.3 Tujuan Kajian

Takrifan belia membawa maksud mereka yang berumur lingkungan antara umur 15 tahun

sehingga 40 tahun. Bagi kajian ini, tujuan perlaksanaan penyelidikan ini adalah bagi

mengetahui potensi pelancongan belia. Selain itu, untuk membuktikan bahawa generasi belia

berpotensi menyumbang terhadap pelancongan dan seterusnya meningkatkan pembangunan

ekonomi negara.

1

Page 2: kajian terhadap pelancongan belia

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi pelancongan belia.

Secara khususnya pula, kajian adalah untuk:

1. Mengenal pasti profil demografi dan latar belakang pelancong-pelancong belia di

Malaysia.

2. Mengenalpasti karakter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan,

pengangkutan, tempoh melancong, dan aktiviti.

3. Mengenal pasti faktor tarikan yang mempengaruhi pelancong belia untuk keluar

melancong.

4. Mencadangkan strategi untuk memperkembangkan sektor pelancongan belia.

1.5 Penyataan Masalah

Kajian ini dilakukan bagi mengkaji sejauh mana potensi belia mampu memberi impak dalam

meningkatkan sektor pelancongan belia. Bagaimana peranan belia mampu meningkatkan

ekonomi negara sekaligus mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dapat

memberikan kepuasan yang tidak ternilai kepada pelancong sepanjang melancong di

Malaysia tidak kira kepada pelancong dalam atau luar negara.

1.6 Skop Kajian

Skop kajian ini menumpu kepada pelancong dalam kalangan belia kerana ingin melihat tahap

penglibatan golongan belia dalam industri pelancongan negara dan melihat tahap penyertaan

mereka dalam sektor pelancongan negara. Sampel diambil daripada kalangan belia yang

berumur 15 hingga 40 tahun. Laman sesawang Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Malaysia serta laman sesawang Jabatan Statistik Malaysia menjadi rujukan untuk mencari

maklumat-maklumat tambahan mengenai penglibatan golongan belia dalam industri

pelancongan di Malaysia.

2

Page 3: kajian terhadap pelancongan belia

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Berdasarkan kepada latar belakang, objektif dan skop kajian yang telah dibincangkan di

dalam Bab 1, satu sorotan awal telah dibuat terhadap beberapa penulisan yang berkaitan

dengan pelancongan. Bab ini akan membentangkan hasil sorotan kajian tersebut.

2.2 Definisi Pelancongan

Menurut Badaruddin et.al (2007), pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan selama

individu berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah dan berinteraksi

dengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan di

kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka. Manakala menurut Macintosh dan

Goeldner (2003), telah mentafsirkan pelancongan ialah “gabungan fenomena dan  hubungan-

hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong lain, menarik dan menerima

kedatangan para pelancong ini dan pelawat dengan pelawat yang lain”.

2.3 Definisi Pelancongan Belia

Terdapat beberapa versi definisi pelancong belia. Pertubuhan pelancongan sedunia (WTO)

mendefinisikan pelancong belia sebagai pelancong yang berumur antara 16 hingga 25 tahun

yang membuat perjalanan dan menginap sekurang-kurangnya satu malam di sesebuah

destinasi. Manakala Aramberri (1gg1) pula mencadangkan bahawa pelancong belia adalah

terdiri daripada golongan pelancong yang berdikari (independent), berumur antara 15 hingga

24 tahun dan sering keluar melancong sama ada bersendirian ataupun secara berkumpulan.

Sullivan (2004)' merumuskan bahawa pelancong belia selalunya mempunyai identiti sebagai

pelancong yang berdikari, tidak mempunyai pelan perjalanan yang berstruktur, berumur

antara 15-34 tahun, sering mencari kesempatan untuk melibatkan diri dalam budaya setempat

dan mempunyai motivasi untuk memperbaiki diri menerusi melancong. Rumusan Sullivan

mengenai peringkat umur pelancong belia telah disokong oleh Carr (2001,1999) di mana

beliau telah mengkategorikan individu 15 hingga 34 tahun sebagai pelancong muda atau

3

Page 4: kajian terhadap pelancongan belia

"young tourist" di dalam kajian-kajiannya. Sementara itu, Persatuan Gerakan Belia 48

Malaysia pula mengkategorikan keahlian belia persatuan ini kepada dua kumpulan umur iaitu

ahli muda dan ahli biasa. Ahli muda merujuk kepada individu yang berumur 12-15 tahun,

manakala ahli biasa terdiri daripada individu berumur di antara 16 hingga 40 tahun. Ini

menunjukkan bahawa individu di Malaysia yang berumur 12 hingga 40 tahun layak

ditakrifkan sebagai belia. sehingga kini, kebanyakan penyelidik masih belum dapat mencapai

kesepakatan dalam menentukan definisi pelancong belia (Seekings,1995). Kajian ini

mencadangkan agar golongan belia yang disasarkan dalam soal selidik kali ini meliputi

mereka yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. selain itu, responden yang terlibat terdiri

daripada:

1. Pelancong belia yang melakukan perjalanan sama ada balik hari ataupun tinggal di

destinasi.

2. Membuat percutian domestik.

3. Pelancong berkumpulan atau individu.

2.4 Sumbangan Industri Pelancongan

Industri pelancongan turut menyumbang kepada impak positif kerana industri ini adalah antara industri yang

sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri dan

seterusnya kepada sumber pendapatan Negara (Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman,

2010).

2.5 Faktor Tarikan Terhadap Aktiviti Pelancongan

Faktor tarikan pelancongan pula merujuk kepada aspek atau ciri-ciri sesuatu destinasi yang

mempengaruhi keputusan seseorang untuk memilihnya sebagai destinasi pilihan mereka

(Ahmad Azmi M. Ariffin 1999)

4

Page 5: kajian terhadap pelancongan belia

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam suatu kajian penyelidikan, kaedah atau metodologi merupakan faktor yang penting

bagi membolehkan keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan

yang tinggi. Oleh itu, pendekatan secara pensampelan dan penganalisian data yang digunakan

perlu dikenal pasti supaya bersesuaian dengan objektif kajian yang telah digariskan kerana

kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau metodologi kajian yang sesuai dan

berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan

beban maklumat (Mohd Majid dalam Maarof, 1997)

Bab ini akan menerangkan kaedah atau pendekatan penyelidikan yang digunakan untuk

mengumpul dan menganalisis data bagi mencapai objektif kajian. Antara pendekatan

penyelidikan atau kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kaedah

persampelan, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, dan analisis data.

3.2 KAEDAH PERSAMPELAN

Responden yang dipilih merupakan golongan belia iaitu mereka yang dalam lingkungan umur

15 hingga 40 tahun. Hasil daripada penemuan kajian yang telah dianalisis secara sistematik,

terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat mengikut objektif kajian iaitu mengenal

pasti profil demografi dan latar belakang pelancong-pelancong belia di Malaysia, mengenal

pasti karakter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan, pengangkutan,

tempoh melancong, perbelanjaan dan aktiviti serta mengenal pasti faktor tarikan yang

mempengaruhi pelancong belia untuk keluar melancong dan mencadangkan strategi untuk

memperkembangkan sektor pelancongan belia.

5

Page 6: kajian terhadap pelancongan belia

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah memfokus kepada sumber data.

Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer

dan maklumat sekunder.

3.3.1 Data Primer

Data primer adalah data asal yang diperolehi oleh pengkaji. Dala kajian ini, data-data

diperolehi melalui maklumbalas daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada belia-

belia.

3.3.1.1 Soal Selidik

Borang soal selidik adalah satu set aoalan yang dibangunkan dan diedarkan

kepada responden untuk dijawab. Soal selidik adalah satu alat pengumpulan

data yang sesuai apabila pengkaji mengetahui dengan tepat apa sebenarnya

yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memastikan pembolehubah yang

hendak dikaji (Uma Sekaran, 2003). Dalam kajian ini, pengkaji telah

menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada responden yang

ditetapkan. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang disusun secara

teratur untuk dijawab oleh responden (belia). Soal selidik merupakan satu alat

yang penting bagi seorang pengkaji dalam menjalankan kajian kerana kualiti

soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara keseluruhannya.

Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur, maka

jawapan yang diperolehi tidak akan member pengertian yang nyata dan ini

akan merosakkan hasil atau dapatan sesebuah kajian.

3.3.2 Data Sekunder

Selain daripada data primer yang didapati melalui kaedah soal selidik seperti yang telah

dinyatakan, maklumat sekunder juga perlu untuk memantapkan lagi kajian. Data ini

merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia diperlukan untuk menjelaskan tajuk

kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas.

Sumber daripada data sekunder diperoleh daripada jurnal-jurnal, buku rujukan, majalah-

majalah berbentuk ilmiah dan maklumat daripada laman web akhbar-akhnar tempatan serta

6

Page 7: kajian terhadap pelancongan belia

jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tujuan data

sekunder adalah untuk mengenal pasti masalah, membina pendekatan kepada masalah dan

menjawab beberapa masalah. Data sekunder merupakan data sokongan bagi memahami

dengan lebih terperinci kajian yang dijalankan.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, temubual, dan juga

penggunaan borang soal selidik. Pembangunan soal selidik yang digunakan dalam

penggunaan borang soal selidik adalah berasaskan kepada beberapa proses pengubahsuaian

termasuk ujian rintis ke atas beberapa responden.

3.4.1 Pemerhatian

Melalui kajian lapangan, penyelidik memerhati dan mencatatkan tingkah laku

responden kajian dalam keadaan sebenar. Kaedah yang digunakan ini adalah untuk

mendalami tingkah laku responden (belia) terhadap isu pelancongan. Pemerhatian ini

perlu kerana sebahagian aspek tertentu tidak dapat ditemui daripada temubual dan

juga pengisian borang soal selidik.

3.4.2 Temubual

Selain daripada itu, kajian ini juga menggunakan kaedah temubual di mana

penemubual (penyelidik) menemubual responden (belia) secara rawak atau spontan

dengan tidak mengikut soalan yang ada di dalam borang soal selidik. Walaupun

soalan ini tidak mengikuti skema soalan yang ada di dalam borang soal selidik, namun

soalan yang diutarakan kepada responden tetap berhubungkait dengan perkara yang

hendak dikaji.

3.4.3 Borang Soal Selidik

Kaedah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik telah diedarkan semasa

penyelidik kajian ini menjalankan kajian lapangan ini. Soal selidik yang disediakan

adalah berpandukan kepada objektif kajian yang disenaraikan di dalam Bab 1.

Walau bagaimanapun, soal selidik tersebut telah terlebih dahulu diuji dalan ujian

rintis ke atas 50 orang responden. Ianya adalah sebagai satu proses melestarikan

7

Page 8: kajian terhadap pelancongan belia

soalan-soalan agar bersesuaian, mudah difahami dan untuk mengenalpasti soalan-

soalan yang dikemukakan adalah relevan dengan kajian sebelum diedarkan kepada

responden. Soal selidik kajian dibahagikan kepada tiga (3) bahagian seperti yang

dinyatakan dalam Jadual 3.0

Bahagian Soalan-Soalan Item

A Profil Responden 6

B Pengalaman Responden 11

C Pandangan terhadap kenyataan berkaitan pelancongan 3

Jadual 3.0 Struktur Soal Selidik

Bahagian A kajian bertujuan untuk mengenalpasti profil responden seperti jantina, umur,

status, bangsa, perkerjaan dan juga pendapatan responden.

Bahagian B digunakan untuk mengenalpasti pengalaman responden dalam penglibatan

responden terhadap pelancongan yang lepas dari aspek pemilihan destinasi melancong, tujuan

utama melancong, penginapan semasa melancong, pengangkutan yang digunakan semasa

melancong, waktu yang sesuai untuk melancong, keinginan yang hendak diperoleh daripada

melancong, dan faktor yang menyebabkan responden tertarik untuk melancong.

Bahagian C bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan sejauh mana

reponden mengetahui kempen pelancongan yang ada di Malaysia, faktor halangan pelancong

untuk melancong serta pandangan dan cadangan responden mengenai pembangunan

pelancong belia.

3.5 KAEDAH ANALISIS DATA

Bagi menjalankan penyelidikan ini, data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan

kaedah kuantitatif. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package For Social Science (SPSS) Version 22.

Selepas itu, statistik deskriptif digunakan bagi menyusun dan menginterpretasikan atau

menjelaskan data-data yang dikumpul. Kaedah statistik ini merupakan satu teknik yang

digunakan dengan mengambil satu bahan dan diringkaskan atau diproses dalam bentuk yang

8

Page 9: kajian terhadap pelancongan belia

lebih ringkas. Contoh teknik yang digunakan bagi menghuraikan dengan lebih lanjut statistik

dekriptif adalah nilai kekerapan dan peratusan untuk menentukan bilangan responden yang

member maklumbalas dan cirri-ciri latarbelakang responden yang diperolehi melalui

maklumat demografi responden.

3.6 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN (Reliability Test)

Kebolehpercayaan merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam

mengikut pembolehubah kajian secara konsisten setiap kali ia digunakan pada masa dan

sampel yang berlainan. Terdapat pelbagai kaedah pengukuran untuk menentukan keofisien

kebolehpercayaan sesuatu instrumen. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan

menggunakan prosedur Alpha Cronbach yang diasaskan kepada model kekonsistenan

dalaman (internal consistency). Kebolehkepercayaan keputusan soal selidik ditentukan

berdasarkan semakin hampIr nilai Alpha kepada 1, ia menunjukkan tahap kebolehpercayaan

yang tinggi. Bagaimanapun nilai Alpha yang kurang daripada 0.6, maka bolehlah dianggap

instrumen yang digunakan dalam kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan rendah. Nilai

Alpha yang lebih daripada 0.7 adalah menentukan tahap kebolehpercayaan yang baik dan

boleh diterima (Uma Sekaran, 1992).

Potensi terhadap pelancongan belia iaitu mengenai karakter pelancong belia yang terdapat 19

kenyataan. Faktor tarikan yang membuat pelancong hendak pergi melancong ialah 7

kenyataan. Halangan serta faktor yang akan dipertimbangkan sebelum melancong ialah 5

kenyataan. Manakala, cadangan untuk pembangunan mengenai pelancong belia ialah 6

kenyataan. Hasil ujian yang ditunjukkan menunjukkan kesemua nilai Cronbach’s Alpha

adalah melebihi 0.7 iaitu paras minimum untuk melayakkan kenyataan-kenyataan yang

digunakan boleh dipercayai.

9

Page 10: kajian terhadap pelancongan belia

BAB 4

PENEMUAN KAJIAN DAN ANALISIS

4.1 Pengenalan

Bab 4 ini menerangkan mengenai penemuan kajian dan analisis berdasarkan data primer yang

diperoleh dari borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Responden

merupakan pelancong dalam kalangan belia iaitu berumur antara 15 – 40 tahun.

4.2 Analisis data

4.2.1 Profil Responden

4.2.1.1 Jantina

Jantina Bilangan

Lelaki

Perempuan

61

163

Jumlah 224

Jadual 4.1 : Jantina Responden

Rajah 4.1 : Jantina Responden

10

Page 11: kajian terhadap pelancongan belia

Jadual 4.1 dan Rajah 4.1 menunjukkan profil responden iaitu jantina. Sebanyak 224 borang

selidik telah diedarkan kepada responden di mana lelaki berjumlah 61 orang yang mewakili

27.23%. Manakala, perempuan berjumlah 163 orang yang mewakili 72.77%.

4.2.1.2 Umur

Umur Bilangan

15-20

21-25

26-30

31-35

36-40

Missing

40

107

25

13

9

30

Jumlah 224

Jadual 4.2 : Umur Responden

Rajah 4.2 : Umur Responden

Jadual 4.2 dan Rajah 4.2 menunjukkan jumlah umur responden dan peratusan mengikut

perangkaan umur. Anggaran umur dari 15 – 25 tahun (17.86%), 21 – 25 tahun (47.77%), 26 –

30 tahun (11.16%), 31 – 35 tahun (5.80%) dan 36 – 40 tahun (4.02%). Manakala, 30 orang

iaitu 13.39% adalah “missing” kerana terdapat responden yang tidak mengisi ruangan umur.

11

Page 12: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.1.3 Status

Status Bilangan

Bujang

Berkahwin

Lain-lain

194

29

1

Jumlah 224

Jadual 4.3 : Status Responden

Rajah 4.3 : Status Responden

Daripada 224 borang soal selidik yang diedarkan, Jadual 4.3 dan Rajah 4.3 menunjukkan 194

orang iaitu 86.61% adalah berstatus bujang. Seterusnya, 29 orang iaitu 12.95% adalah

berstatus berkahwin manakala 1 orang iaitu 0.45% adalah berstatus lain-lain. Status bujang

mencatatkan peratusan yang tertinggi kerana kebanyakan responden adalah terdiri daripada

kalangan belia yang berumur antara 15-25.

12

Page 13: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.1.4 Bangsa

Bangsa Bilangan

Melayu

Cina

India

Lain-lain

180

31

12

1

Jumlah 224

Jadual 4.4 : Bangsa

Rajah 4.4 : Bangsa

Jadual 4.4 dan Rajah 4.4 menunjukkan majoriti bangsa sebagai responden adalah Melayu

iaitu 180 orang yang mewakili 80.36%. Seterusnya Cina iaitu sebanyak 31 orang yang

mewakili 13.84%. Manakala India ialah 12 orang yang mewakili 5.36% dan lain-lain hanya

seorang yang mewakili 0.45%.

13

Page 14: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.1.5 Pekerjaan

Sektor Pekerjaan Bilangan

Kerajaan

Swasta

Pelajar

Lain-lain

Missing

24

40

156

3

1

Jumlah 224

Jadual 4.5 : Pekerjaan Responden

Rajah 4.5 : Pekerjaan Responden

Jadual 4.5 dan Rajah 4.5 menunjukkan sektor kerajaan mempunyai 24 orang iaitu 10.76%

manakala sektor swasta ialah 40 orang iaitu 17.94%. Seterusnya, bagi pelajar pula adalah

seramai 156 orang yang mewakili 69.96% dan lain-lain ialah 3 yang mewakili 0.4%.

Terdapat 1 missing di mana terdapat seorang responden yang tidak mengisi ruangan

pekerjaan.

14

Page 15: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.2 Pengalaman Responden

4.2.2.1 Pemilihan Destinasi

Pemilihan Destinasi Bilangan

Dalam Negara

Luar Negara

140

84

Jumlah 224

Jadual 4.6 : Pemilihan Destinasi

Rajah 4.6 : Pemilihan Destinasi

Jadual 4.6 menunjukkan pemilihan destinasi pelancong untuk dalam negara ialah 140 orang

manakala pemilihan destinasi pelancong ke luar negara ialah 84 orang. Rajah 4.6 iaitu

peratusan menunjukkan 62.50% memilih destinasi dalam negara dan 37.50% memilih

destinasi luar negara. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pelancong belia lebih memilih

untuk melancong di dalam negara berbanding melancong di luar negara. Hal ini disebabkan

destinasi-destinasi yang ditawarkan di dalam negara lebih menarik dan lebih menjimatkan

kos.

15

Page 16: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.2.2 Tujuan Utama Melancong

Tujuan Utama Bilangan

Percutian/Rekreasi

Membeli-belah

Melawat rakan

Mengikut keluarga

Lain-lain

158

81

24

13

47

Jadual 4.7 : Tujuan Utama Melancong

Rajah 4.7 : Tujuan Utama Melancong

Jadual 4.7 dan Rajah 4.7 menunjukkan tujuan utama responden pergi melancong. Daripada

Jadual 4.7, seramai 158 orang melancong kerana percutian/rekreasi, membeli belah 81 orang,

melawat rakan/saudara-mara 24 orang, mengikut keluarga 13 orang serta lain-lain 47 orang.

Manakala, Rajah 4.7 menunjukkan peratus tujuan utama melancong bagi percutian ialah

70.54%, membeli-belah 36.16%, mengikut keluarga 5.8%, melawat rakan 10.71% dan lain-

lain ialah 20.98%. Hasil kajian dapat dibuktikan bahawa tujuan utama melancong dalam

kalangan belia ialah untuk percutian/rekreasi. Hal ini kerana daripada percutian, pelancong

belia ini dapat mehilangkan tekanan seperti tekanan kerja setelah penat bekerja atau tekanan

pelajaran sepanjang tempoh pembelajaran. Pada masa yang sama, untuk melawat tempat-

tempat yang menarik yang ada di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan ini, dapat

16

Percutian

Membeli

-belah

Mengik

ut kelu

arga

Melawat

rakan

Lain-la

in0

1020304050607080 70.54

36.16

5.8 10.7120.98

Tujuan Utama Melancong

Tujuan Utama Melancong

Tujuan

Pera

tus

Page 17: kajian terhadap pelancongan belia

mengenali budaya dan adat resam sesuatu daerah, negeri mahupun negara yang dilawati.

Manakala tujuan utama yang kurang mempengaruhi pelancong belia untuk pergi melancong

ialah mengikut keluarga. Hal ini kerana persepsi pelancong belia yang sudah bekerja

mahaupun sedang belajar adalah menyeronokkan untuk pergi melancong dengan rakan

sebaya berbanding keluarga kerana mereka berpendapat rakan sebaya lebih memahami jiwa

mereka sebagai belia dan lebih menyeronokkan melakukan sesetengah perkara bersama rakan

berbanding keluarga.

17

Page 18: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.2.3 Penginapan

Pilihan Penginapan Bilangan

Hotel

Resort/Chalet

Homestay

Perkhemahan

Bagpacker/Asrama

Lain-lain

90

88

64

23

33

11

Jadual 4.8 : Penginapan

Rajah 4.8 : Penginapan

Jadual 4.8 dan Rajah 4.8 menunjukkan pilihan penginapan belia ialah hotel seramai 90 orang

(40.2%), resort/chalet 88 orang (39.3%), homestay 64 orang (28.6%), perkhemahan 23 orang

(10.3%), bagpacker/asrama 33 orang (14.7%) dan lain-lain 11 orang (4.9%). Keseluruhannya,

pelancong belia lebih memilih hotel sebagai penginapan semasa melancong. Hal ini kerana

apabila menginap di hotel, segala kemudahan telah tersedia dan lebih selesa untuk pelancong

merehatkan diri setelah kepenatan. Bagaimanapun pilihan penginapan terakhir ialah

pelancong belia memilih penginapan yang lain-lain seperti rumah saudara-mara yang terdekat

dengan tempat pelancongan yang hendak dituju kerana lebih menjimatkan kos dan mudah.

18

Hotel

Resort/

Chalet

Homestay

Perkhem

ahan

Bagpack

er/Asra

ma

Lain-la

in0

10

20

30

4040.2 39.3

28.6

10.314.7

4.9

Penginapan

Series1

Pilihan Penginapan

Pera

tus

Page 19: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.2.4 Pengangkutan

Jenis Kenderaan Bilangan

Kenderaan sendiri

Bas

Lain-lain

101

48

109

Jadual 4.9 : Jenis Pengangkutan

Rajah 4.9 : Jenis Pengangkutan

Daripada Jadual 4.9 menunjukkan seramai 101 orang memilih kenderaan sendiri sebagai

pangangkutan yang digunakan untuk pergi melancong. 48 orang memilih bas dan 109 orang

memilih lain-lain pengangkutan. Dalam rajah 4.9, peratusan menunjukkan 45.1% memilih

kenderaan sendiri, 21.4% memilih bas dan 48.7% memilih lain-lain sebagai pengangkutan

yang digunakan untuk pergi melancong. Tuntasnya, lain-lain pengangkutan adalah menjadi

pilihan utama pelancong belia. Pengangkutan ini adalah seperti kapal terbang, motosikal,

kereta api, komuter dan sebagainya. Contohnya, pelancong belia memilih kapal terbang

sebagai pengangkutan untuk ke destinasi yang dituju kerana lebih menjimatkan masa. Bas

menjadi pilihan pengangkutan yang terakhir kerana tempoh masa untuk sampai ke destinasi

yang dituju adalah lama. Pada masa yang sama, tahap keselamatan yang kurang memuaskan

sering diisukan sekiranya menaiki bas.

19

Kenderaan sendiri Bas Lain-lain0

10

20

30

40

50

60

45.1

21.4

48.7

Pengangkutan

Series1

Jenis Kenderaan

Pera

tus

Page 20: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.2.5 Waktu Pergi Melancong

Waktu Pergi Melancong Bilangan

Hujung minggu

Tidak tentu

38

198

Jadual 4.10 : Waktu Pergi Melancong

Rajah 10 : Waktu Pergi Melancong

Jadual 4.10 dan Rajah 4.10 menunjukkan waktu yang dipilih oleh pelancong belia untuk

pergi melancong. Daripada Jadual 4.10 menunjukkan seramai 38 orang memilih untuk pergi

melancong pada hujung minggu dan 198 orang memilih untuk pergi melancong pada waktu

yang tidak menentu. Manakala Rajah 4.10 menunjukkan peratusan memilih untuk pergi

melancong pada hujung minggu ialah 17% dan tidak tentu ialah 88.4%. Hasil kajian

mendapati pelancong belia lebih memilih untuk pergi melancong pada waktu tidak menentu

seperti pada cuti sekolah atau cuti perayaan/umum. Hal ini disebabkan pelancong belia yang

sudah bekeluarga boleh pergi melancong dengan keluarga dengan lebih lama sekiranya pergi

pada waktu cuti sekolah atau cuti perayaan untuk membawa anak-anak mereka bercuti.

Bagaimanapun, pelancong belia kurang untuk memilih hujung minggu bagi keluar

melancong adalah kerana berpendapat hujung minggu adalah hari untuk merehatka diri dan

minda setelah penat bekerja atau belajar. Bagi pelajar, hujung minggu adalah waktu untuk

menyiapkan segala kerja rumah mahupun tugasan yang diberikan.

20

Hujung minggu Tidak tentu0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

17

88.4

Waktu Pergi Melancong

Series1

Waktu

Pera

tus

Page 21: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.2.6 Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong

Keinginan yang hendak diperoleh Bilangan

Kepuasan diri

Merehatkan minda

Lain-lain

119

81

105

Jadual 4.11 : Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong

Rajah 4.11 : Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong

Jadual 4.11 menunjukkan 119 orang memilih kepuasan diri sebagai perkara yang ingin

diperoleh daripada melancong diikuti 81 orang memilih untuk merehatkan minda dan 105

orang memilih lain-lain kemahuan yang hendak diperoleh. Manakala di dalam rajah 4.11,

peratusan menunjukkan keinginan yang hendak diperoleh daripada melancong ialah kepuasan

hati (119%), merehatkan minda (81%) dan lain-lain (105%). Pelancong belia gemar pergi

melancong adalah disebabkan untuk kepuasan diri antaranya untuk belajar dan mengenali

budaya orang lain dan melihat keindahan tempat orang. Manakala, merehatkan minda adalah

keinginan yang paling rendah hendak diperoleh. Hal ini kerana belia lebih gemar untuk pergi

melancong adalah untuk mendapatkan sesuatu yang baru seperti pengalaman dan sebagainya.

21

Kepuasan hati Merehatkan minda Lain-lain0

20

40

60

80

100

120

140119

81

105

Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong

Series1

Perkara Yang Diinginkan

Pera

tus

Page 22: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.2.7 Tarikan Untuk Melancong

Tarikan Untuk Melancong Bilangan

Kos percutian yang murah

Aksesibiliti yang baik

Promosi yang menarik

Keselamatan dan kebersihan

Fasiliti asas

Makanan dan minuman

Lain-lain

89

20

49

19

15

45

147

Jadual 4.12 : Tarikan Untuk Melancong

Rajah 4.12 : Tarikan Untuk Melancong

Jadual 4.12 menunjukkan bilangan responden bagi faktor tarikan untuk pergi melancong iaitu

kos percutian yang murah sebanyak 89 orang, aksesibiliti yang baik sebanyak 20 orang,

promosi yang menarik sebanyak 49 orang, keselamatan dan kebersihan sebanyak 19 orang,

fasiliti asas sebanyak 15 orang, makanan dan minuman 45 orang serta lain-lain 147 orang.

Manakala Rajah 4.12 menunjukkan peratusan bagi faktor tarikan iaitu kos percutian yang

murah (39.7%), aksesibiliti yang baik (8.9%), promosi yang menarik (21.9%), keselamatan

22

Kos perc

utian ya

ng baik

Aksesib

iliti ya

ng baik

Promosi y

ang m

enari

k

Keselam

atan dan

kebers

ihan

Fasili

ti asas

Makan

an dan

minuman

Lain-la

in0

10

20

30

40

50

60

70

39.7

8.9

21.9

8.5 6.7

20.1

65.6Tarikan Melancong

Series1

Faktor Tarikan

Pera

tus

Page 23: kajian terhadap pelancongan belia

dan kebersihan (8.5%), fasiliti asas (6.7%), makanan dan minuman (20.1%) dan lain-lain

(65.6%). Keseluruhannya, faktor utama menjadi tarikan pelancong belia untuk pergi

melancong ialah faktor lain-lain seperti tarikan budaya dan kesenian, keindahan alam

semulajadi serta keramahan penduduk. Kemudian, faktor yang kurang mempengaruhi

pelancong belia untuk melancong adalah fasiliti asas. Tanpa fasiliti asas golongan belia masih

boleh pergi melancong terutamanya bagi mereka yang bujang. Hal ini mereka beranggapan

sekiranya pergi melancong tidak menghadapi cabaran maknanya tiada keseronokan.

23

Page 24: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.3 Pandangan Terhadap Kenyataan Berkaitan Pelancongan

4.2.3.1 Pengetahuan Terhadap kempen pelancongan

Pengetahuan terhadap kempen pelancongan

Bilangan

Ya

Tidak

Missing

211

12

1

Jadual 4.13 : Pengetahuan Terhadap Kempen Pelancongan

Rajah 4.13 : Pengetahuan Terhadap Kempen Pelancongan

Jadual 4.13 dan Rajah 4.13 menunjukkan bahawa pengetahuan pelancong belia terhadap

kempen pelancongan di mana 211 orang (94.2%) mengetahui mengenai kempen “Cuti-cuti

Malaysia” dan “Visit Malaysia 2014” dan 12 orang (5.4%) tidak mengetahui mengenai

kempen ini. Hal ini disebabkan golongan belia didedahkan dengan iklan-iklan pelancongan

yang sering di uar-uarkan di media massa. Selain itu, hebahan daripada rakan-rakan mahupun

keluarga mengenai kempen ini. Namun begitu, bagi golongan belia yang tidak mengetahui

mengenai kempen ini adalah mungkin kurang mengambil tahu isu-isu semasa yang berlaku

terutamanya berkaitan pelancongan.

24

Ya Tidak Missing0

102030405060708090

100 94.2

5.4

Pengetahuan Terhadap Kempen

Series1

Tahap pengetahun

Pera

tus

Page 25: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.3.2 Halangan Sebelum Melancong

Jenis Halangan Bilangan

Kewangan

Masa

Keselamatan

Persekitaran

Makanan

Missing

104

22

40

20

1

37

Jadual 4.14 : Halangan Sebelum Melancong

Rajah 4.14 : Halangan Sebelum Melancong

Jadual 4.14 dan Rajah 4.14 menunjukkan halangan sebelum melancong. Jadual 4.14

menunjukkan kewangan menjadi halangan 104 orang untuk pergi melancong, kekangan masa

seramai 22 orang, tahap keselamatan seramai 40 orang, persekitaran seramai 20 orang dan

makanan 1 orang. Rajah 4.14 menunjukkan peratusan halangan sebelum melancong iaitu

kewangan (46.4%), kekangan masa (9.8%), tahap keselamatan (17.9%), persekitaran (8.9%)

dan makanan (0.4%). Bagaimanapun, 37 borang soal selidik iaitu 16.5% adalah missing.

Kewangan adalah menjadi halangan utama untuk pelancong belia pergi melancong kerana

kos yang tinggi. Manakala, masalah makanan tidak menjadi halangan yang utama kerana

pelancong belia mengetahui sangat mudah untuk mendapatkan makanan terutamanya

melancong di dalam negara.

25

Kewangan Masa Keselamatan Persekitaran Makanan Missing05

101520253035404550 46.4

9.8

17.9

8.9

0.4

16.5

Halangan Sebelum Melancong

Series1

Halangan

Pera

tus

Page 26: kajian terhadap pelancongan belia

4.2.3.3 Cadangan

Cadangan Bilangan

Pakej menarik

Promosi

Aktiviti

Kos murah

Kemudahan

Lain-lain

Missing

23

44

18

28

11

37

63

Jadual 4.15 : Cadangan

Rajah 4.15 : Cadangan

Daripada Jadual 15 dan Rajah 15 menunjukkan 23 orang (10.3%) mencadangkan pakej yang

menarik, 44 orang (19.6%) mencadangkan supaya memperhebatkan promosi, 18 orang

(8.0%) mencadangkan perlaksanaan aktiviti yang menarik dan pelbagai, 28 orang (12.5%)

mencadangkan kos yang murah, 11 orang (4.9%) mencadangkan memperbanyakkan lagi

kemudahan dan 37 orang (16.5%) mencadangkan lain-lain cadangan. Bagaimanapun, 63

borang soal selidik iaitu 28.1% adalah missing. Keseluruhannya, ramai responden

mencadangkan pihak-pihak yang berwajib perlu melaksanakan pelbagai dan

26

Pakej

menari

k

Promosi

Aktiviti

Kos murah

Kemudah

an

Lain-la

in

Missing

05

1015202530

10.3

19.6

812.5

4.9

16.5

28.1

Cadangan

Series1

Cadangan

Pera

tus

Page 27: kajian terhadap pelancongan belia

memperhebatkan lagi promosi. Contohnya, melakukan lagi kempen-kempen yang sesuai

untuk menarik pelancong untuk pergi melancong dan menerokai keindahan alam serta

budaya sesebuah tempat itu. Pihak berwajib perlu bekerjasama dengan pihak-pihak hotel atau

tempat peranginan untuk melaksanakan pakej-pakej yang menarik.

27

Page 28: kajian terhadap pelancongan belia

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai cadangan-cadangan yang akan

dikemukakan yang bersandarkan kepada penemuan-penemuan kajian yang telah

dibincangkan di dalam Bab 4 sebelum ini.

5.1 Rumusan Penemuan Kajian

Berdasarkan kepada penemuan kajian, didapati :

i. Belia lebih memilih untuk melancong di dalam negara kerana golongan ini

berpendapat bahawa destinasi-destinasi yang ditawarkan di dalam negara lebih

menarik dan lebih menjimatkan kos berbanding dengan destinasi-destinasi yang

ditawarkan di luar negara.

ii. Tujuan utama melancong dalam kalangan belia ialah untuk percutian/rekreasi. Hal

ini kerana daripada percutian, pelancong belia ini dapat mehilangkan tekanan

seperti tekanan kerja setelah penat bekerja atau tekanan pelajaran sepanjang

tempoh pembelajaran. Pada masa yang sama, untuk melawat tempat-tempat yang

menarik yang ada di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan ini, dapat

mengenali budaya dan adat resam sesuatu daerah, negeri mahupun negara yang

dilawati.

iii. Pelancong belia lebih memilih hotel sebagai penginapan semasa melancong. Hal

ini kerana apabila menginap di hotel, segala kemudahan telah tersedia dan lebih

selesa untuk pelancong merehatkan diri setelah kepenatan.

iv. Pelancong belia memilih pengangkutan selain daripada kenderaan sendiri dan bas

kerana mereka berpandapat bahawa ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga.

28

Page 29: kajian terhadap pelancongan belia

v. Pelancong belia lebih memilih untuk pergi melancong pada waktu tidak menentu

seperti pada cuti sekolah atau cuti perayaan/umum. Hal ini disebabkan pelancong

belia yang sudah bekeluarga boleh pergi melancong dengan keluarga dengan lebih

lama sekiranya pergi pada waktu cuti sekolah atau cuti perayaan untuk membawa

anak-anak mereka bercuti.

vi. Pelancong belia gemar untuk pergi melancong adalah disebabkan untuk kepuasan

diri antaranya untuk belajar dan mengenali budaya orang lain dan melihat

keindahan tempat orang.

vii. Pelancong belia menjadikan faktor tarikan budaya dan kesenian, keindahan alam

semulajadi serta keramahan penduduk setempat sebagai faktor utama mereka

untuk pergi melancong.

viii. Tahap pengetahuan pelancong belia terhadap kempen pelancongan adalah baik

kerana golongan belia ini didedahkan dengan iklan-iklan pelancongan yang sering

di uar-uarkan di media massa. Selain itu, hebahan daripada rakan-rakan mahupun

keluarga mengenai kempen ini.

ix. Masalah kewangan menjadi halangan utama untuk pelancong belia pergi

melancong kerana kos yang tinggi

5.2 Kesimpulan Kajian

Kajian ini merumuskan bahawa belia berpotensi dalam menyumbangkan peningkatan sektor

pelancongan belia serta mampu meningkatkan ekonomi negara sekaligus mencerminkan

bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dapat memberikan kepuasan yang tidak ternilai

kepada pelancong sepanjang melancong di Malaysia tidak kira kepada pelancong dalam atau

luar Negara.

29

Page 30: kajian terhadap pelancongan belia

5.4 Cadangan

Berdasarkan kajian ini, pasukan penyelidik mengemukakan cadangan berikut bagi memberi

jalan penyelesaian kepada pihak yang berwajib atau pihak yang berkenaan untuk

meningkatkan lagi potensi pelancongan terhadap belia. Anatara cadangan tersebut adalah

seperti berikut:

i. Pihak kerajaan mahupun swasta perlu melaksanakan pelbagai dan memperhebatkan

lagi promosi. Contohnya, melakukan lagi kempen-kempen yang sesuai untuk menarik

pelancong untuk pergi melancong dan menerokai keindahan alam serta budaya

sesebuah tempat itu. Pihak berwajib perlu bekerjasama dengan pihak-pihak hotel atau

tempat peranginan untuk melaksanakan pakej-pakej yang menarik.

ii. Pihak berkenaan berperanan dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun

Perayaan dengan mempergiatkan lagi kempen-kempen yang berkaitan dengan

pelancongan belia.

iii. Memberikan pendedahan kepada belia mengenai ilmu pelancongan yang lebih lagi

seperti ilmu dalam persediaan sebelum, semasa dan selepas melancong. Daripada cara

seperti ini, belia mampu merancang atau membuat keputusan yang lebih baik di

dalam hal yang berkaitan dengan pelancongan seperti mengetahui bajet-bajet yang

sesuai untuk melancong.

iv. Menyediakan infrastruktur yang lebih baik dan selesa untuk menarik perhatian

pelancong. Ini kerana golongan seperti ini lebih menitikberatkan aspek keselesaan dan

keselamatan semasa melancong. Aspek seperti ini juga merupakan antara faktor

pelancong tertarik untuk pergi melancong ke sesuatu destinasi.

30

Page 31: kajian terhadap pelancongan belia

RUJUKAN

Sekaran, U., and Bougie, R. (2013). Research methods for business: A skill building

approach

(6th Ed). United Kingdom: John Wiley

Al-Mansor Abu Said. (2012). Kaedah Penyelidikan Perniagaan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelancongan Malaysia. (1996). Kajian Pembangunan Pelancongan Belia

Di Malaysia : Potensi dan Halangan. Tourism Research Center, Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang.

Kementerian Belia dan Sukan. Dasar Pembangunan Belia Negara.

Diperoleh dari http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan

%20Belia%20

Negara

William E. Wagner, III.(2010). Using SPSS for Social Statistics and Research Methods,

(2nd Ed), United States of America.

Dr.Jamilah Din, Norhazilina Abdul Halim, Azmaliza Arifin. (2011). Kajian Kes: Perniagaan

Homestay Oleh Koperasi, Maktab Koperasi Malaysia

Ahmad Shuib, Noor Aziz Mohd Nor. (1989). Analisis Permintaan Pelancongan di Malaysia,

UPM.

A.N.A. Anuar, A. Habibah, J. Hamzah, Mohd Yusoff Hussain & A. Buang. (2012). Dasar

Pelancongan di Malaysia : Ke Arah Destinasi Mesra Pelancong, UKM

31