kesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular ... · pdf filekesan minuman jus...

21
KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR DI KALANGAN PEMAIN BOLA BALING, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI KONG CHEE ONN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phamtruc

Post on 08-Feb-2018

268 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR DI KALANGAN PEMAIN BOLA BALING,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

KONG CHEE ONN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR DI KALANGAN PEMAIN BOLA BALING,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

SayaKONG CHEE ONN(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan diPerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHADDisahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:297, LRG 5, SITE B, DR. ZAINAL ABIDIN BIN ZAINUDDIN45400 SEKINCHAN, Nama PenyeliaSELANGOR.

Tarikh: 13 APRIL 2006 Tarikh: 18 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ...............................................

Nama Penyelia : Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin

Tarikh : 18 April 2006

Page 4: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN

KARDIOVASKULAR DI KALANGAN PEMAIN BOLA BALING,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI

KONG CHEE ONN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..............................

Nama Penulis : Kong Chee Onn

Tarikh : 13 April 2006

Page 6: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

iii

DEDIKASI

Pertamanya untuk ayah dan mak yang tersayang,

Terima kasih di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan.

Akan ku abadikan segalanya sehingga ke akhir hayat.

Untuk adik-adik tersayang,

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Terima kasih di atas segala bantuan dalam menyiapkan tesis ini.

Kepada semua yang terlibat,

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan dalam

menjayakan tesis ini.

Page 7: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada

penyelia tesis, Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin di atas segala tunjuk ajar, bantuan

dan nasihat yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pemain-pemian bola baling, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai yang selaku sampel dalam kajian ini yang telah

memberi bantuan dan kerjasama dalam menjayakan projek penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Diharap agar penyelidikan tesis yang disiapkan ini dapat

memberi manfaat dan maklumat kepada semua pihak yang merujuknya.

Page 8: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

v

ABSTRAK

Buah oren merupakan sejenis buah sitrus yang telah dikenal lama. Mengikut

kandungan nutrien di dalam jus oren, sepatutnya jus oren berpotensi sebagai

minuman yang membekalkan tenaga kepada atlit. Kajian ini dijalankan dengan

tujuan untuk melihat dan membandingkan tahap daya tahan kardiovaskular sebelum

dan selepas minum jus oren di kalangan pemain bola baling, Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), Skudai. Kajian berbentuk eksperimental ini melibatkan 10 orang

pemain bola baling lelaki, (UTM) yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dengan pendekatan “blind folded”.

Kumpulan eksperimen diberikan jus oren manakala kumpulan kawalan diberi bes

mandarin. Ujian larian atau jalan dalam masa 12 minit (Cooper test) dijalankan

sebelum dan selepas latihan untuk menguji daya tahan kardiovaskular. 6 sesi selama

4 minggu melibatkan latihan larian 7 minit dilakukan kepada kedua-dua kumpulan.

Ujian-t dijalankan untuk membandingkan keputusan ujian pra dan pos dan bandingan

antara kumpulan dan menguji hipotesis kajian. Terdapat perbezaan yang signifikan

antara kumpulan dimana kumpulan dengan minuman jus oren menunjukkan

peningkatan daya tahan kardiovaskular (p=0.015) berbanding kumpulan kawalan

(p=0.119). Sebagai kesimpulan, minuman jus oren berpotensi untuk meningkatkan

daya tahan kardiovaskular di kalangan atlit bola baling UTM. Walau bagaimanapun

kajian seterusnya perlu dijalankan dengan lebih terperinci dengan jumlah subjek

yang lebih ramai untuk mengesahkan dapatan ini.

Page 9: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

vi

ABSTRACT

Orange is a citrus fruit popularly known since decades ago. According to the

nutrient in orange juice, supposedly it is a drink that is capable of providing energy

to athletes. This research is intended to find out and compare the level of

cardiovascular endurance before and after drinking orange juice among the handball

athletes of Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. This experimental research

involved 10 male handball athletes of UTM and was divided into two groups; an

experimental group and a control group with the blind folded approach. The

experimental group was given orange juice while the control group had mandarin

base. Running or walking test (Cooper test) is conducted in 12 minutes before and

after training to test their cardiovascular endurance. Both groups had their running

training for 7 minutes every 6 sessions for 4 weeks. T-test was conducted to compare

the result of pre and post-test, comparing between groups and to test the hypothesis.

Research shown that there is a significant difference between groups whereby the

group which drank orange juice proved to have increment in cardiovascular

endurance (p=0.015) comparing with control group (p=0.119). As a conclusion,

orange juice is capable of increasing cardiovascular endurance among the UTM

handball athletes. However, future researches need to be conducted thoroughly and

there should be a larger number of subjects in order to clarify these findings.

Page 10: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Hipotesis Kajian 4

1.6 Kepentingan Kajian 4

1.7 Batasan Kajian 5

1.8 Definisi Istilah 5

Page 11: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 7

2.2 Jus Oren 7

2.3 Daya Tahan Kardiovaskular 8

2.4 Kajian Berkaitan Nutrien Jus Oren 9

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 16

3.2 Rekabentuk Kajian 16

3.3 Sampel 17

3.4 Tempat Kajian 17

3.5 Instrumen kajian 17

3.6 Prosedur Kajian 19

3.6.1 Pemilihan Subjek 19

3.6.2 Taklimat Kajian 19

3.6.3 Pembahagian Sampel 20

3.6.4 Perjalanan Kajian 20

3.6.5 Jangka Masa Kajian 22

3.6.6 Prosedur Ujian Cooper 22

3.7 Pengumpulan Data 23

3.8 Kaedah Penganalisaan Data 23

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 24

4.2 Dapatan Skor Jarak Larian Subjek 24

4.3 Statistik Deskriptif 26

Page 12: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

ix

4.4 Statistik Inferensi 30

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 32

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 32

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 33

5.4 Cadangan 34

RUJUKAN 36

LAMPIRAN A – I 40 - 48

Page 13: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan 20

3.2 Prosedur kajian bagi kumpulan eksperimen dan kawalan 21

3.3 Prosedur Ujian Cooper 22

4.1 Skor jarak larian (meter) bagi kumpulan eksperimen 25

4.2 Skor jarak larian (meter) bagi kumpulan kawalan 26

4.3 Purata dan sisihan piawai ujian pra dan pos bagi kumpulan

eksperimen 26

4.4 Purata dan sisihan piawai ujian pra dan pos bagi kumpulan

kawalan 28

4.5 Purata ujian pra dan pos bagi kumpulan eksperimen dan

kumpulan kawalan 29

4.6 Ujian-t bagi kumpulan eksperimen (jus oren) 30

4.7 Ujian-t bagi kumpulan kawalan (bes mandarin) 30

Page 14: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Skor jarak larian subjek ekperimen mengikut ujian dan

latihan 25

4.2 Skor jarak larian subjek kawalan mengikut ujian dan

latihan 26

4.3 Perbandingan ujian pra dan pos bagi subjek eksperimen 27

4.4 Perbandingan ujian pra dan pos bagi subjek kawalan 28

4.5 Perbandingan purata ujian pra dan pos bagi kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan 29

Page 15: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Rekod Kesihatan Diri 40

B Surat Perjanjian 41

C Borang Skor Ujian 42

D Pelan Gelanggang Bola Baling 43

E Analisis Ujian-t bagi kumpulan eksperimen 44

F Analisis Ujian-t bagi kumpulan kawalan 45

G Gambar A 46

H Gambar B 47

I Gambar C 48

Page 16: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada zaman sekarang, tidak dapat dinafikan bahawa pencapaian sukan para

atlit adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pencapaian mereka pada zaman

silam. Keadaan berlaku mungkin adalah kerana para saintis sukan telah

menggunakan kajian dan eksperimen untuk mencari maklumat dan pengetahuan

yang amat berguna bagi atlit dan jurulatih.

Makanan merupakan keperluan penting bagi manusia. Kita mengambil

makanan bukanlah untuk merasai sesuatu yang sedap sahaja. Bahkan, ia juga adalah

sesuatu yang sangat penting terhadap kehidupan kita. Yudkin dalam (Suriah Abdul

Rahman, 2004) menyatakan bahawa pemakanan adalah kaitan antara manusia

dengan makanan serta implikasinya terhadap aspek psikologi, biokimia, fisiologi dan

sosial.

Makanan menjalani proses penghadaman dan metabolisme di dalam badan.

Menurut Vasudevan (1987), perhubungan di antara pemakanan dan pencapaian

dalam senaman atau sukan adalah penting, ini kerana pemakanan yang baik akan

menjamin pertumbuhan, perkembangan yang baik dan pencapaian yang berkesan

dalam bidang sukan.

Page 17: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

2

Makanan boleh terdiri daripada bahan pejal dan cecair. Apabila kita mahu

mengkaji sesuatu makanan, perkara yang amat penting bagi kita bincangkan adalah

nutrien makanan dan kesan selepas pengambilan makanan itu. Nutrien adalah bahan-

bahan kimia yang boleh didapati dalam makanan yang diperlukan oleh kita untuk

hidup. Nutrien boleh dibahagikan kepada beberapa kelas iaitu nutrien bertenaga,

vitamin, bahan mineral dan air.

Nutrien bertenaga adalah bahan makanan yang membekalkan tenaga untuk

mensintesiskan ATP apabila ia diuraikan secara kimia. Gula atau glukosa merupakan

satu daripada karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan, ia digunakan sebagai

sumber tenaga bagi tubuh badan. Ia sangat penting bagi tubuh manusia untuk

kesihatan dan kehidupan.

Buah oren merupakan sejenis buah sitrus yang telah dikenal lama.

Berdasarkan maklumat kandungan khasiat dari minuman oren di pasaran dengan

jenama “Marigold Peel Fresh” , keistimewaan minuman jus oren (250 ml) itu adalah

kerana kandungan vitamin C (37.5 mg) yang tinggi, tenaga (88 kkal), karbohidrat

(20.5 g), jumlah gula (15.3 g), protein (0.5 g), serat makanan (2 g), vitamin A (500

mcg), vitamin E (7.5 mg), natrium dan kalium (92.5 mg).

Vitamin C penting untuk mengekalkan kekenyalan dan kekuatan dinding

kapilari normal. Jika kita tidak cukup vitamin C untuk membentukan kolagen, ia

akan menjadikan salur darah bertambah rapuh (Fredrick dan Margaret, 1990).

Apabila jantung kita mengepam darah melalui salur nadi, daya pengaliran ini akan

menekan dinding-dindingnya. Jika tekanan ke atas dinding salur nadi terlalu kuat, ini

akan mengakibatkan kerosakan (Abdul Rahim Ahmad, 1987). Oleh itu, vitamin C

memiliki peranan penting dalam kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular.

Daya tahan kardiovaskular adalah komponen yang terpenting dalam profail

fisiologi manusia. . Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem edaran darah

membekalkan oksigen kepada otot-otot yang berfungsi, seperti apabila kita

melakukan senaman ataupun kerja. Kecergasan kardiovaskular adalah bergantung

Page 18: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

3

kepada kombinasi efisyensi saluran darah, jantung dan paru-paru. Akitviti fizikal

yang berpanjangan memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisyen

kerana keadaan seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan pengaliran darah

yang kaya dengan oksigen melalui saluran darah untuk membolehkan otot-otot

menjalankan aktiviti tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Memang telah menjadi kenyataan umum bahawa makanan merupakan

keperluan asas manusia. Semua makanan yang diambil oleh manusia akan memberi

kesan dan perubahan terhadap tubuh badannya. Makanan yang diambil boleh

memberi kesan positif atau negatif. Walaupun demikian, masih terdapat ramai atlit

mengambil makanan dan minuman tanpa menghiraukan kesannya. Apa yang

membimbangkan ialah akibat selepas mengambil makanan dan minuman tersebut.

Kebanyakan minuman boleh digunakan semasa atau sebelum senaman.

Terdapat juga produk minuman di pasaran tidak memberikan khasiat kepada badan,

kerana ia cuma mengandungi karbonat, pewarna, asid dan air manis (Persatuan

Pengguna Pulau Pinang, 1999). Kebijaksanaan memilih dan mengambil sesuatu

minuman yang baik adalah sangat penting supaya badan dapat berfungsi dengan baik.

Oleh itu, penyelidik ingin membuat satu kajian untuk mencari sedikit pengetahuan

berkenaan kesan dan kaitan minuman jus oren dengan daya tahan kardoivaskular.

1.3 Pernyataan Masalah

Tabiat pemilihan pemakanan di kalangan atlit di Malaysia masih berada di

tahap yang rendah. Rata-rata atlit Malaysia mengambil makanan dan minuman yang

diminati tanpa memikirkan kesannya ke atas sistem tubuh badan dan prestasi sukan

mereka. Berdasarkan kandungan nutrien di dalam jus oren yang dinyatakan dalam

Page 19: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

4

pengenalan kajian (m/s 2), sepatutnya jus oren berpotensi sebagai minuman yang

membekalkan tenaga kepada atlit. Walau bagaimanapun, belum ada kajian saintifik

yang mengkaji perkaitan antara jus oren dan prestasi. Dalam kajian ini pengkaji ingin

melihat perkaitan antara minuman jus oren dan prestasi daya tahan kardiovaskular.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk membandingkan tahap daya tahan

kardiovaskular sebelum dan selepas minum jus oren di kalangan pemain bola baling,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

1.5 Hipotesis Kajian

Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap daya tahan

kardiovaskular sebelum dan selepas meminum jus oren di kalangan pemain

bola baling, UTM, Skudai.

Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap daya tahan

kardiovaskular sebelum dan selepas meminum jus oren di kalangan pemain

bola baling, UTM, Skudai.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat membantu jurulatih dan atlit untuk mengetahui sejauh mana

kesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola

baling. Kajian ini juga bertujuan mendapatkan pengetahuan dan maklumat yang

penting mengenai minuman jus oren bagi atlit, jurulatih dan pelajar sains sukan.

Page 20: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

5

Jika jus oren terbukti berkesan untuk peningkatan daya tahan kardiovaskular,

mungkin minuman ini boleh menggantikan minuman sukan yang ada di pasaran

kerana dari segi kos efektif. Jus oren adalah lebih murah berbanding minuman sukan

yang dibeli dari pasaran. Oleh itu, jurulatith dan para atlit boleh mengambil jus oren

sebagai minuman sukan untuk meningkatkan prestasi sukan mereka.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan 10 orang pemain bola baling, UTM, Skudai.

Mereka merupakan atlit lelaki yang pernah mewakili UTM ke pertandingan sukan

antara universiti (MASUM) bagi sesi 2004/2005.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Pemakanan

Sebagai satu bidang sains yang berkaitan dengan pembekalan, pengambilan

dan penggunaan makanan oleh sesuatu organisma

1.8.2 Jus oren

Sejenis minuman buah sitrus yang mengandungi banyak vitamin C.

Page 21: KESAN MINUMAN JUS OREN TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ... · PDF filekesan minuman jus oren terhadap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain bola baling, universiti teknologi

6

1.8.3 Daya tahan kardiovaskular

Keupayaan sistem edaran darah (jantung dan saluran darah pernafasan)

membekalkan oksigen kepada otot-otot yang berfungsi.