dasar liberal

Upload: wilma-no-bias

Post on 30-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

“Golongan Liberal menuntut supaya Sistem Tanaman Paksa dihapuskan kerana terjadinya penindasan berlebihan keatas pribumi”? Nilaikan secara kritis.

TRANSCRIPT

HST 223/3: Sejarah Asia TenggaraWilma Binti Talib (113474), Hamidah binti Labulo (113281), Noraini Binti Mohd Noor (113330),Nurshafidah bt Abd Ghani (113352)Golongan Liberal menuntut supaya Sistem Tanaman Paksa dihapuskan kerana terjadinya penindasan berlebihan keatas pribumi? Nilaikan secara kritis.Pengenalan- Antara tahun 1816 dan 1830, dasar kerajaan Belanda adalah tidak tetap dan bertukar-tukar di antara hendak membuka Kepulauan Hindia Timur kepada usaha-usaha individu dan balik kepada suatu sistem monopoli kerajaan.- Pada akhirnya, pertimbangan kewangan yang diakibatkan dari perang Napoloen, pemberontakan secara besar-besaran yang terjadi di Jawa antara 1825-1830, dan perang yang gagal di Belgium telah menyebabkan kerajaan mengambil jalan memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa (STP).- Prinsip ekonomi politik yang liberal: milik tanah persendirian, kebebasan peribadi, kebebasan perdagangan , penghapusan amalan buruh paksa dan khidmat peribadi serta sistem kehakiman yang cekap dan adil.- Namun, golongan liberal mahu STP dihapuskan atas sebab penindasan berlebihan ke atas pribumi.- Adakah atas faktor peri kemanusiaan semata-mata? Ada hal lain yang mengakibatkan golongan liberal menuntut STP dihapuskan.Faktor golongan liberal menuntut STP dihapuskan:Penindasan berlebihan ke atas pribumi Raja Belanda mengarahkan Van de Bosch untuk merangka satu rancangan bagaimana Indonesia dapat digunakan untuk membantu ekonomi Belanda. 1830, Van de Bosch telah dilantik sebagai Gabenor Jeneral Jawa. Sistem Kultur mula dilaksanakan di Jawa pada tahun 1830 oleh Van de Bosch. Sistem Kultur mempunyai kesamaan dengan Sistem Tanaman Paksa yang dilaksanakan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada abad ke-18. Pada teorinya STP menguntungkan kedua-dua pihak iaitu kerajaan Belanda dan rakyat Jawa. Namun STP yang diprkenalkan oleh Van De Bosch dikatakan lebih kepada penindasan dan perhambahan. STP hanya memperuntukkan 1/5 daripada tanah petani untuk tanaman eksport yang ditentukan oleh kerajaan. Namun, menurut Van De Kolf satu pertiga, satu perdua malah semua sawah yang dibuat tali air untuk tujuan itu Menyebabkan keperluan tenaga petani untuk tanaman melebihi had yang telah ditetapkan oleh kerajaan Belanda. Petani-petani dipaksa bekerja lebih dari 66 hari setahun untuk tanaman eksport (tebu, kopi, tembakau, cengkih, kayu manis, teh, kina, nila dll), menjadi 240 hari malah lebih daripada itu. Pemberian komisen mengikut peratusan memburukkan keadaan yang mana hal ini menyebabkan para petani dipaksa bekerja lebih keras kerana hasil pengeluaran yang tinggi menguntungkan pihak pembesar dan penyelia Belanda. Dalam STP cukai tanah untuk tanaman eksport dikecualikan namun penyelewengan berlaku, tanah-tanah yang diperuntukkan untuk tanaman eksport turut dikenakan bayaran cukai tanah. Hasil tanaman mereka pula diarah untuk menjualnya kepada kerajaan Belanda dengan harga yang lebih rendah dari pasaran sebagai sumbangan kepada kerajaan Belanda. Contoh, 1833, rakyat jawa terpaksa jual hasil kopi mereka kepada kerajaan Belanda dengan harga lebih rendah daripda harga pasaran. Para petani juga dikerah buat kerja-kerja lain seperti membina jalan raya, jambatan, dan terusan. Pengkhususan kerja yang dijanjikan dalm STP tidak dilaksanakan menyebabkan petani-petani terpaksa bekerja untuk tanaman eksport sepanjang tahun. Badan perlindungan yang bertujuan menjaga kebajikan petani juga tidak pernah ditubuhkan oleh Belanda. STP telah menyebabkan pertambahan penduduk jawa dan pertumbuhan ini tidak seimbang dengan penghasilan sumber makanan kerana kebanyakan tanah digunakan untuk penanaman tanaman eksport. 1840-an, kebuluran di jawa tengah, terutamanya di Tegal, Cheribon, dan Priangan. Atas dasar peri kemanusiaan, golongan Liberal menuntut STP dihapuskan kerana menindas pribumi. Golongan liberal berpegang pada dasar liberal yang mana kerajaan seharusnya menjaga kebajikan rakyat bukan menindas. Mereka menentang kerajaan yang megendalikan STP dan hujah-hujah dikukuhkan lagi pada tahun 1860 apabila bekas pegawai Belanda yang berkhidmat di Pulau Jawa iaitu Edward Douwes Dehke menulis Max Havelaar yang menceritakan tentang penindasan oleh pegawai kolonial.

Fahaman Dasar Liberal vs Sistem Tanaman Paksa Golongan Liberal berpendapat STP sudah ketinggalan zaman, sistem ini merupakan satu penindasan yang kejam terhadap rakyat Jawa. Kritik kerajaan yang mengamalkan dasar ekonomi milik negara dan percaya dasar ekonomi bebas akan berkeupayaan menghapuskan dasar penindasan terhadap rakyat Indonesia. Menurut mereka, kepentingan-kepentingan negeri ibunda (Belanda) tidak harus didapati dari sistem hak milik tanah persendirian di Jawa atau membebankan petani Jawa dengan sistem yang menindas itu. Mereka percaya penindasan dapat dihapuskan melalui Contemporary Economic Theory yang mereka anuti. Keseimbangan dalam membantu rakyat yang miskin. Golongan liberal ini menegakkan dasar-dasar mereka melalui dua cara iaitu perjuangan melalui parlimen dan penulisan.

Ingin hapuskan monopoli kerajaan Dalam STP, kerajaan memegang sepenuhnya kuasa monopoli dan hal ini bertentangan dengan dasar ekonomi liberal yang memberi peluang kepada kapitalis untuk terlibat dalam sistem ekonomi di Hindia Timur. Pedagang-pedagang, pengusaha-penguasaha industri dan pemilik bank mahu libatkan diri bukan saja di Jawa tapi di seluruh Hindia Timur. STP menyekat menglibatkan mereka kerana tugas mengeskport hasil pertanian menjadi tanggungjawab Belanda. Syarikat perkapalan Belanda yang ditubuhkan pada tahun 1824 diberi monopoli, mengangkut dan menjual hasil pertanian Jawa di pasaran Eropah. Monopoli kerajaan ini hanya menguntungkan pihak kerajaan. Golongan liberal tidak bersetuju dengan monopili kerajaan ini kerana mereka tidak mendapat sebarang keuntungan daripada STP. Mereka inginkan monopili kerajaan dihapuskan agar mereka dapat keuntungan yang selama ini hanya dinikmati oleh kerajaan Belanda. Dasar Liberal akan menguntungkan mereka sekiranya dilaksanakan, maka mereka mendesak kerajaan untuk menghapuskaan STP.

Golongan liberal mahu kendalikan sektor ekonomi Kebangkitan fahaman Liberal di Belanda dan negara Eropah yang lain. Kejatuhan keuntungan Belanda menjadi alasan golongan liberal untuk kritik STP. Mereka berpendapat bahawa ekonomi yang baik harus diusahakan oleh pemodal swasta. Pemerintah atau kerajaan tidak sepatutnya masuk campur dalam hal-hal ekonomi. Kerajaan hanya gubal undang-undang Pemodal swasta diberi peluang mengusahakan ladang-ladang seperti kopi, teh dan gula. memberi peluang yang lebih luas kepada kemasukan pelabur-pelabur persendirian dari belanda dan Eropah untuk menceburi bidang ekonomi Indonesia. Akibat desakan golongan liberal, STP dihapuskan secara berperingkat bagi tanaman yang kurang menguntungkan: 1862, lada 1864, rempah 1865, nila dan teh 1866, tembakau Kopi dan gula diteruskan hingga awal kurun ke-20. 1919, kopi dipersisiran pulau Jawa dihentikan. Pemansuhan STP beransur-ansur membuka ruang kepada pihak swasta melibatkan diri dalam ekonomi pulau Jawa dan seluruh kawasan Hindia Timur malah dalam pelbagai aspek ekonomi yang lain. Dasar liberal berjaya menghapuskan sekatan ke atas pihak swasta dan menghapuskan monopoli kerajaan dalam STP. Pelaksanaan Undang-undang Agraria 1870 telah membuka Jawa kepada sektor swasta secara total ketika Parti Liberal menang pilihan raya di Belanda. Kuasa dan kawalan terhadap penanaman diserahkan dari tangan kerajaan kepada kontraktor-kontraktor persendirian. Dalam Undang-undang Agraria, pribumi pemilik tanah tapi disewakan kepada sektor swasta. 1880, kemasukan sektor swasta menyebabkan nilai eksport kerajaan ketinggalan 10 kali ganda daripada nilai eksport swasta.

Merebut kuasa atas tanah-tanah jajahan Kejatuhan van de Bosch merupakan langkah pertama dalam kejayaan golongan liberal menentang pemerintahan diraja Belanda untuk merebut kuasa atas tanah jajahan. Menteri jajahn baru iaitu Baud berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa sistem batig slot mestilah dipertahankan walau apa keadaan sekalipun. Beliau didesak oleh Parlimen supaya meluluskan satu pindaan Perlembagaan yang memberi Parlimen pengaruh dalam hal kewangan tanah jajahan. 1848, Raja William II memecat Baud dan menerusi pengaruh Thorbecke, satu perlembagaan baru digubal untuk negeri Belanda yang beri kuasa kepada Parlimen dalam semua bidang. Kejayaan ini membuka ruang kepada golongan liberal menguasai polisi jajahan tapi mereka masih perlu menyakinkan Parlimen serta rakyat Belanda bahawa fahaman liberal adalah sesuai untuk negara mereka.

Kesimpulan Peri kemanusiaan sebenarnya hanyalah alasan yang digunakan oleh golongan liberal menuntut penghapusan STP. Disebalik peri kemanusiaan tersebut, golongan liberal ini sebenarnya menuntut STP dihapuskan atas kepentingan ekonomi mereka. STP dihapuskan pada 1870 dan digantikan dengan dasar liberal pada abad ke-19. Dasar liberal ini bertahan sehingga pendudukan jepun yang menyaksikan eskplotasi luas di kawasan pertanian Pulau Jawa.

RujukanKahin, George McTurnan (ed). 1969. Governments and Politics of Southeast Asia. Ithaca, New York: Cornell University Press. Kahin, George McTurnan (ed). 1969. Nationalism and Revolution in Indonesia. Ithaca, New York: Cornell University Press.Pane, Sanusi. 1956. Sejarah Indonesia. Jakarta: Perpustakaan Perguruan KEM. P. P, dan K.Steinberg, D. J (ed). 1971. In Search of Southeast Asia a Modern History. Praeger Publisher Inc.Kartodirdjo, Sartono (ed). 1973. Sejarah Perlawanan-Perlawanan Terhadap Kolonialisme. Jakarta.Tate, Desmond. 1978. Indonesia: Rodi Tanaman. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.