dakwah nabi ibrahim

5
Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang dimuliakan barisan para hakim yang ari bijaksana, para hadirin dan seterusnya rakan-rakan sekalian. “DAKWAH NABI IBRAHIM KEPADA KAUMNYA” itulah tajuk cerita saya pada hari ini. Nasyid: Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh.... Ibrahim, Lut, Ismail...... 25 Nabi dan Rasul...... Mereka semua utusan Allah..... ...Di sebuah kota yan bernama !ota "abylon, semua oran yan tinal di dalam kota tersebut menyembah #atun berhala yan diukir oleh mereka sendiri. Sia#akah yan men$adi salah seoran tukan ukir bai #atun%#atun itu semua& Ia adalah seoran lelaki yan bernama A'ar. "eliau adalah ba#a Nabi Ibrahim. Rakan%rakan yan dikasihi sekalian......... Pada suatu hari Nabi Ibrahim bertanya kepada bapanya: ()ahai ayahku, adakah enkau #er*aya semua #atun%#atun yan kamu ukir adalah +uhan yan hakiki& "ila A'ar mendenar #ertanyaan dari anaknya terus dia men$adi marah teta#i Nabi Ibrahim tidak mem#erdulikannya. -irman Allah S)+ dalam Surah Al%An am ayat: /0 yan bermaksud: (Inatlah ketika Ibrahim berkata ke#ada ba#anya A'ar: (Adakah enkau ambil berhala men$adi +uhan& Sesunuhnya aku melihat enkau dan kaum enkau dalam kesesatan yan nyata. A'ar memarahinya lantas dia berkata denan suara yan tini (Adakah enkau ben*i ke#ada +uhanku ya Ibrahim& akan kure$am enkau denan batu

Upload: skteh

Post on 04-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dakwah nabi ibrahim

TRANSCRIPT

Nabi Ibrahim Dibakar Namrud

Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang dimuliakan barisan para hakim yang arif lagi bijaksana, para hadirin dan seterusnya rakan-rakan sekalian.

DAKWAH NABI IBRAHIM KEPADA KAUMNYA itulah tajuk cerita saya pada hari ini.

Nasyid:

Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh.... Ibrahim, Lut, Ismail...... 25 Nabi dan Rasul...... Mereka semua utusan Allah.....

...Di sebuah kota yang bernama Kota Babylon, semua orang yang tinggal di dalam kota tersebut menyembah patung berhala yang diukir oleh mereka sendiri. Siapakah yang menjadi salah seorang tukang ukir bagi patung-patung itu semua? Ia adalah seorang lelaki yang bernama Azar. Beliau adalah bapa Nabi Ibrahim.Rakan-rakan yang dikasihi sekalian.........

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bertanya kepada bapanya: Wahai ayahku, adakah engkau percaya semua patung-patung yang kamu ukir adalah Tuhan yang hakiki? Bila Azar mendengar pertanyaan dari anaknya terus dia menjadi marah tetapi Nabi Ibrahim tidak memperdulikannya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anam ayat: 74

yang bermaksud: Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar: Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata. Azar memarahinya lantas dia berkata dengan suara yang tinggi Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya Ibrahim? akan kurejam engkau dengan batu

Rakan-rakan sekalian.....

Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam tidak habis-habis memikirkan tentang dunia yang ada di sekelilingnya dia tercari-cari manakah satu Tuhan yang sepatutnya dan semestinya dia sembah. Dia menyembah bulan dan bintang tetapi bila siang cahayanya lenyap.Dia juga menyembah matahari tetapi bila malam cahayanya juga hilang.Nasyid:

Bila malam tak nampak jalan di dunia Bila siang tidak nampak cahaya Tidak tahu ke mana hendak di tuju Ke hilir atau ke hulu

Akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan bahawa dia akan menyembah Allah iaitu,Tuhan yang menjadikan bintang, bulan dan juga matahari .

Para Hadirin sekalian.............

Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula menyeru kepada kaumnya agar segera meninggalkan berhala .Katanya sembahlah Allah Tuhan yang Esa yang menjadikan kita semua. Akan tetapi mereka tidak memperdulikan kata-katanya bahkan mereka mengutuk dan memberikan ancaman kepadanya. Firman Allah SWT:

maksud: Mereka berkata: Adakah engkau mendatangkan kebenaran kepada kami atau engkau bermain-main? (Anbiyaa: 55) Tahu tak kawan-kawan........

Pada suatu hari, seluruh penduduk kota itu keluar beramai-ramai merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka. Tidak ada seorang pun yang tinggal di dalam kota kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa.

Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah peluang untuk dia mengajar kaumnya lalu dia bersegera menuju ke rumah ibadah kaumnya Nabi Ibrahim mengambil kapak lalu menghancurkan kesemua patung-patung itu kecuali patung yang paling besar. Kemudian dia menyangkut kapak tadi ke leher patung tersebut.Apabila perayaan selesai, Raja Namrud dan pengikutnya pergi ke rumah ibadat mereka dan alangkah terkejutnya apabila didapati ke semua patung-patung berhala telah habis musnah jatuh bergelimpangan dan berkecai.

Namrud berkata : Siapakah yang yang melakukan kekejaman ini? Seluruh rakyatnya berkata: Ini mesti perbuatan Ibrahim! Raja Namrud terus menjerit: Bawa segera pemuda itu ke mari! Merekapun pergi mendapatkan Nabi Ibrahim. Para Hadirin yang dirahmati Allah sekalian........

Raja Namrud dan seluruh rakyatnya mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan unggun api yang besar. Namrud terkejut apabila Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana ke mari.

Firman Allah SWT yang berbunyi

Al Anbiyaa ayat 69

maksudnya: Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat terhadap Ibrahim.Rakan-rakan sekalianNamrud terlalu marah. Lalu mencabar Nabi Ibrahim Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang. Maka Nabi Ibrahim as. bermunajat kepada Allah SWT: Ya Ilahi, sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.

Ketika Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Tentera nyamuk menyerang tentera Namrud.

Tahu tak.....kawan-kawanNamrud mati dengan seekor nyamuk sahaja .Ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari. Pantun:

Gendang gendut tali kecapi Disebabkan nyamuk Namrud mati Firman Allah SWT:

yang bermaksud: Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. (Al-Muddatsir: 31)

Para Hadirin yang dirahmati Allah Sekalian..

Dengan kemusnahan Namrud dan pengikutnya maka berakhirlah kisah Dakwah Nabi Ibrahim AS yang bergelar BAPA SEKALIAN NABI.Pengajarannya :Sajak:

1. Hanya Allah yang layak disembah.

2. Hendaklah sabar menghadapi ujianNya3. Jangan berputus asa dalam melakukan kebaikan.4. Hendaklah yakin dengan pertolongan Allah.5. Kerana kekuasaannya tidak dapat ditandingi.Sekian .Wassalamualaikum warahmatullaahi Wabarakaatuh.