dasar ekonomi baru (1970-1990)

Upload: zulkarnain-bin-mohamed-ali

Post on 03-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    1/11

    DASAR EKONOMI BARU (1970-1990):

    ANALISIS KEJAYAAN STRATEGI

    SERAMPANG DUA MATA DAN

    PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI

    MAWARNI ABD RASHID

    NURIDAYU BT ZAHARUDDIN

    MTE B (SEM 3)

    16 Mac, 2013

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    2/11

    PENGENALAN

    Sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu, dasar

    ekonomi dan bentuk pentadbiran kerajaan digubal dan

    dilaksanakan mengikut dasar yang dilaksanakan di Britain.

    Justeru, selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun

    1957, Kerajaan Malaya yang dipimpin oleh Parti Perikatan

    meneruskan dasar pentadbiran dan ekonomi yang digubal

    dan dilaksanakan oleh pihak British (INTAN, 1982)

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    3/11

    LATAR BELAKANG SOSIO-EKONOMI DAN

    MASYARAKAT MALAYSIA PRA-DASAR EKONOMI

    BARU

    Masyarakat negara yang telah dibahagikan kepada

    kumpulan pentadbiran, perniagaan, penggalian dan pekerja

    ladang masih lagi dikelompokkan dalam kelompok-

    kelompok masing-masing. Kaum Melayu secara rata bekerja

    di sektor pentadbiran negara, kaum Cina di sektor

    perniagaan dan penggalian dan kaum India di sektor

    perladangan.

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    4/11

    DASAR EKONOMI BARU

    mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan

    meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang

    pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

    mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat

    Malaysia untuk memperbetulkan ketidak-seimbangan ekonomi

    supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan

    pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi (Malaysia Kita, 1991).

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    5/11

    Methodologi Pencapaian Matlamat

    Dasar Ekonomi Baru

    A. Strategi Serampang Dua Mata

    Membasmi Kemiskinan

    Menyusun Semula Masyarakat

    B. Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat

    Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang

    menganggur.

    Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan

    antara kawasan (bandar dan luar bandar).

    Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,

    kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    6/11

    ANALISIS KEJAYAAN STRATEGI SERAMPANG DUA

    MATA DAN PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI

    Funston (2001) telah menulis: Wealth in the hands of the Bumiputras

    went from 4% in 1970 to about 20% in 1997. The overall wealth of the

    country as a whole also grew; per capita GNPwent from RM1,142 in

    1970 to RM12,102 in 1997. During the same period, absolute poverty in

    the population as a whole dropped from 50% to 6.8% (kekayaan kaum

    Bumiputera telah naik dari 4% pada tahun 1970 kepada 20% pada tahun

    1997. Kekayaan negara pada keseluruhannya juga melonjak; kadar KDNK

    naik dari RM1,142 pada tahun 1970 kepada RM12,102 pada tahun 1997.

    Dalam masa yang sama, kadar kemiskinan tegar negara jatuh dari 50%

    kepada 6.8%).

    http://en.wikipedia.org/wiki/GNPhttp://en.wikipedia.org/wiki/GNP
  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    7/11

    ANALISIS KEJAYAAN STRATEGI SERAMPANG DUA

    MATA DAN PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI

    Bagi mencapai matlamat integrasi nasional, kerajaan telah melakukan perkara

    berikut:

    Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.

    Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan

    (bandar dan luar bandar).

    Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

    kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

    Peranan dasar ekonomi baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai

    matlamat integrasi nasional terbukti telah berjaya.

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    8/11

    ANALISIS KEJAYAAN STRATEGI

    SERAMPANG DUA MATA DAN

    PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI

    Dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan

    terutama yang menganggur, DEB telah juga mencapai matlamatnya di mana

    kadar KDNK naik dari RM1,142 pada tahun 1970 kepada RM12,102 pada

    tahun 1997 (Funston, 2001). Kadar KDNK ini tidak mungkin naik sekiranya

    jumlah penganggur masih ramai. Pendapatan isi rumah juga naik dari RM660

    pada tahun 1970 kepada RM1,254 pada tahun 1990 (Goh, 1994). Ini lagi satu

    bukti bahawa peluang pekerjaan telah dapat diwujudkan melalui program

    DEB.

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    9/11

    ANALISIS KEJAYAAN STRATEGI

    SERAMPANG DUA MATA DAN

    PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI

    Dalam usaha mengurangkan jurang perbezaan pendapatan

    antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar

    bandar), kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah

    17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970 di mana kira-kira

    86% daripada jumlah itu dari kawasan luar Bandar (Laporan

    Rancangan Malaysia Keenam).

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    10/11

    ANALISIS KEJAYAAN STRATEGI

    SERAMPANG DUA MATA DAN

    PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI

    Dalam usaha memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,

    latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain, DEB telah dapat

    meningkatkan jumlah universiti dan hospital seluruh negara. Nisbah doktor dan

    penduduk juga dikurangkan dan latihan dalam dan luar negara digandakan untuk

    pelajar cemerlang dan pegawai kerajaan bagi memastikan penyampaian

    perkhidmatan yang lebih baik. Kemudahan infrastruktur seperti air bersih,

    tenaga letrik dan jalan raya juga ditambah (Laporan Rancangan Malaysia

    Keenam).

  • 7/29/2019 Dasar Ekonomi Baru (1970-1990)

    11/11

    KESIMPULAN

    Dasar Ekonomi Baru dipandang sebagai sebuah dasar diskriminasi

    oleh sesetengah penganalisa oleh kerana kecenderongan DEB itu

    membantu satu kaum lebih dari kaum lain (Jomo K Sundaram, 2001).

    Namun kejayaan DEB itu tidak dapat ditidakkan kerana

    bersandarkan statistik dan fakta-fakta yang telah dibentangkan di

    atas, ianya membuktikan dasar kerajaan yang digubal dan

    diimplementasi telah berjaya mencapai matlamat sebenar DEB itu.