buku sekolah dadah

Download Buku Sekolah DADAH

Post on 25-Jun-2015

894 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selepas kemerdekaan, Malaysia telah diancam dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan penduduknya. Menyedari cabaran dan kesukaran berdepan dengan fenomenom ini, maka kerajaan telah mengisytiharkan Dadah Sebagai Musuh Nombor Satu Negara. Dengan pengisytiharan itu, semua pihak seharusnya memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam memerangi gejala ini daripada terus berleluasa. Kita juga menyedari bahawa punca dan permasalahan dadah hari ini semakin rumit kerana bukan saja melibatkan golongan remaja dan dewasa, tetapi juga murid sekolah. Fenomenom ini menjadi lebih serius disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memainkan peranan dan tanggung jawab bagi merancang dan melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah secara berterusan di sekolah. Kementerian telah mengarahkan semua sekolah melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah secara bersepadu dan sistematik. Penglibatan dan kerjasama daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kurikulum yang sedia ada harus dipantau dan dinilai semula mengikut keadaan dan kesesuaian. Dalam konteks ini, penghasilan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) sebagai suatu pendekatan baru ke arah menjadikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 terlaksana. Pihak pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya melihat gejala dadah sebagai sesuatu yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Saya berharap dengan komitmen yang menyeluruh daripada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat, gejala dadah yang sekian lama menjadi musuh utama negara dapat dibendung dan dipulihkan mengikut jangkaan yang ditetapkan. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan Kit PROSIDAR ini. Semoga usaha ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih.

DATO SRI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEINi

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekolah merupakan institusi penting dalam usaha mendidik dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berguna dan produktif kepada negara. Di samping itu, sekolah juga berperanan mendidik muridnya agar sentiasa kekal cergas, sihat dan selamat dari segala ancaman. Dalam hal ini, sekolah-sekolah telah mengambil segala langkah perlu bagi mempastikan murid sekolah mendapat segala maklumat dan pengetahuan berguna bagi mempastikan mereka bukan saja berjaya menjauhkan diri daripada dadah tetapi mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang dadah. Strategi utama Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah melalui aktiviti pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, dan pembangunan sahsiah. Dalam memenuhi hasrat kerajaan menjadikan sekolah bebas dadah menjelang 2012, penghasilan Kit Pelaksanaan Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) di sekolah amat penting, dan usaha menghasilkan Kit Pelaksanaan ini amat dialu-alukan kerana bertepatan dengan keperluan semasa. Saya berharap Kit Pelaksanaan PROSIDAR ini akan digunakan secara bersungguhsungguh oleh semua guru bagi mempastikan pendidikan pencegahan dadah di sekolah berkesan dan berjaya. Semoga program ini dapat mencetus kesedaran baru kepada seluruh masyarakat Malaysia agar terus bekerjasama bagi mencapai hasrat murni Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun 2015. Insya Allah. Sekian, terima kasih.

DATO HJ. ALIMUDDIN BIN MOHD DOM

ii

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menghasilkan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) ini. Sesungguhnya untuk menghasilkan kit ini memerlukan komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang terlibat. Kit ini dipercayai amat sesuai digunakan di sekolah rendah. Di samping itu, kit ini juga berguna kepada semua warga pendidik dan murid sekolah untuk memberikan pendidikan pencegahan dadah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Kit ini telah digubal sedemikian rupa supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah, sistematik, dan memberi impak yang maksimum kepada murid. Saya berkeyakinan penuh Kit PROSIDAR ini akan dapat membantu merealisasikan Sekolah Bebas Dadah menjelang tahun 2012. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghasilkan kit ini. Sekian, terima kasih.

HJ. ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR

iii

PRAKATA

Kit Pengajaran dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) diterbitkan bertujuan untuk memantapkan lagi program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Murid sekolah rendah merupakan modal insan yang sangat berharga. Mereka perlu diberi pendedahan tentang Program Pendidikan Pencegahan Dadah sejak dari awal lagi supaya tidak terjebak dengan dadah. Panduan yang jelas dan mesra pengguna diharap dapat membantu guru-guru sekolah rendah melaksanakan aktiviti dengan lebih sempurna dan mencapai matlamat. Murid diberi pendedahan dan maklumat yang jelas tentang kesan pengambilan rokok, inhalan, arak, dan dadah . Kesedaran dan tanggungjawab terhadap anak bangsa serta sifat ikhlas dalam melaksanakan program ini amatlah penting. Kejayaan program ini adalah menjadi tanggung jawab semua pihak yang terlibat.

iv

PENDAHULUAN Latar Belakang Pendidikan Pencegahan Dadah Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan Dadah Musuh Utama Negara. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggung jawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, dan pembentukan sahsiah. Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Matlamat pendidikan pencegahan dadah di sekolah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Rasional Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggung jawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya, PROSIDAR. Objektif Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi zikal, emosi, mental dan rohani. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.v

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa. Pendidikan Pencegahan dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah. Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah Sekolah Bebas Dadah 2012.

vi

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

KANDUNGAN

SEKOLAH BEBAS DADAH

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA

KANDUNGAN Kata Alu-aluan Prakata Pendahuluan Sukatan Pelajaran Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 4 Rancangan Pengajaran Tahun 4, Topik 1 Rancangan Pengajaran Tahun 4, Topik 2 Rancangan Pengajaran Tahun 4, Topik 3 Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 5 Rancangan Pengajaran Tahun 5, Topik 1 Rancangan Pengajaran Tahun 5, Topik 2 Rancangan Pengajaran Tahun 5, Topik 3 Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 6 Rancangan Pengajaran Tahun 6, Topik 1 Rancangan Pengajaran Tahun 6, Topik 2 Rancangan Pengajaran Tahun 6, Topik 3 Sumber bahan Link/ Pautan Sekalung Budi Jawatankuasa Induk Penggubal Kit Panel Penggubal Kit Panel Pemurnian Kit 68 73 79 84 84 84 85 86 88 38 48 50 4 13 28 i iv v 2

viii

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

SUKATAN PELA UKATAN PELAJARAN N

SEKOLAH BEBAS DADAH SE SEKOLAH BE SEKOLA EKOLA A E EBAS DADA DADAH DADAH AH

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA

SUKATAN PELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH

TAHUN 4

TAHUN 5

TAHUN 6

Topik 1 Perbezaan Dadah, Ubat, dan