dalam tribunal rayuan cukai barang dan …r)_70.2016.pdf · kepada permohonan ini adalah kerana...

Download DALAM TRIBUNAL RAYUAN CUKAI BARANG DAN …R)_70.2016.pdf · kepada permohonan ini adalah kerana Perayu membuat pembekalan ayam daging (broiler chicken) ... Further the partnership

If you can't read please download the document

Upload: dangdiep

Post on 07-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 1/10

    DALAM TRIBUNAL RAYUAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

    DI DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA, MALAYSIA

    NO RAYUAN: TRCBP(R)-70/2016

    ANTARA

    H.T.E PERAYU

    DAN

    KETUA PENGARAH KASTAM RESPONDEN

    ALASAN PENGHAKIMAN

    LATARBELAKANG

    Ini adalah suatu rayuan selaras subseksyen 126(1) Akta Cukai Barang dan

    Perkhidmatan 2014 [Akta 762] oleh H.T.E, selepas ini dinamakan Perayu yang

    terkilan dengan keputusan Yang Berhormat Ketua Pengarah Kastam (KPK),

    selepas ini dirujuk sebagai Responden bertarikh 5 Ogos 2016. Perayu tidak

    berpuashati dengan keputusan KPK yang menolak permohonan Perayu untuk

    dikecualikan daripada mendaftar akaun cukai barang dan perkhidmatan (akaun cbp)

    nama perniagaan Perayu.

    FAKTA

    Perayu telah membuat permohonan pendaftaran akaun cbp bagi perniagaannya

    pada 12 April 2016 setelah mencapai nilai ambang melalui pembekalan bercukai

    berjumlah RM6 juta dengan memakai nama dan gaya perniagaan H.T.E Sdn Bhd,

  • 2/10

    sebuah perniagaan sendirian berhad. Tarikh pendaftaran akaun cbp yang diberi

    nombor 001619800064 ini berkuatkuasa ialah 1 Jun 2016. Jenis perniagaan yang

    dijalankan ialah raising, breeding and production of chicken, broiler.

    Pada 6 Mei 2016 Perayu telah membuat permohonan pengecualian pendaftaran

    H.T.E sebagai orang berdaftar (registran) di bawah seksyen 32 Akta 762. Alasan

    kepada permohonan ini adalah kerana Perayu membuat pembekalan ayam daging

    (broiler chicken) merupakan pembekalan berkadar sifar berdasarkan perkara 1

    Jadual Pertama Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dibaca dengan

    Lampiran dengan Tariff Code 01.05. Permohonan Perayu ini telah ditolak oleh KPK

    melalui surat bertarikh 5 Ogos 2016 atas alasan gagal memberi maklumat

    maklumbalas dalam tempoh yang ditetapkan.

    Tidak berpuashati dengan keputusan KPK yang menolak permohonan pembatalan

    tersebut, Perayu telah memfailkan rayuan di Tribunal ini.

    STANDARD DAN BEBAN PEMBUKTIAN

    Akta 762 tidak memperuntukkan mengenai apakah standard pembuktian yang

    dikenakan ke atas kedua-dua pihak. Namun subseksyen 149 Akta 762 memberi

    kuasa kepada Tribunal ini untuk menerima pakai tatacara sebagaimana yang

    difikirkan patut dan wajar. Memandangkan intipati isu yang dirayu bersifat sivil,

    Tribunal ini berpandangan standard pembuktian yang digunakan dalam kes-kes sivil

    iaitu pembuktian di atas imbangan kebarangkalian sepatutnya terpakai. Standard

    pembuktian yang diperuntukkan ini adalah lebih ringan berbanding standard

    pembuktian yang dikenakan dalam kes-kes jenayah iaitu melampaui keraguan

    munasabah.

    Peraturan 11 (2) Peraturan-Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Kajian

    Semula dan Rayuan) 2014 menetapkan Perayu yang harus memulakan kesnya

    dahulu sebelum Responden. Oleh itu beban pembuktian adalah terletak di bahu

    Perayu untuk membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian.

  • 3/10

    UNDANG-UNDANG

    Tafsiran

    2 (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang

    lain

    Akta ini termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

    Akta ini;

    pembekalan bercukai ertinya suatu pembekalan barang atau perkhidmatan yang

    merupakan pembekalan berkadar standard dan pembekalan berkadar sifar dan tidak

    termasuk suatu pembekalan dikecualikan;

    pembekalan berkadar sifar ertinya suatu pembekalan berkadar sifar di bawah

    seksyen 17;

    Pembekalan berkadar sifar

    17 (1) Pembekalan berkadar sifar ialah

    (a) apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan

    sebagai suatu pembekalan berkadar sifar oleh Menteri di bawah

    subseksyen (4); dan

    (b) apa-apa pembekalan barang jika barang itu dieksport.

    (2) Jika orang kena cukai membekalkan barang atau perkhidmatan dan

    pembekalan itu adalah berkadar sifar, sama ada cukai akan dikenakan

    ke atas pembekalan selain seksyen ini atau tidak, tiada cukai boleh

    dikenakan ke atas pembekalan itu.

    (3) Pembekalan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah, dalam

    apa-apa hal lain, dikira sebagai suatu pembekalan bercukai dan kadar

    yang cukai itu dikira sebagai dikenakan ke atas pembekalan itu

    hendaklah sifar peratus.

    (4) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,

  • 4/10

    menentukan apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan di

    Malaysia sebagai suatu pembekalan berkadar sifar.

    Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4) hendaklah, pada

    mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya, dibentangkan di hadapan Dewan

    Rakyat dan hendaklah,

    Pengecualian pendaftaran bagi orang yang membuat atau berniat untuk

    membuat pembekalan berkadar sifar

    32 (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang yang

    membuat atau berniat untuk membuat pembekalan bercukai

    memuaskan hati ketua Pengarah bahawa pembekalan itu ialah suatu

    pembekalan berkadar sifar, ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya

    patut dan atas permintaan orang itu, mengecualikan orang itu daripada

    pendaftaran sehingga pengecualian itu ditarik balik.

    (2) Jika terdapat suatu perubahan dalam sifat pembekalan yang dibuat

    oleh orang yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah

    subseksyen (1), dia hendaklah memberitahu secara bertulis kepada

    ketua Pengarah tentang perubahan itu dalam tempoh tiga puluh hari

    dari tarikh berlakunya perubahan itu.

    Penggunaan perkhidmatan elektronik

    166 (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini dan tertakluk kepada

    peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Ketua Pengarah

    boleh menyediakan suatu perkhidmatan elektronik kepada mana-

    mana pengguna berdaftar untuk

    (a) pemfailan atau pengemukaan apa-apa permohonan, penyata,

    perisytiharan atau apa-apa dokumen lain; dan

    (b) penyampaian apa-apa notis, arahan, perintah, permit, resit atau

    apa-apa dokumen lain.

  • 5/10

    (2) Jika suatu notis elektronik dibuat dan dihantar kepada Ketua

    Pengarah, Ketua Pengarah tidaklah bertanggungan terhadap apa-apa

    kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna berdaftar itu

    atas sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam apa jua sifat

    atau bagaimana sekali pun kelihatan berbangkit dalam apa-apa notis

    elektronik yang diperoleh oleh pengguna berdaftar itu di bawah

    perkhidmatan elektronik jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat

    dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa pelaksanaan kewajipan

    sebagai Ketua Pengarah atau berlaku atau timbul sebagai akibat

    daripada apa-apa kecacatan atau kegagalan dalam perkhidmatan atau

    dalam peralatan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan itu.

    (3) Apa-apa notis elektronik yang dibuat dan dihantar oleh pengguna

    berdaftar hendaklah dianggap sebagai telah difailkan, dikemukakan

    atau disampaikan pada masa notis elektronik itu diterima oleh Ketua

    Pengarah.

    (4) Bagi maksud seksyen ini, pengguna berdaftar ertinya mana-mana

    orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah untuk

    mengakses dan menggunakan perkhidmatan elektronik itu.

    Penyampaian notis

    167 (1) Tiap-tiap notis, arahan atau apa-apa dokumen lain yang

    dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan kepada mana-mana

    orang boleh disampaikan

    (a) secara kediri kepada orang itu;

    (b) dengan menghantarnya kepada orang itu melalui pos

    berdaftar; atau

    (c) melalui perkhidmatan elektronik.

    (2) Notis, arahan atau dokumen lain itu yang dihantar melalui pos

  • 6/10

    berdaftar kepada seseorang hendaklah disifatkan telah

    disampaikan kepada orang itu pada masa yang ia akan

    dihantarserahkan kepada orang itu dalam perjalanan biasa pos

    jika notis, arahan atau dokumen lain itu dialamatkan

    (a) dalam hal suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma,

    pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang lain

    (i) ke pejabat berdaftarnya;

    (ii) ke alamat terakhirnya yang diketahui; atau

    (iii) kepada mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk

    menerima penyampaian proses; dan

    (b) dalam hal seseorang individu, ke alamat terakhirnya yang

    diketahui.

    (3) Jika seseorang telah memberi persetujuannya bagi suatu notis

    disampaikan kepadanya melalui perkhidmatan elektronik, notis itu

    hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa apabila notis

    elektronik itu dihantar ke akaunnya melalui perkhidmatan elektronik.

    KEPUTUSAN KES-KES DARIPADA NEGARA-NEGARA KOMANWEL

    Dalam kes Naidoo & anor v FC of T 2013 ATC 10-323: [2013] AATA 443 The

    Administrative Appeal Australia telah mengekalkan keputusan Pesuruhjaya

    memutuskan agar pendaftaran cukai barang dan perkhidmatan Pembayar Cukai

    dibatalkan kerana tidak lagi menjalankan aktiviti perniagaan. Keputusan itu dipetik

    daripada buku bertajuk The Law of Goods and Services Tax in Malaysia di

    mukasurat 79 (dalam bahasa asalnya) seperti yang berikut:

    The AAT affirmed the cancellation of the registration. This decision was premised

    upon the basis that the partnership did not undertake an activity or series of activities

    in the form of a business in the relevant period. The activities engaged in by the

    husband in relation to the hotel were not done by him in his capacity as a partner of

  • 7/10

    the partnership. Further the partnership has no employees,no business plan strategy

    nor to expand the provision of management and support services for the hospitality

    industry; and thereby improve profitability. The partnership was therefore not carrying

    on an enterprise for the purposes of the GST Act and as a result, was not entitled to

    claim input tax credits for its acquisition.

    Dalam menentukan samada keputusan The Commisioner of Customs adalah betul

    dalam membatalkan pendaftaran salah satu (1) daripada dua (2) pendaftaran yang

    dibuat oleh Pembayar Cukai, Tribunal di United Kingdom dalam kes KN Weakley,

    LON/73/142 (VTD 56) seperti yang dilaporkan dalam Tolleys Vat Cases 2015 di

    mukasurat 1713:

    A trader W carried on two separate businesses and obtained separate registration

    numbers for each. When Customs discovered this, they cancelled one of the

    registrations. W appealed. The Tribunal dismissed his appeal, holding that the

    practice of the Commissioners of only registering the same individual once, even if he

    is carrying on more than one separate business activity, conform with the

    requirements of the law.

    HUJAH PERAYU DAN RESPONDEN

    Wakil Perayu berhujah bahawa pada mulanya mereka memohon untuk mendaftar

    akaun cbp bernombor yang didaftarkan atas perniagaan jenis sendirian berhad itu

    kerana telah mencapai nilai ambang pembekalan berjumlah RM6juta.

    Walaubagaimanapun setelah mendaftar Perayu dapati pembekalan yang mereka

    buat ialah membekalkan ayam pedaging yang merupakan pembekalan berkadar

    sifar. Kami telah memohon untuk batalkan akaun cbp bernombor 01619800064

    kerana tidak akan menuntut kredit cukai input kerana kos output mereka hanyalah

    sedikit sahaja iaitu yang melibatkan plastik pembungkusan sahaja. Perayu juga

    memohon akaun cbp Perayu diculikan dari pendaftaran atas alasan yang sama

    namun permohonan ini telah ditolak oleh KPK.

    Responden yang diwakili oleh Pegawai Tribunal Puan Nor Fatin Razali, berhujah

    bahawa rayuan ini hendaklah dibatalkan tanpa kos oleh Tribunal. Ini kerana Perayu

    telah membuat permohonan pengecualian pendaftaran akaun cbp dan permohonan

  • 8/10

    itu telah ditolak atas alasan tiada maklumbalas yang diterima daripada Perayu dalam

    tempoh yang ditetapkan oleh JKDM. Adalah jelas bahawa Perayu telah bertindak

    cuai dalam permohonan pembatalan ini. Pegawai Verifikasi telah menulis surat

    melalui e-mel bertarikh 27 Jun 2016 yang mengarahkan Perayu untuk

    mengemukakan dokumen maklumat perniagaan melaui Borang D Suruhanjaya

    Syarikat Malaysia (SSM), Lesen Majlis Perbandaran, penjelasan mengenai jenis

    perniagaan yang dijalankan dan dokumen pengesahan mengenai senarai barangan

    yang dijual beserta gambar-gambar contoh. Beliau menghujahkan menurut seksyen

    167 (1) (c) Akta 762 penyerahan secara elektronik adalah satu serahan sempurna.

    Responden juga mengusulkan kepada Tribunal bahawa sekiranya rayuan ini

    dibatalkan Perayu berpeluang untuk memfailkan semula permohonan pembatalan

    akaun cbp bernombor 01619800064 dan pengecualian pendaftaran di bawah

    seksyen 32 Akta 762 dengan mengemukakan dokumen.

    Dalam hujah balasnya Wakil Perayu mengakui Perayu terlepas pandang untuk

    menyemak e-mel yang mengandungi arahan daripada pegawai verifikasi untuk

    Perayu menfailkan dokumen sokongan bagi permohonan pembatalan/pengecualian

    akaun cbp Perayu. Wakil Perayu menyerahkan kepada Tribunal untuk membuat

    keputusan sewajarnya. Beliau memaklumkan kepada Tribunal bahawa beliau faham

    hak Perayu untuk memfailkan permohonan pembatalan/pengecualian pendaftaran

    yang baru kepada KPK dengan mengemukakan dokumen yang diarahkan oleh

    pegawai Verifikasi tidak akan terjejas.

    PENILAIAN KETERANGAN DAN DAPATAN

    Berdasarkan keterangan dokumentar dan penghujahan kedua-dua pihak Perayu dan

    Responden di mahkamah ini, pihak Tribunal yang bersidang seorang diri

    memutuskan mengikut subseksyen 136 (a) Akta 762 bahawa keputusan yang

    dibuat oleh KPK bertarikh adalah betul dan rayuan Perayu ditolak atas alasan

    berikut:

    Berdasarkan fakta dan penghujahan di mahkamah ini, pihak Tribunal yang bersidang

    seorang diri memutuskan bahawa rayuan ini adalah ditolak tanpa kos menurut

    subseksyen 147 (c) Akta 762. Alasan kepada keputusan ini adalah kerana Perayu

  • 9/10

    telah membuat permohonan secara bertulis untuk pengecualian pendaftaran cbp

    sebagai orang berdaftar (registran) di bawah Akta 762 kepada Ketua Pengarah

    mengikut kehendak sub-seksyen 32 Akta 762. Namun tanpa dokumen sokongan

    yang diperlukan Perayu tidak dapat memuaskan hati ketua Pengarah bahawa

    pembekalan itu ialah suatu pembekalan berkadar sifar, bagi membolehkan

    ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut dan atas permintaan orang itu,

    mengecualikan orang itu daripada pendaftaran sehingga pengecualian itu ditarik

    balik.

    Berdasarkan hujahan kedua-dua Perayu dan Responden yang disokong oleh

    keterangan dokumentar yang difailkan semasa pendengaran rayuan, Tribunal ini

    mendapati KPK telah membuat keputusan yang tepat apabila menolak permohonan

    pembatalan pendaftran akaun cbp oleh Perayu. Ini kerana pada tarikh keputusan

    penolakan dibuat iaitu 5 Ogos 2016, KPK tidak ada pengetahuan mengenai jenis

    maklumat perniagaan melaui Borang D Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lesen

    Majlis Perbandaran, penjelasan mengenai jenis perniagaan yang dijalankan dan

    dokumen pengesahan mengenai senarai barangan yang dijual beserta gambar-

    gambar contoh.

    Tribunal ini juga bersetuju dengan hujah pegawai Tribunal bahawa arahan yang

    dibuat oleh pegawai verifikasi agar Perayu mengemukakan dokumen sokongan

    melalui e-mel adalah serahan sempurna selaras subseksyen 167 (1) (c) Akta 762.

    Tambahan pula semua permohonan yang dibuat berkaitan permohonan pembatalan

    ini adalah melalui sistem atas talian GENTAX melalui Taxpayers Access Point (TAP).

    TAP yang boleh diakses melalui Portal GST adalah perkhidmatan elektronik bagi

    memudahkan pembayar cbp seperti Perayu dan orang awam dalam menjalankan

    urusan dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) seperti yang dinyatakan

    dalam seksyen 166 Akta 762. KPK mempunyai kuasa mengikut subseksyen 166

    (4) Akta 762 untuk memberi kebenaran bertulis untuk pengguna berdaftar mendapat

    akses kepada perkhidmatan elektronik ini. Wakil Perayu turut mengakui bahawa

    beliau terlepas pandang untuk menyemak e-mel yang mengandungi arahan

    mengemukakan dokumen sokongan itu.

  • 10/10

    Singapura telahpun memulakan sistem GST mereka sejak 22 tahun yang lalu dan

    penggunaan perkhidmatan secara elektronik ini juga ada diperuntukkan dalam

    section 42 Goods and Services Act. Penyerahan notis dalam kes-kes cbp di

    Singapura dinyatakan dalam section 87 Goods and Services Act.

    Akhir kalam Tribunal ini memutuskan bahawa Perayu telah gagal membuktikan

    kesnya di atas imbangan kebarangkalian bahawa beliau berhak mendapat

    pengecualian pendaftaran akaun cbpnya. Rayuan Perayu terhadap keputusan

    Ketua Pengarah Kastam (KPK) bertarikh 5 Ogos 2016 dibatalkan tanpa kos

    mengikut seksyen 147 (c) Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762].

    Oleh yang demikian keputusan KPK adalah tepat dan hendaklah dikekalkan selaras

    dengan subseksyen 144(2) (a) Akta 762.

    KESIMPULAN

    Rayuan Perayu terhadap keputusan Ketua Pengarah Kastam (KPK) bertarikh 5

    Ogos 2016 dibatalkan tanpa kos mengikut seksyen 147 (c) Akta Cukai Barang Dan

    Perkhidmatan 2014 [Akta 762].

    Keputusan KPK yang menolak permohonan pembatalan Perayu dikekalkan selaras

    seksyen 144(2) (a) Akta 762.

    Bertarikh: 18 November 2016

    ASLINA BINTI JONED

    PENGERUSI

    TRIBUNAL RAYUAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN