dasar bahagian perkhidmatan pelangganpustaka.upsi.edu.my/document/dasar_bpp.pdf · 4.1 menyediakan...

24
1 DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN 1. LATAR BELAKANG Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ini digubal bagi memenuhi Dasar Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu : PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KOMITED UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT YANG BERKUALITI DENGAN TEPAT, EFISYEN, CEPAT DAN MESRA BERDASARKAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF UNIVERSITI SERTA MELAKSANAKAN PENINGKATAN KUALITI SECARA BERTERUSAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PELANGGAN. Pengubalan dasar ini tidak cukup sekadar suatu dokumen sahaja, tetapi lebih kepada tujuan untuk pembangunan Universiti. Pengalaman lampau dan halatuju akan datang sedang dirangka dan diawasi dengan rapi supaya kesinambungan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi asas kepada pembangunan dan peningkatan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris kini dalam rancangan untuk merangka dan melaksanakan aktiviti perkhidmatan perpustakaan kepada semua pelanggan dalam usaha mendokong visi Perpustakaan iaitu : MENJADI PERPUSTAKAAN YANG BITARA DALAM PENDIDIKAN SEJAJAR DENGAN ERA GLOBALISASI

Upload: tranlien

Post on 06-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

1

DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN

1. LATAR BELAKANG

Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ini digubal bagi memenuhi

Dasar Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris

iaitu :

PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UNIVERSITI PENDIDIKAN

SULTAN IDRIS KOMITED UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN

PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT YANG BERKUALITI DENGAN

TEPAT, EFISYEN, CEPAT DAN MESRA BERDASARKAN VISI, MISI

DAN OBJEKTIF UNIVERSITI SERTA MELAKSANAKAN

PENINGKATAN KUALITI SECARA BERTERUSAN BAGI MEMENUHI

KEPERLUAN PELANGGAN.

Pengubalan dasar ini tidak cukup sekadar suatu dokumen sahaja,

tetapi lebih kepada tujuan untuk pembangunan Universiti. Pengalaman

lampau dan halatuju akan datang sedang dirangka dan diawasi dengan

rapi supaya kesinambungan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti

Pendidikan Sultan Idris menjadi asas kepada pembangunan dan

peningkatan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bahagian Perkhidmatan

Pelanggan, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan

Idris kini dalam rancangan untuk merangka dan melaksanakan aktiviti

perkhidmatan perpustakaan kepada semua pelanggan dalam usaha

mendokong visi Perpustakaan iaitu :

MENJADI PERPUSTAKAAN YANG BITARA DALAM PENDIDIKAN

SEJAJAR DENGAN ERA GLOBALISASI

Page 2: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

2

Di samping itu dasar ini juga menepati dengan misi Perpustakaan

iaitu:-

MENYEDIAKAN SUMBER MAKLUMAT DAN PERKHIDMATAN

PERPUSTAKAAN YANG BERTEPATAN DENGAN KEPERLUAN

PELANGGAN SECARA PROFESIONAL DAN MESRA DALAM

MENYOKONG PEMBELAJARAN, PENGAJARAN DAN

PENYELIDIKAN UNIVERSITI

2. SKOP

Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Tuanku

Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini merangkumi semua

aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan di

perpustakaan, iaitu Pendidikan, Latihan dan Automasi, Rujukan dan

Maklumat dan Perkhidmatan Sirkulasi.

3. DEFINISI

Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ialah panduan yang dirangka

dan disusun untuk rujukan bahagian ini bertujuan memperbaiki

kemudahan serta memenuhi keperluan-keperluan pelanggan di

perpustakaan.

3.1 Pelanggan

Pelanggan bermaksud ‘the user of a service; in particular the

term implies that a financial transaction is taking place whereby

a service or commodity is transferred to a purchaser’.1

1 __________. Harrod’s librarians’ glossary: 9,000 term used in information management, library science, publishing, the books trades and archive management (8th ed.). England : Gower Publishing Company Ltd., 1995.

Page 3: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

3

Secara amnya ia bermaksud pengguna yang menggunakan

perpustakaan atau perkhidmatannya atau orang yang mendapat

faedah secara langsung daripada perkhidmatan yang ditawarkan

di perpustakaan.

3.2 Perkhidmatan Pelanggan

Perkhidmatan Pelanggan bermaksud ‘ the facilities provided by a

library for the use of books and the dissemination of

information’.2

Secara amnya ia bermaksud perkhidmatan atau kemudahan

yang disediakan atau diberikan oleh perpustakaan untuk

kegunaan pelanggan perpustakaan bagi memenuhi keperluan

pelanggan.

4. OBJEKTIF

4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan

bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam sistem rangkaian

maklumat perpustakaan.

4.2 Menyediakan kemudahan-kemudahan perpustakaan untuk

memberi kepuasan yang maksimum dalam pencarian maklumat

di perpustakaan.

4.3 Memastikan ketersediaan kakitangan dan bahan-bahan yang

diperlukan oleh pelanggan perpustakaan bagi menggalakkan

perkembangan intelektual masyarakat untuk memenuhi

keperluan bangsa dan negara.

2____________. Harrod’s librarians’ glossary: 9,000 term used in information management, library science, publishing, the books trades and archive management (8th ed.). England : Gower Publishing Company Ltd., 1995.

Page 4: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

4

4.4 Menjadikan perpustakaan sebagai pusat rujukan dan maklumat

yang bitara dan cemerlang bagi mengangkat martabat

universiti.

5. STRATEGI

Strategi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan adalah dengan

cara memperkasakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan

oleh Bahagian Perkhidmatan Pelanggan.

5.1 Perkhidmatan Pendidikan dan Latihan

5.1.1 Semua staf yang terlibat dalam urusan perkhidmatan di

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan akan diberi latihan

yang sesuai bagi memastikan mereka mendapat

kemahiran dan kecekapan secukupnya serta mempunyai

pengetahuan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di

perpustakaan ini dan lain-lain institusi bagi membolehkan

mereka mengendalikan perkhidmatan dengan cekap,

berkesan dan mesra pelanggan.

5.1.2 Perpustakaan juga akan memberi latihan dan kemahiran

kepada pelanggan dan kakitangan bagi meningkatkan

kemahiran kepenggunaan perpustakaan.

5.1.3 Perpustakaan akan menyediakan satu jadual pendidikan

pengguna untuk mendedahkan pelanggan kepada aspek

pencarian bahan di perpustakaan dengan bantuan OPAC,

WebOPAC, pangkalan data atas talian dan kemudahan e-

Quip.

5.2 Rujukan

5.2.1 Aktiviti rujukan di perpustakaan boleh dibuat dalam masa

perpustakaan dibuka.

Page 5: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

5

5.2.2 Koleksi Rujukan hanya boleh di rujuk di Aras Satu,

Bahagian Rujukan sahaja.

5.3 Pinjaman dan Pembaharuan

5.3.1 Semua pelanggan yang berdaftar layak untuk membuat

pinjaman berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

5.3.2 Proses peminjaman dan pembaharuan bahan

perpustakaan adalah tertakluk kepada Prosedur Kerja

Peminjaman Bahan Monograf dan Arahan Kerja

Pembaharuan Bahan Monograf.

5.3.3 Bahan boleh diperbaharui pinjaman sebanyak dua kali

berturut-turut dan tidak melebihi tarikh pulang.

Perkhidmatan ini tidak termasuk bahan sumber media.

5.3.4 Pembaharuan bahan boleh dibuat melalui dua cara sama

ada melalui Kaunter Sirkulasi atau secara atas talian

dengan melayari Web Portal Perpustakaan.

5.4 Perkhidmatan Konsultansi Maklumat

5.4.1 Pelanggan yang mempunyai masalah berkaitan dengan

perkhidmatan dan koleksi perpustakaan atau ingin

mendapatkan khidmat nasihat boleh berjumpa dengan

Pustakawan yang bertugas di Meja Penasihat Pembaca.

5.4.2 Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus sama ada

secara lisan atau bertulis atau telefon.

5.4.3 Pelanggan juga boleh mengisi borang pertanyaan rujukan

yang telah disediakan.

5.5 Pameran Koleksi Terkini

5.5.1 Perpustakaan dari semasa ke semasa akan

mempamerkan bahan-bahan perolehan terbaru kepada

pengguna.

Page 6: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

6

5.5.2 Koleksi pameran akan ditukar setiap minggu untuk

memberi maklumat terkini buku-buku baru kepada

pengguna.

5.5.3 Bahan-bahan ini boleh dipinjam, tertakluk kepada

kategori bahan.

5.6 Tempahan Bahan

5.6.1 Pelanggan boleh membuat tempahan bahan yang masih

dalam pinjaman pelanggan lain.

5.6.2 Tempahan bahan boleh dilakukan secara terus melalui

WebOPAC, OPAC atau datang ke Kaunter Sirkulasi.

5.7 Bilik Karel

5.7.1 Perpustakaan menyediakan 88 buah bilik karel berhawa

dingin untuk kemudahan pelanggan terutamanya pelajar

pasca siswazah dan pelajar tahun akhir.

5.7.2 Untuk menggunakan bilik ini bayaran sebanyak RM2.00

bagi 4 jam pertama dikenakan. Diikuti tambahan RM2.00

bagi 4 jam berikutnya dan selepas 8 jam, tambahan

sebanyak RM2.00 lagi, atau RM6.00 sehari akan

dikenakan.

5.8 Peti Simpanan (Peti Bagasi)

5.8.1 Perpustakaan menyediakan peti simpanan bagasi di luar

pintu masuk utama perpustakaan.

5.8.2 Pengunjung digalakkan menggunakan kemudahan ini

untuk menyimpan barang-barang yang tidak dibenarkan

dibawa masuk ke dalam perpustakaan.

5.8.3 Peti simpanan yang berkunci juga disediakan dengan

bayaran sebanyak RM 0.50 sen sehari.

Page 7: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

7

5.9 Fotokopi

5.9.1 Pelanggan boleh membuat salinan sesuatu bahan

berdasarkan peraturan hakcipta yang sedia ada dalam

Akta Hakcipta 1987 dan Akta Hakcipta (Pindaan) 1990.

5.9.2 Perpustakaan menyediakan perkhidmatan fotokopi layan

diri dan pelanggan dikehendaki membeli kad fotokopi

sekiranya hendak membuat salinan fotokopi.

5.10 Cetakan dan Pindahturun (Downloading)

5.10.1 Pelanggan dibenarkan membuat cetakan komputer dan

pindahturun (downloading) terhadap bahan-bahan yang

dicapai melalui pangkalan data atas talian di Makmal e -

Jurnal.

5.10.2 Bayaran akan dikenakan bagi semua cetakan komputer.

Kadar bayaran adalah RM0.30 sekeping.

5.10.3 Thumbdrive diperlukan bagi pelanggan yang membuat

pindahturun (downloading) di Makmal e – Jurnal.

5.11 Sistem Perbekalan Penerbitan (SPP)

5.11.1 Pelanggan yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar

pasca siswazah boleh membuat pinjaman antara

perpustakaan sekiranya bahan yang diperlukan tiada

dalam koleksi Perpustakaan Tuanku Bainun.

5.11.2 Perkhidmatan SPP juga disediakan bagi

perpustakaan/institusi yang menjadi ahli SPP dengan

syarat Perpustakaan Tuanku Bainun mempunyai lebih

dari 1 naskah bahan yang dikehendaki di dalam koleksi.

5.11.3 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang

yang disediakan.

Page 8: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

8

5.11.4 Perkhidmatan ini tertakluk kepada beberapa syarat lain

dan bayaran akan dikenakan kepada pengguna yang

membuat permohonan.

5.12 Selective Dissemination of Information (SDI)/Current

Awareness Service (CAS)

5.12.1 Perkhidmatan Maklumat Terpilih (SDI) dan Perkhidmatan

Kesedaran Semasa (CAS) juga disediakan untuk

pengguna.

5.12.2 Perkhidmatan ini akan memaklumkan pengguna

mengenai sesuatu penemuan baru atau maklumat

semasa mengenai sesuatu bidang atau minat seorang

pengguna.

5.12.3 Pihak perpustakaan menyimpan rekod profil daripada

pengguna dan akan digunakan untuk menghantar

maklumat-maklumat terkini yang diperolehi dari

perpustakaan.

5.12.4 Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada

pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

5.13 Online Database Remote Access (ODRA)

5.13.1 ODRA adalah satu infrastruktur yang membolehkan

pengguna mencapai pangkalan data perpustakaan secara

langsung sama ada di dalam atau dari luar universiti.

5.13.2 Perpustakaan telah melanggan pangkalan data atas talian

ProQuest, Ebscohost, Emerald dan ACM Digital Library

yang mengandungi abstrak, indeks dan teks penuh bahan

dari beribu-ribu judul jurnal, tesis dan disertasi.

Perkhidmatan langganan ini akan dinilai dari masa ke

semasa bergantung kepada keperluan dan kegunaan

secara berterusan oleh pensyarah.

Page 9: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

9

5.14 Pengolahan Maklumat (Repackaging of Information)

5.14.1 Perpustakaan dari semasa ke semasa akan menawarkan

pencarian maklumat mengikut bidang keperluan

pelanggan dari koleksi yang terdapat di Perpustakaan

Tuanku Bainun seperti :

5.14.1.1 Penyusunan bibliografi mengenai topik-topik

semasa akan disediakan secara langsung.

5.14.1.2 Penyusunan bibliografi atas permintaan bertulis

akan disediakan bagi memenuhi keperluan

maklumat pembaca.

5.14.1.3 Sumber maklumat yang dapat dikesan dari

laman web akan dihubungkaitkan (hyperlink)

secara elektronik.

5.15 Akses Kepada Koleksi

5.15.1 Perpustakaan juga mempunyai koleksi khas seperti

Koleksi Anak Kandung, Koleksi Nadir, Koleksi Arkib

Universiti, Koleksi Tokoh, Koleksi Kertas Peperiksaan,

Koleksi Penerbitan Kerajaan, Koleksi Pendidikan

Malaysia, Koleksi Jurnal, Koleksi Tesis dan Koleksi

Sumber Media.

5.15.2 Perkhidmatan dibuka kepada semua pengguna bagi

membolehkan warisan intelek digunakan untuk

penyelidikan.

5.15.3 Koleksi-koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja dan

tertakluk kepada peraturan tertentu.

5.15.4 Waktu dan tempoh untuk mendapatkan perkhidmatan

ini adalah tertakluk kepada peraturan dan waktu

perkhidmatan.

Page 10: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

10

5.16 Kelengkapan dan Peralatan

5.16.1 Bagi memastikan perkhidmatan yang berkesan, peralatan

dan kemudahan yang disediakan hendaklah sentiasa

berfungsi dan diselenggarakan secara berjadual.

5.16.2 Keutamaan akan diberikan kepada bahagian yang

menyediakan perkhidmatan kaunter.

5.17 Pertanyaan Rujukan dan Perundingan

5.17.1 Pertanyaan rujukan boleh diterima melalui pelbagai cara

sama ada pelanggan datang sendiri ke perpustakaan atau

melalui telefon, e-mail, surat atau lain-lain cara.

5.17.2 Semua pertanyaan rujukan dan maklumat hendaklah

dijawab mengikut norma masa yang telah ditetapkan

bagi setiap jenis pertanyaan. Pada dasarnya, pertanyaan

hendaklah dijawab mengikut giliran.

5.17.3 Semua pertanyaan rujukan hendaklah dijawab secara

profesional selaras dengan Piagam Pelanggan

Perkhidmatan Rujukan dan Perundingan seperti di

Lampiran A. Semua pertanyaan rujukan dan perundingan

hendaklah dijawab dengan tepat serta berdasarkan

sumber yang diterbitkan.

5.17.4 Pertanyaan rujukan yang tidak dapat dijawab kerana

ketiadaan sumber maklumat di perpustakaan akan

dirujuk ke perpustakaan lain. Tindakan susulan akan

diambil untuk memperolehi bahan tersebut untuk

pengguna.

5.17.5 Semua pertanyaan rujukan yang dijawab hendaklah

disertakan dengan sumber rujukan di mana maklumat

atau jawapan itu diperolehi.

Page 11: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

11

5.17.6 Semua pertanyaan rujukan yang sensitif yang menyentuh

dasar dan keselamatan negara hendaklah dikendalikan

mengikut dasar, peraturan atau arahan pekeliling yang

diterima pakai.

5.18 Panduan/Brosur

5.18.1 Panduan dan brosur disediakan dan dikemaskini dari

masa ke semasa untuk memudahkan pengguna

mendapatkan perkhidmatan yang terbaik di

perpustakaan.

5.18.2 Pelanggan perpustakaan boleh mendapatkan

panduan/brosur ini dengan percuma di rak.

5.19 Cadangan Dan Aduan Pelanggan

5.19.1 Pelanggan dibenarkan untuk mengemukakan cadangan

atau aduan berhubung perkhidmatan atau kemudahan

yang terdapat di perpustakaan.

5.19.2 Cadangan atau aduan ini boleh dibuat melalui dua (2)

cara iaitu dengan mengisi Borang Cadangan/Aduan

Pelanggan atau melalui Suggestion Box yang terdapat di

dalam modul Infotrack dalam Sistem ILMU.

5.19.3 Setiap cadangan/aduan pelanggan akan dijawab dalam

tempoh 24 jam hari bekerja.

6. SYARAT DAN PERATURAN

Syarat dan peraturan diwujudkan bagi memastikan kelancaran

perkhidmatan dan pelanggan dapat menggunakan semua kemudahan

serta perkhidmatan dengan lebih berkesan.

Page 12: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

12

6.1 Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Bainun

Waktu Semester

Hari Waktu Perkhidmatan

Isnin – Jumaat 8.30 pagi – 11.00 malam

Sabtu & Ahad 10.00 pagi – 5.00 petang

Cuti Umum Tutup

Waktu Cuti Semester

Hari Waktu Perkhidmatan

Isnin – Jumaat 8.30 pagi – 7.00 malam

Sabtu 10.00 pagi – 3.00 petang

Ahad Tutup

Cuti Umum Tutup

6.2 Keahlian dan Pendaftaran

Keahlian Perpustakaan Tuanku Bainun adalah secara automatik

kepada semua pelajar dan kakitangan Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Taraf Keahlian Wang

Deposit

(RM)

Yuran

Tahunan

(RM)

Kelayakan

Pinjaman

Prasiswazah - - 6

Siswazah - - 12

Kakitangan Akademik - - 17

Kakitangan Bukan Akademik - - 6

Kakitangan Akademik

(Sambilan)

- - 12

Kakitangan Bukan Akademik

(Sambilan)

- - 6

Page 13: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

13

Ahli Institusi (4 orang) 2,000.00 1,000.00 2

Ahli Institusi (4 orang) - 1,000.00 Merujuk

sahaja

Ahli Perseorangan Awam 200.00 *200.00 2

Ahli Perseorangan Awam - - Merujuk

sahaja

Pelajar UNITEM 250.00 150.00 2

Pelajar UNITEM - - Merujuk

sahaja

Ahli Perseorangan Pelajar

Sekolah

150.00 - 2

Ahli Perseorangan Pelajar

Sekolah

- - Merujuk

sahaja

Anak Kakitangan UPSI - - Merujuk

sahaja

* Yuran tahunan dikenakan jika ingin mengakses perkhidmatan

pangkalan data elektronik atau bahan sumber media dan tiada

yuran dikenakan bagi tujuan merujuk sahaja (koleksi terbuka).

6.2.1 Orang awam yang berminat menjadi ahli Perpustakaan

Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris

hendaklah mengisi borang keahlian dan hantarkan

borang yang lengkap tersebut ke perpustakaan bersama-

sama satu (1) keping gambar berukuran passport

berserta wang pendaftaran sebanyak RM5.00 sahaja.

6.2.2 Ahli perpustakaan yang tidak membayar wang deposit

hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja. Wang

deposit dibayar oleh ahli yang memohon untuk membuat

pinjaman bahan dan akan dikembalikan kepada ahli yang

memohon menamatkan keahlian.

Page 14: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

14

6.2.3 Pelajar Universiti Terbuka Malaysia hanya perlu

membayar wang deposit sahaja untuk membuat

pinjaman kerana yuran tahunan pelajar perlu diinvoiskan

kepada Perpustakaan Tuanku Bainun oleh universiti

berkenaan berdasarkan senarai nama yang dihantar.

6.3 Kelayakan Pinjaman

Kategori Ahli Koleksi Terbuka

Tempoh Koleksi Tanda Merah

(semalaman)

Bahan Sumber Media

(3 hari)

Pelajar

Prasiswazah

6 14 hari 1 2

Pelajar Siswazah 12 14 hari 1 2

Kakitangan

Akademik

17 90 hari 2 2

Kakitangan Bukan

Akademik

6 14 hari 2

Kakitangan

Akademik Sambilan

12 14 hari 1 2

Kakitangan

Sambilan Lain

6 14 hari - -

Institusi (4 orang) 4×2 14 hari - -

Alumni 2 14 hari - -

Pelajar IPT 2 7 hari - -

Orang Awam 2 7 hari - -

Page 15: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

15

6.4 Peraturan Am Perpustakaan Tuanku Bainun

6.4.1 Hanya pelanggan yang berdaftar atau yang telah

mendapat kelulusan sahaja dibenarkan menggunakan

perpustakaan dan perkhidmatan yang disediakan;

6.4.2 Pelanggan hendaklah sentiasa mempamerkan kad

pelajar atau kad matrik atau kad kakitangan atau kad

keahlian semasa berada di perpustakaan. Kegagalan

berbuat demikian boleh mengakibatkan pengguna

dilarang menggunakan perkhidmatan yang

disediakan;

6.4.3 Pelanggan diingatkan supaya berpakaian sopan dan

kemas semasa berada di perpustakaan. Pemakaian

seluar jeans, t-shirt tanpa kolar dan selipar adalah

dilarang;

6.4.4 Pelanggan tidak dibenarkan membuat bising, makan,

minum, merokok, menyanyi, tidur dan membuat

sesuatu yang boleh menjejaskan suasana

pembelajaran di perpustakaan;

6.4.5 Pelanggan dilarang berbincang di ruang membaca

dalam perpustakaan kecuali di Bilik Bacaan 24 Jam

atau di Bilik Perbincangan;

6.4.6 Segala urusan kaunter hendaklah dibuat dalam masa

yang telah ditetapkan;

6.4.7 Membuat pinjaman dengan menggunakan kad

pelanggan lain adalah satu kesalahan;

6.4.8 Para pelanggan yang didapati memiliki bahan

perpustakaan tanpa kebenaran akan diambil tindakan

tatatertib;

6.4.9 Telefon bimbit dibenarkan bawa masuk ke dalam

perpustakaan tetapi pelanggan tidak dibenarkan

membuat atau menerima panggilan;

Page 16: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

16

6.4.10 Beg, kecuali beg tangan, topi keledar dan payung

tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Ia

hendaklah diletakkan di Bilik Bagasi yang telah

disediakan di luar perpustakaan;

6.4.11 Melakukan kerosakan terhadap harta benda

perpustakaan adalah suatu kesalahan. Ini termasuklah

menconteng, memotong, merosak atau

memusnahkan bahan-bahan di perpustakaan;

6.4.12 Semua buku atau lain-lain bahan seperti beg

komputer riba yang dibawa masuk dan keluar dari

perpustakaan hendaklah ditunjukkan kepada

Pengawal Keselamatan terlebih dahulu di Kaunter

Keselamatan untuk diperiksa;

6.4.13 Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

bahan-bahan yang dipinjam;

6.4.14 Pelanggan wanita disarankan tidak berada di dalam

Bilik Bacaan 24 Jam berseorangan selepas jam 11:00

malam dan pelanggan terakhir diminta menutup alat

penghawa dingin;

6.4.15 Akhbar, jurnal/majalah terkini yang telah

dibaca/dirujuk hendaklah diletakkan ke tempat

asalnya;

6.4.16 Buku yang telah dirujuk atau yang digunakan

hendaklah diletakkan di atas troli atau rak sisih yang

disediakan;

6.4.17 Pelanggan tidak dibenarkan membawa buku dari satu

aras ke aras yang lain;

6.4.18 Berpacaran di perpustakaan adalah dilarang sama

sekali;

6.4.19 Pelanggan diminta merapatkan kerusi ke meja

sebelum meninggalkan tempat duduk;

Page 17: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

17

6.4.20 Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap

sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang

persendirian;

6.4.21 Kakitangan perpustakaan berhak menghalang

pelanggan dari menggunakan perpustakaan dan

perkhidmatan yang ada jika didapati melanggar

peraturan perpustakaan atau universiti;

6.4.22 Pelanggan dilarang memindahkan bahan, koleksi,

perabot dan peralatan di perpustakaan;

6.4.23 Semua pelanggan dikehendaki mematuhi segala

arahan yang terdapat di perpustakaan;

6.4.24 Pihak perpustakaan dan universiti berhak meminda

atau menambah sebarang peraturan dari masa ke

semasa tanpa sebarang notis.

6.5 Denda

6.5.1 Denda Lewat Pemulangan Bahan

Denda lewat pemulangan bahan akan dikenakan

kepada pelanggan yang gagal memulangkan bahan

yang dipinjam dalam tempoh yang diberikan.

Sekiranya pelajar mempunyai denda tertunggak

sebanyak RM5.00 dan ke atas, secara automatik

mereka tidak dibenarkan meminjam buku selagi

denda ini belum dijelaskan. Peraturan ini tidak

tertakluk kepada kakitangan akademik dan bukan

akademik. Jumlah denda adalah seperti berikut :-

Page 18: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

18

Koleksi Terbuka Minggu Pertama RM0.10 sen sehari Minggu Kedua & Seterusnya

RM0.20 sen sehari (tanpa had maksimum)

Koleksi Tanda Merah Jam Pertama RM0.50 Jam Kedua RM1.00 Jam Ketiga RM2.00 Lebih Dari 4 Jam RM3.00 sejam Minggu Pertama RM15.00 sehari Minggu Kedua RM20.00 sehari Minggu Ketiga RM25.00 sehari Lebih Dari 4 Minggu RM30.00 sehari

6.5.2 Bahan Hilang atau Rosak

Bagi bahan yang hilang atau rosak semasa dalam

tempoh peminjaman, denda akan dikenakan seperti

berikut :-

6.5.2.1 Peminjam dikehendaki membayar harga

bahan yang hilang/rosak.

6.5.2.2 Kadar bayarannya hendaklah sama dengan

harga bahan semasa atau sewaktu dibeli

oleh pihak perpustakaan, tertakluk kepada

mana yang lebih tinggi atau;

6.5.2.3 Menggantikan semula dengan bahan baru

yang sama.

6.5.2.4 Peminjam juga dikehendaki membayar

wang proses sebanyak RM25.00 senaskah.

6.5.3 Bahan Hilang atau Rosak Yang Tiada Harga

Bagi bahan hilang atau rosak yang tiada harga, denda

akan dikenakan seperti berikut :-

Page 19: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

19

6.5.3.1 Bahan Tempatan

Menggantikannya dengan bahan yang sama

atau membayar pada anggaran harga

minima sebanyak RM50.00, beserta wang

proses bahan sebanyak RM25.00 senaskah.

6.5.3.2 Bahan Luar Negara

Menggantikannya dengan bahan yang sama

atau membayar pada anggaran harga

minima sebanyak RM150.00, beserta wang

proses bahan sebanyak RM25.00 senaskah.

6.6 Koleksi

6.6.1 Rujukan

Bahan rujukan termasuk ensaiklopedia, kamus,

tesaurus, almanak, buku tahunan, akta, direktori,

buku istilah, atlas, gazetir dan sebagainya. Bahan

ini tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar. Bahan

ini boleh didapati di Aras 1, Bahagian Koleksi

Rujukan.

6.6.2 Rujukan Umum / Open Shelves

Buku yang dikategorikan sebagai koleksi umum

merupakan bahan yang berada di rak terbuka dan

bukan daripada kategori rujukan dan yang tidak

dikategorikan dalam kategori-kategori di bawah.

Bahan ini boleh dipinjam mengikut tempoh yang

ditetapkan dan ia ditempatkan di Aras 2 dan 3.

Aras 2 menempatkan bahan koleksi A-N, manakala

Aras 3 pula menempatkan koleksi P-Z.

Page 20: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

20

6.6.3 Red Spot

Bahan yang penting yang jumlah koleksinya tidak

banyak. Bahan rujukan utama atau wajib bagi

sesuatu subjek yang dilaporkan oleh pensyarah.

Pelanggan boleh meminjam bahan ini dengan

mengisi Borang Pinjaman Bahan Tanda Merah dan

melalui Kaunter Sirkulasi.

6.6.4 Karya Anak Kandung

Bahan hasil penulisan bekas pelajar SITC, MPSI

dan IPSI yang diletakan sebagai Koleksi Karya

Anak Kandung. Bahan ini terdiri daripada laporan,

artikel, kertas projek dan lain-lain. (Tidak termasuk

tesis atau disertasi). Bahan ini ditempatkan dalam

Koleksi Khas di Aras 2.

6.6.5 Tesis atau Disertasi

Tesis atau disertasi yang merupakan hasil

penyelidikan pelajar UPSI bagi memenuhi

keperluan pengijazahan Diploma, Ijazah Sarjana

Muda, Ijazah Sarjana PhD. Koleksi ini boleh dirujuk

di Bilik Tesis, Aras 2.

6.6.6 Arkib Universiti

Arkib Universiti merupakan bahan-bahan

penerbitan Universiti. Setiap bahan penerbitan

universiti mesti dihantar ke perpustakaan untuk

disimpan sebagai bahan Koleksi Arkib Universiti.

Bahan-bahan ini termasuklah buku cenderamata,

buku panduan, laporan tahunan dan lain-lain.

Page 21: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

21

Bahan-bahan ini ditempatkan di Koleksi Khas, Aras

2.

6.6.7 Koleksi Nadir atau Haram atau Terhad

Bahan-bahan antiquarian, terhad atau haram yang

perlu disimpan sebagai koleksi bagi kemudahan

rujukan yang khusus. Surat kebenaran dari unit

atau jabatan atau fakulti diperlukan untuk merujuk

bahan dari koleksi ini. Pelanggan boleh merujuk

bahan ini di Bilik Koleksi Nadir, Aras 3.

6.6.8 Akhbar

Suratkhabar langganan berbahasa Melayu,

Inggeris, Tamil dan Cina. Bahan ini ditempatkan di

Koleksi Jurnal Terkini, Aras 2. Pelanggan perlu

meninggalkan kad matrik atau kad kakitangan di

Kaunter Koleksi Khas untuk meminjam bahan ini.

6.6.9 Majalah atau Jurnal Semasa

Majalah atau jurnal terbitan dalam dan luar negara

yang dilanggan. Koleksi terkini ditempatkan di rak

jurnal terkini. Koleksi terkebelakang untuk tahun

semasa boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan

Jurnal dan koleksi terkebelakang bagi tahun

sebelumnya yang telah dijilid ditempatkan di rak

jurnal di Aras 2.

6.6.10 Risalah / Brosur

Risalah dan brosur termasuk buku cenderamata,

buku panduan perpustakaan, prospektif dan lain-

lain bahan yang bercetak. Risalah ini boleh

Page 22: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

22

didapati berhampiran pintu masuk utama

perpustakaan.

6.6.11 Koleksi Multimedia

Perpustakaan telah menyediakan koleksi

multimedia untuk tujuan pembelajaran dan

pengajaran. Koleksi ini termasuklah cakera padat,

piring hitam, cakera laser, pelbagai jenis filem,

peta, slaid, pita audio dan video, kit, tranparensi

dan lain-lain. Koleksi ini boleh didapati di Unit

Sumber Media, Aras 4.

6.6.12 Pangkalan Data Atas Talian (Online Access

Database)

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat

dan komunikasi, perpustakaan telah melanggan

lapan (8) pangkalan data iaitu EBSCOHOST,

PROQUEST, EMERALD, ACM Digital Library,

SpringerLink, Questia, BLIS dan NSTP e-MEDIA

bagi menyediakan maklumat yang terkini kepada

para pelanggan. Pelanggan boleh mengakses

pangkalan data atas talian ini di Makmal e-Jurnal,

Aras 2.

6.6.13 Koleksi Pendidikan Malaysia

Perpustakaan sentiasa berusaha untuk menjadi

pelopor dalam menyimpan koleksi yang berkaitan

dengan pendidikan di Malaysia. Justeru itu,

pelbagai bahan termasuklah buku-buku teks,

artikel, kertas persidangan, seminar, bengkel,

memorandum, sirkular, keratan akhbar dan

Page 23: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

23

sebagainya disediakan untuk memudahkan

pelanggan membuat rujukan. Bahan-bahan ini

ditempatkan di Bilik Koleksi Pendidikan Malaysia

(KPM) yang terletak di Aras 2.

7. PINDAAN DASAR

Semakan Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan akan dibuat

berdasarkan keperluan semasa setelah diarahkan oleh Ketua

Pustakawan.

8. TARIKH KUATKUASA

Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ini mula berkuatkuasa mulai

1hb. Mac 2007.

Diluluskan oleh :

..............................................................................

(ZAHARIAH BT. MOHAMED SHAHAROON)

Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Bainun

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tarikh : 1hb. Mac 2007

Page 24: DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGANpustaka.upsi.edu.my/Document/Dasar_BPP.pdf · 4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam

24

Lampiran A

PERKHIDMATAN

RUJUKAN DAN PERUNDINGAN

Komitmen kami adalah :

o Memberi perkhidmatan dengan mesra dan berbudi

bahasa kepada semua pelanggan perpustakaan.

o Membekalkan maklumat dengan cepat dan berkesan

dalam memenuhi keperluan maklumat pengguna.

o Memastikan segala pertanyaan rujukan diberi

maklumbalas dalam masa 24 jam bekerja.

o Mendidik pembaca dalam menggunakan koleksi dan

kemudahan yang tersedia secara optimum.

PIAGAM

PELANGGAN