dadah membawa padah

9
DADAH MEMBAWA PADAH Apabila anda mendengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis ? Rupa- rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara. Apakah sebenarnya dadah ? Dadah merupakan bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf. Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya, pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya. Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Penggunaan dadah yang berterusan mampu mendatangkan bahaya seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menyebabkan kerosakan terhadap diri tetapi turut memberi kesan terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

Upload: sivanaswari-karuppiah

Post on 04-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DADAH

TRANSCRIPT

Page 1: DADAH MEMBAWA PADAH

DADAH MEMBAWA PADAH

Apabila anda mendengar ungkapan “Enam Jahanam”, apakah yang mungkin anda

fikirkan ? Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama kumpulan penjenayah

yang diburu oleh pihak polis ? Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah

yang harus diberi perhatian serius kerana penyalahgunaannya yang meluas – heroin, kokain,

ecstasy, kanabis, syabu dan morfin. Sewaktu melancarkan “Karnival Enam Jahanam”, Perdana

Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa isu dadah di negara kita

berada pada tahap yang berbahaya. Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi

hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.

Apakah sebenarnya dadah ?

Dadah merupakan bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas

sistem saraf. Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia

dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya, pesakit kanser yang dirawat dengan

morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak

mendatangkan kesan ketagihan padanya.

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan

kepentingan rawatannya. Penggunaan dadah yang berterusan mampu mendatangkan bahaya

seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkah laku dan sebagainya.

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja menyebabkan kerosakan terhadap diri tetapi turut

memberi kesan terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Bagi menjamin kesejahteraan

negara pada masa hadapan, adalah penting untuk melahirkan generasi yang bebas daripada

penyalahgunaan dadah.

Di zaman ini, dadah bukan lagi perkara baru di dalam kehidupan manusia kerana

sudah berabad penggunaan dadah dikesan meskipun tarikh sebenar tidak dapat dipastikan.

Berdasarkan sumber sejarah, masyarakat zaman dahulu kala mengaitkan dadah dengan alam

fantasi. Ini kerana mereka menganggap dadah sebagai pembalut penderitaan dan sumber

kegembiraan.

Pada tahun 1910, kerajaan Inggeris terpaksa mengawal kemasukan dan penjualan

candu di Tanah Melayu akibat penagihan candu di kalangan buruh Cina yang menyebabkan

Page 2: DADAH MEMBAWA PADAH

kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal. Disebabkan itu, Opium Dens iaitu

rumah menghisap candu dan kedai-kedai menjual candu telah dilesen dan didaftarkan. Selepas

perang dunia kedua, penjualan dan pengedaran candu menjadi masalah yang semakin serius

di kalangan penduduk Tanah Melayu sehingga kerajaan Inggeris membuat keputusan untuk

mengharamkan aktiviti-aktiviti negatif tersebut. Akibat pengharaman penjualan dan pengedaran

candu, aktiviti penyeludupan candu mula berlaku lalu tertubuhnya Akta Dadah Berbahaya pada

tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap candu adalah menjadi

satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa menjatuhkan hukuman terhadap

pesalah.

Permasalahan dadah tetap berterusan dan peningkatan jumlah anak muda yang rosak

akibat dadah sangat ketara dan menakutkan sehingga kerajaan mengisytiharkan dadah

sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Pihak kerajaan turut mengambil langkah lain

melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. Fatwa bahawa penyalahgunaan dadah adalah haram dalam

Islam dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke-3 Majis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Agama Islam dan diisytiharkan pada 15 April 1982.

Sehingga kini, dadah masih dikatakan sebagai musuh nombor satu negara disebabkan

ia berterusan menjadi ancaman besar terhadap negara kita. Gejala penyalahgunaan dadah

yang melibatkan segenap lapisan masyarakat semakin menular hari demi hari. Menurut Ibrahim

(1997), masalah penagihan dadah bukan saja di kalangan golongan berpendapatan rendah

tetapi telah merebak kepada golongan yang lebih mewah dan berpendapatan tinggi tanpa

mengira umur dan jantina. Menurut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa-

Bangsa Bersatu (UNDCP), Malaysia telah diletakkan di tempat kelima dalam senarai di rantau

Asia Tenggara yang mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai.Gejala penyalahgunaan

dadah bukan hanya mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap diri tetapi ia juga mampu

menyebarkan kesan-kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Antara kesan tersebut ialah berlakunya ketidakstabilan struktur masyarakat dari segi

emosi, pergaulan dan pemuafakatan. Apabila adanya penagih di kalangan masyarakat,

kehidupan atau aktiviti seharian sedikit sebanyak akan terganggu kerana majoriti masyarakat

akan mengelak dari berinteraksi dengan mereka yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan

dadah, mencemuh atau memulau dan kemungkinan tersebarnya kata-kata yang kurang

menyenangkan hingga berlakunya krisis salah faham anatara sesebuah keluarga dengan

Page 3: DADAH MEMBAWA PADAH

keluarga lain lalu menyebabkan berlakunya perpecahan dan permusuhan di kalangan

masyarakat.

Kesan utama penyalahgunaan dadah kepada masyarakat ialah keharmonian dan

suasana hidup masyarakat menjadi tidak tenteram akibat terganggu dengan peningkatan aktiviti

jenayah yang majoritinya dilakukan oleh para penagih. Didapati 40% daripada banduan penjara

adalah mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Aktiviti-aktiviti jenayah yang

sinonim dengan penagih dadah ialah kes mencuri, merompak, meragut, membunuh, merogol

dan lain-lain lagi.

Disamping itu, golongan pengedar dadah yang sentiasa mencari pengguna baru

menjadikan golongan remaja atau pelajar sekolah sebagai sasaran mereka. Ini

membimbangkan ibu bapa dan masyarakat dengan keselamatan anak-anak remaja mereka

yang mudah terpengaruh dengan ajakan dan pujukan rakan-rakan sebaya untuk medapatkan

hiburan dan keinginan untuk mencuba perkara baru.

Selain itu, kebanyakkan golongan yang membawa penyakit HIV merupakan golongan

yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akibat perkongsian jarum dan seks bebas.

Perkara ini cukup menggerunkan segenap masyarakat kerana tersebarnya penyakit tersebut

akan memberi kesan sampingan yang buruk terhadap masyarakat awam yang tidak bersalah.

Contohnya berlaku kes rogol yang menyebabkan mangsa dijangkiti HIV dan berkemungkinan

melahirkan anak yang turut dijangkiti penyakit berbahaya tersebut. Mangsa yang tidak bersalah

itu terpaksa meneruskan kehidupan bersama penyakit tersebut sehingga ke akhir hayatnya.

Kesan lain penyalahgunaan dadah ialah masyarakat akan dipandang serong atau

rendah. Para penagih selalunya dianggap sebagai individu yang tidak berguna dan

menyusahkan maka ini turut menyebabkan masyarakat disekeliling terkena tempias tersebut

berdasarkan pandangan masyarakat lain terhadap mereka. Kesan ini punca sesebuah

masyarakat itu sukar untuk maju dan jauh ketinggalan berbanding masyarakat-masyarakat lain

yang kurang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Dadah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara kerana menjadi ancaman

kepada negara kita iaitu Malaysia sejak sekian lama dan membawa kepada beberapa kesan

buruk yang tidak diingini.Golongan belia didapati antara golongan yang terbesar terlibat dengan

masalah dadah berdasarkan perangkaan lalu iaitu kira-kira 65% adalah terdiri daripada mereka

Page 4: DADAH MEMBAWA PADAH

yang berumur antara 20-29 tahun. Antara kesan ini ialah menyebabkan modal insan negara

terutama golongan belia yang begitu berharga buat negara tidak menyumbang tenaga yang

produktif dan kepakaran pembangunan negara. Kaum belia merupakan tulang belakang

pembangunan negara dan seharusnya menjadi pelapis pemimpin yang berkrisma, berwawasan

dan bertanggungjawab pada masa hadapan. Terlibatnya golongan belia dalam kancah

penyalahgunaan dadah membuatkan negara kehilangan harapan yang telah digalaskan

terhadap mereka untuk membangun dan memajukan negara ke tahap yang lebih

membanggakan.

Masalah penyalahgunaan dadah adalah antara masalah utama negara dan untuk

mengatasi masalah ini negara terpaksa menanggung kos yang tinggi iaitu ratusan juta ringgit

hanya untuk menguruskan aspek pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan penagih dadah.

Kesan dari penyalahgunaan dadah ternyata mendatangkan kerugian yang besar buat negara

walhal jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan mencapai wawasan negara iaitu untuk

membangunkan negara agar dapat berdiri setanding dengan negara-negara maju yang lain

tetapi dihabiskan untuk memulihkan rakyat yang masih tidak sedar akan tanggungjawab diri

sendiri mahupun tanggungjawab mereka terhadap negara.

Selain itu, untuk memulihkan dan membanteras masalah berkaitan penyalahgunaan

dadah, negara perlu merangka langkah-langkah yang sesuai agar usaha menyelamatkan

negara dari dibelenggu masalah najis dadah berkesan. Ini menyebabkan negara kerugian masa

dan tenaga. Andai rakyat bijak memilih baik dan buruk serta memahami wawasan negara

sepatutnya perkara ini dapat dielakkan dan bersama berganding bahu membawa negara ke

peringkat yang lebih tinggi.

Antara kesan lain terhadap negara ialah dengan berlakunya peningkatan kes

penyalahgunaan dadah di sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut dipandang

rendah lalu menjatuhkan imej negara di mata dunia. Ini akan menyukarkan dan mengurangkan

peluang negara untuk berkerjasama dengan negara-negara luar padahal jika terjalinnya

hubungan dengan negara luar akan mendatangkan pelbagai keuntungan yang dapat

dimanfaatkan negara.

Berikutnya adalah pendapatan pelancongan negara akan terjejas dan menurun akibat

dari penyalahgunaan dadah. Ini berikutan ancaman jenayah yang timbul mampu menakutkan

warga-warga luar untuk dating melancong ke dalam negara. Tambahan pula implikasi dari

Page 5: DADAH MEMBAWA PADAH

penyalahgunaan dadah boleh menyebarkan pelbagai penyakit yang berkemungkinan

menyebabkan negara menjadi tempat pelancongan yang mempunyai tahap tidak selamat dari

aspek kesihatan.

Dadah terbahagi kepada beberapa jenis, di antaranya daripada sumber tumbuh-

tumbuhan manakala dadah sintetik iaitu ATS yang semakin hari semakin popular

kebanyakannya dalam bentuk pil. Dadah jenis ini lebih bahaya kerana boleh menyebabkan

penagih menjadi semakin ganas selain kerosakan otak yang teruk.

Ganja

Nama saintifik bagi tumbuhan ini adalah Cannabis Sativa. Kanabis/Ganja merupakan sejenis

tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga dikenali sebagai marihuana

atau marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang

bermaksud bahan memabukkan.

Stimulan (ATS)

Amphetamine-Type Stimulants (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang

bertindak ke atas CENTRAL NERVOUS SYSTEM (CNS) atau SISTEM SARAF PUSAT. Ia

merupakan jenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.

Depresen

Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap

sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara

berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang,

meredakan kesakitan dan untuk tidur lena. Walau bagaimanapun, ia telah disalahgunakan oleh

Halusinogen

Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory

perception) dan pandangan visual. Ia menyebabkan ilusi sehingga amat susah membezakan

antara yang benar dan yang tidak benar.

Page 6: DADAH MEMBAWA PADAH

Inhalan

Inahalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada

pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan

yang mudah meruap (volatile) dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau

merangsangkan perubahan minda

Ketum

Nama saintifik Pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth. Pokok Ketum merupakan pokok

malar hijau yang mempunyai daun berwarna hijau tua berkilat dan bunga kuning kecil. Terdapat

dua jenis dedaun tetulang daun berwarna merah dan yang lain berwarna putih (dikatakan

mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat). Daunnya banyak digunakan sebagai ubat

tradisi dan dadah narkotik.

Ketamin

Merupakan dadah sintetik yang paling awal ditemui iaitu pada tahun 1962 oleh Calvin Stevens

di makmal Parke Davis semasa ujian mencari pengganti dadah jenis PCP sebagai ubat

penenang. Pada tahun 1965 ianya dikesan digunakan sebagai dadah rekreasi dan ianya terdiri

dari 2-cholorophanyl-2-(methylamino)-cyclohexanone yang biasanya disalahgunakan untuk

tujuan keseronokan. Tujuannya pada asalnya adalah untuk tujuan ubat bius haiwan dan tujuan

pembedahan.

Ternyata bahawa aktiviti penyalahgunaan dadah ini banyak mendatangkan

kemudaratan dan ianya mengganggu ketenteraman masyarakat awam. Justeru, pelbagai

langkah pencegahan telah diambil bagi membendung gejala negatif ini meskipun masih belum

dapat diselesaikan secara keseluruhan. Sesungguhnya, dalam memastikan matlamat negara

untuk menghapuskan gejala penyalahgunaan dadah ini tercapai, setiap pihak harus mengetahui

peranan masing-masing dan berganding bahu menjalankan tanggungjawab, bukan hanya

melepaskannya kepada satu pihak sahaja. Contohnya, kerajaan bersungguh-sungguh mencuba

untuk menyelamatkan masyarakat dari terjebak dengan penyalahgunaan dadah tetapi

masyarakat masih tidak berwaspada dan langsung tidak mempedulkani usaha kerajaan

tersebut menyebabkan harapan agar gejala ini dapat dibendung menjadi agak mustahil untuk

Page 7: DADAH MEMBAWA PADAH

dicapai. Oleh itu, setiap pihak perlu sedar akan peranan masing-masing demi mencapai impian

negara untuk bebas daripada masalah dadah.

Konklusinya, aktiviti penyalahgunaan dadah ini sememangnya banyak

mendatangkan keburukan bukan sahaja terhadap diri dan keluarga tetapi juga terhadap

masyarakat dan negara. Usaha pencegahan dan pemulihan penyalahgunaan dadah yang telah

sedia ada ini masih boleh diperbaiki dan diperbaharui agar ianya lebih berkesan dan

berpanjangan di samping mendapat kerjasama yang baik serta komited di antara semua pihak

seperti masyarakat awam dan pihak kerajaan. Demi kesejahteraan negara kita adalah penting

untuk masyarakat mengetahui dan mengiyakan bahawa bahayanya penyalahgunaan dadah

agar dapat melahirkan generasi yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.