dadah

19
Akta Dadah Berbahaya, 1952 Tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya :- 15 gram atau lebih berat heroin 15 gram atau lebih berat morfin 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana- mana dua daripada dadah berbahaya tersebut. Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana- mana dua daripada dadah berbahaya tersebut. 1,000 gram atau lebih berat candu masak 1,000 gram atau lebih berat candu mentah Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah 200 gram atau lebih berat ganja 200 gram atau lebih berat resin ganja Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja 40 gram atau lebih berat kokain 2,000 gram atau lebih berat daun koka 50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane 50 gram atau lebih berat Amphetamine

Upload: uma-navalingam

Post on 16-Jan-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DADAH

TRANSCRIPT

Page 1: dadah

Akta Dadah Berbahaya, 1952

Tafsiran "Pengedaran Dadah" termasuklah semua perbuatan seperti mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya di dapati di dalam miliknya :-

15 gram atau lebih berat heroin 15 gram atau lebih berat morfin 15 gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoa setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

1,000 gram atau lebih berat candu masak 1,000 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 1,000 gram atau lebih berat candu masak dan mentah

200 gram atau lebih berat ganja 200 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

40 gram atau lebih berat kokain 2,000 gram atau lebih berat daun koka 50 gram atau lebih berat 2-Amino-1-(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane 50 gram atau lebih berat Amphetamine 50 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA) 50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamphetamine (DOB) 50 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine (DOET) 50 gram atau lebih berat Methamphetamine 50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA) 50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA 50 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA 50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine 50 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) 50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA) 50 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA )

Page 2: dadah

Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(A) Akta

Dadah Berbahaya 1952 sekiranya di dapati di dalam miliknya :terdapat :- 5 gram atau lebih berat heroin

gram atau lebih berat morfin gram atau lebih berat monoasetilmorfin

Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.

250 gram atau lebih berat candu masak 250 gram atau lebih berat candu mentah

Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah

50 gram atau lebih berat ganja 50 gram atau lebih berat resin ganja

Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja

15 gram atau lebih berat kokain 750 gram atau lebih berat daun koka 30 gram atau lebih berat 2-Amino-1-1(2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane 30 gram atau lebih berat Amphetamine 30 gram atau lebih berat 2, 5- Dimethoxyamphetamine (DMA) 30 gram atau lebih berat 2, 5-Dimethoxybromoamphetamine (DOET) 30 gram atau lebih berat 2-5-Dimenthoxy-4 -ethylamphetamine MMDA 30 gram atau lebih berat Methamphetamine 30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3,4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA) 30 gram atau lebih berat Methylenedioxyamphetamine (MDA) 30 gram atau lebih berat N-ethyl MD 30 gram atau lebih berat N-hydroxy MDA 30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3,4-methylenedioxypheny)-2-butanamine 30 gram atau lebih berat 3,4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) 30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA) 30 gram atau lebih berat 3,4,5-Trimethoxyamphetamine (3,4,5-TMA)

Page 3: dadah

Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan di dalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.

Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia di dapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan.

Sekiranya mereka di dapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara dari 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Page 4: dadah

Pengenalan Dadah

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai"dadah yang disalahguna".

Dadah dan Ciri-cirinya

Page 5: dadah

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang Diperoleh secara haram Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan

terhadap dadah Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial

seseorang

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :

Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Page 6: dadah

Mengenali Penagih Dadah

Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekali-sekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut:

Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja., serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.

Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.

Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.

Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya.

Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus.

Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta dimiliki.

Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. Anak mata menjadi kuyu.

Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah.

Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah,

Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.

Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa.

Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kawan.

Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor, bilik kecil di tingkat bawah bangunan ( untuk  mengambil dadah )

Page 7: dadah

Akibat Kepada Tabiat Dan Kelakuan

Seseorang itu akan berubah tabiat dan kelakuannya apabila terlibat dengan penagihan dadah. Ini ialah akibat awal sebelum menemui maut. Adakah anda mahu keadaan seperti ini berlaku pada diri anda?

             Pandai menipu

             Mencuri, menyamun, merompak untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

             Tidak mengaku terlibat dengan dadah.

             Penagih dadah mempengaruhi rakan sebayanya supaya terlibat sama.

             Menjauhkan diri daripada masyarakat umum.

             Penagih dadah hanya bergaul dengan kumpulan mereka sahaja.

Akibat Kepada Kesihatan Diri

Dari segi kesihatan, keupayaan seseorang penagih dadah untuk melawan ketagihan adalah lemah. Penagih dadah secara langsung atau tidak talah mendedahkan diri mereka kepada pelbagai jenis penyakit kerana mereka berkongsi menggunakan alat menyuntik yang kotor. Di antara akibat lain adalah seperti yang berikut:

                Melemahkan tenaga dan menimbulkan kemalasan

                Boleh melemahkan tenaga batin sehingga tidak dapat dipulihkan semula

( Walaupun pada peringkat permulaan tenaga batinnya berlebih-lebihan )

                Menjadi mandul di kalangan wanita.

                Merosakkan fikiran, menjadi tidak siuman dan gila

                Menyebabkan pengsan, pitam atau tidak sedarkan diri.

                Menaikkan perasaan ganas yang boleh menghilangkan maruah.

                Menimbulkan penyakit pedih hati dan sakit perut.

                Membawa ketagihan yang berlebih-lebihan untuk mententeramkan diri dan jiwanya dan jika tidak dapat mengakibatkan kerosakan jiwa dan tenaga badan.

                Mati kerana menggunakan dadah yang berlebihan.

 

Page 8: dadah

Akibat Kepada Keluarga

Seseorang penagih sudah tidak berupaya lagi untuk memberikan sumbangan kepada keluarganya kerana dia sendiri berkehendakkan wang, bahkan seringkali pula dia menjadi beban kepada keluarga.Akibat lain adalah seperti yang berikut:

                   Porak-peranda rumah tangga, perpisahan di antara keluarga.

                   Kehilangan harta benda.

                   Menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik keluarga.

                   Menghancurkan harapan ibu bapa.

 

Akibat Kepada Masyarakat

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Kemantapan sosio politiknya di antara lain bergantung kepada keupayaan masyarakatnya hidup dengan penuh harmoni dan saling bersefahaman di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kemantapan ini akan tergugat jika ramai daripada rakyatnya yang hilang pertimbangan dan perhitungan akibat dadah. Di antara akibat lain adalah seperti yang berikut:

                 Menambahkan kes -kes jenayah seperti mencuri, menyamun, merompak dan membunuh.

                 Menimbulkan perselisihan dan persengketaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain.

                 Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.

                 Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak muda mereka.

                 Melibatkan perselisihan faham antara kaum.

                 Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama.

                 Melemahkan kesopanan dan kesusilaan.

 

Page 9: dadah

Mengenali Pelajar Yang Terlibat Dengan Dadah

Di antara tanda awal seseorang pelajar yang terlibat dengan dadah adalah seperti yang berikut:

                     Selalu tidak hadir ke sekolah dan pelajar yang terlibat ini tidak hadir pada hari-hari yang tertentu. Misalnya pada minggu pertama mereka tidak hadir pada hari Isnin dan Selasa, pada minggu yang berikutnya mereka tidak hadir pada hari Khamis pula.

                    Selalu ponteng sekolah

                    Prestasi dalam pelajaran merosot dengan mendadak

                    Perlakuan dan tabiat belajar berubah.

                    Mata merah

                    Sering memakai cermin mata hitam.

                    Sering ke tandas.

                    Selalu mengantuk apabila berada dalam kelas.

                    Berkawan dengan kumpulan tertentu sahaja.

 

 

Page 10: dadah

Sebab Seseorang Itu Terlibat Dengan Dadah

Banyak sebab mengapa seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah. Antara sebabnya adalah seperti berikut:

                    Tidak mempunyai atau kurang mengamalkan suruhan agama.

                    Tidak mendengar atau mengikuti nasihat ibu bapa atau guru.

                    Mudah terpengaruh dengan desakan atau pujukan rakan sebaya.

                    Terperangkap dengan perasaan ingin tahu.

                    Tidak tahu menggunakan masa lapang dengan cara yang berfaedah.

                    Tidak sanggup menghadapi tekanan dan masalah yang dialami dengan tenang, bersabar dan bertakwa.

                    Punca sebenar mengapa seseorang itu mudah terpengaruh dengan gejala di atas ialah kerana tidak  mempunyai ketahanan diri yang kuat dan kukuh.

 

Faktor Yang Mempengaruhi Kesan Dadah

Kesan dadah terhadap seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung pada beberapa faktor seperti berikut:

Jenis Dadah

             Perbezaan dari segi kesan terhadap fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada ia merosotkan fungsi ( contohnya  dengan heroin den depresen) atau merangsangkan (contohnya dengan amfetamin dan kokain) atau merosotkan dan merangsangkan ( contohnya dengan ganja dan kokain ).

Page 11: dadah

Jumlah Yang Digunakan

             Kesan dos kecil berbeza daripada kesan dos besar. Contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa               mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang akan merosotkan pernafasan dan membawa maut.

Cara Menggunakannya

              Kesan dadah bergantung kepada jangka masa penggunaan, kekerapan mengguna, cara mengguna iaitu sama                ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau digunakan bersama-sama dengan dadah lain.

Kesan Individu

              Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman, penggunaan                dadah, kesan perasaan ( mood ) dan aktiviti.

Situasi Ketika Menggunakannya

              Keadaan atau tempat menggunakan dadah, iaitu sama ada ada atau tiada orang lain, juga merupakan faktor  yang mempengaruhi kesan dadah.

Risiko Yang Dihadapi

Apabila seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah, banyak risiko yang akan dihadapi. Antara risiko yang akan dihadapi olehnya adalah seperti berikut:

                Maut kerana dos yang berlebihan

                Menyebabkan pergantungan pada dadah

                Menyebabkan penyakit AIDS dan kesihatan terganggu.

                 Menimbulkan masalah undang-undang.

 

Page 12: dadah

Jenis Dadah

Dadah dapat dibahagikan kepada lima kumpulan yang besar iaitu kanabis, depresen, halusinogen, stimulan dan narkotik. Dadah depresen, stimulan, dan halusinogen disebut bahan psikotropik.

                                                                                                                                                         

Bil       Kumpulan Dadah                  Jenis-Jenis Dadah

1.

2.

3.

4.

5.

Kanabis

Depresen

Halusinogen   

Stimulan

Narkotik

Ganja, Hasbish, Minyak Hasbish.

Barbiturat, Tranquilizer, Methaqaolone.

Lysergic Asid Diethylamide ( LSD ), Mescaline, MDA, DMT, STP

Amfetamin, Kokain.

Candu, Morfin, Heroin, Kodein.

 

Undang-Undang Mengenai Dadah                                

                                    Akta Dadah Berbahaya 1952

                                   Akta Racun 1952

                                   Akta Penagih Dadah ( Rawatan Dan Pemulihan ) 1983

                                    Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pe

Page 13: dadah
Page 14: dadah
Page 15: dadah
Page 16: dadah