dasar sekolah

4
1. Bayaran Tambahan Sekolah 1.1. Bayaran Tambahan hendaklah dikutip daripada murid mengikut kadar yang ditetapkan. 1.2. Murid mestilah diberi resit rasmi selepas pembayaran dibuat. 1.3. Kutipan hendaklah diserahkan kepada kerani kewangan sekolah pada hari yang sama bayaran tambahan diterima daripada ibu bapa/ murid. 1.4. Semua bayaran hendaklah dicatat di dalam Jadual Kedatangan Murid. 1.5. Bayaran Tambahan dan Yuran Khas adalah WAJIB dikutip daripada setiap murid warga asing. 2. Buku Rekod Mengajar 2.1. Buku Rekod Mengajar hendaklah mencatatkan semua mata pelajaran yang diajar oleh guru termasuk waktu ganti . 2.2. Semua butiran dan borang-borang dalam buku rekod hendaklah dilengkapkan dengan tepat, betul dan dikemaskini. 2.3. Sekiranya cikgu bercuti kerana sakit buku rekod hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. 2.4. Buku Rekod Mengajar hendaklah dihantar ke pejabat sekolah pada tiap-tiap hari Jumaat selepas sekolah tamat atau pada hari terakhir persekolahan dalam sesuatu minggu atau semasa berkursus atau bercuti. 2.5. Semua standard kandungan dan sukatan pelajaran subjek yang diajar hendaklah dipamerkan dalam Buku Rekod Mengajar. 2.6. Jadual waktu kelas, persendirian dan bilik-bilik khas yang terkini WAJIB dipamerkan serta diwarnakan mengikut warna yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 3. Kedatangan Guru 3.1. Semua guru WAJIB mengetip kad perakam sendiri waktu datang dan balik. 3.2. Semua guru DILARANG mengetip bagi pihak orang lain. 3.3. Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas guru-guru yang gagal mematuhi perkara 3.1 dan 3.2. 3.4. Guru yang lewat 3 kali berturut-turut dalam satu bulan akan ditukarkan kad dari warna kuning ke warna hijau dan akan diberikan surat tunjuk sebab. 3.5. Guru yang lewat semasa memegang kad warna hijau sebanyak 2 kali dalam satu bulan akan ditukarkan kadnya kepada warna merah untuk bulan yang akan datang dan akan diberikan surat tunjuk sebab yang boleh membawa kepada tindakan tatatertib jika kelewatan ini berterusan dalam bulan-bulan seterusnya. 3.6. Kad perakam akan ditukarkan kepada warna hijau dan ke warna asal kuning, hanya apabila tidak ada lagi berlaku kelewatan bagi bulan-bulan akan datang. 3.7. Guru hendaklah memberi penjelasan sebab lewat sebelum mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk pengesahan. Guru Besar berhak menolak untuk tanda tangan jika alasan yang diberi tidak munasabah. 3.8. Semua guru hendaklah merujuk Surat Pekeliling Am Bil. 11 1981 berkaitan dengan kad perakam waktu. 4. Buku-buku Rampaian atau Buku-buku Teks 4.1. Semua guru hendaklah memastikan bahawa semua murid mempunyai semua buku yang dikehendaki untuk kerja bertulis. 4.2. Murid yang menghilangkan buku teks (SPBT) dikehendaki menggantikan dengan buku yang sama atau membayar mengikut harga buku yang hilang / rosak. 5. Pemeriksaan Buku-buku Rampaian. 5.1. Semua kerja tulis-menulis murid hendaklah diperiksa dengan teliti oleh guru dalam tempoh tiga hari. 5.2. Semua guru hendaklah memastikan bahawa bilangan buku rampaian yang dikutip adalah sama dengan bilangan murid yang hadir. 5.3. Semua guru hendaklah memastikan pembetulan dilakukan walaupun berulang kali untuk kesalahan yang sama. DASAR SEKOLAH 2014

Upload: isham-ibrahim

Post on 20-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

  • 1. Bayaran Tambahan Sekolah

    1.1. Bayaran Tambahan hendaklah dikutip daripada murid mengikut kadar yang ditetapkan. 1.2. Murid mestilah diberi resit rasmi selepas pembayaran dibuat. 1.3. Kutipan hendaklah diserahkan kepada kerani kewangan sekolah pada hari yang sama bayaran tambahan diterima

    daripada ibu bapa/ murid. 1.4. Semua bayaran hendaklah dicatat di dalam Jadual Kedatangan Murid. 1.5. Bayaran Tambahan dan Yuran Khas adalah WAJIB dikutip daripada setiap murid warga asing.

    2. Buku Rekod Mengajar

    2.1. Buku Rekod Mengajar hendaklah mencatatkan semua mata pelajaran yang diajar oleh guru termasuk waktu ganti . 2.2. Semua butiran dan borang-borang dalam buku rekod hendaklah dilengkapkan dengan tepat, betul dan dikemaskini. 2.3. Sekiranya cikgu bercuti kerana sakit buku rekod hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. 2.4. Buku Rekod Mengajar hendaklah dihantar ke pejabat sekolah pada tiap-tiap hari Jumaat selepas sekolah tamat atau

    pada hari terakhir persekolahan dalam sesuatu minggu atau semasa berkursus atau bercuti. 2.5. Semua standard kandungan dan sukatan pelajaran subjek yang diajar hendaklah dipamerkan dalam Buku Rekod

    Mengajar. 2.6. Jadual waktu kelas, persendirian dan bilik-bilik khas yang terkini WAJIB dipamerkan serta diwarnakan mengikut warna

    yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

    3. Kedatangan Guru 3.1. Semua guru WAJIB mengetip kad perakam sendiri waktu datang dan balik. 3.2. Semua guru DILARANG mengetip bagi pihak orang lain. 3.3. Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas guru-guru yang gagal mematuhi perkara 3.1 dan 3.2. 3.4. Guru yang lewat 3 kali berturut-turut dalam satu bulan akan ditukarkan kad dari warna kuning ke warna hijau dan

    akan diberikan surat tunjuk sebab. 3.5. Guru yang lewat semasa memegang kad warna hijau sebanyak 2 kali dalam satu bulan akan ditukarkan kadnya kepada

    warna merah untuk bulan yang akan datang dan akan diberikan surat tunjuk sebab yang boleh membawa kepada tindakan tatatertib jika kelewatan ini berterusan dalam bulan-bulan seterusnya.

    3.6. Kad perakam akan ditukarkan kepada warna hijau dan ke warna asal kuning, hanya apabila tidak ada lagi berlaku kelewatan bagi bulan-bulan akan datang.

    3.7. Guru hendaklah memberi penjelasan sebab lewat sebelum mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk pengesahan. Guru Besar berhak menolak untuk tanda tangan jika alasan yang diberi tidak munasabah.

    3.8. Semua guru hendaklah merujuk Surat Pekeliling Am Bil. 11 1981 berkaitan dengan kad perakam waktu.

    4. Buku-buku Rampaian atau Buku-buku Teks 4.1. Semua guru hendaklah memastikan bahawa semua murid mempunyai semua buku yang dikehendaki untuk kerja

    bertulis. 4.2. Murid yang menghilangkan buku teks (SPBT) dikehendaki menggantikan dengan buku yang sama atau membayar

    mengikut harga buku yang hilang / rosak.

    5. Pemeriksaan Buku-buku Rampaian. 5.1. Semua kerja tulis-menulis murid hendaklah diperiksa dengan teliti oleh guru dalam tempoh tiga hari. 5.2. Semua guru hendaklah memastikan bahawa bilangan buku rampaian yang dikutip adalah sama dengan bilangan murid

    yang hadir. 5.3. Semua guru hendaklah memastikan pembetulan dilakukan walaupun berulang kali untuk kesalahan yang sama.

    DASAR SEKOLAH 2014

  • 6. Kerja Rumah 6.1. Kerja rumah untuk murid adalah penting dan mesti diberi setiap hari dan semasa cuti serta dalam kuantiti yang sesuai. 6.2. Semua guru hendaklah memandang berat terhadap murid yang selalu tidak membuat kerja rumah. 6.3. Semua guru subjek teras perlu menulis jumlah kerja rumah di penjuru kanan papan putih supaya boleh dijadikan

    panduan oleh guru lain sebelum mereka memberi kerja rumah.

    7. Ujian dan Penilaian 7.1. Ujian Topikal dan PKSR wajib dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan berdasarkan kalendar sekolah. 7.2. Semua guru hendaklah mematuhi peraturan peperiksaan. 7.3. Semua markah ujian dan peperiksaan yang diperolehi hendaklah diisi di dalam ruangan yang disediakan dalam Buku

    Rekod Mengajar, Buku Adab Belajar, Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

    7.4. Semua pelaporan prestasi murid perlu diserahkan kepada ibu bapa semasa Hari Mesra Pelanggan.

    8. Menepati Masa 8.1. Semua guru hendaklah mematuhi arahan waktu bekerja tiap-tiap hari.(Rujuk Perintah Am Bab G) 8.2. Semua guru hendaklah masuk ke kelas mengajar pada masa yang ditetapkan termasuk kelas ganti. 8.3. Semua guru WAJIB menghadiri semua mesyuarat yang ditetapkan dan mematuhi masa serta tempoh mesyuarat.

    9. Perbuatan Yang Dilarang

    9.1. Guru tidak dibenarkan menghisap rokok di dalam kelas atau di kawasan sekolah. 9.2. Guru tidak dibenarkan duduk di atas meja guru atau murid semasa mengajar. 9.3. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dalam waktu pengajarannya kecuali dengan sebab-sebab tertentu. 9.4. Guru dilarang menggunakan telefon bimbit dan bersembang di laman sosial sewaktu mengajar atau di dalam kelas

    dan bilik-bilik khas.

    10. Denda 10.1. Hukuman dera terhadap murid seperti merotan, memukul menggunakan tangan, mencederakan dengan alat atau

    tangan dan lain-lain yang boleh mencederakan fizikal dan emosi murid-murid tidak dibenarkan. 10.2. Guru diminta merujuk Surat Pekeliling Bil.1/1972 Bertarikh : 4 Feb. 1972 Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah)

    Pelajaran 1959.

    11. Disiplin Dalam Bilik Darjah 11.1. Guru hendaklah sentiasa mengawasi disiplin murid dalam darjah. 11.2. Guru hendaklah sentiasa memenuhi masa bersama murid dengan aktiviti yang berfaedah supaya mereka tidak merasa

    bosan atau jemu. 11.3. Guru adalah bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam bilik darjah termasuk semasa kelas ganti. 11.4. Guru hendaklah memastikan murid tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah :

    Bermain dalam kelas. Mengotorkan bilik darjah. Ponteng kelas. Meninggalkan kelas tanpa sebab dan tanpa kebenaran. Bercakap dengan suara yang kuat. Membuat bising dan berbual-bual semasa membuat kerja. Memastikan murid kembali semula ke kelas dalam tempoh 5 minit selepas ke tandas.

    12. Kebersihan Bilik Darjah

    12.1. Guru dan murid adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas. 12.2. Carta tugas harian hendaklah sentiasa kemas dan bersih. 12.3. Semua murid hendaklah sentiasa kemas dan bersih. 12.4. Markah bulanan dalam Pertandingan Kebersihan Kelas hendaklah tidak kurang daripada 80%.

  • 13. Bilik Guru

    13.1. Guru hendaklah bekerjasama untuk menjaga kebersihan bilik guru. 13.2. Bilik guru hendaklah sentiasa kemas dan bersih. 13.3. Orang luar sama ada guru atau bukan guru tidak dibenarkan masuk ke bilik guru untuk urusan peribadi kecuali dengan

    kebenaran Guru Besar.

    14. Pendidikan Jasmani 14.1. Pendidikan Jasmani adalah satu matapelajaran yang diwajibkan. 14.2. Guru Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk mata pelajaran ini. 14.3. Pakaian-pakaian berikut adalah pakaian yang dianggap tidak sesuai untuk mengajar Pendidikan Jasmani.

    Kasut Tumit Tinggi atau Kasut Kulit Sarong ketat atau seluar ketat Cheong Sam, Saree dan Sarong Kebaya

    15. Permohonan Untuk Keluar Negara

    15.1. Permohonan hendaklah dibuat melalui Guru Besar menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat. 15.2. Borang hendaklah dihantar ke JPWP sekurang-kurangnya 5 minggu sebelum tarikh lawatan.

    16. Cuti Kecemasan @ Cuti Rehat Khas

    16.1. Semua guru dikehendaki menelefon atau menghantar pesanan ringkas sebelum jam 7.15 pagi bagi tujuan memohon kebenaran Guru Besar untuk bercuti jika berlaku kecemasan.

    16.2. Kelayakan cuti rehat khas bulanan bagi seorang guru adalah bersamaan jumlah cuti tahunan / 12 bulan. Jika guru mengambil melebihi daripada kelayakan yang diperuntukkan, tindakan potong gaji akan diambil ke atas lebihan hari cuti yang tidak layak.

    16.3. Semua slip cuti sakit atau slip masa hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan pada hari pertama guru masuk semula bekerja selepas bercuti. Guru yang gagal mematuhi peraturan ini akan diberikan surat tunjuk sebab. Jika alasan tidak diterima, Guru Besar berhak menolak cuti sakit yang dikemukakan dan tindakan potong gaji akan dilakukan.

    16.4. Semua pemohonan cuti rehat khas hendaklah dipohon seminggu sebelum cuti dan dilampirkan dengan semua dokumen sokongan untuk kelulusan Guru Besar. Cuti rehat khas hari Isnin adalah TIDAK DIBENARKAN.

    16.5. Permohonan cuti kecemasan dibenarkan dengan syarat: 16.5.1. Berlaku kecemasan di kalangan keluarga terdekat iaitu ibu bapa/ mertua, adik beradik, suami/ isteri dan anak-

    anak. 16.5.2. Tidak melebihi 2 hari dengan syarat masih mempunyai kadar kelayakan bercuti pada bulan berkenaan. 16.5.3. Mengisi borang cuti pada hari pertama masuk semula bekerja. 16.5.4. Melampirkan surat penjelasan bersama borang cuti. 16.5.5. Menyertakan dokumen sokongan seperti permit menguburkan/ surat akuan masuk hospital dan lain-lain yang

    boleh diterima sebagai pengesahan sesuatu kejadian. 16.5.6. Mana-mana guru yang gagal mematuhi peraturan di atas, Guru Besar berhak untuk menolak permohonan

    cuti berkenaan dan tindakan potong gaji akan diambil bagi hari-hari guru tidak hadir. 16.6. Guru Besar berhak menolak pemohonan cuti guru berdasarkan keperluan guru berkenaan di sekolah dan atas

    justifikasi Melindungi Masa Instruktional. 16.7. Semua guru hendaklah merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 berkaitan dengan cuti dan kelayakan

    bercuti.

    17. Keluar Daripada Sekolah Untuk Urusan Peribadi 17.1. Semua guru hendaklah mengelakkan melakukan urusan peribadi semasa waktu bekerja. Urusan hendaklah dilakukan

    di luar waktu bekerja atau selepas tidak terlibat lagi dengan waktu Pengajaran & Pembelajaran atau di sesi petang. Jika temujanji atau urusan dibuat selepas waktu sekolah, guru hendaklah memastikan tidak menganggu aktiviti rasmi sekolah yang berlangsung di sesi petang.

  • 17.2. Guru juga boleh melelong jadual waktu kepada guru lain supaya P&P di kelas terlibat dapat dijalankan seperti biasa sebelum menguruskan hal-hal peribadi.

    17.3. Semua pemohonan hendaklah dibuat melalui Guru Besar menggunakan borang yang disediakan seminggu sebelum urusan jika berkaitan dengan temujanji atau 3 hari sebelum bagi urusan yang tidak berkaitan dengan kecemasan.

    17.4. Semua guru hendaklah menyerahkan slip masa kepada Pembantu Tadbir sebaik sahaja mula bertugas di sekolah keesokan hari.

    17.5. Guru Besar berhak menolak pemohonan guru berdasarkan keperluan guru berkenaan di sekolah dan atas justifikasi Melindungi Masa Instruktional.

    17.6. Semua guru hendaklah merujuk Perintah Am Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    18. Panggilan Telefon 18.1. Pihak pejabat akan mengambil pesanan daripada semua panggilan telefon untuk guru yang terlibat dengan pengajaran

    dan pembelajaran. 18.2. Guru hanya dibenarkan datang ke pejabat untuk menjawab panggilan telefon sekiranya tiada kelas pengajaran. 18.3. Guru dibenarkan menggunakan telefon pejabat untuk tujuan rasmi sahaja dan ia hendaklah direkodkan.

    19. Kerja Luar Sekolah (Perniagaan dan lain-lain)

    19.1. Semua guru dilarang membuat kerja-kerja luar. Semua kerja luar perlu mendapat sokongan Guru Besar dan kebenaran rasmi daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    19.2. Guru-guru yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 19.3. Semua guru hendaklah merujuk pada Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1 Tahun

    2006: Garis Panduan Kelulusan Melakukan Pekerjaan Luar Sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga Pengajar Sambilan.

    20. Perintah Am 20.1. Semua guru tertakluk kepada perintah-perintah Am kerajaan:

    Perintah Am Bab D : Kelakuan dan Tatatertib Perintah Am Bab C : Cuti

    21. Tatasusila Guru

    21.1. Semua guru hendaklah mematuhi Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan menyedari tanggungjawab terhadap pelajar, ibubapa, masyarakat,agama, negara dan rakan sejawat.