dasar-pbs

2
DASAR PBS Pernyataan Dasar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 1. Sekolah WAJIB melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. 2. Pelaksanaan PBS dijalankan secara berterusan dan merupakan sebahagian daripada PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 3. Pihak sekolah bertanggungjawab mengurus dokumen, skor dan evidens serta mengeluarkan sijil. Sijil diserahkan kepada calon semasa calon mengambil keputusan peperiksaan. 4. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan (LP) mengikut kaedah dan tempoh yang ditetapkan. 5. Sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang mempunyai komponen PBS dan memerlukan bilik khas mestilah mendapatkan kelulusan dan pentauliahan sebagai pusat peperiksaan daripada Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Penilaian dan Peperiksaan) dua tahun sebelum mendaftarkan calon. 6. Pentauliahan akan berkuatkuasa selagi pihak sekolah mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. 7. Pentaksir mata pelajaran PBS mestilah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan. 8. Tiga kumpulan personel hendaklah dilantik bagi melaksanakan PBS iaitu : a. Kumpulan Pemantauan b. Kumpulan Penyelarasan c. Kumpulan Pengesanan 9. Skor PBS akan diambil kira dalam menentukan keputusan mata pelajaran tersebut. 10. Semua artifak dan folio adalah bahan SULIT PEPERIKSAAN.

Upload: joejem

Post on 13-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

DASAR PBS

DASAR PBS

Pernyataan Dasar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

1. Sekolah WAJIB melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.

2. Pelaksanaan PBS dijalankan secara berterusan dan merupakan sebahagian daripada PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

3. Pihak sekolah bertanggungjawab mengurus dokumen, skor dan evidens serta mengeluarkan sijil. Sijil diserahkan kepada calon semasa calon mengambil keputusan peperiksaan.4. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan (LP) mengikut kaedah dan tempoh yang ditetapkan.

5. Sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang mempunyai komponen PBS dan memerlukan bilik khas mestilah mendapatkan kelulusan dan pentauliahan sebagai pusat peperiksaan daripada Jabatan Pelajaran Negeri (Sektor Penilaian dan Peperiksaan) dua tahun sebelum mendaftarkan calon.

6. Pentauliahan akan berkuatkuasa selagi pihak sekolah mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

7. Pentaksir mata pelajaran PBS mestilah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan.

8. Tiga kumpulan personel hendaklah dilantik bagi melaksanakan PBS iaitu :

a. Kumpulan Pemantauan

b. Kumpulan Penyelarasanc. Kumpulan Pengesanan

9. Skor PBS akan diambil kira dalam menentukan keputusan mata pelajaran tersebut.

10. Semua artifak dan folio adalah bahan SULIT PEPERIKSAAN.11. Evidens perlu disimpan dengan selamat di sekolah selama ENAM bulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan.

12. Artifak dan folio boleh dibuat di luar waktu pengajaran dan pembelajaran tetapi dilaksanakan dalam kawasan sekolah.13. Kos pelaksanaan PBS ditanggung oleh pihak sekolah.

14. Jawatankuasa induk pengurusan PBS mesti ditubuhkan di peringkat negeri, daerah dan sekolah.

15. PBS mesti dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP.