dasar kebudayaan kebangsaan.docx

16
 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Latarbelakang  Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyaraka t berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Rasional Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur- unsur kebudayaan dunia. Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebang saan iaitu:

Upload: datz-leo

Post on 14-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 1/16

 

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Latarbelakang

 

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam

proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk

dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan

politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan

masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses

pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya

dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus

menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan

negara.

Rasional 

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara

membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini

nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan

identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan

sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun

dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat

pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan

pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-

unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan

Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan

oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

Page 2: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 2/16

 

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan

Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan

Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakanbahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat

pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan

ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka

yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa

(linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang

bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi,

pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu

pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada

lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang

demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya

kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima Kebudayaan sebagai

sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian

secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang

mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-

lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan

Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung

kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun

Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya

dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan -

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses

pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.

Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha

bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang

penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya

sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam

yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di

atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Page 3: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 3/16

 

Objektif 

 

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah

penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yangdemikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan

untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan

Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian

yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan

melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat,

mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Page 4: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 4/16

 

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam

pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-

kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah

penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan

pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui

aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia

perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-

pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama pentingdalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak

swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan

menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya

membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Penutup

 

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang

membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat

menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identitinegara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam

masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita

pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan

kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang

melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah

negara yang merdeka dan bermaruah.

Page 5: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 5/16

1.0 Pengertian Dan Konsep Budaya 

Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio

masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan

masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang

membawa pengertian :

i.  Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

ii.  Kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tajap pemikiran dalam

menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada permasalahan

tersebut

iii.  Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

iv.  Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi

membantu menjana pemikiran mereka

Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi

cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan

kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan

[wp-like-locker]

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :

i.  membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti

ii.  memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental

„Culture‟ dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan

sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.

Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi

dan boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa.

Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi

(cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai

satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem

Page 6: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 6/16

Page 7: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 7/16

pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa,

bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang

mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan.

Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan,

pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan

dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua

masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian

kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

2.0 Perkembangan Kebudayaan Di Malaysia 

Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara

hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami

melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu

masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu

dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang

dikenali sebagai masyarakat Malaysia. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah

cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.

Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi daripada

kelakuan-kelakuan dan tingkahlaku manusia. Sebaliknya Freeman Budds pula

menyatakan budaya membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Namun

demikian, Taylor dan Budds turut bersependapat mengatakan agama termasuk

budaya dan budaya lebih luas dari agama, agama merupakan hasil kebudayaan dan

budaya merupakan ciptaan manusia.

Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah

mewarisi c

ara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar “divide and rule” iaitu pecah dan

Page 8: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 8/16

perintah. Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau

ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat

Malaysia tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang mampu menjadi tunjang

utama.

Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia.

Manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat

setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekangan budaya

(cultural barrier ) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.

Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun

begitu ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan

corak keperibadian kebangsaan yang dapat memperlihat identiti masyarakat

Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat

diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan

demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.

Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan dan sokongan dari

semua lapisan masyarakat dalam negara. Pembinaan sesebuah negara belum

sempurna sekiranya rakyat tidak meletakkan taat setia terutamanya dalam soal

mempertahankan negara daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat

pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan

dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Oleh hal yang demikian, Malaysia juga

memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat

kebangsaan Malaysia demi mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam

negara.

Rentetan daripada itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan

dilaksanakan dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan

3.0 Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dalam tahun 1971 iaitu

pada tanggal 16 -20 Ogos 1971. Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan

Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971).

Page 9: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 9/16

Page 10: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 10/16

Page 11: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 11/16

Page 12: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 12/16

diterima pakai oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Meletakkan Islam sebagai

unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya.

Hal ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat

dan diterima oleh Perlembagaan. Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua

dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama

Islam. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah

menjadi status kebudayaan kebangsaan secara lansung. Ia haruslah terlebih dahulu

disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam.

Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah

berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah

melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971

5.0 Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru

merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan

bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan

Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

a.  Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara.

b.  Memupuk dan pelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada

kebudayaan kebangsaan.

c.  Memperkaya dan tingkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan kerohanian yang

seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

6.0 Strategi dan Pelaksanaan Objektif  

Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan memahami

bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah

semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli,

dan sebagainya. Tetapi budaya merupakan gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran

peribadi dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat dilakukan dengan

memperbanyak penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu,

memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan

Page 13: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 13/16

mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan

pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri

budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga

masyarakat merasai kesannya.

Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan

melalui aktiviti-aktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya

Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa,

Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-

pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa

Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan,

penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini

termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat,

Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta

pertubuhan-pertubuhan kebudayaan

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan

berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di

dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.Peranan pihak

swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan amat diperlukan . Hal ini

kerana badan-badan ini berperanan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan

kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai

penajaan program atau projek-projek kebudayaan

Selain daripada itu juga, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan

melalui beberapa bidang. Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan

dengan jelas melalui bidang-bidang seperti berikut:

a.  Pendidikan:

Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Namun

begitu bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga penubuhan

beberapa buah sekolah seperti sekolah wawasan, sekolah kluster dan sekolah sukan

turut membantu melaksanakan dasar ini

Page 14: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 14/16

b.  Media massa:

Kenonjolkan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan seperti

tarian satu Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala akhbar 

tempatan boleh juga menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar.

c.  Sukan:

Melalui penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum.

Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai

melalui strategi-strategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan

pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan

Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,

pengembangan dan perhubungan budaya.Selain daripada itu,objektif boleh dicapai

dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha

membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-

luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang

berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

Seterunya, memenuhi keperluan sosiobudaya; dan meninggikan taraf serta mutu

kesenian

7.0 CABARAN YANG DIHADAPI 

Meskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun

Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan identiti

Malaysia sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat dan meminta

hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang

ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang

memenuhi permintaan kaum.Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud

sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing.

Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi

maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa

Page 15: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 15/16

bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan.

Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat.

Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu

semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi

di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang

berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilai-

nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan

perhatian. Selain itu, dengan pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni

persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-

nilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual,

seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Sebahagian daripada

seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau

kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya

perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau

amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat

berfungsi sebagaimana dahulu lagi.

Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan

dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan itu

masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan

dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai

masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui

badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan peranan

dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu. Penghasilan

seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri Melayu.

Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah hilang

fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan. Dengan

cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati bersama oleh generasi akan

datang.

Page 16: DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

7/27/2019 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/dasar-kebudayaan-kebangsaandocx 16/16