dasar negara

24
Pengenalan. Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan detik permulaan kepada pembentukan negara Malaysia yang berdaulat. Hasil tangan cengkaman British yang lampau telah mewujudkan masyarakat plural di Tanah Melayu yakni Melayu, Cina dan India yang masing-masing mempunyai corak sosial yang berbeza dan status ekonomi yang ketara. Senario ini merupakan pemangkin utama konflik perpecahan kaum yang zahir dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Lantaran konflik dan tuntutan yang menjadi permasalahan negara ketika itu, kerajaan telah mengadun pelbagai dasar bagi memperbaiki kelemahan dan kekecohan yang berlaku baik dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Bingkisan sejarah inilah yang menjadi isu kepada pembentukan dasar negara pada mulanya. Siapa sangka, konflik perkauman ini membawa kepada resolusi penciptaan dasar-dasar negara yang kekal dibentuk sehingga ke hari ini. 1 Menurut kamus dewan edisi keempat, dasar dapat didefinisikan sebagai perkara terpenting sesuatu rangka atau idea atau teras tindakan kerajaan. 2 Mengikut buah fikir Helco (1972) pula, dasar awam adalah arah tujuan sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Hal ini dilakukan dengan pelbagai tindakan yang melibatkan perancangan spesifik. Dengan itu, keperluan awam ini harus dianalisis sebelum tindakan diambil. Sabitha Marican (1997) pula 1 Dalam Chamil Wariya, Malaysia: Asas Pembinaan Negara Bangsa Institusi Pemerintahan Lambang Kebangsaan, Kuala Lumpur: Media Global Matrix Sendirian Berhad, 2007, hlm 114. 2 Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 317. 0

Upload: peningla

Post on 16-Sep-2015

55 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kkk

TRANSCRIPT

Pengenalan.Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan detik permulaan kepada pembentukan negara Malaysia yang berdaulat. Hasil tangan cengkaman British yang lampau telah mewujudkan masyarakat plural di Tanah Melayu yakni Melayu, Cina dan India yang masing-masing mempunyai corak sosial yang berbeza dan status ekonomi yang ketara. Senario ini merupakan pemangkin utama konflik perpecahan kaum yang zahir dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Lantaran konflik dan tuntutan yang menjadi permasalahan negara ketika itu, kerajaan telah mengadun pelbagai dasar bagi memperbaiki kelemahan dan kekecohan yang berlaku baik dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Bingkisan sejarah inilah yang menjadi isu kepada pembentukan dasar negara pada mulanya. Siapa sangka, konflik perkauman ini membawa kepada resolusi penciptaan dasar-dasar negara yang kekal dibentuk sehingga ke hari ini.[footnoteRef:1] [1: Dalam Chamil Wariya, Malaysia: Asas Pembinaan Negara Bangsa Institusi Pemerintahan Lambang Kebangsaan, Kuala Lumpur: Media Global Matrix Sendirian Berhad, 2007, hlm 114.]

Menurut kamus dewan edisi keempat, dasar dapat didefinisikan sebagai perkara terpenting sesuatu rangka atau idea atau teras tindakan kerajaan.[footnoteRef:2] Mengikut buah fikir Helco (1972) pula, dasar awam adalah arah tujuan sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Hal ini dilakukan dengan pelbagai tindakan yang melibatkan perancangan spesifik. Dengan itu, keperluan awam ini harus dianalisis sebelum tindakan diambil. Sabitha Marican (1997) pula mengatakan isu dan dasar adalah saling berkaitan. Sesuatu dasar tercetus rentetan daripada sesuatu isu yang berupa tuntutan daripada rakyat. Kemudiannya kerajaan akan bertindak dan dengan memperkenalkan beberapa dasar. Berdasarkan pencerahan ini, nyata difahami bahawa setiap dasar tidak dibentuk dengan sewenang-wenangnya, tetapi ia membawa matlamat penting yang bertujuan untuk menyelesaikan isu atau masalah negara dengan berkesan.[footnoteRef:3] [2: Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 317.] [3: Dalam Sabitha Marican, dalam Dasar Awam Di Malaysia Isu Dan Konsep, Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd. 1997, hlm 4, beliau telah mengemukakan definisi dasar yang sehaluan dengan Helco. ]

Ciri-ciri penetapan matlamat sesuatu dasar ialah mesti dirangka dan dianalisis sejauh manakah keberkesanannya mengatasi sesuatu isu. Matlamat sesuatu dasar juga merupakan populariti sesuatu dasar. Matlamat menjadi popular apabila ia jelas dan relevan. Oleh itu, matlamat sesuatu dasar haruslah bertepatan dengan keseimbangan politik, ekonomi dan sosial. Jika tiga entiti ini turut sama di telusuri, matlamat sesuatu dasar itu, akan mudah di kecapi. Dasar negara pada awal kemerdekaan adalah berteraskan kepada perpaduan contohnya Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan dan Dasar Pendidikan. Demi mencapai kesejahteraan yang menyeluruh, kerajaan telah membahagikan dasar negara kepada tiga kelompok utama yakni dasar berkaitan dengan ekonomi, dasar sosial dan etika kerja serta dasar luar negeri.[footnoteRef:4] Kesemuanya membawa kepentingan yang sama namun matlamatnya berbeza. Dasar sedemikian dirangka untuk mencapai perpaduan dan keseimbangan ekonomi, politik dan sosial semua kaum. Kesimpulannya, setiap dasar yang tercetus dari sesuatu isu mempunyai matlamat perpaduan, popular, mencerminkan aspirasi kerajaan, mampu meraih kepercayaan rakyat sekali gus mampu dilaksanakan dengan berkesan.[footnoteRef:5] [4: Ibid, hlm 19.] [5: Dasar awam ditetapkan melalui tiga faktor iaitu, matlamat berkaitan dengan masalah pokok masyarakat, matlamat mendapat sokongan rakyat dan strategi yang digubal boleh menjayakan matlamat itu. Maklumat lanjut dalam, Wan Azmi Ramli (1993). Dasar Awam di Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd. Hlmn, 168.]

2.0 Dasar Ekonomi Baru.Jika dibandingkan telatah ekonomi negara yang jelas menunjukkan jurang perkauman pada awal kemerdekaan lalu dengan kestabilan ekonomi hari ini, perubahannya amat ketara sekali. Gara-gara kejayaan aliran dualisme ekonomi dan dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan British, jurang perpaduan dan garis pemisahan kaum telah terlukis. Jika dahulu, orang Melayu setia di bendang, orang India sibuk di ladang dan orang Cina asyik berdagang. Itu yang menjadi lambang. Namun kini, agihan ekonomi ditimbang agar kaum bumiputera tidak terus bimbang atau tumbang di atas bumi sendiri. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) giat dipacu bagi mewujudkan perpaduan nasional melalui pelaksanaan langkah-langkah yang bercorak ekonomi. DEB yang merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama telah melibatkan 20 tahun pelaksanaannya yakni bermula dari 1970 hingga 1990:Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),Rancangan Malaysia Ketiga (1976- 1980) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)Matlamat penting DEB yang sangat terkenal dengan gelaran serampang dua mata telah menjadi nadi pembentuk kesaksamaan ekonomi negara. Konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini yakni membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Kedua-dua matlamat ini mempunyai arah tuju yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Golongan yang disasarkan pula ialah penganggur, pekerja separuh mahir dan pekerja industri daya pengeluaran rendah seperti petani dan nelayan.[footnoteRef:6] [6: Maklumat lanjut dalam Shamsul Amri Baharuddin (1977). RMK Tujuan Dan Pelaksanaannya : Suatu Penilaian Teoretis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 32.]

2.1 Matlamat Membasmi Kemiskinan.Pertama, pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB. Matlamat ini adalah tindak balas kepada isu kemiskinan yang melanda orang Melayu yang lebih banyak menghadapi krisis kemiskinan, masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain. Buktinya, kaum bumiputera yang membentuk lebih daripada setengah jumlah penduduk menerima kurang daripada 1/3 pertambahan KNK[footnoteRef:7] negara yang teraku dalam pertumbuhan ekonomi ketika itu dilihat tidak adil. Selain itu, kemiskinan orang Melayu yang berleluasa melibatkan penduduk luar bandar khususnya telah mempengaruhi jurang pendapatan yang tidak setara dalam kalangan masyarakat.[footnoteRef:8] Fenomena ini akhirnya mendesak kerajaan untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan pertanian, industri, sosial dan infrastruktur. [7: KNK adalah keluaran negara kasar yakni nilai barang dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran negara. (Shamsul : 34)] [8: Pada tahun 1967 pendapatan purata mengikut maksud mutlak dianggarkan sebanyak RM 3000 bagi orang bukan Melayu berbanding RM 1750 bagi orang Melayu. Data dikaji bertujuan untuk merapatkan jurang bagi tahun berikutnya. Ibid, hlm 62.]

Pembangunan infrastruktur penting bagi meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya penduduk luar bandar sekali gus menyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan. Lantaran itu, pihak kerajaan mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka dengan menambah baik kemudahan dari pelbagai aspek seperti pendidikan, perkhidmatan, perubatan, jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik di kawasan desa. Usaha ini diperkasakan oleh badan berkanun seperti Jabatan Bekalan Air, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Kerja Raya.[footnoteRef:9] [9: Lihat dalam Mohamad Khairudin Mohamad dan Ahmad Syahir Sarani (2004). Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar. Selangor: Institut Perkembangan Minda. Hlmn 25.]

Pembangunan pertanian pula disasarkan dengan meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan golongan sasaran melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik, melalui projek tanaman padi dua kali setahun,[footnoteRef:10] tanaman padi luar musim, kemudahan parit dan tali air, tanaman semula (RISDA), subsidi benih dan baja. Program bantuan kewangan, kredit pertanian (Bank Perdagangan dan Dana Untuk Makanan), pinjaman dan khidmat nasihat turut diberi kerajaan. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, kerajaan juga telah menukarkan kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi melalui rancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan laut dan ternakan moden, penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta peningkatan aktiviti pemasaran produk pertanian menerusi FAMA dan MARDEC. Melalui rancangan ini, penglibatan Melayu dalam sektor pertanian telah meningkat dengan mencecah 67.6% pada tahun 1970.[footnoteRef:11] Penilaian ini dilihat sebagai satu hasil pencapaian. [10: Pelaksanaan penanaman padi dua kali setahun diatur pada Feb dan Mac 1970 untuk mencapai matlamat kerajaan untuk mengeluarkan beras sebanyak 624000 ton setahun. Ibid, hlm 48.] [11: Ibid, hlmn 35.]

Pembangunan industri yang tidak kurang pentingnya dibangunkan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum. Kilang-kilang, premis dan syarikat swasta tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Hal ini selaras dengan galakkan kerajaan untuk membabitkan semua kaum dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan. Pembangunan industri kampung dan industri kecil (KPLB). Bidang perindustrian yang meliputi industri pembinaan, pembuatan, pemakanan, pelancongan, automobil dan perubatan giat ditingkatkan. Sebagai contoh industri mega yang tertubuh dalam tempoh tersebut adalah syarikat PROTON, PETRONAS dan FELDA HOLDING. Pencapaian sebegini memberi ruang kepada kaum bumiputera untuk menjadi pengusaha dan menjana tenaga kerja mahir atau separa mahir.2.2 Matlamat Menyusun Semula Masyarakat.Kerajaan telah menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta. Strategi ini bertujuan untuk meningkatkan pemilikan kaum bumiputera sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Perkara ini tidak menafikan hak bukan bumiputera kerana DEB juga menggariskan penglibatan mereka boleh mencapai sehingga tahap 40% dalam tempoh yang sama. Hal ini disebabkan kaum bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Dengan itu, satu masyarakat perdagangan dalam kalangan bumiputera telah dibentuk. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) telah disokong oleh kerajaan melalui pemberian kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bumiputera. Antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pedagang ialah menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA dan pelancaran Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. Selain itu, Akta Penyelarasan Perindustrian (1975) juga telah diluluskan dalam tempoh DEB. Perkara ini jelas ingin memastikan penglibatan 30% bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai.[footnoteRef:12] Kerajaan juga telah menyediakan beberapa pakej sokongan baru untuk mencapai matlamat ini seperti Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus kadar pengangguran negara dapat dikurangkan. [12: Mengikut matlamat DEB, bumiputera perseorangan seharusnya, mempunyai 7.4% daripada jumlah saham pada tahun 1990 nanti dan selebihnya iaitu 22.6% akan dikumpulkan dalam agensi amanah bumiputera. Sila rujuk Mohd. Halflah Piei (1987). Malaysia: Isu-Isu Pembangunan. Selangor : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm, 218.]

Program pembangunan wilayah turut dilancar untuk memajukan kawasan luar bandar yang berpotensi tinggi. Objektif rancangan dan pembangunan wilayah di bawah DEB adalah mengurangkan ketidaksamaan tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga manusia dan fizikal di kawasan kurang membangun dan dengan menyamaratakan agihan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan asas. Perancangan Wilayah ini boleh terbahagi kepada tiga kategori:i. Perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan seperti Johor Tenggara, Perak Utara, Melaka dan Utara Semenanjung.ii. Rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat pertumbuhan, termasuklah Rancangan Lembah Kelang, Pelan Induk Pulau Pinang, Rancangan Johor Selatan dan Rancangan Kuantan. iii. Rancangan pembangunan pertanian untuk kawasan Perak hingga barat daya Johor.DEB juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar. Kerajaan telah mencorakkan perbandaran baru dan pembinaan industri baru supaya kepentingan kaum Melayu sentiasa di utamakan. Pelbagai pusat bandar tertubuh seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Baharu. Kerajaan juga menitikberatkan latihan kemahiran kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki perusahaan sendiri. Perkara ini telah menggalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar bandar ke bandar. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar terdiri daripada golongan miskin muda dalam lingkungan umur antara 20-30 tahun. Hal ini disebabkan tawaran kerajaan dalam DEB kepada mereka sangat baik sekali gus untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Untuk mencapai matlamat itu, pelbagai institusi disarankan memberi peluang pendidikan kemahiran kepada bumiputera iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional (PERNAS), Federal Industrial Development Authority (FIDA), Malaysian Industrial Development Finance) dan Urban Development Finance) dan Urban Development Authority (UDA) yang menyediakan keperluan-keperluan teknikal dan bantuan kewangan kepada kaum Melayu dan bumiputera yang lain dalam bidang moden, sama ada secara keseluruhan ataupun secara usaha bersama.Di samping itu, dalam menyusun semula masyarakat kerajaan juga telah berusaha meluaskan lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negeri. Maka itu, ramai golongan bumiputera melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara sekali gus menambahkan jumlah pekerja bumiputera dalam bidang profesional seperti guaman, perubatan dan lain-lain lagi. Kerajaan turut menyediakan kemudahan biasiswa bagi pelajar cemerlang dan memperuntukkan kuota kepada orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Kesan jangka panjang usaha ini akhirnya membawa perubahan kepada agihan kek ekonomi Malaysia. Kenaikan pendapatan purata bulanan isi rumah di Semenanjung meningkat 5 kali ganda antara tahun 1970 dengan 1990. Dari segi peratusan kadar kemiskinan pula menurun dari 52.2% kepada 7.5% pada tahun tersebut.[footnoteRef:13] Dari segi guna tenaga, didapati kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertama, khususnya pertanian masih tinggi. Walau bagaimanapun, penglibatan kaum Melayu dalam sektor kedua dan ketiga telah bertambah. Keahlian bumiputera dalam kumpulan profesional seperti arkitek, akauntan, jurutera dan doktor di Malaysia juga telah berkembang dengan cepat. Oleh itu, matlamat merapatkan jurang ekonomi dapat ditingkatkan sedikit. [13: Mustafa Dakian (2005), Sistem Kewangan Islam: Instrument, Mekanisme Dan Pelaksanaannya. Kuala Lumpur: utusan publication. Hlmn 21.]

Oleh itu, DEB tidaklah mencapai sasaran 100% matlamatnya, namun DEB telah berjaya dalam beberapa strategi yang dibuat dengan jayanya.[footnoteRef:14] Antara faktor yang dilihat mengekang dasar DEB ialah masalah kemelesetan ekonomi dunia yang berterusan sejak awal tahun 1980-an turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Apa yang pasti, DEB banyak memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara kita sekali gus keamanan dapat dikekalkan sehingga hari ini. DEB tidak terhenti setakat itu, sebaliknya diteruskan dalam dasar selanjutnya iaitu Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. [14: Berlaku peningkatan bagi pendapatan purata isi rumah luar bandar daripada RM 173 dalam tahun 1957 kepada RM 550 tahun 1979. Ternyata berlaku pertumbuhan yang pesat di kawasan luar bandar. Dalam Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah Piei (1988). Dasar Dan Strategi Pembasmian Kemiskinan: Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 31.]

3.0 Dasar Sosial Negara.Selain konflik ekonomi, negara turut memperbaiki interaksi sosial dalam masyarakat. Menyedari kesan pergelutan antara kaum yang berlaku, kerajaan telah berusaha mewujudkan pelbagai badan pelaksana yang bertanggungjawab memperkasakan perpaduan negara misalnya, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Muhibah Negara.[footnoteRef:15] Lantaran itu, pelbagai dasar telah dibentuk untuk mencapai proses perpaduan. Kerajaan telah membentuk transformasi dalam sistem sosial masyarakat mencakupi aspek pendidikan, bahasa, budaya dan sukan. [15: Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Muhibah Negara ditubuhkan pada 1969 selepas peristiwa rusuhan kaum, untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan. Lihat dalam Hasnah Husin dan Mardiana Nordin (2007), Pengajian Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm 241.]

3.1 Dasar Pendidikan. Langkah penting yang dilaksanakan untuk memupuk perpaduan adalah melalui dasar pendidikan kebangsaan. Sungguhpun corak pendidikan zaman penjajahan menciptakan jurang perkauman, namun perubahan yang banyak telah berlaku dari masa ke semasa. Jika dahulu British menentukan setiap kaum bersekolah di sekolah kaum masing-masing. Sukatan pelajaran juga dibawa masuk dari negara asal dan menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing. Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Revolusi dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut adalah kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:i. Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.ii. Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.iii. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.iv. Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.v. Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).vi. Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:i. Sistem persekolahan yang sama bagi semua.Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.ii. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.iii. Kurikulum yang samaKurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).

iv. Sukatan pelajaran yang seragam.Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.v. Peperiksaan yang seragamRancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, matlamat dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa matlamat dasar pendidikan yang menjadi alat membentuk perpaduan kaum. [footnoteRef:16] [16: Sulaiman Zakaria (2007). Perpaduan Negara. Kuala Lumpur: Cahaya Kesturi. Hlmn 17.]

3.2 Dasar Kebudayaan Kebangsaan.Dasar kebudayaan kebangsaan tercetus daripada idea Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Dasar ini sangat penting bagi menonjolkan identiti negara di mata dunia. Oleh itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ditubuhkan pada 20 Mei 1987 bagi menggalas amanah untuk merancang dan melaksana objektif dasar tersebut. Mengapakah kerajaan memberi penekanan kepada aspek kebudayaan adalah bertujuan untuk melahirkan bangsa yang bersatu padu dan mengamalkan nilai-nilai etika berteraskan kebudayaan yang tidak bertentangan dengan nilai dan norma masyarakat.Pewujudan dasar ini berteraskan tiga prinsip utama iaitu, kebudayaan rakyat asal rantau ini yang dijadikan amalan. Rakyat asal rantau Melayu melewati Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Kepulauan Selatan Pasifik merupakan kawasan tamadun Melayu. Faktor geografi ini menjadikan rangka penerimaan budaya Melayu yang masih dalam lingkungan budaya masyarakat Asia. Selain itu, unsur kebudayaan yang sesuai juga diterima untuk dijadikan kebudayaan kebangsaan. Demi kepentingan nasional, budaya Cina, India, Arab dan Barat yang tidak bertentangan dengan perlembagaan dan rukun negara masih boleh diamalkan. Manakala, unsur kebudayaan Melayu dan Islam dijadikan unsur utama.[footnoteRef:17] Agama Islam diterima sebagai agama rasmi negara dan nilainilai Islam telah lama diamalkan di rantau ini. [17: Ibid. hlmn 31.]

Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia menerusi tiga matlamatnya. Ketiga-tiga matlamat ini sangat penting bagi menjana kepercayaan rakyat terhadap dasar dan memberi kerjasama kepada kerajaan dalam melaksanakan dasar ini. Pertama, mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Masyarakat Malaysia boleh berkongsi cara hidup yang tidak bertentangan dengan norma dan nilai masyarakat seperti berkongsi makanan, pakaian, dan perayaan. Perayaan pula disambut bersama dengan mengadakan rumah terbuka untuk sebuah perayaan besar atau perayaan berkembar seperti Depa Raya. Selain itu, seni tari, drama dan teater juga menjadi perkongsian rakyat Malaysia. Selain itu, penyelidikan, pembangunan dan pendidikan merupakan medium yang sesuai untuk mengukuhkan asas kebudayaan kebangsaan. Pelbagai program dan kempen boleh dianjurkan bagi mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan Perarakan Citra Warna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Matlamat kedua, memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. Hal ini merujuk kepada proses memelihara budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum agar tidak dicemari atau di manipulasi oleh budaya luar yang tidak bertamadun. Pemuliharaan ini perlu dilaksanakan oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab seperti Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Ketiga, dasar ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Melalui program bervisi seperti PLKN, generasi muda mampu menghargai nilai perpaduan. Jika dilihat dari sudut kepentingan matlamat dasar ini di anjurkan adalah untuk menonjolkan identiti bangsa Malaysia yang menjadi teras kedaulatan negara. Kita mengamalkan budaya yang selari dan tidak bertentangan dengan akidah masing-masing. Berdasarkan matlamat yang digariskan, strategi yang bersesuaian telah di aplikasikan untuk membentuk negara bangsa Malaysia yang diiktiraf dunia. Oleh itu, selain membawa maksud perpaduan, matlamat dasar ini juga menuntut rakyat mewujudkan sebuah kebudayaan yang beridentitikan masyarakat majmuk.4.0 Dasar Politik dan Pentadbiran. Dasar yang di wujudkan untuk memperkemaskan sistem pentadbiran dan politik negara pula dicipta oleh ketua pimpinan kerajaan bagi mewujudkan barisan jentera kerajaan yang bermutu. Antara dasar yang popular dalam menangani isu ketidakcekapan pengurusan dan pentadbiran negara adalah Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Pelan Integriti Nasional. Kesemua dasar ini direncanakan dan dilaksanakan demi meningkatkan prestasi perkhidmatan awam, mengubah sikap pegawai pentadbir dan memerangi rasuah. Pelunasan terhadap dasar sosial ini mampu mengurangkan konflik sosio-politik negara jika dilaksanakan dengan bijaksana.

4.1 Bersih, Cekap Dan AmanahDasar Bersih, Cekap dan Amanah ini telah diisytiharkan sempena kempen Bersih, Cekap dan Amanah pada April 1982 oleh Yang Amat Berhormat Dato Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Rasionalnya dasar ini ditubuhkan adalah untuk menyemai sikap yang positif dan bermoral tinggi dalam kalangan pentadbir kerajaan atau swasta supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing. Di samping itu, budaya bersih, cekap dan amanah wajar diamalkan agar perkhidmatan yang ditawarkan bermutu tinggi. Kepentingan penetapan dasar ini pula, berkehendakkan jentera kerajaan berkhidmat dengan cekap, bermutu dan bersemangat sehaluan dengan penerapan nilai-nilai Islam dan kepimpinan melalui teladan. Oleh itu, matlamat dasar ini dilihat penting selaku pemangkin kepada penyemaian nilai-nilai murni dalam sistem politik negara.Bersih yang ditekankan merujuk kepada sifat mulia yang diamalkan seperti adil, tidak mementingkan diri, tidak mengkhianati dan hasad dengki. Cekap pula mendukung ciri pentadbiran yang berkualiti, proaktif, mahir dan tegas dalam membuat keputusan manakala amanah pula adalah berlaku jujur pada diri, rakan dan organisasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Ketiga-tiga entiti tersebut merupakan cabaran yang harus disemai dalam jiwa rakyat dan pegawai kerajaan bagi menstabilkan budaya politik negara.[footnoteRef:18] [18: Budaya politik mencerminkan sikap institusi politik tersebut dan sejauh manakah kepercayaan rakyat terhadap keberkesanan politik yang diusahakan. Lihat dalam Allan R. Ball (1993) Politik dan Kerajaan Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 69.]

Menurut Allan R. Ball (1993) budaya politik mempengaruhi sikap, kepercayaan & emosi masyarakat terhadap sistem politik yang diusahakan. Matlamat dasar ini yang merencanakan sesebuah jentera yang berpadu mampu memberi gambaran yang positif kepada rakyat apabila pelaksanaannya memberi perubahan kepada sistem pentadbiran. Bagi mencapai hasrat ini, strategi telah dirangka dan dilaksana antaranya:i. Mengadakan manual prosedur kerja (MPK) dan fail meja (FM).ii. Menambah baik aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti menjana idea kreatif dan inovatif, memperkenalkan khidmat bayaran bil setempat.iii. Memperkenalkan kad perakam masa kerja demi menepati masa bekerja.iv. Memperkenalkan pemakaian tag nama oleh pegawai perkhidmatan v. Mewajibkan perisytiharan harta oleh semua anggota kabinet dan pegawai awam. vi. Memberi peluang kepada pegawai yang dipilih untuk melanjutkan pelajaran untuk meluaskan ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Oleh itu, objektif dasar ini mahu mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti dalam sistem pengurusan dan jentera kerajaan untuk bergerak ke arah kecekapan perkhidmatan. Sifat-sifat ini adalah asas yang penting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar bertamadun dan bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai agama rasmi. Jika konsep ini diamalkan seiring dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai dan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan serta Rukun Negara, ia pasti akan memberi kesan yang progresif dalam budaya politik Malaysia.5.0 Penutup.Semenjak meraih kemerdekaan, negara kita mula mentadbir mengikut acuan sendiri. Sungguhpun konflik yang ditinggalkan oleh penjajah membawa kesulitan kepada struktur ekonomi, politik dan sosial negara, namun kebijaksanaan pemimpin terdahulu menggarap perpaduan dalam tiga aspek ini menjadi pemangkin kepada keteguhan negara kita sehingga hari ini. Penubuhan pelbagai dasar oleh barisan pimpinan kerajaan telah banyak membantu negara mengatasi konflik dan isu yang melanda negara. Konflik seperti ketidakadilan ekonomi, kepincangan politik dan jurang sosial yang timbul merupakan isu yang menjadi tuntutan daripada rakyat. Lantaran itu, dasar negara yang digubal atas tujuan keseimbangan politik, ekonomi dan sosial negara telah membawa banyak perubahan kepada Malaysia misalnya Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan. Dasar-dasar yang dibentuk kerajaan mempunyai fungsi dan matlamat tersendiri. Matlamat yang berfokus menjadi rangka pelaksanaan oleh kerajaan untuk mencapainya melalui pelbagai strategi yang berkesan. Dasar yang menjadi penanda aras ini menjadi cabaran kepada badan pelaksana untuk mengatasi kemaslahatan negara. Oleh itu, penetapan matlamat yang progresif sangat penting dalam menjana keberkesanan sesuatu dasar. Badan pelaksana pula perlu bijak mengadun strategi yang sesuai dengan senario masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Aspek sentimen perkauman juga harus diambil kira bagi membentuk kesepakatan.Sungguhpun begitu, beberapa dasar negara gagal mencapai matlamatnya 100%, namun masih menemui kejayaan dalam aspek tertentu dan membawa perubahan kepada struktur sosial dan ekonomi negara. Kesimpulannya, pelaksanaan sesuatu dasar sangat penting dan matlamat dasar sangat berperanan dalam menjayakan dasar tersebut.

6.0 Bibliografi.Allan R. Ball (1993) Politik dan Kerajaan Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah Piei (1988) Dasar Dan Strategi Pembasmian Kemiskinan: Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Chamil Wariya (2007) Malaysia: Asas Pembinaan Negara Bangsa Institusi Pemerintahan Lambang Kebangsaan. Kuala Lumpur: Media Global Matrix.Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hasnah Husin dan Mardiana Nordin (2007) Pengajian Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais bin Saniman (1991) Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Shah Alam : Spektra.Mohamad Khairudin Mohamad dan Ahmad Syahir Sarani (2004) Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar. Selangor: Institut Perkembangan Minda.Mohd. Halflah Piei (1987) Malaysia: Isu-Isu Pembangunan. Selangor : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.Mustafa Dakian (2005) Sistem Kewangan Islam: Instrument, Mekanisme dan Pelaksanaannya. Kuala Lumpur: Utusan Publication.Sabitah Marican (1997) Dasar Awam Di Malaysia: Isu Dan Konsep. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Shamsul Amri Baharuddin (1977) RMK Tujuan Dan Pelaksanaannya : Suatu Penilaian Teoretis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sulaiman Zakaria (2007) Perpaduan Negara. Kuala Lumpur: Cahaya Kesturi.Wan Azmi Ramli (1993) Dasar Awam di Malaysia. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.14