dalam mahkamah rayuan malaysia di putrajaya …m)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu...

50
MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016 1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: W-05(M)-332-09/2016 ANTARA JONI RIZAL BIN RUSTAM AFFENDI PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO: W-05(M)-334-09/2016 ANTARA NOORAYUNI BINTI KAMSANI PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN [Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No:45A-87-11/2015 Antara Pendakwa Raya Lawan 1. Joni Rizal Bin Rustam Affendi 2. Noorayuni Binti Kamsani]

Upload: trinhduong

Post on 13-May-2019

375 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA

[BIDANGKUASA RAYUAN]

RAYUAN JENAYAH NO: W-05(M)-332-09/2016

ANTARA

JONI RIZAL BIN RUSTAM AFFENDI … PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA …RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA

RAYUAN JENAYAH NO: W-05(M)-334-09/2016

ANTARA

NOORAYUNI BINTI KAMSANI …PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA …RESPONDEN

[Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No:45A-87-11/2015

Antara

Pendakwa Raya

Lawan

1. Joni Rizal Bin Rustam Affendi

2. Noorayuni Binti Kamsani]

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

2

KORUM:

MOHTARUDIN BAKI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR

ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR

PENGHAKIMAN MAHKAMAH Pendahuluan [1] Perayu-Perayu telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di Kuala

Lumpur dengan tiga pertuduhan bagi kesalahan dengan secara

bersama-sama memperedarkan dadah berbahaya di bawah seksyen

39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘Akta’) yang boleh membawa

hukuman mati mandatori di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.

[2] Butir-butir tiga pertuduhan itu adalah seperti berikut: Pertuduhan Pertama

“Bahawa kamu bersama-sama pada 22.05.2015, jam lebih kurang

11.55 pagi di tempat letak kereta, Lot 924, Tingkat 1, PV20, Platinium

Lake Condo, No.5, Jalan Usahawan 2, Off Jalan Genting Klang,

Setapak, dalam Daerah Wangsa Maju di dalam Bandaraya Kuala

Lumpur, Wilayah Persekutuan dengan niat bersama-sama telah

mengedar dadah berbahaya iaitu 702.5 gram dadah jenis

Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu

kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

3

dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama serta

dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.

Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 22.05.2015, jam lebih kurang

12.20 tengah hari di sebuah rumah, beralamat Blok B-22-3A PV20

Platinium Lake Condo, No.5, Jalan Usahawan 2, Off Jalan Genting

Klang, Setapak, dalam Daerah Wangsa Maju di dalam Bandaraya

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dengan niat bersama-sama telah

mengedar dadah berbahaya iaitu 18,052.1 gram dadah jenis

Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu

kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama serta

dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.

Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu bersama-sama pada 22.05.2015, jam lebih kurang

12.20 tengah hari di sebuah rumah, beralamat Blok B-22-3A PV20

Platinium Lake Condo, No.5, Jalan Usahawan 2, Off Jalan Genting

Klang, Setapak, dalam Daerah Wangsa Maju di dalam Bandaraya

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dengan niat bersama-sama telah

mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4

Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian, kamu

telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta

Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2)

Akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”.

[3] Di akhir perbicaraan, Hakim Mahkamah Tinggi (‘Hakim bicara’)

telah mensabitkan Perayu-Perayu atas ketiga-tiga pertuduhan dan telah

menjatuhkan hukuman mati terhadap Perayu-Perayu. Terkilan terhadap

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

4

sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim bicara tersebut,

Perayu-Perayu memfailkan rayuan ke Mahkamah ini.

[4] Kami telah mendengar rayuan Perayu-Perayu pada 5.10.2017.

Setelah mendengar pihak-pihak, kami telah dengan bulat suara menolak

rayuan Perayu-Perayu. Kami perturunkan sekarang alasan-alasan bagi

penolakan rayuan Perayu-Perayu itu.

Kes Pendakwaan [5] Secara ringkasnya kes pihak pendakwaan adalah seperti berikut.

Bertindak atas maklumat, pada 22.5.2015 jam lebih kurang 11.10 pagi,

ASP Soh Thong Keng (SP9) dari JSJN Bukit Aman yang mengetuai satu

pasukan polis bersama 11 pegawai dan anggota termasuk Inspektor

Muhamad Amirullah Bin Othman (SP8) telah membuat pemerhatian di

kawasan PV20, Platinium Lake Condo, Jalan Genting Klang, Setapak,

Kuala Lumpur (‘Kondo tersebut’). SP9 telah membahagikan anggotanya

kepada tiga pasukan dengan diberikan tugas sebagaimana yang telah

diberikan dalam satu taklimat awal. Menurut SP9, pemerhatian yang

mereka lakukan tertumpu kepada dua buah kenderan yang dikatakan

berada di kawasan parkir Kondo tersebut. Dua kenderaan itu ialah

sebuah kereta jenis Volkswagen Golf berwarna putih dengan nombor

pendaftaran WVW 171 (‘Kereta WVW 171’) dan sebuah kereta jenis

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

5

Mitsubishi Lancer berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WXX

787 (‘Kereta WXX 787’). Kedua-dua kenderaan tersebut berada dalam

jarak lebih kurang 10 meter antara satu dengan yang lain.

[6] Selepas hampir 20 minit membuat pemerhatian iaitu lebih kurang

jam 11.30 pagi, SP9 dan pasukannya melihat seorang lelaki Melayu

berjalan kaki menuju ke kereta WVW 171 dan terus masuk ke dalam

kereta itu di tempat pemandu. Lebih kurang pada waktu yang sama,

SP9 melihat seorang perempuan Melayu berjalan kaki dari arah yang

sama dengan lelaki Melayu yang dilihat memasuki Kereta WVW 171,

terus menghampiri kereta WXX 787 dan telah membuka but belakang

kereta itu dengan menggunakan alat penggera dan seterusnya menutup

semula but kereta itu. Seterusnya SP9 melihat perempuan Melayu itu

berjalan ke arah Kereta WVW 171 dan terus masuk ke dalam kereta itu

di bahagian penumpang hadapan.

[7] PW9 kemudiannya melihat Kereta WVW 171 itu bergerak keluar

dari tempat letak kereta. Sebaik Kereta WVW 171 melepasi pondok

pengawal, pihak polis yang diketuai oleh PW8 terus menahan kereta

tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati pemandu Kereta WVW 171

ialah Perayu Pertama manakala penumpang di hadapan sebelah

pemandu dicamkan sebagai Perayu Kedua. Pemeriksaan terhadap

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

6

Kereta WVW 171 tidak menemui sebarang barang salah.

Bagaimanapun SP9 telah menjumpai di bahagian ruang gear kereta itu

satu rangkai (4) batang anak kunci (P30A-D) dan satu kad bertulis “car

access PV20 Platinium Lake Condo bernombor 14C10 0002307920

00035 14160” (P31) bersama satu batang anak kunci berpenggera

mempunyai lambang ‘Mitsubishi’ (P33).

[8] Pemeriksaan di Kereta WXX 787 yang telah dibuka dengan

menggunakan Kad akses bersama penggera (P33) yang dirampas dari

kereta WVW 171, SP8 telah menemui dan merampas barang-barang

kes berikut dari bahagian but belakang Kereta WXX 787 tersebut:

1. satu (1) beg plastik berwarna hitam bercorak dan bertulis “Happy

Days” (P20A) di dalamnya terdapat satu (1) kotak berwarna

coklat bertulis “HmbG Chemicals” (P20B) yang di dalamnya

terdapat lapan (8) botol kaca berwarna gelap, masing- masing

berisi serbuk berwarna kehitaman (P20C);

2. satu (1) bekas plastik lutsinar (P20D) di dalamnya terdapat satu

(1) beg kertas berwarna coklat bertulisan cina [P20D(1)], di

dalamnya berisi serbuk kristal disyakki dadah jenis syabu

dengan anggaran berat kasar 1,026 gram.

[9] Seterusnya pihak polis telah membawa Perayu-Perayu kesebuah

rumah di alamat Blok B-22-3A, PV20 Platinium Lake Condo dipercayai

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

7

sebagai rumah kediaman Perayu-Perayu (‘rumah Kondo tersebut’).

Pemeriksaan di dalam rumah Kondo tersebut telah dijalankan dengan

disaksikan oleh Perayu-Perayu. Pihak polis telah menemui dan

merampas barang-barang kes berikut:

1. satu (1) sudip berwarna hitam (P21A) berada di atas satu (1)

plastik berwarna hitam (P21B) yang mengandungi serbuk kristal

disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 570

gram. P21B terbentang di atas satu (1) kotak plastik berwarna

merah berpenutup warna kelabu (A3). Di tepi kotak A3, ditemui

sebuah (1) jug plastik berwarna biru bertulis “elianware” (P21D);

2. satu (1) dulang plastik berwarna coklat (P22A) di dalamnya

terdapat lima (5) peket plastik yang masing-masing berisi serbuk

kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar

1,012 gram, 911 gram, 1,011 gram, 870 gram dan 109 gram

[P22B (1-5)];

3. satu (1) beg berwarna merah bertulisan matrix dalam keadaan

zip terbuka (P23A) di dalamnya terdapat tiga (3) peket plastik

yang masing-masing berisi pil-pil berwarna merah jambu

berlambang cawan wine disyaki dadah dengan anggaran berat

kasar 2,230 gram, 1,965 gram dan 1,400 gram [P23B(1-3)];

4. satu (1) beg berwarna biru jenama “Adidas” dalam keadaan

berzip (P24A) di dalamnya terdapat sebanyak empat (4)

bungkusan kertas berwarna coklat bertulisan cina yang masing-

masing di dalamnya berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis

syabu dengan anggaran berat kasar 1,528 gram, 1,523 gram,

1,527 gram dan 1,527 gram [P24B(1-4)];

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

8

5. satu (1) kotak berwarna coklat bertulisan “airpak-kul” (P25A) di

dalamnya terdapat tujuh (7) bungkusan kertas berwarna coklat

bertulisan cina yang masing-masing berisi serbuk kristal disyaki

dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 1,443 gram,

1,528 gram, 1,528 gram, 1,527 gram, 1,527 gram, 1,525 gram

dan 1,513 gram [P25B (1 – 7)];

6. satu (1) bungkusan plastik lutsinar biru (P26A) di dalamnya

mengandungi empat (4) bekas plastik lutsinar empat segi (P26B)

yang masing-masing berisi satu (1) bungkusan plastik yang di

dalamnya mengandungi serbuk kristal yang disyaki dadah jenis

syabu dengan anggaran berat kasar 1,013 gram, 1,013 gram,

1,012 gram dan 397 gram [P26B(1A, 2A, 3A, 4A)];

7. satu (1) beg berwarna hitam bercorak bintang (P40) yang di

dalamnya terdapat empat (4) bungkusan plastik yang masing-

masing mengandungi peket-peket plastik lutsinar kosong

berbagai warna dan bentuk (P40A-D). Turut ditemui di dalam

P40, satu (1) alat timbang digital (P40E).

[10] Semasa pemeriksaan di dalam bilik kedua rumah Kondo tersebut,

SP9 telah menemui serta merampas barang-barang kes seperti berikut:

1. satu (1) fail mengandungi dokumen sewa beli kereta WXX 787

(P28);

2. satu (1) sijil kelahiran dengan nombor C 375083 (P43) atas

nama Perayu Pertama; dan

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

9

3. satu (1) perjanjian tenansi yang ditandatangani antara Lau Chien

Chien, NRIC: 810308-06-5180 sebagai tuan rumah dengan

Perayu Kedua bagi penyewaan rumah kondo tersebut (P29).

[11] Pada hari yang sama pegawai penyiasat, Inspektor Wan

Mohamad Fauzie Bin Wan Daud (SP10) yang setelah dimaklumkan

mengenai penangkapan Perayu-Perayu serta rampasan barang-barang

kes dadah di dalam Kereta WXX 787 dan di dalam rumah Kondo

tersebut telah hadir di rumah Kondo tersebut untuk meneruskan

siasatan. Turut hadir bersama pada jam 6.30 petang hari yang sama

ialah satu pasukan forensik untuk meneruskan dengan penyiasatan

forensik. Semua barang kes bersama tangkapan iaitu Perayu-Perayu

telah kemudiannya diserahkan kepada SP10 untuk tindakan lanjut.

[12] Semua barang kes yang disyaki dadah berbahaya telah diserah-

kan kepada Ahli Kimia, Dr. Saravana Kumar a/l Jayaram (SP7) untuk

dianalisis. Setelah menjalankan pemeriksaan dan analisis, SP7

mengesahkan seperti berikut:

(a) lapan (8) botol kaca bertanda ‘A1a – A1h’ (P20C) yang

mengandungi serbuk berwarna hitam ialah “red phosphorous’

seberat 6,657.53 gram dan tidak mengandungi sebarang dadah

berbahaya;

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

10

(b) satu (1) bekas plastik lutsinar bertanda ‘B1’ berisi bahan kristal

jernih (20E) mengandungi Methamphetamine seberat 702.5

gram, hal perkara bagi Pertuduhan Pertama;

(c) satu (1) sudip hitam bertanda ‘A1’ (P21A) didapati terdapat

kesan Methamphetamine;

(d) satu (1) plastik hitam bertanda “A2” (P21B) yang berisi bahan

kristal jernih mengandungi Methamphetamine seberat 357.6

gram;

(e) satu (1) jug berwarna biru bertanda “A4” (P21D) mempunyai

kesan Methamphetamine;

(f) satu (1) dulang berwarna hitam bertanda ‘C1’ (P22A)

mempunyai kesan Methamphetamine;

(g) lima (5) bungkusan plastik bertanda ‘C2’ hingga ‘C6’ [P22C (1

– 5)] yang masing-masing mengandungi bahan kristal jernih

mengandungi Methamphetamine dengan keseluruhan berat

2,833.0 gram;

(h) pil-pil merah jambu yang terdapat dalam tiga (3) bungkusan

plastik masing-masing bertanda ‘D2’ hingga ‘D4’ [P23B (1-3)]

mengandungi sejumlah 1,798 gram 3,4 Methylenedioxy

methamphetamine (MDMA), hal perkara bagi Pertuduhan

Ketiga;

(i) empat (4) bungkusan kertas warna perak muda masing-masing

bertanda ‘E2’ hingga ‘E5’ [P24B(1-4)] yang mengandungi bahan

kristal jernih mengandungi Methamphetamine dengan jumlah

berat 4,474.6 gram;

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

11

(j) tujuh (7) bungkusan kertas warna perang muda masing-masing

bertanda ‘F2’ hingga ‘F8’ [P25B(1-7)] berisi bahan kristal jernih

mengandungi Methamphetamine dengan berat keseluruhan

7,851.1 gram; dan

(k) empat (4) bekas plastik masing-masing bertanda ‘G2’ hingga

‘G5’ [P26B (1A – 4A)] yang berisi bahan kristal jernih

mengandungi Methamphetamine dengan berat keseluruhan

2,535.8 gram.

[13] Barang-barang kes di perenggan (d), (g), (i), (j) dan (k) dengan

jumlah keseluruhan berat Methamphetamine berjumlah 18,052.1 gram

yang ditemui dan dirampas dari dalam rumah Kondo tersebut menjadi

hal perkara dalam Pertuduhan Kedua.

[14] SP7 seterusnya mengesahkan Methamphetamine dan 3,4

Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) ialah jenis-jenis dadah

berbahaya yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Akta.

Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan [15] Hakim bicara setelah membuat penilaian maksima keterangan

saksi-saksi pendakwaan telah membuat dapatan fakta bahawa satu kes

prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap Perayu-Perayu atas

ketiga-tiga pertuduhan. Hakim bicara telah berpuas hati bahawa

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

12

kesemua elemen pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak

pendakwaan. Hakim bicara telah menerima keterangan saksi-saksi

pendakwaan sebagai saksi yang kredibel. Untuk elemen bahawa

barang kes terlibat ialah dadah berbahaya di bawah Akta, Hakim bicara

menerima keterangan SP7 mengenai pemeriksaan dan penganalisaan

yang telah dijalankan bagi mencapai keputusan bahawa barang kes

yang dianalisis ialah dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan 3, 4

Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

[16] Mengenai elemen milikan, Hakim bicara menerima keterangan

SP8, SP9 dan SP10 mengenai fakta bahawa Kereta WXX 787 dan

rumah Kondo tersebut di mana dadah-dadah yang dipertuduhkan

ditemui, berada dalam kawalan dan jagaan Perayu-Perayu. Kereta

WXX 787 telah berada dalam kawalan dan jagaan Perayu Kedua sejak

5.6.2014 berdasarkan keterangan Azaruddin bin Mohamad (SP3),

pemilik asal Kereta WXX 787 tersebut. Keterangan SP8 dan SP9

menunjukkan semasa pemerhatian, mereka melihat Perayu Kedua telah

membuka but Kereta WXX 787 di mana dadah ditemui di dalam kereta

itu sebelum Perayu Kedua masuk ke dalam Kereta WVW 171 di mana

Perayu Pertama sedia berada di tempat pemandu sebelum mereka

bergerak keluar dari Kondo tersebut. Kunci dan penggera Kereta WXX

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

13

787 kemudiannya telah dirampas daripada Perayu-Perayu di dalam

Kereta WVW 171 tersebut.

[17] Bagi dadah-dadah yang dirampas dari dalam rumah Kondo

tersebut, Hakim bicara menerima keterangan daripada saksi-saksi Lan

Chien Chien (SP4) dan Yee Fu (SP5) mengenai penyewaan rumah

Kondo tersebut oleh Perayu Kedua. Perayu Kedua telah

menandatangani perjanjian tenansi (P29) di hadapan SP5 dan mula

memasuki dan tinggal di dalam rumah Kondo tersebut bersama Perayu

Pertama mulai 15.9.2014 hingga tarikh serbuan dan mereka ditangkap.

Kad akses (P31) serta dua anak kunci untuk rumah Kondo tersebut

telah dirampas daripada Perayu-Perayu dan dicamkan serta diserahkan

oleh SP5 kepada Perayu Kedua. Selain itu dokumen-dokumen peribadi

Perayu-Perayu turut ditemui di dalam rumah Kondo tersebut. Hakim

bicara menerima keterangan-keterangan tersebut untuk mengaitkan

dadah-dadah di dalam rumah Kondo tersebut dengan Perayu-Perayu.

Bagi elemen pengetahuan, Hakim bicara membuat dapatan bahawa

daripada fakta matrik dan keadaan dalam kes ini, secara munasabahnya

boleh dibuat inferens bahawa Perayu-Perayu mempunyai pengetahuan

terhadap dadah-dadah yang dipertuduhkan.

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

14

[18] Bagi elemen pengedaran, Hakim bicara telah mengguna pakai

anggapan di bawah seksyen 37 (da) Akta memandangkan berat dadah-

dadah yang dipertuduhkan jauh melebihi had berat minima yang

diperuntukkan di bawah Akta untuk pemakaian anggapan statutori

bahawa dadah-dadah tersebut dimiliki oleh Perayu-Perayu untuk tujuan

diperedarkan sehingga dibuktikan sebaliknya.

[19] Mengenai elemen niat bersama, Hakim bicara menerima

keterangan SP8, SP9 dan SP10 bahawa Perayu-Perayu dilihat

bersama-sama di tempat letak kereta dan tinggal bersama di dalam

rumah Kondo tersebut seperti sepasang suami isteri menunjukkan

bahawa Perayu-Perayu mempunyai niat bersama dalam pemilikan dan

pengedaran dadah yang dipertuduhkan.

[20] Setelah berpuas hati bahawa kesemua elemen pertuduhan telah

berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap Perayu-Perayu atas

ketiga-tiga pertuduhan, Hakim bicara telah memerintahkan Perayu-

Perayu untuk membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapkan

kepada mereka.

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

15

Kes Pembelaan [21] Perayu-Perayu telah memilih untuk memberikan keterangan

membela diri mereka secara bersumpah dari kandang saksi. Selain

Perayu-Perayu, pihak pembelaan turut memanggil tiga (3) lagi saksi

untuk kes pembelaan, termasuk bapa kepada Perayu Kedua (SD4) dan

abang ipar Perayu Kedua (SD5). Manakala, SD3 adalah kenalan

Perayu Pertama semasa berada dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh.

[22] Pembelaan Perayu Pertama secara ringkasnya adalah seperti

berikut:

(a) Dia bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Dato’ Hashmin

dari Syarikat Aikona Sdn Bhd. Dia telah berkahwin dan

mempunyai 5 orang anak serta 2 orang isteri. Isteri kedua telah

bercerai. Isteri pertama mengidap kanser dan mereka tinggal

berasingan. Seorang daripada anaknya ialah anak istimewa.

Dia mengakui Perayu Kedua sebagai tunangnya;

(b) Sehari sebelum kejadian iaitu pada 21.5.2015, jam 8.00 malam

dia mahu keluar bersama Perayu Kedua untuk pergi makan

malam. Apabila mereka pergi ke tempat letak kereta di Tingkat

1, kondo tersebut, mereka telah terserempak dengan kawan

rapatnya bernama ‘Pijut’. ‘Pijut’ telah menyerahkan kunci Kereta

WXX 787 kepada Perayu Kedua. Sehari sebelum itu ‘Pijut’ telah

meminjam Kereta WXX 787 tersebut. Perayu Kedua telah

meninggalkan kunci Kereta WXX 787 itu di dalam Kereta WVW

171 yang mereka gunakan untuk pergi makan pada malam itu.

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

16

(c) Pada jam 10.30 pagi hari kejadian, dia pergi menemani Perayu

Kedua ke Pejabat Pos untuk mengepos parcel. Tunangnya

menjalankan perniagaan menjual barangan penjagaan kesihatan

secara ‘on-line’. Selepas itu mereka telah pergi ke bank untuk

mengambil buku cek.

(d) Sebelum keluar rumah hari kejadian, dia telah mengunci pintu

bilik tidur mereka. Dia melihat pintu bilik-bilik lain bertutup rapat

dan dia tidak pasti sama ada rakan serumahnya berada di dalam

bilik atau tidak.

(e) Mereka kemudian telah turun ke tempat letak kereta dan menaiki

Kereta WVW 171 untuk menuju keluar dari Kondo tersebut.

Selepas melepasi ‘boom gate’ mereka telah ditahan oleh pihak

polis. Mereka di bawa semula ke tempat letak kereta dan

setelah tiba di sana, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan

ke atas Kereta WVW 171 dan Kereta WXX 787. Pihak polis

memberitahu bahawa mereka telah menemui dadah dalam but

Kereta WXX 787 itu.

(f) Pihak polis kemudian membawa mereka ke unit kediaman

mereka di Tingkat 22 di alamat B-22-3A. Pihak polis telah

menjalankan pemeriksaan dan dia diberitahu bahawa pihak polis

ada menjumpai dadah dalam salah satu bilik. Dia memberitahu

pihak polis bahawa bilik di mana dadah itu ditemui bukan bilik

mereka tetapi ialah bilik “Pijut’.

(g) Perayu Pertama mendakwa pihak polis telah membawa dia ke

sebuah bank di Jalan Chow Kit dan telah mengambil wang

daripada seorang rakannya tetapi SP8 tidak membuat

tangkapan ke atas rakannya itu.

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

17

(h) Pada jam 7.30 malam hari yang sama pihak polis telah

membawanya ke Sungai Pelek untuk mencari ‘Pijut’. Apabila

tiba di Sungai Pelek, dia telah menunjukkan rumah ‘Pijut’ kepada

pihak polis. Dia tidak tahu apa yang pihak polis telah lakukan di

sana kerana dia tidak di bawa keluar dari dalam kereta oleh

pihak polis.

(i) Dia kemudian telah di bawa ke IPK Kuala Lumpur dan telah

berjumpa dengan SP10. Dia telah memberitahu kepada SP10

bahawa bilik di mana dadah ditemui di rumah Kondo tersebut

telah disewakan kepada seorang lelaki Cina bernama ‘Pijut’. Dia

memberikan maklumat bahawa ‘Pijut’ mempunyai sebuah kereta

BMW dan dia juga telah memberikan nombor telefon ‘Pijut’

kepada SP10. Dia juga memberitahu SP10 bahawa selain

‘Pijut’, seorang lagi bernama ‘Bambang’ turut menyewa salah

satu bilik rumah Kondo tersebut dan bilik ke 4 dijadikan sebagai

Setor. Dia ada meminta SP10 untuk menyiasat kewujudan

penama ‘Pijut’ dengan pihak pengurusan Kondo tersebut.

(j) Menurut Perayu Pertama lagi, semasa dia ditahan di Penjara Sg.

Buloh dia telah mengenali seorang tahanan bernama Mohd Isa

Bin Alias (SD3) yang memberitahu bahawa SD3 ada berurusan

dengan seorang pegawai polis yang mahu menjual barang kes

dadah seberat 2 kilogram. Dia diberitahu oleh peguamnya

bahawa dalam kes ini dadah yang dirampas telah berkurangan

sebanyak 2 kilogram maka dia telah ingat apa yang SD3

ceritakan kepadanya.

[23] Perayu Kedua dalam keterangan pembelaannya menyokong

keterangan yang telah diberikan oleh Perayu Pertama mengenai

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

18

bagaimana mereka telah ditahan sehingga penjumpaan dadah di dalam

Kereta WXX 787 dan di dalam satu bilik dalam rumah Kondo yang

mereka diami. Perayu Kedua bahawa rumah Kondo tersebut turut

didiami oleh ‘Pijut’ dan juga pekerja ‘Pijut’ yang bernama ‘Bambang’.

Perayu Kedua turut menyatakan bahawa dia tidak tahu siapa pemilik

dadah-dadah yang telah dirampas oleh pihak polis dari dalam Kereta

WXX 787 dan juga dari dalam rumah Kondo yang mereka sewa dan

diami. Perayu Kedua juga menyatakan bahawa selepas dia ditangkap,

kakaknya ada memasuki rumah Kondo tersebut untuk mengambil

barang-barang miliknya atas arahan pemilik rumah Kondo tersebut.

[24] Saksi SD3 menyatakan bahawa dia sedang ditahan di Penjara Sg.

Buloh atas pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta dan telah

berkenalan dengan Perayu Pertama semasa dalam tahanan. SD3

menyatakan bahawa dia tahu nama Perayu Pertama melalui seorang

anggota polis bernama ‘Apeng’ yang pernah berurusan dengannya

untuk menjual dadah sebelum dia (SD3) ditangkap.

[25] Saksi, Kamsani Bin Sa’adon (SD4) ialah bapa kepada Perayu

Kedua. Saksi menyatakan bahawa SP10 ada menghubunginya supaya

pergi mengambil barangan milik Perayu Kedua dari rumah Kondo

tersebut. SD4 serorang anggota polis bertugas di Balai Polis Panchor

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

19

tidak dapat pergi dan dia telah meminta seorang anak perempuannya,

Rianayanti serta menantunya, Rahmat Bin Atan (SD5) untuk pergi

mengambil barangan Perayu Kedua. Saksi SD5 mengesahkan bahawa

dia dan isterinya ada pergi ke rumah Kondo tersebut dan telah

mengambil perabot dan pakaian Perayu Kedua. SD5 menyatakan

bahawa mereka berjaya masuk ke dalam rumah Kondo tersebut setelah

pintu dibuka oleh pihak polis. SD5 mendapati bahawa set TV milik

Perayu Kedua didapati telah tiada lagi di dalam rumah Kondo tersebut.

Dapatan Hakim bicara di akhir kes [26] Setelah meneliti keterangan pembelaan Perayu-Perayu, Hakim

bicara telah menolak pembelaan Perayu-Perayu yang menyatakan

bahawa dadah-dadah yang ditemui di dalam Kereta WXX 787 dan di-

dalam rumah Kondo tersebut sebagai milik ‘Pijut’. Hakim bicara

merumuskan watak ‘Pijut’ dan ‘Bambang’ sebagai satu rekaan Perayu-

Perayu dan sebenarnya tidak wujud. Jika wujud sekalipun, watak-watak

itu tiada kaitan dengan dadah-dadah yang dipertuduhkan. Oleh yang

demikian, Hakim bicara memutuskan bahawa Perayu-Perayu telah

gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah

terhadap kes pihak pendakwaan. Hakim bicara juga telah mendapati

bahawa pembelaan perayu-perayu telah gagal untuk mematahkan

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

20

anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) Akta atas imbangan

kebarangkalian.

[27] Hakim bicara mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya

membuktikan ketiga-tiga pertuduhan terhadap Perayu-Perayu

melampaui sebarang keraguan yang munasabah. Perayu-Perayu telah

disabitkan dan dihukum gantung hingga mati bagi setiap ketiga-tiga

pertuduhan yang dipertuduhkan. Kesimpulan Hakim bicara diakhir

perbicaraan seperti di m/s 81, Rekod Rayuan Jilid 1, seperti berikut:

“[217] Berpandukan kes Mat v. PP, Mahkamah ini berkeputusan

bahawa tertuduh telah gagal menimbulkan sebarang keraguan

munasabah di atas kes pihak pendakwaan yang begitu kuat

membuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah untuk pemilikan

dadah tersebut adalah di dalam jagaan dan kawalan dan pengetahuan

T1 dan T2 dan dengan mana tertuduh gagal menyangkal anggapan di

bawah s. 37(da) Akta dan dibuktikan juga dengan niat bersama mereka

atas ketiga-tiga pertuduhan telah terbukti menurut peruntukan seksyen

182A(1) dan (2) KAJ dengan ini tertuduh pertama dan kedua didapati

bersalah dan disabitkan atas ketiga-tiga pertuduhan.”.

Rayuan Perayu Pertama [28] Peguam bela Perayu Pertama telah membangkitkan tiga (3)

alasan rayuan berikut untuk kami membenarkan rayuan Perayu

Pertama:

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

21

(a) Tiada kes prima facie dibuktikan terhadap Perayu Pertama

terhadap dadah-dadah yang ditemui dan dirampas dari dalam

rumah Kondo tersebut;

(b) Tiada milikan oleh Perayu Pertama terhadap dadah yang ditemui

dan dirampas dari dalam Kereta WXX 787; dan

(c) Elemen niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan

telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

[29] Berkaitan dengan alasan rayuan di (a), peguam bela terpelajar

menghujahkan bahawa Perayu Pertama tidak ditangkap dalam rumah

Kondo tersebut. Perayu Pertama bukanlah orang yang telah menyewa

rumah Kondo tersebut dan bahawa Perayu Pertama tidak mempunyai

kunci untuk rumah Kondo tersebut. Perayu Pertama juga dihujahkan

tidak mempunyai kad akses. Peguam bela telah merujuk kepada

Gambar ‘G’ di m/s 35 Rekod Rayuan Jilid 3 yang menunjukkan kad

akses dan kunci untuk rumah Kondo tersebut dicantumkan dengan set

kunci untuk Kereta WXX 787 yang dimiliki oleh Perayu Kedua.

[30] Mengenai isu yang sama peguam bela menghujahkan bahawa

tiada bukti dikemukakan bagi menunjukkan Perayu Pertama ada akses

terhadap rumah Kondo tersebut. Perayu Pertama tidak mencuba untuk

melarikan diri atau bergelut waktu ditangkap. Peguam bela turut

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

22

mempertikaikan dapatan Hakim bicara yang menyatakan Perayu-Perayu

tinggal di rumah Kondo tersebut seperti sepasang suami isteri dengan

hanya bergantung pada fakta mengenai penemuan gambar Perayu-

Perayu serta penemuan sijil lahir Perayu Pertama (P43) di dalam bilik

tidur utama rumah Kondo tersebut.

[31] Bagi alasan di (b), peguam bela terpelajar menghujahkan bahawa

Perayu Pertama tidak mempunyai kawalan dan/atau jagaan serta

pengetahuan terhadap dadah yang dirampas dari dalam Kereta WXX

787. Perayu Pertama dikatakan bukan pemilik Kereta WXX 787 dan

tiada terdapat keterangan yang boleh menunjukkan bahawa Perayu

Pertama pernah memandu atau menggunakan Kereta WXX 787

tersebut. Hanya terdapat keterangan melalui P28 (Perjanjian sambung

bayar) menunjukkan bahawa Kereta WXX 787 itu dimiliki dan digunakan

oleh Perayu Kedua. Peguam bela mempertikaikan dapatan Hakim

bicara yang mengaitkan Perayu Pertama dengan dadah yang ditemui di-

dalam Kereta WXX 787 memandangkan tiada keterangan yang dapat

menyokong dapatan fakta oleh Hakim bicara tersebut.

[32] Mengenai isu niat bersama, peguam bela terpelajar berhujah

bahawa elemen wujudnya keadaan terdapatnya “a meeting of minds

and are acting in concert to achieve a common goal” atau “pre-arranged

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

23

plan” antara Perayu-Perayu telah gagal dibuktikan. Peguam bela mem-

pertikaikan komen-komen yang tidak sepatutnya yang dibuat oleh Hakim

bicara dalam membuat dapatan bahawa wujud niat bersama di kalangan

Perayu-Perayu tanpa berasaskan sebarang keterangan yang kukuh.

Dihujahkan dapatan yang dibuat oleh Hakim bicara merupakan satu

salah arahan yang memerlukan campur tangan Mahkamah atasan

memandangkan telah berlaku prejudis terhadap Perayu Pertama.

Rayuan Perayu Kedua [33] Peguam bela terpelajar bagi Perayu Kedua telah menimbulkan

dua (2) alasan rayuan seperti berikut:

(a) Elemen milikan gagal dibuktikan atas alasan pihak pendakwaan

telah gagal menolak akses pihak ketiga terhadap Kereta WXX

787 dan juga rumah Kondo tersebut; dan

(b) Hakim bicara terkhilaf apabila gagal untuk mengguna pakai

anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 atas

kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan Buku Log

bagi kad akses dan juga kegagalan pihak pendakwaan untuk

mengemukakan rakaman CCTV tempat kejadian.

[34] Peguam bela terpelajar berhujah mengenai isu di (a), bahawa

Perayu-Perayu telah ditangkap di luar rumah Kondo tersebut. Hakim

bicara tidak mengguna pakai sebarang anggapan statutori untuk

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

24

membuktikan elemen pemilikan dan telah menggunakan keterangan

langsung (direct evidence). Perayu-Perayu menyatakan rumah Kondo

tersebut turut didiami oleh ‘Pijut’ dan ‘Bambang’. Keterangan SP10

mengakui perlu menggunakan 2 kad akses untuk masuk ke rumah

Kondo tersebut tetapi hanya terdapat satu sahaja kad akses

dikemukakan di Mahkamah. Kad akses kedua tidak dijumpai dan kad

akses itu masih aktif hingga ke hari Perayu-Perayu ditangkap. Oleh itu

dihujahkan ada orang lain yang memegang kad akses kedua itu dan

orang itu turut mempunyai akses terhadap rumah Kondo tersebut di-

mana dadah-dadah seperti dalam Pertuduhan Kedua dan Pertuduhan

Ketiga telah dirampas.

[35] Peguam bela terpelajar turut menghujahkan bahawa wujud

kelompangan (gap) dalam kes pendakwaan atas kegagalan untuk

mengemukakan kad akses kedua tersebut. Berdasarkan keterangan

SP8 dan SP10 menunjukkan terdapat Buku Log merekodkan kad akses

yang telah dikeluarkan. Kegagalan SP10 untuk mengemukakan Buku

Log tersebut, dihujahkan oleh peguam bela, mewajarkan pemakaian

anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap

pihak pendakwaan.

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

25

[36] Peguam bela turut mengkritik kegagalan SP10 untuk menyiasat

penama ‘Pijut’ walaupun nombor telefon penama itu telah dibekalkan

oleh pihak telco. SP10 hanya menyatakan berdasarkan rekod daripada

telco, nombor telefon itu telah didaftarkan atas nama orang lain. SP10

menyatakan ini satu perkara yang biasa berlaku tetapi SP10 langsung

gagal untuk memanggil nombor yang telah diberikan. Peguam bela

menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk

mengetepikan akses oleh pihak ketiga terutama ‘Pijut’ terhadap rumah

Kondo tersebut.

[37] Mengenai rakaman CCTV yang gagal dikemukakan oleh pihak

pendakwaan, peguam bela menghujahkan bahawa kebiasaannya

kegagalan mengemukakan rakaman CCTV tidak mencacatkan kes

pendakwaan tetapi untuk kes terhadap Perayu-Perayu, rakaman CCTV

menjadi penting apabila terdapat cabaran terhadap keterangan SP9

yang menyatakan terdapat pemerhatian selama 10 minit di tempat parkir

kereta dan SP9 melihat Perayu Kedua ada membuka but Kereta WXX

787 sebelum menaiki Kereta WVW 171 yang dipandu oleh Perayu

Pertama. Keterangan SP9 telah dicabar dan dinafikan oleh Perayu-

Perayu. Walaupun terdapat kamera CCTV di kawasan kondo tersebut,

pihak polis telah gagal untuk mengemukakan sebarang rakaman CCTV

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

26

untuk membuktikan kesahihan keterangan SP9. Atas kegagalan itu,

peguam bela berhujah anggapan berlawanan di bawah seksyen 114 (g)

Akta Keterangan 1950 hendaklah dipakai memihak kepada Perayu-

Perayu.

Dapatan Kami [38] Pembelaan dan isu-isu yang ditimbulkan oleh Perayu-Perayu

bertunjangkan tiga perkara pokok iaitu Perayu-Perayu tidak mempunyai

pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dipertuduhkan, kemungkinan

dadah-dadah tersebut dimiliki oleh ‘Pijut’ tidak dapat diketepikan sama

sekali, dan penyiasatan pihak polis tidak lengkap atas beberapa aspek.

Peguam bela menghujahkan ketiadaan ‘overt act’ di pihak Perayu-

Perayu menyokong kes pembelaan bahawa mereka tiada pengetahuan.

Di samping itu, pembelaan Perayu-Perayu telah meletakkan segalanya

kepada penama ‘Pijut’. Perayu-Perayu menyatakan sehari sebelum

kejadian Kereta WXX 787 telah dipinjamkan kepada ‘Pijut’ dan bilik

kedua rumah Kondo tersebut dimana dadah-dadah ditemui telah

disewakan kepada ‘Pijut’ dan ‘Pijut’ pula telah gagal disiasat oleh pihak

polis. Pihak pembelaan turut membangkitkan kegagalan siasatan

terhadap kad akses kedua dan kegagalan pihak pendakwaan untuk

mengemukakan rakaman CCTV dan Buku Log kad akses.

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

27

[39] Kami telah meneliti Rekod Rayuan dan Alasan Penghakiman

bertulis oleh Hakim bicara, kami tidak bersetuju dengan penghujahan

peguam bela terpelajar atas setiap isu yang telah dibangkitkan di

hadapan kami. Dakwaan Perayu Pertama bahawa dia tidak tinggal di

rumah Kondo tersebut dan dia juga tidak mempunyai kad akses jelas

merupakan satu penafian kosong dan satu pemikiran yang terkemudian.

Di m/s 277 Rekod Rayuan Jilid 2b, Perayu Pertama dengan secara tidak

langsung mengakui bahawa sebenarnya dia dan Perayu Kedua

sememangnya tinggal di rumah Kondo tersebut. Keterangan Perayu

Pertama itu kami petik seperti berikut:

“Q : Boleh kamu ceritakan kepada Mahkamah berkenaan dengan

fakta tentang kamu ditangkap pada 22/5/2015?

A : Boleh, saya mulakan pada 21 haribulan lah sehari sebelum

hari kejadian sebab ia ada kena mengena dengan hari

kejadian, pada 21 haribulan pada lebih kurang jam 8.00

malam, saya hendak keluar makan bersama tunang saya

Noorayuni binti Kamsani, pada ketika itu apabila tiba di

parking tingkat 1, saya dan Ayuni terserempak dengan Pijut

nama panggilan, beliau ketika itu menyerahkan kunci kereta

Lancer yang beliau pinjam sehari sebelum itu kepada Ayuni

OKT ke-2 dan kemudian saya terus menuju ke kereta

Volkswagen dan menuju kearah kedai Tom Yam yang

berhampiranlah. Pada masa yang sama saya juga lihat

Ayuni meletakkan kunci tersebut di ruang tengah di

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

28

dalam kereta Volkswagen. Dan apabila balik daripada

makan saya dan Ayuni terus naik ke rumah. Dan kunci

tersebut tidak di bawa bersama.

Sekarang saya ceritakan pada 22 haribulan hari kejadian.

Pada hari kejadian 22 haribulan jam lebih kurang 10.30 pagi

saya dikejutkan oleh Ayuni kerana beliau ingin saya

menemaninya pergi ke Pejabat pos untuk menghantar parcel

dan pergi ke bank untuk mengambil buku cek.

……

Q : Teruskan.

A : Apabila telah siap, saya dan Ayuni mengunci bilik kami

dan bersedia untuk keluar dari rumah. Ketika itu saya

perasan yang bilik lain di dalam rumah bertutup rapat

saya tak pasti sama ada rakan serumah ada di rumah

atau tidak. Keluar daripada rumah saya menuju parking

ke tingkat 1, dan terus menuju ke kereta Volkswagen….”

[penekanan oleh kami]

[40] Seterusnya keterangan Perayu Pertama sendiri yang tidak dapat

disangkal menyatakan kepada pegawai serbuan bahawa dia tinggal di

alamat Unit B-22-3A, rumah Kondo tersebut. Hujahan peguam bela

terpelajar menyatakan tiada keterangan menunjukkan Perayu Pertama

tinggal di rumah Kondo tersebut adalah jauh tersasar. Selain terdapat

sijil kelahiran dan gambar-gambar Perayu Pertama dalam bingkai yang

dipamerkan di dinding bilik tidur utama, terdapat juga pengakuan Perayu

Page 29: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

29

Pertama bahawa mereka tinggal di rumah Kondo itu dan kad akses

serta kunci rumah Kondo tersebut dirampas dari dalam Kereta WVW

171, milik Perayu Pertama yang dipandunya ketika Perayu-Perayu

ditahan. Di m/s 278, Rekod Rayuan Jilid 2b, Perayu Pertama

menyatakan:

“Apabila tiba di parking tingkat 1 saya diarahkan keluar dan pada ketika

itu Ayuni pun diarah berdiri di samping saya untuk memerhatikan

pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta Volkswagen. Semasa

pemeriksaan saya lihat ada anggota polis yang mengambil kunci

Lancer di dalam kereta Volkswagen lalu menuju ke arah kereta Lancer

dan melakukan pemeriksaan ke atas kereta Lancer. Pada ketika itu

saya dan Ayuni masih memerhatikan pemeriksaan yang dilakukan di

belakang kereta Volkswagen iaitu di kawasan sekitar bonet kereta.

Beberapa ketika kemudian pegawai serbuan datang berjumpa dengan

saya dan menyatakan ada jumpa barang di dalam Lancer itu. Saya

lihat dari posisi saya barang itu macam 1 kotak saya tak tahu barang itu

apa dan tak tahu macam mana barang itu ada dalam kereta Lancer.

Kemudian pegawai serbuan tanya saya lagi alamat rumah, saya pun

bagi tahu alamat rumah iaitu di unit B-22-3A.” [penekanan oleh

kami]

[41] Atas isu yang sama, kami bersetuju dengan dapatan oleh Hakim

bicara apabila membuat inferens yang munasabah bahawa Perayu-

Perayu tinggal bersama di rumah Kondo tersebut. Pihak Polis tidak

menjumpai barangan peribadi milik orang lain selain barangan milik

Perayu-Perayu. Hanya terdapat pakaian lelaki dan perempuan dalam

Page 30: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

30

bilik tidur utama yang dihuni oleh Perayu-Perayu. Semasa pemeriksaan

dijalankan, SP8 dan SP9 menyatakan semua pintu bilik termasuklah

pintu bilik di mana barang kes dadah ditemui tidak dalam keadaan

berkunci. Hakim bicara adalah betul dalam membuat inferens bahawa

tiada orang lain tinggal di rumah Kondo tersebut dan bahawa sekiranya

dadah di dalam rumah Kondo tersebut dimiliki oleh orang lain, pastinya

pintu bilik akan dikuncikan untuk merahsiakan kehadiran barang salah di

dalam bilik itu serta disebabkan nilai harga barangan salah itu sendiri.

Hakim bicara juga betul apabila membuat inferens bahawa dadah

tersebut dibiarkan dalam keadaan begitu memandangkan hanya

Perayu-Perayu sahaja yang tinggal di rumah Kondo tersebut.

[42] Mengenai aduan peguam bela terpelajar bahawa hanya ada satu

kad akses sahaja dan kad akses kedua yang sepatutnya ada telah gagal

dikemukakan ke Mahkamah oleh pihak pendakwaan, kami telah

meneliti Rekod Rayuan dan kami dapati pihak polis hanya telah

menemui dan merampas satu kad akses sahaja yang dicantumkan pada

set kunci Kereta WXX 787 milik Perayu Kedua. Kad akses itu masih

aktif sehingga tarikh serbuan. Hujahan peguam bela bahawa Perayu

Pertama tidak memiliki kad akses adalah satu hujahan yang jauh

tersasar. Perayu-Perayu dibuktikan tinggal bersama dan keluar

bersama maka mereka telah menggunakan satu kad akses secara

Page 31: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

31

bersama. Kenyataan bahawa terdapat satu lagi kad akses yang tidak

dikemukakan tidak mencacatkan kes pendakwaan. Jauh sekali

anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai

memandangkan tiada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa

pendakwaan cuba untuk menyembunyikan atau menghalang

pengemukaan kad akses kedua tersebut sekiranya telah dirampas oleh

pasukan serbuan.

[43] Peguam bela Perayu Pertama menghujahkan bahawa Perayu

Pertama tidak dibuktikan mempunyai milikan terhadap dadah yang

ditemui di dalam Kereta WXX 787. Kami tidak bersetuju. Sebaliknya

kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa dadah di dalam

Kereta WXX 787 itu dimiliki secara bersama oleh Perayu-Perayu

berdasarkan bahawa mereka dilihat bersama dan kunci Kereta WXX

787 itu ditemui di dalam kereta Perayu Pertama. Dapatan Hakim bicara

ini disokong oleh dapatan bahawa mereka mempunyai niat bersama di

bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan dalam memiliki bagi tujuan

diperedarkan dadah-dadah yang dipertuduhkan. Kami petik dapatan

Hakim bicara di m/surat 52 – 53 Rekod Rayuan Jilid 1 mengenai isu

yang dibangkitkan oleh peguam bela terpelajar:

Page 32: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

32

“Kawalan dan jagaan [pemilikan] dan pengetahuan T1 dan T2 ke

atas dadah di dalam booth kereta Mitsubishi Lancer WXX 787

terbukti.

[93] Keterangan SP3 pemilik berdaftar kereta dadah di jumpai di

dalam Pertuduhan Pertama dan Perjanjian Sambung Bayar [P28]

adalah secara jelas menunjukkan bahawa kereta WXX 787 tersebut

telah berada di dalam kawalan dan jagaan T2 sejak dari 5.6.2014 lagi.

[94] Keterangan SP9 bahawa di dalam pemerhatian beliau sejurus

sebelum tangkapan dilihat T1 dan T2 turun bersama dan T2 telah

menuju kereta WXX 787 dan membuka booth dan selepas itu

menutupnya dengan menggunakan kunci remote dan T2 menaiki kereta

kedua WVW 171 Wolkswagen bersama-sama T1. Semasa ditahan

oleh SP8 dan pemeriksaan oleh SP9 di dalam Kereta WVW 171

dijumpai serangkai kunci termasuk kunci Kereta WXX 787 di mana

dadah dijumpai sepertimana Pertuduhan 1 di tempat letak kereta Lot

924 yang dilihat sebelumnya T2 membukanya. Nexus jenis dadah di

dalam booth kereta [Pertuduhan Pertama] dengan jenis dadah di dalam

kediaman mereka berdua [Pertuduhan Kedua] adalah dari jenis yang

sama.

[95] Oleh itu, T1 dan T2 dipanggil membela diri atas Pertuduhan 1

dengan menggunapakai s. 37(da)(xvi) ADB apabila pemilikan telah

dapat dibuktikan secara terus atas penelitian maksima dan berat dadah

melepasi 50 gram, dibaca dengan s. 34 KK atas niat bersama kedua-

dua tertuduh yang tinggal berdua seperti suami isteri.”

[44] Alasan rayuan terakhir yang dibangkitkan oleh peguam bela

Perayu Pertama ialah mengenai niat bersama. Peguam bela terpelajar

berhujah bahawa elemen niat bersama telah gagal dibuktikan oleh pihak

Page 33: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

33

pendakwaan. Kami tidak bersetuju. Daripada fakta matrix dalam kes

rayuan ini, kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa

elemen niat bersama telah berjaya dibuktikan. Seksyen 34 Kanun

Keseksaan memperuntukkan:

“34. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of

the common intention of all, each of such persons is liable for that act in

the same manner as if the act were done by him alone.”

[45] Terdapat terlalu banyak nas yang telah membicarakan tentang niat

bersama. Hakim bicara dalam kes di hadapan kami telah meneliti fakta

dan keterangan yang telah dikemukakan di hadapan beliau dan

seterusnya telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Agong dalam

kes Namasiyiam & Ors v. PP [1987] 2 MLJ 336 sebelum memutuskan

bahawa wujud niat bersama antara Perayu-Perayu dalam memiliki untuk

pengedaran dadah-dadah yang dipertuduhkan. Dalam kes

Namasiyiam & Ors, supra, Syed Agil Barakbah, SCJ menyatakan

seperti berikut:

“In law, common intention requires a prior meeting of the minds and

presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or

or sharing some other intention, is not enough. There must be proved

either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a

common intention to commit the very offence of which the accused

persons are sought to be convicted and (b) participation in the

Page 34: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

34

commission of the intended offence in furtherance of that common

intention.

….Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary

in every case because common intention may develop on the spot and

without any long interval of time between it and the doing of the act

commonly intended. In such a case, common intention may be inferred

from the facts and circumstances of the case and the conduct of the

accused.”.

[46] Fakta-fakta yang telah dipertimbangkan oleh Hakim bicara dalam

memutuskan bahawa elemen niat bersama telah berjaya ditimbulkan

adalah seperti berikut:

(a) Perayu-Perayu telah dilihat secara fizikalnya berada bersama-

sama di tempat kejadian semasa pertama kali dilihat di tempat

letak kereta;

(b) Perayu Kedua telah pergi ke Kereta WXX 787 serta membuka

but kereta tersebut sebelum menutupnya kembali, semuanya

dengan menggunakan penggera Kereta WXX 787 dalam milikan

Perayu Kedua;

(c) Perayu Kedua kemudian dilihat pergi memasuki Kereta WVW

171 yang dipandu oleh Perayu Pertama sebelum mereka

bergerak keluar dari Kondo tersebut;

(d) Serangkai anak kunci, penggera serta kad akses ditemui dalam

Kereta WVW 171 yang dimiliki dan dipandu keluar oleh Perayu

Pertama;

Page 35: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

35

(e) Perayu-Perayu mendiami bersama rumah Kondo tersebut;

(f) Dadah-dadah yang dipertuduhkan ditemui di dalam but kereta

WXX 787 dan juga di dalam rumah Kondo tersebut yang didiami

oleh Perayu-Perayu. Dadah yang dijumpai di dalam Kereta

WXX 787 adalah jenis yang sama dijumpai di dalam rumah

Kondo tersebut;

(g) Barangan peribadi Perayu-Perayu turut ditemui di dalam rumah

Kondo tersebut;

(h) Tiada terdapat barangan peribadi orang lain ditemui di dalam

rumah Kondo tersebut;

(i) Kesemua bilik di rumah Kondo tersebut dalam keadaan tidak

berkunci ketika serbuan dilakukan; dan

(j) Siasatan oleh SP10 mendapati tiada orang lain selain Perayu-

Perayu yang menghuni rumah Kondo tersebut.

[47] Kami mendapati Hakim bicara adalah betul apabila mendapati

elemen niat bersama telah berjaya dibuktikan di kalangan Perayu-

Perayu. Kami bersetuju dengan dapatan Hakim bicara tersebut.

[48] Sekarang kami beralih kepada isu yang ditimbulkan oleh peguam

bela Perayu Kedua iaitu berkaitan dengan isu kegagalan menolak

kemungkinan akses oleh pihak ketiga terhadap kereta WXX 787 dan

juga rumah Kondo tersebut. Pihak pembelaan meletakkan bahawa

‘Pijut’ telah meminjam Kereta WXX 787 sehari sebelum kejadian

Page 36: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

36

tangkapan dan hanya telah memulangkan kunci Kereta WXX 787

tersebut kepada Perayu Kedua ketika mereka terserempak di tempat

letak kereta ketika ingin keluar untuk makan. Pembelaan Perayu-

Perayu mengenai kewujudan penama ‘Pijut’ ini telah ditolak oleh Hakim

bicara dan kami bersetuju dengannya.

[49] Tiada sebarang penjelasan diberikan oleh Perayu-Perayu

mengapakah perlunya ‘Pijut’ meminjam Kereta WXX 787 daripada

Perayu Kedua sedangkan menurut keterangan Perayu Pertama, ‘Pijut’

mempunyai sebuah kereta jenis BMW. Tiada juga penjelasan diberikan

bagaimanakah kunci Kereta WXX 787 yang kononnya telah dipinjamkan

kepada ‘Pijut’ dan kemudiannya diserahkan keesokkan hari iaitu satu

hari sebelum Perayu-Perayu ditangkap, kunci Kereta WXX 787 itu

berada dalam keadaan bercantum dengan kad akses serta kunci rumah

Kondo yang Perayu-Perayu diami.

[50] Mengenai dakwaan Perayu Kedua bahawa kemungkinan dadah di

dalam Kereta WXX 787 milik ‘Pijut’, Hakim bicara menyatakannya

seperti berikut di m/s 77 dan 78 Rekod Rayuan Jilid 1:

“[202] Bilik di mana dadah dijumpai semasa serbuan dibuat mengikut

keterangan SP9 tidak berkunci dan tidak tertutup pun. Jika Pijut

Page 37: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

37

dan Bambang pemilik dadah tersebut adakah bilik itu akan

dibiarkan begitu.

[203] Begitu juga dengan dadah di dalam kereta ML milik T2,

dikatakan milik Pijut. Masakan si Pijut akan meletakkan dadah

yang barang haram dan berharga secara sesuka hati di dalam

kereta pinjam. Sudah tentu Pijut secara munasabahnya akan

menyimpan di tempat selamat dan berkunci.

[204] Keraguan munasabah yang hanya tertuduh perlu timbulkan

bukan keraguan yang sewenang-wenang dan tidak munasabah kes

Lord Denning, Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AII ER 372.

Dadah adalah bukan sahaja bernilai tinggi dengan berat yang

dirampas dan jika diketahui ianya orang akan membawa hukuman

mati. Oleh itu, secara munasabahnya adakah si Pijut atau si Bambang

akan bertindak demikian.

[205] Apa yang pendakwaan buktikan ialah dadah tersebut milik

dan jagaan dan kawalan oleh T1 dan T2 sahaja yang tinggal berdua

di kediaman tersebut. Manakala kereta ML itu tidakpun diberi

pinjam kepada si Pijut malah Pijut atau Bambang adalah tidak

wujud atau jika pun wujud tetapi tidak ada kena mengena dengan

dadah di dalam kereta atau di dalam bilik di kediaman T1 dan T2.

[206] Jika benar ‘Pijut’ adalah pemilik dadah di dalam kereta milik T2

sudah tentu pada hari sebelum kejadian semasa ‘Pijut’ dikatakan

terserempak dengan T1 dan T2 di tempat parking kereta ML itu, Pijut

boleh sahaja menangguhkan pemberian kunci untuk mengeluarkan

barangan dadah di dalam booth kereta dan kunci boleh sahaja Pijut

letakkan di dalam apartment mereka.

Page 38: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

38

[207] T1 dan T2 terpaksa membuat dua cerita bagaimana dadah

terjumpa di dua tempat yang mana kereta dan kediaman secara

terangan di bawah kawalan dan jagaan mereka. Oleh itu, perlu

diwujudkan watak Pijut dan Bambang. Ternyata ‘Pijut’ adalah cerita

pembelaan bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah gagal sebagai

munasabah dan menimbulkan keraguan kerana ‘Pijut’ adalah pengedar

dadah yang paling ‘tidak munasabah’ meletakkan dadah di dalam

kereta milik orang dan meletak di dalam bilik tanpa dikunci dan rumah

didiami secara berkongsi.

[208] Atas alasan dan dapatan inilah, Mahkamah Tinggi ini

memutuskan ianya gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah

oleh T1 dan T2 atas isu watak ‘Pijut’ atau ‘Bambang’ sebagai tuan

punya dadah tersebut.”. [penekanan oleh kami]

[51] Kami mendapati tiada kekhilafan oleh Hakim bicara dalam

membuat dapatan menolak penglibatan ‘Pijut’ atau ‘Bambang’ atau

mana-mana pihak ketiga yang lain terhadap pemilikan dan pengedaran

dadah-dadah yang ditemui di dalam Kereta WXX 787 dan di rumah

Kondo tersebut. Kami mendapati bahawa hujahan penguam bela

terpelajar atas isu ini tidak mempunyai sebarang merit. Kami juga

mendapati bahawa Perayu-Perayu telah gagal untuk mengemukakan

butir-butir lanjut dan lengkap mengenai penama ‘Pijut’ dan ‘Bambang’.

Oleh itu, pihak polis tidak boleh dipersalahkan apabila gagal untuk

menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci terhadap penama-

penama tersebut. Kami juga mendapati bahawa Perayu-Perayu telah

Page 39: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

39

gagal untuk memberikan “Notis Alcontara” yang efektif dalam kes ini

(lihat Alcontara A/l Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705).

[52] Isu kedua yang dihujahkan oleh peguam bela terpelajar bagi

Perayu Kedua di hadapan kami adalah mengenai kegagalan pihak

pendakwaan untuk mengemukakan Buku Log kad akses serta

kegagalan untuk mengemukakan rakaman CCTV. Peguam bela

mempersoalkan kegagalan Hakim bicara untuk mengguna pakai

anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 menyebelahi

pihak Perayu-Perayu. Peguam bela terpelajar bergantung pada

keputusan Mahkamah ini dalam kes See Kek Chuan v. PP [2013] 6

CLJ 98; Azizan Bin Yahya v. PP [2013] 1 MLJ 190 dan Ghasem

Gharezadehsharbiani Hassan v. PP [2014] 5 MLJ 433.

[53] Peguam bela terpelajar telah merujuk kepada keterangan SP10

mengenai hasil siasatan saksi terhadap kad akses dan daftar (Buku Log

kad akses). SP10 menyatakan walaupun terdapat 5 kad akses untuk

rumah Kondo tersebut namun hanya 2 kad diserahkan kepada penghuni

iaitu kepada Perayu Kedua. Manakala 3 kad lagi hanya untuk akses ke

pondok pengawal sahaja. Menurut siasatan SP10, 2 kad akses itu

masih aktif sehingga tarikh Perayu-Perayu ditangkap tetapi SP10 hanya

menerima satu kad akses sahaja daripada SP9. SP10 mengesahkan

Page 40: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

40

satu kad lagi tidak dijumpai pada mana-mana Perayu atau dari dalam 2

buah kereta yang terlibat dan juga tidak ditemui di dalam rumah Kondo

tersebut. Apabila disoal-balas lanjut tentang kemungkinan ada orang

lain menggunakan kad akses kedua itu, SP10 menyatakan seperti

berikut di m/s 245 dan 246 Rekod Rayuan Jilid 2b:

“Q : Inspektor setuju dengan saya, ini kemungkinan menunjukkan

bahawa ada seorang lagi yang memegang kad ini?

A : Saya tidak pasti.

Q : Kemungkinan itu ada?

A : Sekiranya terdapat pergerakan kemungkinan.

Q : Ada pergerakan, mungkin, sebab Inspektor kata ada

pergerakan, mungkin ada?

A : Mungkin ada.”

[54] Berdasarkan keterangan SP10, peguam bela berhujah

kemungkinan satu lagi kad akses dipegang oleh ‘Pijut’. SP10

menyatakan bahawa beliau telah menjalankan penyiasatan secara

terperinci namun masih gagal untuk menemui kad akses kedua tersebut

walaupun kad akses itu masih aktif digunakan sehingga ke hari Perayu-

Perayu ditangkap. Berdasarkan keterangan SP10, hujahan peguam

bela bahawa kegagalan pendakwaan untuk mengemukakan kad akses

kedua menarik pemakaian anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta

Page 41: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

41

Keterangan 1950 tidak dapat diterima kerana tiada elemen

penyembunyian atau halangan daripada pengemukaan kad akses

kedua tersebut oleh pihak pendakwaan. Bagaimanakah kad akses

kedua hendak dikemukakan sedangkan kad itu tidak berada pada

mana-mana saksi pihak pendakwaan.

[55] Selain itu, SP10 menyatakan bahawa beliau telah menjalankan

siasatan berdasarkan rekod yang disimpan di pondok pengawal tetapi

rekod ini tidak dikemukakan di Mahkamah. Peguam bela juga

menghujahkan anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan

1950 terpakai.

[56] Kami telah meneliti Rekod Rayuan dan mendapati pihak

pembelaan tidak pernah pada bila-bila masa meminta SP10 untuk

mengemukakan rekod atau Buku Log kad akses tersebut. Oleh itu

hujahan peguam bela terpelajar mengenai isu ini merupakan satu

pemikiran terkemudian. Isu yang sama juga tidak pernah dibangkitkan

di hadapan Hakim bicara.

[57] Mengenai isu kemungkinan kad akses kedua berada pada ‘Pijut’

dan ‘Pijut’ memang wujud telah kami bincangkan di awal Penghakiman

ini. Setelah meneliti Rekod Rayuan, kami bersetuju dengan dapatan

Page 42: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

42

dan keputusan Hakim bicara apabila mendapati ‘Pijut’ hanyalah cerita

rekaan Perayu-Perayu semata-mata.

[58] Mengenai tanda tanya terhadap ketidakjumpaan kad akses kedua

dan di mana kad itu berada, pada pandangan kami perkara itu berada

dalam pengetahuan peribadi Perayu Kedua sendiri. Menurut

keterangan SP4, rumah Kondo tersebut telah disewakan kepada Perayu

Kedua. Menurut SP5 pula, kad akses hanya digunakan untuk ke tempat

letak kereta sahaja, manakala untuk masuk ke dalam rumah Kondo

tersebut perlu menggunakan 2 anak kunci iaitu satu untuk membuka

pintu gril dan satu lagi untuk membuka pintu kayu. SP5 memberitahu

bahawa dia telah memberikan 2 set kunci bersama dua kad akses

kepada Perayu Kedua tetapi hanya 1 set berada di Mahkamah. SP5

juga tidak tahu dimanakah 1 set lagi berada. Yang pentingnya, SP5

menyatakan di bawah Perjanjian Tenansi (P29), Perayu Kedua tidak

dibenarkan untuk menyewakan semula (sub-let) rumah Kondo tersebut

atau mana-mana bahagian rumah Kondo tersebut kepada mana-mana

orang yang lain.

[59] Seperti kami sebutkan di awal Penghakiman ini, fakta di mana kad

akses kedua dan set kunci kedua rumah Kondo tersebut berada adalah

Page 43: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

43

dalam pengetahuan peribadi Perayu Kedua. Ini berlandaskan seksyen

106 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan seperti berikut:

“106. When any fact is especially within the knowledge of any person

the burden of proving that fact is upon him.”

[60] Tiada keterangan dikemukakan oleh Perayu Kedua mengenai kad

akses telah diserahkan kepada ‘Pijut’. Apa yang dikatakan oleh Perayu

Kedua hanyalah tentang serahan kunci rumah Kondo tersebut sahaja.

Kad akses menurut SP5 hanya untuk ke tempat letak kereta. Tidak

disebutkan oleh Perayu Kedua bahawa dia turut telah menyerahkan kad

akses kepada ‘Pijut’. Keterangan mengenai serahan kunci ini hanya

timbul semasa Perayu Kedua disoal-balas oleh Timbalan Pendakwa

Raya. Tiada sebarang soalan-semula ditanyakan kepada Perayu Kedua

berkaitan kunci dan kad akses kedua tersebut.

[61] Mengenai isu terakhir berkaitan dengan kegagalan pihak

pendakwaan mengemukakan rakaman CCTV, peguam bela terpelajar

berhujah walaupun SP10 ada menyiasat mengenai rakaman kamera

CCTV yang terdapat di kawasan Kondo tersebut namun rakaman CCTV

gagal dikemukakan. Atas kegagalan itu, peguam bela menghujahkan

anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 sewajarnya

Page 44: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

44

diguna pakai memihak kepada Perayu-Perayu. Peguam bela

menghujahkan secara lanjut bahawa fakta sama ada Perayu Kedua ada

membuka but Kereta WXX 787 dipertikaikan. Keterangan bahawa

Perayu Kedua telah membuka but Kereta WXX 787 sangat penting

memandangkan Hakim bicara telah menjadikan fakta tersebut sebagai

salah satu alasan untuk membuat dapatan bahawa elemen

pengetahuan tentang dadah di dalam but kereta itu dibuktikan terhadap

Perayu Kedua.

[62] Kedudukan perundangan mengenai keterangan rakaman CCTV

telah dijelaskan oleh Mahkamah ini dalam kes Saeid Reza Mohammadi

Mohammad lwn. PP [2016] 1 LNS 303 seperti berikut:

“[34] Berkaitan dengan kegagalan mengemukakan laporan rakaman

CCTV, kami mendapati keterangan berkaitan rakaman CCTV hanyalah

berbentuk keterangan yang menyokong. Sekiranya rakaman CCTV

dikemukakan, ianya akan menguatkan versi pendakwaan atau

menyokong versi pembelaan. Rakaman CCTV menjadi penting

sekiranya versi pendakwaan dan versi perayu saling bercanggah.

Keterangan rakaman CCTV juga menjadi penting sekiranya terdapat

pertikaian terhadap identiti perayu. Berdasarkan kepada keterangan

SP3 dan SP5 serta keterangan perayu sendiri, tiada percanggahan

dalam versi perayu dan juga versi pendakwaan. Tiada juga timbul

pertikaian terhadap identiti perayu. Fakta bahawa perayu bersama 3

lagi lelaki Iran telah ditangkap tidak dipertikaikan. Fakta beg P26 ditarik

oleh perayu juga tidak dinafikan. Oleh itu keterangan berkaitan

Page 45: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

45

laporan/rakaman CCTV tidak penting dalam kes ini. Kami bersetuju

tiada keperluan untuk hakim bicara memakai anggapan di bawah

seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan atas

kegagalan-kegagalan yang dihujahkan oleh peguambela terpelajar.”

[63] Kami ingin menyatakan bahawa kes See Kek Chuan, supra, yang

dirujuk oleh peguam bela terpelajar dapat dibezakan dari segi fakta kes

itu dengan kes terhadap Perayu-Perayu. Dalam kes yang dirujuk itu,

fakta material kes adalah bahawa saksi SP3 menyatakan melihat

Perayu bersendirian turun dari keretanya sambil membawa sebuah beg

berwarna hitam bersamanya menuju ke arah Hotel Sunway Resort &

Spa. Di dalam beg hitam itu telah ditemui dadah yang dipertuduhkan.

Versi Perayu bagaimanapun amat berbeza iaitu Perayu menyatakan dia

dan seorang bernama Ah Fatt turun bersama dari keretanya dan beg

hitam berkenaan dijinjit oleh Ah Fatt. Apabila pasukan polis

menghampiri, Ah Fatt telah mencampakkan beg hitam itu ke atas lantai

dan terus melarikan diri meninggalkan Perayu seorang diri. Abdul Malik

Ishak, JCA dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan

menyatakan seperti berikut:

“[30] Right from the very start, the importance of the CCTV footage

was highlighted by the defence. PW4 was categorical when he testified

that the police had requested and was given the CCTV tape. PW9

testified that there were CCTVs focused at 32 locations at the said hotel

and also at the lobby. These CCTVs would surely verify the version of

Page 46: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

46

the prosecution if tendered. Yet, not a single CCTV tape was produced

and tendered by the prosecution.

[31] The High Court Judge acknowledge that the police had requested

for a copy of the CCTV and a copy was in fact given to the police. At p.

246 of the appeal record at jilid 3, His Lordship said:

SP4 – adalah Pegawai Keselamatan di Sunway Resort – keterangan

saksi ini semasa disoal balas oleh pihak pembelaan tertumpu kepada

bilik kawalan CCTV di mana beliau mengatakan bahawa tiada anggota

polis ditempatkan di bilik kawalan CCTV. Saksi ini juga mengatakan

bahawa di kawasan lobi hotel terdapat CCTV dan selepas tangkapan

dibuat pihak polis ada meminta salinan CCTV yang mana satu salinan

rakaman CCTV telah diberikan.

[32] Contrary to the evidence by PW4, PW9 testified that CCTV

recording was not given to the police because there was no written

request by the police for a copy of the CCTV. Since the police did not

record the statement of PW9, there was no opportunity for the learned

Deputy who conducted the prosecution to impeach the credit of PW9.

Thus, we have two sets of evidence in regard to the nagging question of

whether a copy of the CCTV was given to the police. These two

contradictory or variant narratives struck at the very root of the

prosecution’s case and it must surely benefit the defence (Yusoff

Kassim v. PP [1992] 1 LNS 31; [1992] 2 MLJ 183; PP v. Lee Eng Kooi

[1993] 2 CLJ 534; [1993] 2 MLJ 322; Lee Ah Seng & Anor v. PP [2007]

5 CLJ 1; [2007] 4 AMR 709; Adzhaar Ahmad & Anor v. PP [1996] 1

LNS 68; [1996] 4 MLJ 85; PP v. Tai Mei Yuen [2004] 1 LNS 442; [2004]

Page 47: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

47

4 MLJ 541; Periasamy v. PP [1965] 1 LNS 129; [1966] 1 MLJ 138;

Harchand Singh & Anor v. State of Haryana [1974] AIR 344; and PP

v. Rajandiran Kadirveil [2002] 1 LNS 234; [2002] 7 MLJ 77).

[33] In our judgment, the non-production of the CCTV footage

amounts to a withholding or suppression of evidence and if it was

produced, it would be unfavourable to the prosecution and,

consequently, the adverse presumption under s. 114(g) of the Evidence

Act 1950 must be invoked against the prosecution.

[34] It goes without saying that the non-production of the CCTV

footage had disadvantaged or prejudiced the defence and the truth of

the prosecution’s case could not verified. Indeed in a criminal trial,

fairness must be displayed by the prosecution. And the concepts of a

fair trial and fairness have been recognized by our Malaysia Courts in

Cheak Yoke Thong v. Public Prosecutor [1984] 2 CLJ 83; [1984] 1

CLJ (Rep) 87; [1984] 2 MLJ 119; Goi Ching Ang v. PP [1999] 1 CLJ

829; [1999] 1 MLJ 507; Tan Hun Wah v. PP [1994] 2 CLJ 180; [1994] 1

AMR 113, SC; Azahan Mohd Aminallah v. Public Prosecutor [2005]

1 CLJ 374; [2004] 6 AMR 810, CA; and PP v. Abdul Manaf Muhamad

Hassan [2006] 2 CLJ 129.”.

[64] Berlainan dengan kes terhadap Perayu-Perayu di hadapan kami di

mana fakta yang dipertikaikan adalah mengenai sama ada Perayu

Kedua ada membuka but Kereta WXX 787 di tempat letak kereta di

Tingkat 1, Kondo tersebut. Keterangan SP10 jelas menyatakan bahawa

tidak terdapat kamera CCTV di kawasan tempat letak kereta tersebut

dan SP10 tidak mempunyai rakaman CCTV yang diminta oleh Perayu-

Page 48: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

48

Perayu untuk dikemukakan. Sedangkan fakta dalam kes See Ket

Chuan, supra, menunjukkan terdapat rakaman CCTV yang telahpun

diperoleh oleh pihak polis.

[65] Kami rujuk keterangan SP10 di m/s 217 Rekod Rayuan Jilid 2b,

seperti berikut:

“Q : Inspektor Fauzie tadi kita berhenti setakat pada Laporan

Kimia untuk DNA oleh Pegawai Sains En. Ahmad Hail. Saya

nak pergi kepada siasatan Inspektor terhadap PV20 Platinum

Lake Condo ini. Inspektor ada pergi ke tempat letak kereta

di mana B1 dan B2 dilihat kali terakhir sebelum keluar

meninggalkan kawasan tersebut?

A : Ya.

Q : Di kawasan itu ada CCTV dipasang Inspektor?

A : Saya telah hadir dan jalankan siasatan di tempat kejadian

dan telah melakukan pemerhatian di sekitar tingkat 1

tempat parking kereta didapati tiada kamera rakaman

CCTV.”. [penekanan kami]

[66] Memandangkan tiada rakaman CCTV diperoleh oleh SP10, kami

tidak nampak bagaimanakah ini dikatakan telah memprejudiskan

Perayu-Perayu atas kegagalan untuk mengemukakan rakaman CCTV

yang tidak wujud. Oleh itu tidak wajarlah hujahan peguam bela

terpelajar supaya anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan

Page 49: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

49

1950 diguna pakai terhadap pihak pendakwaan dalam kes ini. Kami

mendapati Hakim bicara telah dengan betul membuat dapatan fakta

bahawa Perayu Kedua ada membuka but Kereta WXX 787 sebelum

beredar menaiki Kereta WVW 171 yang dipandu oleh Perayu Pertama

yang sedang menunggunya dalam jarak lebih kurang 10 meter. Hakim

bicara membuat dapatan yang betul bila memutuskan Perayu-Perayu

mempunyai pengetahuan secara tersirat terhadap dadah yang

disembunyikan di dalam but Kereta WXX 787 tersebut (lihat Ediawe

Eshilama Clinton v. PP [2015] 9 CLJ 169).

Konklusi [67] Atas alasan-alasan yang kami huraikan di atas, kami mendapati

tiada merit dalam rayuan Perayu-Perayu terhadap sabitan. Kami

mendapati sabitan terhadap Perayu-Perayu atas ketiga-tiga pertuduhan

adalah selamat. Dengan itu, kami menolak rayuan Perayu-Perayu.

Sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi ke atas Perayu-

Perayu atas ketiga-tiga pertuduhan disahkan dan dikekalkan.

Bertarikh: 21 November 2017

t.t. (KAMARDIN BIN HASHIM)

Hakim Mahkamah Rayuan

Malaysia

Page 50: DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA …M)-332-09-2016.pdf · mengedar dadah berbahaya iaitu 1,798.3 gram dadah jenis 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA). Oleh yang demikian,

MRJ NO:W-05(M)-332-09/2016

50

Peguam cara Bagi Pihak Perayu Pertama: Mohd Affifuddin Hafifi Tetuan Salehuddin Saidin & Associates Wisma Salehuddin No. 14, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A/9A, Seksyen 9, 40000 Shah Alam Selangor Bagi Pihak Perayu Kedua: Datuk C. Vignesh Kumar Tetuan Vignesh Kumar & Associates No. 29 – 3A, Oval Damansara, No. 685, Jalan Damansara, Off Lebuhraya Sprint, 60000 Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden: Tengku Intan Suraya Bt Tengku Ismail Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya