dalam era globalisasi ini

Upload: jeya-bala

Post on 07-Jul-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Dalam Era Globalisasi Ini

    1/1

    Dalam era globalisasi ini, wujud juga impak-impak yang memberi faedah dalam kehidupan seharian.

     Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan berkomunikasi. Melalui zaman

    globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang

     jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu memberi faedah kepada manusia. iptaan

    pelbagai yang begitu canggih mampu mendekatkan sesuatu perjalanan atau sebagainya. !lobalisasi

     juga akan meningkatkan kesediaan kognitif dimana apabila berada di ambang globalisasi, makaindi"idu akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi setanding dengan pencapaian era

    semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai indi"idu yang proaktif dilahirkan. Kesan

    positif lain ialah pembelajaran sepanjang hayat. #ni bermakna indi"idu belajar untuk masa

    hadapannya. $embelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan indi"idu yang berfikiran

    terbuka. #mpak seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

     %arganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak

    mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. #ndi"idu yang mempunyai nilai jati diri akan

    memastikan globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensiti"iti

    masyarakat. !lobalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru. Kemahiran teknologi

     yang baru atau ino"asi ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memberi persaingan yang

    hebat antara negara-negara membangun lain. Kemahiran teknologi yang ada pada sesebuah negara

    menjadi kayu ukur kepada negara lain berkenaan kemajuan negara tersebut. &amun begitu, arus

    globalisasi juga mempunyai impak negatif. #mpak ini seharusnya dielakkan bagi menjamin keamanan

    sejagat. Antara impak negatif yang sering kita dengar berkenaan globalisasi ini ialah penggunaan

    teknologi yang tidak terkawal. Apabila hal ini berlaku maka akan wujud persengketaan seperti

    peperangan dan sebagainya. 'eknologi digunakan kepada tempat yang tidak sepatutnya. #ni perlu

    dielakkan agar dunia akan sentiasa aman. #mpak negatif yang lain ialah pengkomersilan pendidikan.

    $engkormesilan pendidikan seperti jualan ilmu di laman maya. #lmu yang diberi bukan untuk sesuatu

     yang hakiki tetapi ianya bertujuan untuk mengaut keuntungan peribadi. (eterusnya ialah penularan

    kes-kes jenayah siber. $erkara ini sering berlaku kerana ada indi"idu yang sanggup berbuat demikian

     bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan cara yang mudah. )amai yang akan tertipu dengan

    penggunaan propaganda yang menarik tetapi memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan

    pelbagai kes jenayah siber seperti skim cepat kaya dan sebagainya agar tidak menyesal dikemudianhari. #mpak negatif lain ialah manusia lebih mengharapkan kecekapan teknologi daripada kecekapan

    diri sendiri. (ikap kebergantungan ini semakin hari semakin serius. *anyak mesin yang dicipta bagi

    menggantikan kudrat manusia. +arus diperingatkan disini bahawa tidak semua kerja atau beban

    perlu diselesaikan dengan menggunakan mesin atau robot. (ikap sebegini akan lebih membuat

    manusia malas dan tidak peka terhadap sesuatu perkara. Melalui globalisasi juga impak negatif ketara

    dilihat pada negara-negara yang mundur. #ni kerana kurangnya faktor jaringan perhubungan atau

    teknologi melingkungi negara tersebut. Akibatnya, negara ini saling ditindas oleh negara yang lebih

    membangun.