dasar awam di malaysia

Upload: modem-bodben

Post on 04-Mar-2016

58 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ia melibat kan dasar awam di malaysia yang berkaitan dengan isu isu semasa. provide malaysia internal policy just for study

TRANSCRIPT

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM1.0PENGENALANApakah yang dimaksudkan dengan dasar?. Pada umumnya dasar merujuk kepada apa juga tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh kerajaan. Justeru ini, definisi dasar juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama, dasar yang ditetapkan adalah segala sesuatu strategi atau tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan sesuatu masalah negara dan demi menjamin jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai oleh kerajaan disamping mengutamakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini. Selain itu, definisi dasar yang kedua pula dapat ditakrifkan seperti berikut dimana keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk tidak berbuat apa-apa terhadap sesuatu perkara iaitu bermaksud, pihak kerajaan memutuskan untuk mengelak dari membuat sebarang keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan atau dasar tertentu berhubung dengan sesuatu perkara serta tindakan kerajaan ini juga boleh dinamakan sebagai keputusan untuk tidak membuat keputusan. Namun pentakrifan dasar adalah lebih luas berdasarkan pandangan beberapa orang penulis. Mengikut pandangan (Rose, 1969:1) dasar merupakan satu ciri yang panjang dan berkaitan dengan kegiatan serta melibatkan keputusan yang konkrit yang bermaksud juga merperlihatkan dasar sebagai satu bentuk atau siri untuk melakukan tindakan. Selain itu, bagi pandangan seorang penulis iaitu (Friedrich, 1963:79) dasar sebagai satu haluan tindakan yang memerlukan dasar untuk menyempurnakan sesuatu matlamat atau tujuan dan walaupun matlamat atau tujuan kerajaan sukar diketahui, tetapi idea bahawa dasar melibatkan perlakuan tindakan merupakan sebahagian definisi dasarIstilah etika pula berasal dari perkataan Greek ethos, yang bermaksud khusus kepada character, ataupun perwatakan dan keperibadian. (Gluck, 1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, kajian filosofikal terhadap moraliti. Manakala Shea (1988:17) pula mendefinasikan etika sebagai prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen dan sebagai satu standard tingkahlaku. Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan. Hubungan etika kerja kakitangan awam dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli kakitangan awam dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja kakitangan awam merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Antara berikut menunjukkan dasar-dasar yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi meningkatkan etika kakitangan awam selain untuk memperkukuhkan pentadbiran.2.0DASAR PENSWASTAANDasar penswastaan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1983 selepas pelancaran Dasar Persyarikatan yang melibatkan penglibatan pihak swasta dalam pembangunan negara. Pada dasarnya, penswastaan melibatkan pemindahan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta (Rohani Hj . Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2010). Menurut Rine (2009), menerangkan bahawa penswastaan (privatization) bermaksud pemindaan perkhidmatan pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baru dikendalikan oleh sektor swasta.Konsep penswastaan ini adalah berlainan dengan konsep pemilik negaraan (nationalization) kerana dasar ini bertujuan untuk menambahkan hak milik dan penguasaan kerajaan dalam kegiatan ekonomi Malaysia berdasarkan idea Abdul Rahim Hj. Din dalam seminar Pembangunan Negeri Pahang (1984). Hakikatnya, konsep dasar penswastaan lebih berkesan berbanding dengan konsep dasar persyarikatan kerana kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan tidak dapat dicapai disebabkan oleh beberapa kekangan daripada pihak kerajaan yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat telah menghalang tujuan utama pihak swasta untuk mengaut keuntungan (Rine, 2009).2.1OBJEKTIF DASAR PENSWASTAANPerkembangan jumlah sektor awam dengan begitu pesat dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu menyebabkan perbelanjaan sektor awam meningkat dengan begitu besar dari dua puluh lapan peratus pada tahun 1975 kepada tiga puluh enam peratus pada tahun 1982 dan kegawatan ekonomi Malaysia merupakan antara faktor-faktor utama yang menyebabkan Dasar Penswastaan diperkenalkan (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Oleh yang demikian, rasional dan objektif dasar ini telah diperkenalkan untuk menjaga kepentingan dan membantu kerajaan dalam hal pembangunan negara supaya negara Malaysia tidak jauh ketinggalan dari negara-negara maju yang lain.Pelaksanaan dasar penswastaan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, daya dan mutu pengeluaran oleh pihak penswastaan terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Selain itu, penswastaan amat diperlukan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan terutama ketika berlaku kemelesetan ekonomi yang memerlukan penglibatan pihak swasta untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Dasar penswastaan juga berperanan sebagai batu loncatan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mewujudkan golongan usahawan bumiputera di samping menjalankan pengagihan sumber secara cekap dan bersistematik demi memajukan negara (Rohani Hj . Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2010).2.2STRATEGI PERLAKSANAANBagi memastikan dasar penswastaan ini berjalan lancar, kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa di Unit Perancangan Ekonomi dan terdapat beberapa isu yang perlu dipertimbangkan dan di ambil kira oleh agensi-agensi kerajaan semasa menyediakan rancangan penswastaan mereka contohnya Dasar Ekonomi Baru dan penswastaan, penswastaan dan Dasar Hak milik, aspek perundangan, penilaian dan penentuan harga serta implikasi terhadap kakitangan dan perkhidmatan di samping perundingan dengan sektor swasta dan perancangan penswastaan. Tambahan pula, Pelan Induk Penswastaan (PIP) telah diperkenalkan sebagai panduan pelaksanaan penswastaan bagi memudahkan prosedur pelaksanaan dan susunan keutamaan projek yang akan diswastakan (Rine, 2009). 2.3KESAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAMTuntasnya, pelaksanaan Dasar Penswastaan dianggap telah berjaya kerana menunjukkan impak yang baik terhadap ekonomi Malaysia dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban negara. Manakala dalam konteks perkhidmatan, agensi-agensi kerajaan yang telah diswastakan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Telekom Berhad (TM) dan Tol Lebuhraya (PLUS) akan memperoleh keuntungan jika prestasi pekerja dan perkhidmatan mereka ditingkatkan pada satu tahap ke tahap yang lain bergantung terhadap kesungguhan mereka bekerja. Justeru itu, mutu perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat akan meningkat dan peningkatan tahap perkhidmatan ini secara tidak langsung telah menyebabkan wujudnya satu persaingan sihat antara pekerja dalam agensi yang baru diswastakan atau di dalam negara secara amnya hingga akan menghasilkan satu budaya kerja yang luar biasa dan menyebabkan produktiviti sesebuah agensi yang sudah diswastakan itu bertambah dengan baik dalam masa yang singkat (Noor Azman, 2008). Tambahan pula, persaingan yang sengit ini sudah pasti menyebabkan peluang pekerjaan bertambah dan pelbagai idea baru turut terhasil melalui persaingan ini yang memerlukan satu tahap kemahiran kerja yang tinggi. Selain itu, dasar ini memberikan satu suntikan baru terhadap imej negara malah masyarakat luar akan melihat Malaysia sebuah negara yang cekap dan efektif terutama dalam menguruskan negara. Maka, kemampuan negara mula menyerlah melalui sistem pentadbiran yang sistematik, pengangkutan awam yang menyeluruh, kemudahan bertaraf antarabangsa, dan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi (Noor Azman, 2008).3.0DASAR PANDANG KE TIMUR.Dasar pandang ke timur telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri yang ke-empat iaitu Tun Mahathir Mohammad pada 8 Februari 1982 semasa persidangan 5th Joint Annual Conference Of MEJECA/JAMECA di Hotel Hilton Kuala Lumpur sebagai rujukan kepada pihak kerajaan untuk membuat pengkajian, penelitian dan pengadaptasian terhadap contoh-contoh ataupun teladan yang terbaik daripada negara-negara Timur misalannya Jepun dan Korea dengan bersesuaian dengan keadaan kakitangan di Malaysia (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Seperti yang kita sedia maklum bahawa negara Jepun dan Korea merupakan antara negara yang begitu pesat membangun terutamanya dalam bidang perindustrian serta terkenal dengan budaya kerjanya yang berdisplin dan ia di jadikan panduan kepada Malaysia bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta. Perkara ini disebabkan Malaysia mempunyai asas untuk menjadi antara negara perindustrian di Asia selepas Jepun dan Korea serta negara Barat hilang keupayaan dalam ekonominya kerana lebih mementingkan keselesaan hidup malah tidak lagi mementingkan kesanggupan dan keupayaan bekerja merupakan faktor utama pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur (Jabatan Perdana Menteri, 2010). 3.1OBJEKTIF DASAR PANDANG KE TIMURPerlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur berobjektif bagi meningkatkan prestasi dan potensi pengurusan dan pembangunan negara serta mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif dalam menjalankan tugasan mereka. Selain itu, dasar ini berobjektif untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Timur tanpa mengabaikan negara-negara Barat di samping memiliki etika kerja yang tinggi dalam meningkatkan mutu dan produktiviti kakitangan (Wong Khek Seng, RaminahKok Meng Kee, 2006).Tambahan pula, penumpuan dasar ini lebih terjerumus kepada kerajinan dan disiplin kerja, kesetiaan kepada negara, mempertingkatkan kecekapan dan mengurangkan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am. Dasar Pandang Ke Timur dilaksanakan bertujuan menitikberatkan kejayaan kemajuan negara dalam jangka masa panjang serta terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan perdagangan antara negara-negara di Asia (Jabatan Perdana Menteri, 2010). 3.2STRATEGI PELAKSANAANSelaras dengan Dasar Pandang Ke Timur, kerajaan telah menyusun beberapa strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik dan bersistematik di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta antaranya mengadakan lawatan ke Korea Selatan dan Jepun untuk mewujudkan kerjasama yang lebih rapat dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknikal dan akademik, program kemajuan serta penyelidikan dan pengurusan. Di samping itu, bagi memantapkan lagi selok-belok teknikal dan bidang pengurusan, para pegawai dan pelajar Malaysia telah di hantar ke Korea Selatan dan Jepun untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang yang diceburi masing-masing (Wong Khek Seng, Raminah, Kok Meng Kee, 2006:233). Di antara program yang dilaksanakan bagi menjayakan dasar ini ialah melakukan perubahan kepada struktur pentadbiran seperti mewujudkan sistem kad perakam waktu kerja (punch card), penggunaan tanda nama (name tag), Penubuhan Pasukan Meningkatkan Mutu Kerja (QCC), konsep pejabat terbuka, perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setempat dan mewujudkan fail meja dan manual prosedur kerja bertujuan untuk mendorongkan kakitangan awam lebih berdisplin dan meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran mereka (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Selain itu, Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan bagi mengubah sikap atau keperibadian kakitangan ke arah yang positif seiring dengan kemajuan yang di kecapi oleh kerajaan dengan melaksanakan konsep Bersih, Cekap dan Amanah, kepimpinan melalui teladan dan perkhidmatan cemerlang bagi memberikan satu motivasi kepada kakitangan awam dalam menjalankan tugasan mereka (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Hal ini demikian kerana, sikap kakitangan awam memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan mutu kerja dan sistem pengurusan yang mementingkan kejayaan jangka masa yang panjang di samping, melaksanakan pentadbiran negara (Pusat Maklumat Rakyat, 2010).Program kemajuan eksekutif dan hubungan di antara institusi-institusi merupakan antara strategi pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyediakan latihan kepada eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea di samping, menyalurkan permohonan latihan yang di perlukan Malaysia terhadap Institusi Pengajian Tinggi Jepun dan Korea. Skim latihan pembangunan usahawan diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan bumiputera terhadap idea baru dan teknologi baru dalam memperluaskan perniagaan mereka bersama dengan rakan perniagaan di negara matahari terbit itu (Jabatan Perdana Menteri, 2010).3.3KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAMPelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur memberikan impak yang positif terhadap prestasi kakitangan awam kerajaan dalam melaksanakan tugasan mereka bagi meningkatkan pengurusan dan pembangunan di negara ini (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Di samping itu, dasar ini melahirkan kakitangan yang berdisplin, amanah dan jujur dalam melaksanakan pekerjaan mereka serta menanamkan sikap kepimpinan yang tinggi dalam diri kakitangan awam dan swasta dalam menerajui sesuatu pentadbiran. Selain daripada itu dasar ini juga dapat menaikkan semangat dan motivasi dalam kalangan pekerja menerusi anugerah perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan malah anugerah ini menjadikan para pekerja lebih bersemangat dan terasa di hargai setelah bertungkus-lumus dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti mereka. Dasar Pandang Ke Timur juga memberikan kesan yang positif dan bersistematik terhadap etika kerja dengan berlandaskan nilai-nilai murni.

4.0DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM Dasar Penerapan Nilai-Islam dalam Pentadbiran mula diperkenalkan pada tahun 1985. Dasar ini merupakan salah satu dasar bagi meningkatkan etika kerja bagi kakitangan awam. Secara rasionalnya,Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran merupakan salah satu daripada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya terhadap nilai-nilai Islam dalam pentadbiran iaitu dengan menerapkan sifat positif dan universal yang boleh diterima oleh semua bangsa di Malaysia (Mohd Azami Ahmad, 2008).Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya mempunyai identiti yang tersendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan pentadbiran yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan bertanggungjawab boleh membentuk identiti dan etika yang diperlukan oleh sesebuah pentadbiran dan negara. Selain itu, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran juga membimbing kepada pembentukan akhlak yang berfaedah, berfungsi dalam kehidupan setiap kakitangan awam. 4.1OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAMObjektif yang terdapat di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam adalah untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain. Dalam pada itu juga ia adalah bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara bahagia, menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. Berdasarkan objektif-objektif dasar ini, jelas menunjukkan bahawa dasar ini bertujuan untuk memupuk amalan dan nilai-nilai serta etika yang murni yang boleh diterima oleh semua pihak terutama sekali kakitangan awam. Terdapat nilai-nilai Islam yang telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Antaranya, nilai tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, amanah, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur (INTAN, 1991).4.2STRATEGI PERLAKSANAANMelalui nilai amanah, kakitangan awam harus menyedari bahawa amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kakitangan awam juga perlu berpengetahuan dan berkemahiran dalam menjalankan tugas serta mementingkan tugas dan tiada penyelewengan dalam tugas. Nilai tanggungjawab perlu diterapkan dalam diri individu melalui penerapan nilai-nilai seperti melaksanakan tugas dengan jujur, bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan Manakala, sifat ikhlas adalah menerapkan nilai-nilai seperti berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dan mempunyai niat bertugas kerana Tuhan. Selain daripada itu, sifat dedikasi pula menerapkan semangat kesetiaan yang tinggi, komited dan proaktif dalam tugas yang diamanahkan kepada kakitangan awam. Sifat sederhana pula menerangkan kakitangan awam harus mempunyai keseimbangan dalam membuat keputusan, rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran serta berusaha gigih menghasilkan kerja yang diamanahkan. Kakitangan awam juga harus mempunyai nilai tekun iaitu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan dan meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi Nilai seterusnya iaitu nilai bersih pula menerangkan bahawa kakitangan awam harus mengamalkan sifat bersih dalam pemilikan harta dan membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan. Sifat berdisiplin menunjukkan bahawa kakitangan awam harus mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang, mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. Manakala, sifat bekerjasama pula, kakitangan awam perlu mengamalkan sikap tolong-menolong, secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi dan mengutamakan kepentingan organisasi. Selain itu, kakitangan awam harus mempunyai sifat berbudi mulia iaitu dengan bertimbang rasa, bertolak-ansur dan menghormati pelanggan atau pelawat. Melalui sifat bersyukur pula, kakitangan awam harus bersyukur kerana dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi menjamin kesejahteraan hidup (Mohd Azami Ahmad, 2008). Strategi yang dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif dasar ini adalah untuk menerapkan nilai Islam melalui pelaksanaan dasar kerajaan dalam perkhidmatan awam, mengadakan kursus bina negara, pelbagai program dan projek sejajar pembangunan ummah kakitangan awam dan menitikberatkan kebajikan bekerja.4.3KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAMKejayaan dasar ini adalah disebabkan oleh peruntukan kewangan yang mencukupi, jentera pelaksanaan yang sesuai dan cekap serta kesanggupan kumpulan sasaran menerima dasar ini. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam (Mohd Azami Ahmad, 2008).Penghayatan nilai-nilai Islam oleh kakitangan awam akan menjamin kelancaran dan kecekapan pentadbiran kerajaan dan mengelakkan berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Oleh yang demikian, nilai-nilai Islam dalam etika kakitangan awam boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut Tun Mahathir, beliau menegaskan bahawa nilai Islam dalam pentadbiran dapat diterima oleh semua kerana penerapan ini dapat meningkatkan kualiti pekerjaan dan etika kakitangan awam (Mohd Azami Ahmad, 2008).5.0DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNIDasar ini juga telah dilaksanakan bagi meningkatkan etika kakitangan awam di negara ini. Dasar yang dilaksanakan ini adalah untuk mengagalakkan pengamalan serta penghayatan nilai-nilai murni dan etika bagi memperkukuhkan tahap integriti kakitangan awam. Selain itu, ianya juga adalah untuk mewujudkan kakitangan awam dan warganegara Malaysia yang beridentiti dan disegani oleh masyarakat lain. Nilai yang diterapkan dalam dasar ini adalah bersifat positif dan universal iaitu boleh di terima oleh semua bangsa dan penganut pelbagai agama di Malaysia (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). 5.1OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNIPelaksanaan dasar ini oleh kerajaan adalah untuk membentuk etika kakitangan awam dan menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Kerajaan juga mahu melahirkan kakitangan awam yang bermutu dan hasil kerja yang baik dihasilkan oleh kakitangan awam di negara ini (Zalina Abd Rahman, 1990). Dalam dasar ini, penekanan diberikan kepada kakitangan awam secara berterusan bertujuan untuk menggalakkan kakitangan awam bagi membina tingkah laku yang baik melalui penerapan nilai-nilai murni yang diperkenalkan kepada kakitangan awam tersebut (Zalina Abd Rahman, 1990). Kehendak dalam berkelakuan beretika adalah berasaskan kepada menjalankan tugas secara profesional, mempunyai daya keutuhan dalam menjalankan tugas, memberi perkhidmatan yang berkualiti, adil dan saksama dalam semua urusan dan mengelakkan daripada berlakunya percanggahan dalam kepentingan5.2STRATEGI PERLAKSANAANUsaha-usaha peningkatan etika kakitangan awam dalam konteks penerapan nilai-nilai murni telah dilaksanakan sejak zaman awal merdeka lagi. Bagi maksud wacana ini, ia menggariskan tiga pendekatan yang diambil oleh Kerajaan dalam inisiatif tersebut iaitu penubuhan institusi, penerapan nilai dan pendekatan pentadbiran. Tujuan penubuhan institusi adalah bagi melahirkan penjawat awam yang terlatih dan professional dalam menjalankan tugas (Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid, 1995) Contohnya ialah INTAN dalam misi untuk membangunkan sumber manusia sektor awam melalui latihan yang berkualiti. Dalam pendekatan penerapan, pelbagai dasar dan program diperkenalkan seperti Kod Etika Kerja (1981), Dasar Pandang ke Timur (1982), Penerapan Nilai Islam (1985), Budaya Kerja Cemerlang (1989), dan Dasar Pensyarikatan Malaysia (1991). Manakala pendekatan pentadbiran merujuk kepada arahan dan garis panduan yang dikeluarkan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam. Peranan PKPA adalah menerangkan dasar dan proram pembaharuan Kerajaan dengan memberi panduan bagi memudahcara perlaksanaannya di semua peringkat pentadbiran secara seragam (Zalina Abd Rahman,1990). Dalam Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni ini, terdapat nilai-nilai yang telah disarankan kepada kakitangan awam iaitu mulia, bersih, amanah, berketerampilan, beradab sopan, keadilan, bebas, bertanggungjawab, ikhlas dan banyak lagi. Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan sebagai seorang yang mudah memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan serta mempunyai gerak geri dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain (Ismail Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid, 1995). Contohnya, seseorang kakitangan awam hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain, bersopan santun dalam berkomunikasi serta saling hormat menghormati ketika menjalankan tugas. Menurut Zalina Abd Rahman (1990) dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan, seseorang kakitangan awam itu hendaklah ikhlas dan menganggap ia sebagai satu amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Kakitangan tersebut juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan dengan auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan. Mereka hendaklah bersedia dalam mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan mereka.Seseorang kakitangan awam yang beradab sopan pula merupakan seorang yang sentiasa menjaga tutur katanya terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain. Beliau juga akan memastikan percakapannya adalah sopan, lemah lembut tetapi tegas. (Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid, 1995) Contohnya seseorang kakitangan awam hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua dan rakan sekerja dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan perasaan orang lain. Mereka perlu bersopan santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon terutamanya terhadap orang lain. Seterusnya ialah tidak meninggikan suara ketika sedang marah.5.3KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAMPembudayaan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam perlu sentiasa ditingkatkan dalam segala aspek pengurusannya. Kerajaan sebenarnya telah berada di landasan yang betul dalam usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni melalui pembaharuan pentadbiran yang telah dimulai sejak merdeka lagi. Walaupun tidak dilabelkan sebagai gagasan memperkasakan nilai-nilai murni, falsafah tersebut sebenarnya telah terpancar dalam setiap usaha-usaha pemahaman yang dilaksanakan. Namun cabaran masa depan dengan segala kecaman menuntut peningkatan berterusan dalam penghayatan kualiti dan nilai-nilai murni. Ini kerana dalam analisis akhir, nilai-nilai tersebutlah yang akan membezakan antara yang terbilang atau terbuang.Apa yang boleh dilihat disini adalah mengenai penerapan nilai-nilai murni ini akan mengeratkan hubungan antara pekerja dan majikan serta mengeratkan hubungan antara kaum di dalam organisasi untuk menghasilkan satu team work yang baik. Secara kesimpulanya pengurusan kakitangan awam akan bertambah baik dan dapat meningkatkan mutu kerja supaya tidak terus berada pada takuk yang lama. Oleh itu dasar ini harus diteruskan dan diperbaiki dari semasa kesemasa mengikut peredaran masa.6.0DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADANDasar Kepimpinan Melalui Teladan telah dilancarkankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 19 Mac 1983. Kandungan yang terdapat di dalam dasar ini adalah untuk menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya kakitangan awam. Selain daripada itu, ia juga adalah bertujuan untuk menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya masyarakat amnya. Justeru itu, ia adalah bagi mengubah sikap dalam mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja serta daya pengeluaran negara (Noor Azman Mahat, 2008).

15 | Page