bahagian perkhidmatan

11
BAHAGIAN PERKHIDMATAN No. Siri : BK 3/13 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

Upload: grazia

Post on 06-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

No. Siri : BK 3/13 No. Fail: JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. BAHAGIAN PERKHIDMATAN. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”. PANDUAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

No. Siri : BK 3/13No. Fail : JPA(BKP)548/1/12Pindaan : 00/2009

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN

“JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

Page 2: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

JPA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN

Page 3: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

Kata-kata AluanKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi.

Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan.

Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI ISMAIL ADAM)

Page 4: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

1

PANDUAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT

DAN PEMANGKUAN

PENGENALAN

Manual ini disediakan bertujuan untuk memberi maklumat dan

panduan kepada pegawai-pegawai mengenai tatacara urusan

kenaikan pangkat dan pemangkuan yang dilaksanakan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA).

Manual ini juga diharapkan dapat memberikan kefahaman kepada

semua anggota perkhidmatan awam mengenai dasar, peraturan dan

tatacara pengurusan kenaikan pangkat dan pemangkuan.

 

DEFINISI KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN

"Kenaikan Pangkat" adalah peningkatan secara hakiki dari suatu

gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan

pegawai berkenaan.

"Pemangkuan" ialah di mana kelulusan diberi kepada seseorang

pegawai untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan suatu

jawatan, yang lebih tinggi grednya daripada gred hakikinya dalam

skim perkhidmatan yang berkaitan bagi pegawai yang berkenaan

secara sepenuh masa samada dengan tujuan kenaikan pangkat atau

sebaliknya.

 

ASAS DAN SYARAT KENAIKAN PANGKAT

 

1. Pertimbangan kenaikan pangkat berasaskan merit dengan

mengambil kira:-

a) kecekapan dan prestasi kerja pegawai;

b) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

pegawai;

c) sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan

jawatan kenaikan pangkat, keutuhan, potensi dan

kepimpinan pegawai; dan

Page 5: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

2

d) kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan

masyarakat.

2. Pegawai hanya boleh dinaikkan pangkat setelah memenuhi

semua syarat yang dinayatakan dalam skim perkhidmatan dan

jika terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat,

melainkan

jika syarat memperuntukkan selainnya.

3. Pegawai dalam peminjaman dan pertukaran sementara yang

layak hendaklah dipertimbangkan.

KUASA MELULUSKAN KENAIKAN PANGKAT DAN

PEMANGKUAN

Kenaikan pangkat dan pemangkuan hendaklah diluluskan oleh

Lembaga Kenaikan Pangkat berdasarkan Jadual keanggotaan

Kenaikan Pangkat Mengikut Peraturan-peraturan Lembaga

Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 1986 [P.U(A) 151] dan

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 1974.

URUS SETIA LEMBAGA KENAIKAN PANGKAT DI JPA

 

JPA adalah menjadi urus setia kepada Lembaga Kenaikan Pangkat

berikut-

 

1. Lembaga Kenaikan Perkhidmatan Awam bagi Kumpulan

Pengurusan dan Profesional Gred 44 ke atas;

2. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam bagi

Kumpulan Sokongan Gunasama yang terletak di bawah kawalan

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;

3. Lembaga Kenaikan Perkhidmatan Pelajaran bagi Kumpulan

Pengurusan dan Profesional Gred 44 ke atas.

Page 6: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

3

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

1. Pengisian jawatan naik pangkat yang kosong hendaklah diisi

segera.

2. Maklumat mengenai kekosongan dan pegawai yang layak

dipertimbangkan kenaikan pangkat dan pemangkuan

hendaklah sentiasa dikemaskini.

3. Mengemukakan kertas perakuan kenaikan pangkat dan

pemangkuan kepada urus setia di JPA mengikut format

ditetapkan yang mengandungi maklumat berikut-

i. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

 

Pembahagian markah adalah seperti berikut-

Jika urusan menggunakan penilaian LNPT dan temuduga /

kaedah penilaian lain-

(a) Kumpulan Pengurusan dan Profesional

 

- Markah LNPT 3 tahun terakhir = 75%

 

- Markah temuduga /lain = 25%

(b) Kumpulan Sokongan

 

- Markah LNPT 3 tahun terakhir = 70%

 

- Markah temuduga /lain = 30%

Jika urusan menggunakan penilaian LNPT = 100%

 

ii. Laporan Perisytiharan Harta

iii. Laporan Tatatertib.

iv. Tapisan Badan Pencegah Rasuah.

Page 7: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

4

v. Senarai kekosongan (jawatan, tarikh kosong, sebab / waran

perjawatan dan diskripsi tugas).

vi. Maklumat pegawai yang layak dipertimbangkan mengikut

kekananan dengan menggunakan Lampiran B yang

mengandungi maklumat:–

- Nama dan No. Kad Pengenalan;

- Tarikh lantikan;

- Tarikh sah dalam perkhidmatan;

- Tarikh naik pangkat (jika berkaitan);

- Tarikh memangku (jika berkaitan);

- Markah LNPT 3 tahun terakhir;dan

- Tarikh lulus PTK.

 

vii. Surat perakuan Ketua Setiausaha / Ketua Jabatan / Ketua

Perkhidmatan.

 

viii.Surat laporan tapisan keutuhan BPR.

 

ix.Surat pengesahan tatatertib dan pengisytiharan harta.

 

PROSES KERJA

 • Ketua Jabatan mengemukakan kertas perakuan kepada urus

setia di Bahagian Perkhidmatan, JPA.

• Urus setia mernerima kertas perakuan daripada Kementerian /

Jabatan

• Hantar surat akuan terima dalam tempoh 5 hari dari tarikh

perakuan diterima.

• Rekod perakuan dalam fail iaitu:

- Tarikh perakuan;

- Nombor fail;

- Nama pegawai/jawatan/gred; dan

- Jenis perakuan/gred.

Page 8: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

5

5. Semak dan pastikan dokumen berikut lengkap:

- Semakan kekosongan jawatan tempat/tarikh dan sebab-

sebab kekosongan;

- Senarai pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan;

- Senarai pelangkauan (jika ada termasuk alasan

pelangkauan);

- Butir-butir Perkhidmatan yang kemaskini;

- Keputusan PTK (lulus / tidak lulus);

- Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 3 Tahun Terakhir;dan

- Tindakan tatatertib/ Pengisytiharan harta/ Tapisan Keutuhan

Badan Pencegah Rasuah.

 

6. Jika dokumen tidak lengkap, hubungi Kementerian / Jabatan

berkenaan untuk dapatkan maklumat lengkap.

7. Sediakan draf kertas perakuan urus setia ke LKPPA .

8. Kemukakan untuk semakan TPB(K)NP.• Persediaan untuk pembentangan dalam mesyuarat pra

LKPPA.

10.Mesyuarat pra-LKPPA .

11.Mesyuarat LKPPA .

12.Hantar surat penyiaran.

Page 9: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

CARTA ALIRANBAGI URUSAN PEMANGKUAN/ KENAIKAN PANGKAT

Mesyuarat Pra-Lembaga Kenaikan Pangkat

Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat

Tidak Lengkap

Proses rayuan(lihat carta proses rayuan)

Minta maklumat tambahan

Pembetulan ulasan dan dapatkan maklumat tambahan

Terima perakuan daripada Kementerian

Sediakan ulasan urus setia JPA

Bentangkan dalam Mesyuarat Pra-Lembaga Kenaikan Pangkat (Pengerusi TKPPA (P))

Edaran kertas perakuan kepada Pengerusi dan ahli-ahli LKP

Semak

Lengkap

Keputusan mesyuarat

Keputusan

Setuju

Setuju

Ada rayuan

Tiada rayuan

Tidak Setuju

Edaran surat penyiaran

6

Page 10: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

7

PERTANYAAN

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi alamat

berikut :

Bahagian Perkhidmatan

Aras 6-7, Blok C2, Kompleks C

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 Putrajaya

Tel : 03-88854000/ 8602/ 4107/ 4112/ 4113/ 4114/ 4761

Fax : 03-88892202

Page 11: BAHAGIAN PERKHIDMATAN

Disediakan oleh

Jabatan Perkhidmatan Awam

Malaysia