dasar cekap,bersih dan amanah ptk 44

Upload: roszelan-majid

Post on 31-May-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    1/49

    Pengenalan

    Pada pertengahan bulan April 1982, Perdana Menteri Malaysia keempat,

    Tun Dr. Mahathir telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai

    satu dasar yang menjadikan kepada semua rakyat di negara ini. Konsep ini

    menjadi asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan

    pada 19 Mac 1983.

    Kecemerlangan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada

    kemahiran dan kepakaran anggota-anggotanya, sistem kerja yang cekap dan

    berkesan dan penggunaan teknologi canggih, tetapi juga kepada kualiti peribadi

    anggota-anggota organisasi tersebut.

    Bagi mereka yang berkhidmat di luar negara pula, peranan utama yang

    perlu dimainkan oleh penjawat awam ialah meletakkan Malaysia di tempat yang

    sewajarnya dalam persaingan di peringkat antarabangsa. Bagi membolehkan

    penjawat-penjawat awam ini bertindak dengan berkesan, mereka perlu

    dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan

    kerja-kerja mereka. Menyedari hakikat ini, Penjawat-penjawat awam terus

    berusaha mengambil langkah-langkah positif untuk menerapkan nilai-nilai murni

    dan etika kerja tersebut. Kesedaran ini harus ditanamkan di jiwa pegawai awam,

    pegawai swasta, pekerja dan rakyat supaya mereka memahami tugas dan

    1

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    2/49

    tanggungjawab masing-masing serta melaksanakannya dengan cekap dan

    berkesan di samping mempunyai sikap bersih dan amanah.

    Objektif Utama Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

    Secara khususnya. sifat-sifat yang ingin diterapkan ke jiwa setiap penjawat awan

    adalah seperti berikut:

    a) Bersih

    i) Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak

    menyeleweng dan tidak mempraktikan amalan rasuah.

    ii) Berkecuali, iaitu tidak memihak ke mana-mana atau berat sebelah.

    iii) Tidak mementingkan diri sendiri.

    iv) Tidak khianat, hasad dan dengki.

    b) Cekap

    i) Berani dan cepat membuat keputusan.

    ii) Menghadapi krisis dengan tenang.

    iii) Bersikap tegas kepada prinsip.

    iv) Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.

    v) Mempunyai keyakinan diri.

    vi) Berpandangan juah proaktif dan bukan reaktif.

    2

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    3/49

    vii) Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang

    tertentu.

    c) Amanah

    i) Rela dan cuba menjalankan tugas dan bertanggungjawab yang di

    amanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih

    dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

    ii) Mempunyai sifat luhur dan murni serta jujur kepada diri sendiri,rakan

    dan organisasi.

    Selaras dengan keputusan kerajaan untuk meransang pertumbuhan ekonomi

    negara yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 21 Mei 2003.

    Kementerian Pendidikan Malaysia telah diarahkan oleh Jemaah Menteri untuk

    menubuhkan Pejabat Promosi Pendidikan di luar negara sebagai satu cara untuk

    menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan pendidikan di Malaysia melalui

    peningkatan dalam enrolmen pelajar antarabangsa selaras dengan dasar Kerajaan

    menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

    Latar Belakang Penubuhan Pejabat Promosi Pendidikan Malaysia di Luar

    Negara

    Pada 16 Oktober 2003, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Pejabat

    Promosi Pendidikan Malaysia di Beijing, Republik Rakyat China ; Jakarta , Republik

    3

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    4/49

    Indonesia, Bandar Ho Chi Minh, Vietnam dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pejabat-

    pejabat ini dianggotai oleh seorang Pegawai Promosi Pendidikan (Pegawai

    Pendidikan DG48) , serta seorang Pegawai Pemasaran Pendidikan(Kakitangan

    Ambilan Tempatan (KAT),seorang kakitangan sokongan (KAT) dan seorang pemandu

    (KAT). Carta organisasi sila rujuk kepada LAMPIRAN 1

    4

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    5/49

    LAMPIRAN 1CARTA ORGANISASI

    PEJABAT PROMOSI PENDIDIKAN MALAYSIA,BEIJING

    v

    5

    Ketua Jabatan(Pendidikan)

    Atase Pendidikan(Promosi)

    Executif

    Pemasaran(Mr. Xu Zhen)

    Kerani

    & Layan tetamu(Ms. Bai Tian)

    Pemandu

    (Mr. Zhang)

    Menumpul Maklumat

    Penerbitanbahan promosi

    Promosi/Pameran

    Networking(Local government/organization)

    kounseling

    Kewangan/akaun

    Layan tetamu

    Menjawab telefon

    Filing dokumen

    Surat-menyurat

    Menghantar/menerima pegawaimenghadiri urusanrasmi

    Urusan Bank

    Membayar bil-bil

    Menjaga kebersihankereta

    Maintenance

    Kereta

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    6/49

    Strategi Pelaksanaan dan Langkah Langkah Mempraktikkan Dasar Bersih,

    Cekap dan Amanah Dalam Pengurusan Pejabat

    (a) Mengadakan Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM)

    Setiap anggota Pejabat Promosi Pendidikan Malaysia ,Beijing akan diberi

    taklimat tentang tugas rasmi dan proses kerja dan tanggungjawab mereka

    sebagai kakitangan ambilan tempat oleh Kedutaan Besar Malaysia di Beijing,

    sebaik sahaja mereka dilantik oleh Jawatankuasa Perolehan Kakitangan

    Kedutaan.

    Kelemahan dalam pentadbiranawannya berpunca daripada ketidakpastian

    pegawai dan kakitangan kerajaan mengenal tugas dan kuasa untuk bertindak

    dan wujudnya pertindihan tugas dan tanggungjawab. Disebabkan ketidakpastian

    ini, pegawai tidak yakin untuk membuat keputusan , tetapisebakilnya terpaksa

    merujuk kepada pihak atasan atau agensi lain. MPK dan FM akan menentukan

    sejelas-jelasnya cara sesuatu kerja harus dijalankan, siapa yang

    bertanggungjawab, siapa yang mempunyai kuasa, pihak yang harus dihubungi,

    peraturan dan undang-undang yang disemak serta langkah-langkah yang harus

    diambil. Sila rujuk kepada MPK dan FM di LAMPIRAN 2

    6

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    7/49

    LAMPIRAN 2

    SENARAI TUGAS,KUASA DAN HUBUNGAN DENGAN PEGAWAI LAINNYA

    Jawatan : Atase Promosi Pendidikan

    Tugas Rasmi

    TugasPegawaiAtasan YangAda Hubunga

    Tugas DanTanggung Jawab

    Kuasa yangdiberi

    Tugas PegawaiLain Yang AdaHubungan

    PengarahBahagian PromosiPendidikan JPS

    Semua perkaramengenai promosipendidikan dankeluarstesen,pengurusankewangan danperancangantahunan

    1. Pentadbiran

    Mengawasi danmenyelia semua kerja-kerja staf Pejabat PromosiPendidikan Malaysia.

    2. Kewangan

    a. Mengedalikanperuntukan pejabatPromosi PendidikanMalaysia.

    b. Pegawai PengawalKewangan PromosiPendidikan.

    c. MenyediakanAnggaran BelanjawanMengurus.

    Mentadbir PejabatPromosi PendidikanMalaysia.

    Promosi

    Menyelaras danmengurusi aktivitipromosi Pendidikandan membuatinformasi akurat untukPendidikan diMalaysia.

    Kerani Kewangan

    Menguruskan tuntutanbil-bil.

    7

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    8/49

    Proses Kerja

    Proses Kerja Pegawai YangMeluluskan / Dirujuk

    Undang-undang /Peraturan

    1. Menyelaras danmengurusi aktiviti promosipendidikan Malaysiadengan menyertai ataumengadakan pamerandalam negeri dan luarnegara di peringkatKementerian Pendidikan,Kementerian berkaitan,Agensi Kerajaan dan

    swasta.

    2. Merancang danmengurus aktivitipenerbitan sertamengemas kini maklumatbahan bacaan dan rujukanberkaitan denganpendidikan swasta/awamdalam bentuk bahan cetakdan multimedia darisemasa kesemasa untukmenyampaikan kepada

    pengguna.

    3. Mengurus danmenyedia mekanismapemgendalian danpengurusan programpromosi seperti garispanduan, dokumen ,prosedur,senarai semak,fungsi tugas dan manualpromosi pendidikan dalamnegeri dan luar negara.

    4. Mnegurus aktivitipenyelaras penyediaanmekanisme denganagensi kerajaan sepertiLembaga hasil DalamNegeri untukpermohonan institusipendidikan swastauntuk tuntutanpotongan dua kali di

    Pengarah Jabatan Pendidikan

    Tinggi

    Duta Besar

    8

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    9/49

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    10/49

    swasta daripada agensikerjaan swasta untuktujuan penerbitan danpercetakan.

    11. Bertanggungjawab

    sebagai panel untukpenerbitan IndikatorPendidikan,KementerianPendidikan.

    12. Bertanggungjawabsebagai sidangpengarang BuletinkementerianPendidikan.

    13. Bertanggungjawabsebagai pegawai

    Perhubung mediakementerianpendidikan Malaysiabagi Pejabat PromosiPendidikan Malaysia.

    SENARAI SEMAK PROSES KERJA

    1 Menyelaras dan mengurusi aktiviti promosi Tindakan Catatanpendidikan Malaysia dengan menyertai ataumengadakan pameran dalam negeri danluar negara di peingkat Kementerian Pendidikan,Kementerian berkaitan, Agensi Kerajaan dan swasta.

    2 Merancang, dan mengurus aktiviti penerbitanserta mengemas kini maklumat bahan bacaan danrujukan berkaitan dengan pendidikan / swastadan awam dalam bentuk bahan cetak dan multimediadari semas ke semasa untuk menyampaikankepada pengguma.

    3 Mengurus penyediaan mekanisme pengendalian dan p

    egurusan program promosi seperti garis panduan, dokumen,prosedur, senarai semak, fungsi dan tugas manual Promosipendidikan dalam negeri dan luar negara.

    4 Mengurus aktiviti penyelaras penyediaan mekanisme dengaagensi kerajaan seperti lembaga hasil dalam Negeri untukpermohonan institusi pendidikan swasta untuk Tuntutanpotongan dua kali dibawah kaedah kaedah CukaiPendapatan (Potongan) bagai Penggalakan Eksport

    10

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    11/49

    Pendidikan Tinggi 2001 [P.U.(A) 185]dan Kementerian Dalam Negeri untuk perakuankelulusan perekrutanpelajar antarbangsa dan institusi pendidikan swasta.

    5 Mengurus, activiti penyelarasandengan Kementerian Dalam Negeri,

    Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dankedutaan negara-negara luar tentang perkembanganperlajar antar bangsa di Malaysia.

    6 Merancang dan mengurus penyediaan, penyelengaraandan mengemaskinian keperluan peralatan dan bahan pameranbagi tujuan mempromosikan pendidikan Malaysia.

    7 Merancang menyelia dan mengurus pusat sumberJabatan pendidikan Swasta.

    8 Merancang dan menyelaras kursus pusat sumberpenerbitan sama ada dalam bentuk bahan cetak atau bahanelektronik.

    9 Merancang, mengurus dan merekod bahan dokumentasiBerkaitan pendidikan swasta.

    10 Menyelaras perolehan maklumat pendidikan swasta daripadaAgensi kerjaan swasta untuk tujuan penerbitan dan percetakan

    11 Bertanggungjawab sebagai panel untuk penerbitanIndikator Pendidikan , Kementerian Pendidikan.

    12 Bertanggung jawab sebagai sidangpengarang Buletin Kementerian Pendidikan.

    13 Bertanggungjawab sebagai Pegawai PenghubungMedia Kementerian Pendidikan Malaysiabagi Jabatan Pendidikan Swasta.

    11

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    12/49

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    13/49

    Proses Kerja

    Proses Kerja Pegawai YangMeluluskan /

    Dirujuk

    Undang-undang /Peraturan

    1. Menyelaras dan mengurusaktiviti promosi pendidikandengan mengikuti mengadakanpameran di Negara China.

    2. Menyediakan brochuresbacaan yang berkaitan

    dengan pendidikan Malaysia.

    3. Memberikan informasi yangjelas tentang pendidikanMalaysia.

    4. Merancang dan menguruskeperluan peralatan danbahan pameran untuk tujuanmempromosikan pendidikanMalaysia.

    5. Merekod dokumentasi yang

    berkaitan dengan promosipendidikan Malaysia.

    6. Membuat presentasi kesekolah sekolah danUniveersitas-universitasguna promosi pendidikanMalaysia.

    7. Merancang dan membuatlaman Website guna promosipendidikan Malaysia.

    8. Menjawab email dan suratyang menanyakanpendidikan Malaysia

    9. Merancang promosi padamedia cetak atau mediaelektronik lainnya.

    10. Membina rangkaiannetworking dengan agen

    Pengarah Jabatan

    Pendidikan Tinggi.

    Duta Besar

    Atase PromosiPendidikan

    13

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    14/49

    perekrutan pelajar China.

    11. Membina rangkaian(nerworking) dengan agen agen event organizersetempat.

    12. Bertanggungjawabmenyelaraskan persiapanpameran-pameran yang diprogramkan.

    13. Bertanggungjawab mengirimsurat-surat dan undangan-undangan.

    14. Bertanggungjawabmenyediakan bahan-bahanpengiklanan untuk tujuanpromosi.

    15. Bertanggungjawab mengaturpertemuan dengan wakilmedia cetak dan mediaelektronik.

    SENARAI SEMAK PROSES KERJA

    Tindakan Catatan

    1. Menyelaras dan mengurus aktivitipromosi pendidikan dengan mengikutimengadakan pameran di Negara china.

    2. Menyediakan brochures bacaan yangberkaitan dengan pendidikan Malaysia.

    3. Memberikan informasi yangjelas tentang pendidikan Malaysia.

    4. Merancang dan mengurus keperluanperalatan dan bahan pameran untuk tujuanmempromosikan pendidikan Malaysia.

    5. Merekod dokumentasi yang berkaitandengan promosi pendidikan Malaysia.

    14

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    15/49

    6. Membuat presentasi ke sekolah sekolahdan universiti-universiti sebagai aktivitipromosi pendidikan Malaysia.

    7. Merancang dan membuat laman Websiteguna promosi pendidikan Malaysia

    8. Menjawab email dan surat-surat yangmenanyakan pendidikan Malaysia.

    9. Merancang promosi pada media cetak,atau media elektronik lainnya.

    10. Membina rangkaian networking denganagen agen perekrutan pelajar China.

    11. Membina rangkaian (networking) denganagen agen event organiser setempat.

    12. Bertangggung jawab menyelaraskanpersiapan pameran-pameran yang di programkan.

    13. Bertanggung jawab mengirim surat-suratdan undangan-undangan.

    14. Bertanggung jawabn menyediakan bahan hahanPengiklanan untik tujuan promosi.

    15. Bertanggung jawab mengatur pertemuandengan wakil media cetak dan media elektronik.

    15

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    16/49

    Jawatan : Kerani & Layan Tetamu

    Tugas Rasmi

    Tugas

    PegawaiAtasa YangAda

    Hubungan

    Tugas Dan Tanggung

    Jawab

    Kuasa

    yang diberi

    Tugas Pegawai

    Lain Yang AdaHubungan

    Atase PromosiPendidikan

    Semua perkarayang berkaitandengankewangan,memohon

    peruntukan danmengawalperbelanjaan

    1. Menyediakan baucer bayarandan tuntutan

    2. Menyediakan penyatagaji/elaun bulanan dankenaikan gaji kaki tanganambilan tempatan PromosiPendidikan.

    3. Menyediakan surat-suratberkaitan dengan kewanganseperti arahan PengarahPromosi Pendidikan

    4. Membantu Pengarahmenyediakan laporananggaran belanja mengurusdan menyediakan PenyataAkaun Amanah.

    5. Menyedia dan

    mengemaskinikan Buku VotPromosi pendidikan.

    6. Merekod danmengemaskinikan daftar stok,inventori dan harta modalPromosi Pendidikan.

    7. Membantu menyampaikanmaklumat/informasi systempersekolahan dan pengajiantinggi di Malaysia kepada yangmemerlukan.

    Membuatbayarantuntutandanmenyediakanpenyata

    terimaan danperbelanjaan.

    Kerani kewangan diKedutaan BesarMalaysia

    Urusan meluluskanpembayaran tuntutan.

    16

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    17/49

    PROSES KERJA

    Proses Kerja Pegawai YangMeluluskan / Dirujuk

    Undang - Undang /Peraturan

    1. Menerima bil dan Borangtututan

    2. Menyemak baki buku Vot

    3. Menyediakan boucertuntutan

    4. Mendapatkanpengesahanpembayaran(tandatangan) AtasePromosi Pendidikan

    5. Menghantar boucer danbil / borang tututan keBahagian pentadbiranKedutaan BesarMalaysia

    6. Menerima cekpembayaran dariBahagian PentadbiranKedutaan besar Malaysia

    7. Menyerahkan cek

    kepada yang membuattuntutan

    8. Mencatat jumlahperbelanjaan dalamBuku Vot

    Atase Promosi Pendidikan

    17

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    18/49

    SENARAI SEMAK BAGI URUSAN PEMBAYARAN TUNTUTAN

    Tindakan Catatan

    1. Menerima bil-bil pembelian /Borang tuntutan

    2. Menyemak baki kewangan di Buku Vot

    3. Mendapatkan pengesahan (tandatangan)Atase Promosi Pendidikan

    4. Menyediakan Boucer pembayaran

    5. Menghantar baucer dan bil / borangtuntutan ke Bahagian pentadbiranKedutaan Besar Malaysia untuk cekPembayaran

    6. Menerima cek pembayaran dari BahagianBahagian pentadbiranKedutaan Besar Malaysia untuk cekPembayaran

    7. Menyerahkan cek pembayaran kepadapenerima

    8. Mencatat jumlah wang pembayarandalam Buku Vot

    18

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    19/49

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    20/49

    PROSES KERJA

    Proses Kerja Pegawai Yang

    Meluluskan / Dirujuk

    Undang Undang /

    Peraturan

    1. Memeriksa enjin keretadan memberihkankereta.

    2. Menjemput AtasePromosi Pendidikan darirumah untuk ke Pejabat.

    3. Menerima arahan dariAtase mengenaipenggunaan kereta pada

    hari tersebut.

    4. Memandu kereta bagitugas-tugas rasmi sepertiarahan Atase Pendidikan

    5. Menghantar Atase balikke rumah selepas waktuPejabat.

    6. Membersihkan keretadan meletakkan keretaditempat letak kereta

    Kedutaan BesarMalaysia.

    Atase Promosi Pendidikan

    20

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    21/49

    SENARAI SEMAK BAGI URUSAN MEMANDU KENDERAAN JABATAN

    Tindakan Catatan

    1. Membersihkan kenderaan

    2. Menjemput Atase dari rumah untuk kePejabat.

    3. Menerima arahan dari Atase mengenaipenggunaan kenderaan pada hari tersebut

    4. Memandu kenderaan bagi tugas-tugasrasmi seperti arahan Atase

    5. Menghantar Atase balik ke rumahsetelah waktu Pejabat

    6. Membersihkan kenderaan dan meletakkannya

    21

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    22/49

    (b) Membaiki Aspek Pengurusan

    Mesyuarat Staf Pejabat

    Membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baharu seperti mesyurat dan

    pengrusan masa.

    Pejabat Promosi Pendidkan Malaysia, Beijing bermesyuarat sekali sebulan

    sekali ialtu pada hari Jumaat minggu ke 3 dalam setiap bulan. Antara tindakan-

    tindakan penting sebelum mesyuarat ialah penetuan objektif, agenda, tarikh, masa

    dan tempat mesyuarat oleh pengerusi. Mesyuarat hendaklah diadakan mengikut

    jadual yang telah ditetapkan. Surat jemputan mesyuarat hendaklah dikeluarkan 10

    hari sebelum tarikh mesyuarat. Sekirannya perlu, urusetia boleh mengadakan

    perbincangan pra-mesyuarat dengan pengerusi. Penentuan tempoh masa mesyuarat

    dijangka berlangsung, iaitu waktu mula dan waktu dijangka tamat. Dengan maklumat

    ini, ahli-ahli mesyuarat boleh mengaturkan penggunaan masa sebelum dan selepas

    mesyuarat dengan lebih produtif.

    Dalam setiap kali mesyuarat staf, pegawai dan KAT disemua lapisan boleh

    memberi sumbangan fikiran dan tidak pasif iaitu menunggu arahan semata-mata.

    Dengan teknik-teknik mesyuarat begini sikap kreatif dan inovatif dapat mencungkil

    idea-idea baru dan pandangan pratikal boleh disuarakan untuk membaiki kerja.

    22

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    23/49

    Semasa mesyuarat ,tanggungjawab urusetia perlu mencatat perbincangan

    mesyuarat secara tepat, menentukan agenda mesyuarat diikuti dan objektif mesyuarat

    dicapai. Urusetia juga perlu membantu pengerusi untuk menentukan mesyuarat

    ditamatkan mengikut masa yang ditetapkan.

    Selepas mesyuarat urusetia akan menentukan deraf minit mesyuarat

    disediakan untuk kelulusan pengerusi dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat. Minit

    mesyuarat yang diluluskan oleh pengerusi hendaklah diedarkan kepada ahli-ahli

    mesyuarat dalam masa tidak melebihi tujuh hari selepas mesyuarat berkenaan

    diadakan.

    Minit mesyuarat hendaklah dicatat mengikut format tertentu dengan nota yang

    menunjukkan dengan jelas sama ada sesuatu perkara itu memerlukan tindakan atau

    untuk makluman sahaja.

    Menghargai masa

    Pada hari ini ,dengan adanya teknologi canggih maka perhubungan menjadi

    semakin rapat dan banyak keputusan perlu dilaksanakan dalam masa yang singkat.

    Tidak bertindak segera atau melengahkan keputusan akan menyebabkan hilangnya

    peluang keemasan.

    Amalan Positif

    a. Menepati masa

    23

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    24/49

    b. Menyegerakan tugas

    c. Mempunyai perancangan waktu

    d. Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi

    e. Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif

    f. Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja

    g. Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.

    Garis Penduan Mengenali Pameran Pendidikan Malaysia

    Setiap tahun, Pejabat ini akan melibatkan dalam beberapa Pameran

    Pendidikan Antarabangsa di seluruh Negara China. Pameran tersebut juga akan

    melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan institusi pengajian tinggi

    awam dan swasta (IPTA/IPTS) Malaysia. Untuk memastikan pergerakan delegasi

    sepanjang pameran ,garis panduan mengurus pameran telah dirancangkan terlebih

    dahulu. Sila rujuk kepada LAMPIRAN 3

    24

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    25/49

    LAMPIRAN 3

    SENARAI TUGAS MENGANJUR PAMERAN PENDIDKAN

    Sebagai penganjur, penyelaras dan ketua delegasi, Pejabat Promosi Pendidikan

    Malaysia akan melibatkan tiga (3) orang pegawai yang akan bertugas di setiap

    desinasi pameran pendidikan. Tugasan ini merangkumi urusan berikut:

    a) keurusetiaan di sepanjang tempoh pameran bagi memastikan

    kelancaran

    pameran;

    b) persiapan untuk mengendalikan gerai KPM sebagai pusat maklumat di

    tapak pameran;

    c) shift-duties di gerai pameran KPM kerana tempoh pameran adalah 8

    jam sehari iaitu bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 malam;

    d) pentadbiran soal selidik dan temubual dengan pengunjung pameran bagi

    mengkaji keberkesanan promosi dan potensi pasaran;

    e) pengedaran bahan seperti brosur dan flyers serta pemberian penerangan

    kepada pengunjung pameran; dan

    f) lawatan ke institusi pengajian di negara terlibat sebelum pameran bagi

    meningkatkan impak pormosi dan mendapatkan pengunjung seramai

    mungkin.

    25

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    26/49

    SENARAI SEMAK PETUGAS PROMOSI PENDIDIKAN MALAYSIA

    ARAHAN: Semua petugas yang akan mengikuti promosi pendidikan

    hendaklah memastikan semua persiapan dibuat berdasarkan

    senarai semak ini.

    A. Persediaan Sebelum Pameran

    (a) Persediaan Diri Peserta

    1. Kelulusan kewangan dari Ibu Pejabat

    2. Surat perlantikan petugas dari Ketua Jabatan

    3. Kelulusan bertugas di luar pejabat

    4. pendahuluan diri (jika perlu)

    5. Tempahan tiket penerbangan

    6. Tempahan tempat penginapan

    26

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    27/49

    7. Perubatan (jika berkaitan)

    8. Pakaian yang sesuai dan mencukupi

    (b) Persediaan Bahan Pameran

    1. Flyers/Brosur/Makalah

    2. Buku Direktori

    3. Bahan

    4. Buku Rujukan

    5. Paper Beg

    6. Video CD

    7. Disket Persembahan

    8. Lutsinar Persembahan

    27

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    28/49

    (c) Persediaan Peralatan

    1. Double sided-tape

    2. Kertas kosong

    3. Velero

    4. Staple

    5. Gunting

    6. Tali

    7. Cello tape

    8. Musking tape

    9. Cenderamata

    (d) Persediaan Borang

    28

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    29/49

    1. Borang Laporan Pameran

    2. Borang Soal-Selidik Pengunjung

    3. Borang Soal-Selidik Peserta (IPTA & IPTS)

    (e) Persediaan Pengangkutan / Perjalanan

    1. Pengangkutan:

    (i) Dari rumah ke lapangan terbang

    (ii) Dari lapangan terbang destinasi ke hotel

    (iii) Dari hotel berulang-alik ke tempat pameran

    (iv) Dari hotel ke lapangan terbang destinasi

    (v) Dari lapangan terbang ke rumah

    2. Lawatan di destinasi pameran, jika ada

    29

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    30/49

    (f) Penentuan Bahan Semasa Di Lapangan Terbang / Hotel/

    Tempat Pameran

    1. Mengumpul dan mengenal pasti bahan pameran semasa check-

    in dan ketibaan di lapangan terbang destinasi

    2. Menentukan bahan dikumpulkan dihotel dengan jumlah yang

    mencukupi (pergi dan balik)

    (g) Maklumat Penting

    1. Nama, alamat dan no. telefon/faks hotel, Pejabat Kedutaan dan

    Konsul General di destinasi pameran

    2. Maklumat mengenai sistem pendidikan di negara destinasi

    pendidikan

    B. Persediaan Semasa Pameran

    (a) Pemasangan dan Pembongkaran Booth Pameran

    1. Pemasangan & pengurusan bahan pameran di booth sebelum

    30

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    31/49

    pameran dimulakan

    2. Bertugas mengikut jadual yang disediakan

    3. Pembongkaran bahan pameran selepas pameran selesai:

    (i) memastikan bahan disimpan dengan baik & kemas

    (ii) memastikan bahan yang disimpan mencukupi

    (iii) memastikan bahan dibawa ke hotel dengan

    selamat

    (b) Pengesahan Tiket Penerbangan & Pembayaran Bil Hotel

    1. Semasa tiba di hotel, pastikan tiket penerbangan untuk pulang

    dibuat reconfirmation dengan pihak hotel

    2. Sebelum pulang, pastikan bil hotel dibayar

    3. Semak resit dari segi amaun yang dibayar dan butiran

    Lain.

    31

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    32/49

    (c) Bahan Pameran Di Pejabat Kedutaan / Konsulat General

    1. Bahan pameran boleh ditinggalkan di Pejabat Kedutaan atau

    Konsul General (jika diperlukan)

    2. Penghantaran bahan pameran perlu diuruskan dengan pihak

    yang berkenaan sebelum kembali ke Malaysia

    C. Persediaan Selepas Pameran

    1. Pemulangan bahan dan peralatan pameran kepada pegawai

    yang berkenaan

    2. Pemprosesan dan penganalisisan Soal-Selidik Pengunjung

    3. Pemprosesan dan penganalisisan Soal-Selidik Peserta

    4. Pemprosesan soalan dan cadangan daripada pengunjung

    pameran untuk dijawab oleh pihak-pihak yang berkenaan

    32

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    33/49

    Kaunter Penerangan

    Pengwujudan kaunter penerangan ini banyak memberikan faedah kepada

    orang ramai yang datang berurusan. Di antara kebaikan yang dihasilkan termasuklah :

    i) Mengurangkan jumlah pelanggan dalam barisan dengan

    mengasingkan pelanggan yang benar-benar bersedia untuk

    mendapatkan perkhidmatan dengan pelanggan yang

    kurang pasti apa,di mana dan bagaimana mereka boleh

    mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.

    ii) Menjimatkan masa menunggu pelanggan dan juga masa

    staf yang bertugas di kaunter. Ini adalah kerana kedua-dua

    pihak jelas mengenai sesuatu urusniaga dan

    tanggungjawab masing-masing.

    iii) Memudahkan orang ramai mendapat kan penjelasan tanpa

    perlu berbaris di kaunter perkhidmatan.

    iv) Dapat meningkatkan imej jabatan di kacamata orang ramai

    kerana peka dan sentiasa bersedia untuk memahami dan

    membantu mereka.

    v) Bahan-bahan selain daripada bahan promosi pendidikan

    Malaysia, TV yang menanyangkan dokumentasi tentang

    33

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    34/49

    pemandangan, cara hidup, pembangunan Malaysia,

    maklumat IPTA/IPTS dapat tambah lagi hasil pelanggan.

    vi) Maklumat yang lemgkap dari segi proses, prosedurdan

    perkara-perkara lain yang berhubung dengan permohonan

    visa , kemasukan kursus, latihan Bahasa Inggeris dan lain-

    lain permohonan harus disebar dengan meluas. Nrma

    masa pemprosesan diketahui umum untuk mengelakkan

    pelanggan daripada tertanya-tanya atau tertunggu-tunggu

    tambahan pula ia juga dapat pencapaian kerja yang

    mengikut jadual yang ditetapkan .

    Isu berkaitan kualiti sedang hangat dibincangkan pada masa sekarang

    khususnya untuk industri yang berteraskan kepada pemberian perkhidmatan.Kualiti

    perkhidmatan dinyatakan sebagai kepuasan pelanggan dan juga darjah perbezaan

    antara harapan dan persepsi pelanggan terhadap perkhidmatan yang di terima.

    Jelasnya adalah penting untuk mengetahui keperluan pelanggan yang sebenar.

    Satu pasukan dari USA yang terdiri daripada Zeithaml, Parasuraman dan Berry

    (1990) telah menjalankan kajian yang menunjukkan bahawa pelanggan membentuk

    persepsi ke atas kualiti daripada elemen-elemen perkhidmatan di bawah:

    34

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    35/49

    Satu pasukan dari USA yang terdiri daripada Zeithaml, Parasuraman dan Berry

    (1990) telah menjalankan kajian yang menunjukkan bahawa pelanggan membentuk

    persepsi ke atas kualiti daripada elemen-elemen perkhidmatan di bawah:

    1. Nyata: Bentuk kemudahan fizikal, alatan, personel dan komunikasi.

    2. Kebolehpercayaan : Kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan yang

    dijanjikan dengan baik.

    3. Sambutan : Bersedia untuk membantu pelanggan dan memberikan

    perkhidmatan dengan cepat.

    4. Jaminan : Pengetahuan dan kesopanan pekerja serta kemampuan mereka

    dalam menyakinkan pelanggan.

    5. Kesefahaman : Layanan mesra yang diberikan oleh sesebuah syarikat

    secara individu kepada pelanggan.

    Jika staf yang berkhidmat di kaunter mengikut langkah-langkah tersebut,

    kelambatan, penggunaan budibicara dan tuduhan-tuduhan mengenai keputusan

    yang tidak adil akan dapat dikurangkan. Contoh menyebaran maklumat tentang

    proses permohonan pas pelajar bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian ke

    Malaysia. LAMPIRAN 4

    35

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    36/49

    LAMPIRAN 4

    CARTA ALIRAN MEMPROSES PERMOHONAN PAS PELAJARIPTA (PERMOHONAN BARU)

    (Piagam Pelanggan 2 minggu)

    36

    IPTA MENGEMUKAKAN

    PERMOHONAN KE PEJABATIMIGRESEN NEGERI

    PERMOHONAN DIPROSES

    KEPUTUSA

    TOLAK LULUS

    SERAH SURAT KELULUSANKPD IPT

    PELAJAR TIBADI PINTU MASUK

    WAKIL IPT HADIR KEPEJABAT IMIGRESEN NEGERI

    UNTUK BAYARAN DANPROSES PENGELUARAN PAS

    PELAJAR

    TIDAKTERATUR TERATUR

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    37/49

    Kerajaan Elektronik : Ke arah Peningkatan kualiti Perkhidmatan

    Sektor awam seringkali dikaitkan dengan birokrasi yang membawa kepada

    pelbagai kelemahan dalam pengurusannya. Hal ini juga dikaitkan dengan pengaruh

    penggunaan kertas yang membawa kepada kelambatan dalam sesuatu urusan.

    Konsep Kerajaan Elektronik

    Kerajaan elektronik merangkumi tiga bahagian iaitu perhubungan antara

    jabatan kerajaan, dalam jabatan kerajaan, serta perhubungan di antara jabatan

    kerajaan dena orang awam atau swasta. Matlamat kerajaan elektronik ialah

    menggunakan teknologi maklumat canggih untuk :

    1. Menjadikan perkhidmatan awam lebih telus, efektif dan berkomunikasi..

    2. Memberi perkhidmatan pentadbiran yang berkualiti tinggi dan berkos

    rendah kepada orang awam dan swasta.

    3. Menggunakan teknologi multimedia untuk mempertingkatkan keberkesanan

    kerajaan.

    4. Meningkatkan penyertaan awam dalam segala projek pembangunan

    kerajaan.

    37

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    38/49

    (Berita INTAN, Mei-Jun 1997)

    Bedasarkan perkhidmatan-perkhidmatan di atas, kerajaan telah memberi

    penekanan kepada program e-pentadbir( e-government) dan e- perkhidmatan awam.

    e-perkhidmatan awam bermaksud sebuah perkhidmatan yang cekap,berkualiti dan

    efisyen berdasarkan moto : - Online, Anytime, Anywhere (MIMOS , 1999)

    Selain daripada Website Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian

    Pelajaran Malaysia. Pejabat Promosi Pendidkan Malaysia juga mempunyai website

    sendiri iaitu : www.china.studymalaysia.com pelajar bukan sahaja dapat mencari

    maklumat tentang peluang melanjutkan pelajaran ke Malaysia ia juga boleh

    menghantar email kepada pejabat promosi untuk mendapatkan maklumat yang lebih

    terperinci.

    38

    http://www.china.studymalaysia.com/http://www.china.studymalaysia.com/
  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    39/49

    Pengurusan Harta Modal, Inventori dan Bekalan Pejabat

    -Harta benda Kerajaan perlu diurus sama pentingnya dengan komponen-komponen lain(iaituman and money)

    Pegawal adalah bertanggungjawab untuk mempastikan bahawa harta benda

    dalam Pejabat Promosi Pendidikan Malaysia dibeli,digu dan duuruskan dengan

    sempurna,cekap dan berkesan. Tatacara, data-data kewangan dan maklumat

    fizikal adalah sentiasa kemaskini dan terkawal serta urusan perolehan dan

    penstoran asset Kerajaan adalah diuruskan mengikut peraturan/tatacara

    pengurusan stor dan asset kerajaan yang telah ditetapkan.

    Pengurusan Aset

    Pengurusan asset adalah salah satu komponen dalam pengurusan sumber-

    sumber kerajaaan keseluruhannya yang terdiri daripada man , money dan material.

    Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam operasi harian dalam melaksanakan

    aktiviti-aktiviti pejabat. Ketiga-tiga sumber ini sekiranya digemblengkan dengan

    cara berkesan dan cekap akan dapat menghasilkan output yang berfaedah dan

    berguna. Kelemahan-kelemahan dalam pengurusan asset Kerajaan antaranya

    seperti berikut:

    39

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    40/49

    1. Penyelenggaraan peralatan yang lemah;

    2. Peralatan yang tidak digunakan sepenuhnya;

    3. Kelemahan kawalan inventori yang mengakibatkan pembelian berlebihan

    atau berkurangan;

    4. Kawalan paras inventori tidak disemak oleh pengurusan dari masa ke

    Semasa;

    5. Penyimpanan di tempat yang tidak sesuai;

    6. Peralatan yang tidak digunakan atau ketinggalan teknoligi;

    7. Rekod-rekod tidak dikemaskinikan;

    8. Item yang melebihi tempoh penggunaan masih tersimpan;

    9. Semak uji terhadap asset yang diterima tidak diawasi dan;

    10. Kelemahan kawalan fizikal asset.

    Daftar Harta Modal

    Daftar harta Modal dengan menggunakan sistem kad kalamazoo akan

    mengandungi butiran yang lengkap mengenai setiap harta modal pejabat.

    Kad ini akan digunakan untuk merekod semua jenis asset. Butir-butir dan kos

    penyelenggaraan harta modal berkenaan untuk mengesan sama ada harta modal itu

    masih ekonomik untuk terus dikendalikan.

    Daftar Inventori

    Daftar Inventori digunakan untuk merekodkan barangan terluak yang bukan

    40

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    41/49

    merupakan harta modal. Daftar berasingan dikendalikan bagi barangan inventori

    untuk mengelakkan pengendalian butir-butir terperinci termasuk penyelenggaraan

    barangan berkenaan yang bukan merupakan harta modal dan kurang daripada RM

    500.00 setiap satu atau tidak dianggap sebagai asset.

    Daftar Bekalan Pejabat

    Daftar bekalan Pejabat akan menggunakan system buku daftar dan akan

    merekod semula jenis bekalan luakDaftar bekalan Pejabat akan menggunakan

    system buku daftar dan akan merekod semula jenis bekalan luak

    Masalah-Masalah yang dihadapi semasa Mempromosikan Pendidikan Malaysia

    Kelewatan Memproses Pas Pelajar Antarabangsa

    Kebelakangan ini, Pejabat Promosi Pendidikan Malaysia menerima banyak

    rungutan daripada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan juga pelajar-pelajar

    yang ingin melanjutkan pengajian ke Malaysia mengenai kelewatan pengeluaran pas

    pelajar antarabangsa . akibat daripada itu, Malaysia dipandang oleh masyarakat luar

    negara sebagai tidak efisen dan mesra-pelanggan dalam menguruskan kemasukan

    pelajar antarabangsa ke Malaysia.

    41

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    42/49

    Akibat daripada kelewatan mendapatkan pas pelajar, negara Malaysia

    kehilangan sebilangan pelajar antarabangsa yang membuat keputusan untuk

    menerima tawaran melanjutkan pengajian di negara lain.

    Kelayakan Minima Mengikut Kursus Pengajian Tidak Dipantau

    Dalam mempertimbangkan kemasukan pelajar antarabangsa untuk mengikut

    kursus pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia, perlu mengambilkira

    kelayakan minima pelajar dengan mematuhi kelayakan minima mengikut kursus

    pengajian yang ditetapkan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Setakat ini

    kelayakan masuk pelajar antarabangsa tidak dirujuk kepada Kementerian Pengajian

    Tinggi Malaysia atau LAN.

    Keberkesanan Strategi Promosi Pendidikan

    Perkembangan dan peningkatan bilangan pelajar antarabangsa melanjutkan

    pengajian di Malaysia bukan sahaja bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan

    strategi promosi pendidikan di luar negara, malahan berasakan khidmat sokongan

    dan kerjasama daripada semua Kementerian dan Agensi kerajaan yang berkaitan

    Khususnya yang bertanggungjawab terhadap pengurusan kemasukan pelajar

    antarabangsa ke Malaysia.

    42

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    43/49

    Pemantauan Pelajar Antarabangsa

    Kemasukan pelajar antarabangsa juga memerlukan pemantauan secara

    berterusan oleh semua Agensi yang terlibat. Ini adalah penting kerana maklumat serta

    data kemasukan pelajar antarabangsa sering tidak selaras antara JIM dan

    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Cadangan Atas Menyelesaian Masalah-Masalah Tersebut

    Penubuhan satu Jawatankuasa Khas Pengurusan Pusat Sehenti Kelulusan

    Pas Pelajar bagi pelajar antarabangsa supaya dapat menyelaraskan pengurusan dan

    pentadbiran di antara Kementerian dan Agensi Kerajaan yang berkaitan dengan

    kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT di Malaysia.

    Jawatankuasa Khas Pengurusan Pusat Sehenti Kelulusan Pas Pelajar akan

    berfungsi seperti berikut :

    1) menyelaraskan pengurusan permohonan pas pelajar dan permohonan rayuan

    berasakan permohonan dan dokumen lengkap yang dikemukakan oleh IPT;

    2) menyelaraskan syarat, criteria dan prosedur kemasukan pelajar ke IPT

    Malaysia berasaskan dasar,perundangan dan peraturan-peraturan yang

    sedang dikuatkuasakan;

    43

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    44/49

    3) menyelaraskan pengurusan pembuatan keputusan kelulusan atau penolakan

    secara koletif antara Kementerian dan Agensi Kerajaan yang berkenaan

    berasaskan garis panduan yang ditetapkan;

    4) menyebarkan program dan aktiviti pemantauan terhadap IPTS dan pelajar

    antarabangsa yang diberi kelulusan pas pelajar untuk menlanjutkan pengajian

    di Malaysia;

    5) Menyelaraskan pengurusan pengumpulan data dan maklumat mengenai

    kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT Malaysia;

    6) Menyelaras pengurusan aduan pelanggan secara komprehensif antara

    Kementerian dan Agensi Kerajaan yang berkenaan;

    7) Menyelaraskan pengurusan kebajikan dan hal ehwal pelajar antarabangsa

    semasa mengikut pengajian di IPT Malaysia;dan

    8) Menyelaraskan perancangan dan penyelidikan berkaitan dengan kemasuk

    pelajar antarabangsa.

    Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Khas Pengurusan Pusat

    Sehenti

    Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Khas Pengurusan

    Pusat Sehenti adalah seperti yang ditunjukkan dalam LAMPIRAN 5 dan Proses

    Pengurusan permohonan di LAMPIRAN 6

    44

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    45/49

    LAMPIRAN 5

    Carta Aliran ProsesPusat Sehentian: Pengurusan Permohonan

    Pas Pengajian Bagi Pelajar Antarabangsa

    45

    IPTS MengemukakanPermohonan Pas Pengajian

    Jawatankuasa Teknikal (Di KPTM)Menyemak Permohonan

    PermohonanMenyerah BalikPermohonan Kepada IPTS

    Mengemukakan Sesalinan PermohonanPas Pengajian Kepada Semua AhliJawatankuasa Sebelum Mesyuarat

    JawatankuasaMembuat

    Surat Makluman PenolakanKepada IPTS

    Surat Makluman Kepada Kedutaan &Salinan Kepada IPTS

    Kedutaan Cop Pasport Serta NamaIPTS & Keluarkan Pas Pelajar

    IPTS Menerima Pelajar AntarabangsaDi Pintu Masuk

    Tak Lengkap

    Lengkap

    Lulus

    Tolak

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    46/49

    LAMPIRAN 6

    Proses Pengurusan Permohonan Kelulusan Pas Pengajian Bagi Pelajar

    Antarabangsa

    1. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengemukakan permohonan kelulusan pas

    pengajian untuk pelajar antarabangsa termasuk dokumen lengkap kepada

    Kementerian Pengajian Tinggi(KPT);

    2. Jawatankuasa Teknikal menyemak permohonan kelulusan pas pengajian

    pelajar antarabangsa bagi memastikan permohonan dan dokumen yang

    dikemukakan adalah lengkap dan teratur berasakan Senarai Semak uang

    ditetapkan. Sekirannya permohonan tidak lengkap, permohonan akan

    dikembalikan kepada IPT;

    3. KPM akan mengemukakan sesalinan permohonan kelulusan pas pengajian

    pelajar antarabangsa dan dokumen yang lengkap yang telah disemak kepada

    semua Ahli Jawatankuasa Khas.

    4. Ahli Jawatankuasa Khas akan meneliti permohonan kelulusan pas pengajian

    pelajar antarabangsa pelajar antarabangsa berasakan bidang kuasa dan

    tanggungjawab masing-masing dan menyediakan perakuan masing-masing

    sebelum Mesyuarat Mingguan diadakan;

    5. Sekretariat memanggil Ahli Jawatankuasa Khas Ke Mesyuarat Mingguan

    berdasarkan tempat dan masa yang ditetapkan;

    46

    Pelajar Mendaftar Di IPTS

    Imigresen Mengeluarkan Student IDMengikut Pendaftaran Pelajarn Di IPT

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    47/49

    6. Ahli Jawatankuasa Khas membentangkan perakuan masing-masing dan

    membuat keputusan kelulusan atau penolakan berasakan Senarai

    Permohonan Kelulusan Pas Pengajian Pelajar Antarabangsa yang disediakan;

    7. Jika ditolak,Sekretariat mengeluarkan surat pemakluman penolakan kepada

    IPT untuk tindakan selanjutnya;

    8. Jika diluluskan,surat kelulusan akan dipanjangkan kepada Kedutaan Besar

    Malaysia atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara di tempat tinggal

    asal pelajar berkenaan untuk tujuan pengeluaran visa dan urusan

    memeteraikan cop dan nama IPT dalam passport;

    9. wakil IPT yang dilantik oleh IPT masing-masing akan menerima pelajar

    antarabangsa di pintu masuk ke Malaysia untuk dibawa berdaftar di IPT yang

    berkenaan;dan

    10.Setelah berdaftar di IPT,Imigresen akan mengeluarkan student ID mengikut

    pendaftaran pelajar di IPT.

    47

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    48/49

    Kesan Atas Penubuhan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pusat Sehenti

    Penubuhan Jawatankua tersebut akan menjadi pemangkin terhadap usaha

    untuk mempertingkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia. Kaedah ini juga

    akan dapat memberi kesan positif terhadap system pemyampaian perkhidmatan

    kepada pelajar-pelajar berkenaan.

    Kesimpulan

    Jelas daripada di atas bahawa usaha kita tidak berkesudahan. Sebagai sebuah

    negara yang sedang membangun dan berada dalam ekonomi pasaran tidak boleh

    tidak kita perlu membawa perubahan dari semasa ke semasa supaya kita sentiasa

    mempunyai the winning edge. Peningkatan kualiti dan produktiviti adalah penting

    memandangkan bahawa kita berhadapan dengan masyarakat yang semakin

    sophisticated dan berpelajaran serta saingan hebat masyarakat dunia. Kualiti dan

    produktiviti juga adalah angkubah-angkubah yang penting dalam menyalurkan

    Perkhidmatan Awam kepada sektor ekonomi dan seterusnya menyokong strategi-

    strategi saingan.

    Kita memilih Perkhidmatan Awam sebagai profesyen kita. Dengan demikian

    perkhidmatan profesyen kita kepada negara dapatlah kita anggap sebagai ibadah. Ini

    membawa erti kita berkhidmat dengan seluruh keupayaan kita. Kita mestilah

    memberikan perkhidmatan yang produktif,berkualiti dan amanah. Kita hendaklah

    48

  • 8/14/2019 Dasar Cekap,Bersih dan Amanah ptk 44

    49/49

    menjalankan tugas dengan penuh integriti dan berpuas hati dengan ganjaran yang

    diberikan.