daya tahan kardiovaskular

4
Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan dan kecekapan otot jantung, saluran darah (ateri, vena dan kapilari) dan system pernafasaan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti. Faedah Latihan Meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kecekapan otot jantung. Mengurangkan risiko penyakit jantung. Membakar lemak dalam badan. Mengawal dan mengurangkan berat badan. Latihan Berkonsep Parcourse Diperkenalkan pada 1973 di Amerika Syarikat oleh Peter Stockers. 1.1 DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Upload: alhamdi-haneef

Post on 11-Feb-2016

58 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jasmani dan kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular bermaksud kemampuan dan kecekapan otot

jantung, saluran darah (ateri, vena dan kapilari) dan system

pernafasaan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara

berterusan semasa melakukan aktiviti.

Faedah Latihan

Meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kecekapan otot

jantung.

Mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membakar lemak dalam badan.

Mengawal dan mengurangkan berat badan.

Latihan Berkonsep Parcourse

Diperkenalkan pada 1973 di Amerika Syarikat oleh Peter Stockers.

Merupakan gabungan beberapa aktiviti kecergasan di sepanjang

laluan larian.

Bertujuan untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot

jantung.

Meningkatkan daya tahan otot-otot rangka dan menjadikan

badan bertambah sihat dan cergas.

1.1 DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

Page 2: Daya Tahan Kardiovaskular

Meliputi beberapa jenis aktiviti di sepanjang laluan larian yang

disediakan dari 400m hingga 1600m.

Setiap stesen mempunyai aktiviti kecergasan yang berlainan.

Cara Melaksanakan Aktiviti

1. Mulakan dengan larian dalam jarak 10-20m ke stesen 1.

2. Lakukan aktiviti di stesen 1.

3. Sambung larian ke stesen 2.

4. Ulang aktiviti ini hingga ke stesen 8.

Contoh Aktiviti

Aktiviti 1: lompat kuadran

Aktiviti 2 : bergayut di palang

Aktiviti 3 : duduk jangkau

Aktiviti 4 : tangga tegak

Aktiviti 5 : angkat kaki

Aktiviti 6 : lompat sentuh palang

Aktiviti 7 : naik turun bangku

Aktiviti 8 : meniti palang

Latihan Fartlek

Berasal dari Sweden.

Page 3: Daya Tahan Kardiovaskular

Satu system latihan daya tahan kardiovaskular yang berkonsep

pelbagai kelajuan.

Dilakukan pada pelbagai permukaan tanah.

Satu benyuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan

pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah bermain dengan kelajuan di

sepanjang permukaan tanah yang berbeza.

Cara Melaksanakan Latihan Fartlek (ubahsuaian)

A. Pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya

tahan kardiovaskular

B. Pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah

atau kawasan berdekatan dengan sekolah.

C. Mulakan latihan fartlek dengan pelbagai larian seperti berlari

perlahan, berjalan, lari zig-zag, lari pecut atau lari undur secara

berterusan.

D. Lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa atau jarak.

E. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau

berkumpulan.