d-05 mata alat dan peralatan

8
BAKRI MUAR JOHOR Bahagian Kejuruteraan Teknologi Woksyop, Maktab Teknik PDRM, 84200 Bakri Muar Johor - Copyright 2008 P E M E S I N A N A M - M E S I N L A R I K “ Menjana Modal Insan Cemerlang” 29 5 Keluli tahan lasak (HSS) Mata alat memotong dengan kelajuan tinggi MATA ALAT PEMOTONG DAN PERALATAN Bahagian yang melibatkan mata alat pemotong adalah seperti :- a. Mata alat pemotong. b. Pemegang mata alat (Tool Holder). c. Tiang mata alat (Tool post). A. MATA ALAT PEMOTONG Definasi Satu alat mengurangkan garispusat logam semasa kerja melarik, alat mempunyai sifat kekerasan sangat tinggi dan teguh daripada bendakerja. Bahan Bahan mata pemotong lebih keras daripada bahan yang dilarik, murah (ekonomi), tahan lama, tahan kepanasan. Bahan mata pemotong diperbuat daripada :- i. Keluli berkarbon tinggi-High carbon steel (HCS). ii. Keluli tahan lasak-High speed steel (HSS). iii. Pancalogam tuang tampa besi-Alloy non metal. iv. Karbida-Ceminted carbide. v. Seramik. vi. Intan-diamond. i. KELULI BERKARBON TINGGI – HIGH CARBON STEEL (HCS) - Mengandungi karbon antara 0.9% hingga 1.2%. - Mudah terbakar dan kehilangan kekerasan apabila kelajuan lebih tinggi. - Murah, mudah dibentuk digunakan untuk melarik bahan-bahan yang lembut. ii. KELULI TAHAN LASAK – HIGH SPEED STEEL (HSS) - Terdiri campuran 18% tungsten, 4% kromium, 1% vanadium dan 0.6% - 0.8% karbon. - Untuk kerja-kerja melarik dan dalam pembuatan mata pengisar. - Boleh menahan suhu yang lebih tinggi dan tidak mudah retak. - Tiga kali ganda kelajuan daripada keluli karbon tinggi.

Upload: jailanihs

Post on 06-Jul-2015

1.612 views

Category:

Education


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: D-05 Mata Alat Dan Peralatan

BAKRI MUAR JOHOR

Bahagian Kejuruteraan Teknologi Woksyop, Maktab Teknik PDRM, 84200 Bakri Muar Johor - Copyright 2008

P E M E S I N A N A M - M E S I N L A R I K“ Menjana Modal Insan Cemerlang”

29

5

Keluli tahan lasak (HSS)

Mata alat memotong dengan kelajuan tinggi

MATA ALAT PEMOTONG DAN PERALATAN

Bahagian yang melibatkan mata alat pemotong adalah seperti :-

a. Mata alat pemotong.b. Pemegang mata alat (Tool

Holder).c. Tiang mata alat (Tool post).

A. MATA ALAT PEMOTONG

DefinasiSatu alat mengurangkangarispusat logam semasa kerjamelarik, alat mempunyai sifatkekerasan sangat tinggi dan teguhdaripada bendakerja.

Bahan

Bahan mata pemotong lebih keras daripada bahan yang dilarik, murah (ekonomi),tahan lama, tahan kepanasan. Bahan mata pemotong diperbuat daripada :-

i. Keluli berkarbon tinggi-High carbon steel (HCS).ii. Keluli tahan lasak-High speed steel (HSS).iii. Pancalogam tuang tampa besi-Alloy non metal.iv. Karbida-Ceminted carbide.v. Seramik.vi. Intan-diamond.

i. KELULI BERKARBON TINGGI – HIGH CARBON STEEL (HCS)

- Mengandungi karbon antara 0.9% hingga 1.2%.- Mudah terbakar dan kehilangan kekerasan apabila kelajuan lebih tinggi.- Murah, mudah dibentuk digunakan untuk melarik bahan-bahan yang

lembut.

ii. KELULI TAHAN LASAK – HIGH SPEED STEEL (HSS)

- Terdiri campuran 18% tungsten, 4%kromium, 1% vanadium dan 0.6% -0.8% karbon.

- Untuk kerja-kerja melarik dan dalampembuatan mata pengisar.

- Boleh menahan suhu yang lebih tinggi dan tidakmudah retak.

- Tiga kali ganda kelajuan daripada keluli karbon tinggi.

Page 2: D-05 Mata Alat Dan Peralatan

BAKRI MUAR JOHOR

Bahagian Kejuruteraan Teknologi Woksyop, Maktab Teknik PDRM, 84200 Bakri Muar Johor - Copyright 2008

P E M E S I N A N A M - M E S I N L A R I K“ Menjana Modal Insan Cemerlang”

30

iii. PANCALOGAM TUANG TAMPA BESI-ALLOY NON METAL

- Mengandungi 25% - 35% kromium, hampir 25% tungsten, 2% karbon danbahan pengikat kobalt. Stellite, tantung dan rexalloys.

- Kelajuan pemotonganya hampir tiga kali ganda keluli tahan lasak.- Mudah rapuh dan lebih keras serta dapat menahan kehausan pada suhu

yang tinggi.

iv. KARBIDA-CEMINTED CARBIDE

- Mempunyai 82% tangsten karbida, 10% titanium dan tantalum, 8% bahanpengikat kobalt.

- Keburukan bahan ini terlalu rapuh.- Bahan ini perlulah ditumpangkan pada keluli karbon, memudahkan dalam

operasi melarik.- Kekuatan bahan ini 3 hingga 4 x ganda dari keluli tahan lasak (HSS).

v. SERAMIK

- Bahan campuran aluminium oksida & titanium.- Cara guna ditumpangkan pada keluli karbon.- Digunakan melarik pada bahan yang lebih keras.- Kelajuan potongan 2 x ganda dari karbida.

vi. INTAN-DIAMOND

- Jenis yang paling keras dan mahal.- Dua jenis yang ada dijual dipasaran, jenis asli dan jenis tiruan.- Cara menggunakan perlulah cermat, mudah rapoh.- Kelajuan potongan 2 hingga 10 x ganda dengan yang lain.- Boleh memotong sehingga kehalusan 0.005mm – 0.002mm.

Membentuk Mata Alat

Membentuk sudut-sudut mata alat yang tepat untuk kerja yang dilakukan olehpengendali mesin amatlah penting, untuk menghasilkan kerja yang jitu, licin danmemuaskan. Sudut-sudut yang perlu dibentuk dan nama-nama bahagian ialah :-

Berbagai bentuk yang ada dipasaran

Page 3: D-05 Mata Alat Dan Peralatan

BAKRI MUAR JOHOR

Bahagian Kejuruteraan Teknologi Woksyop, Maktab Teknik PDRM, 84200 Bakri Muar Johor - Copyright 2008

P E M E S I N A N A M - M E S I N L A R I K“ Menjana Modal Insan Cemerlang”

31

i. Sudut sadak atas (Top rake).ii. Sudut sadak tepi.iii. Sudut Telusan Tepi (Side clerance).iv. Sudut Telusan Hadapan (front clerance).v. Mata pemotong.vi. Nose radius.vii. Badan ( body ).

Keselamatan semasa mengasah

1. Tentukan batu pencanai mempunyai permukaanyang rata.

2. Pastikan ianya berpusing dengan seimbang.3. Dilarang menggunakan bahagian tepi batu

pencanai.4. Pakai cermin mata keselamatan.

Cara Mengasah

1. Kenalpasti sudut-sudut yang hendak diasah.

- Pertama - asah sudut sadak atas (Top rake).- Kedua - asah sudut sadak tepi.- Ketiga - asah sudut ketelusan tepi.- Keempat - Sudut ketelusan hadapan.- Kelima - asah nose radiuse.

2. Kenalpasti cara mengguna mesin batu pencanai.3. Tekanan mata alat pada batu pencanai secara

seimbang, sekali tekanan.4. Pastikan mata alat tidak terbakar.5. Gunakan bahan penyejuk.

Nama-nama bahagian mata alat

Tekan secara seimbang

Ujudkan sudut sadak tepi

Asah sudut ketelusan hadapan

Page 4: D-05 Mata Alat Dan Peralatan

BAKRI MUAR JOHOR

Bahagian Kejuruteraan Teknologi Woksyop, Maktab Teknik PDRM, 84200 Bakri Muar Johor - Copyright 2008

P E M E S I N A N A M - M E S I N L A R I K“ Menjana Modal Insan Cemerlang”

32

Pemegang mata alat offset kiri

Pemegang mata alat lurus

Umur mata pemotong.

Jika sekiranya kerja-kerja melarik biasa di lakukan selama 1 jam tanpa henti mataalat hendaklah diasah semula.

B. PEMEGANG MATA ALAT ( HOLDER ).

Mata alat dipegang ada dua cara, satu cara ialah terus dipegang pada tiangmata alat dan cara kedua mata alat itu dimasukkan ke dalam pemegangmanakala pemegang itu dipegang pada tiang mat alat. Terdapat enam jenis yangperlu diketahui :-

i. Pemegang Ofset Kiri.ii. Pemegang Lurus.iii. Pemegang Ofset Kanan.iv. Pemegang Karbida.v. Pemegang Mata Alat Memenggal.vi. Pemegang Mata Alat Menggerek.

i. Pemegang Ofset Kiri

- Digunakan apabila bendakerja hampir dengan cuk atau bindu.- Operasi melarik penampang dan melarik dari kanan ke kiri.

ii. Pemegang Lurus

- Jenis ini digunakan apabila melarik kedua-dua arah.- Pemegang lurus digunakan sebagai pemegang kegunaan am.

Page 5: D-05 Mata Alat Dan Peralatan

BAKRI MUAR JOHOR

Bahagian Kejuruteraan Teknologi Woksyop, Maktab Teknik PDRM, 84200 Bakri Muar Johor - Copyright 2008

P E M E S I N A N A M - M E S I N L A R I K“ Menjana Modal Insan Cemerlang”

33

Pemegang mata alat offset kanan

Pemegang mata alat memenggal

Mata alat karbida

Pemegang mata alat karbida

iii. Pemegang Ofset Kanan

- Direkabentuk membolehkanmata alat melarikmemotong hampir denganalatan belakang.

- Pemegang ini juga bolehdigunakan untuk melarikdari kiri ke kanan.

Ketiga-tiga jenis pemegang mempunyai alur persegi yang membolehkanmata alat bersaiz 5 mm persegi hingga 20 mm masuk. Alur persegi mempunyaisudut 15° hingga 20°.

iv. Pemegang Karbida

Terdapat dua jenis pemegang karbida, pemegang jenis inidibuat dalam bentuk dan saiz yang berlainan supaya dapatmenampung tiap-tiap karbida yang ada dalam pasaran.

v. Pemegang Mata Alat Memenggal

Tiga jenis pemegang yang digunakan untuk memegang mata alat memenggal.Mata alat itu diikat atau dipegang pada pemegangnya dengan penguncisesendal.

Page 6: D-05 Mata Alat Dan Peralatan

BAKRI MUAR JOHOR

Bahagian Kejuruteraan Teknologi Woksyop, Maktab Teknik PDRM, 84200 Bakri Muar Johor - Copyright 2008

P E M E S I N A N A M - M E S I N L A R I K“ Menjana Modal Insan Cemerlang”

34

Salah satu alat memboring / menggerek

Tiang mata alat jenis indeks

Kerja memboring / menggerek pada mesin larik

vi. Pemegang Mata Alat Menggerek

Gambar 9.5. Menunjukkan tiga jenis alat pengerak lubang. Jenis (a) digunakanuntuk memegang mata alat pengerek jenis padu. Jenis (b) dan (c) itu berbentukselinder dan berlubang dihujungnya bagi memasukkan mata alat.

C. TIANG MATA ALAT ( TOOL POST ).

Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Fungsi tiang mata alat ialahuntuk memegang mata pemotong atau pemegang mata alat. Terdapat empatjenis tool post yang biasa digunakan iaitu :-

i. Indexing.ii. Tukar cepat.iii. Amerika.iv. Jenis tunggal.

Tiang Mata Indeks.

- Jenis ini boleh memegang empat jenismata alat dengan serentak.

- Boleh dilakukan banyak operasi tampaberhenti dan menukar mata alat.

- Tiang mata alat ini boleh diindeks kepada 12 kedudukan.

Page 7: D-05 Mata Alat Dan Peralatan

BAKRI MUAR JOHOR

Bahagian Kejuruteraan Teknologi Woksyop, Maktab Teknik PDRM, 84200 Bakri Muar Johor - Copyright 2008

P E M E S I N A N A M - M E S I N L A R I K“ Menjana Modal Insan Cemerlang”

35

Tiang mata alat jenis tukar cepat

Tiang mata alat Amerika

Tiang Mata Alat Tukar Cepat

- Tiang mata alat jenis ini digunakan pada mesin NC dan CNC yang mestimenukarkan tiang mata alat dengan cepat dan tepat.

- Cuma pemegang yang ada tanggam bajang sahaja boleh dipasang padatiang mata alat jenis ini

Tiang Mata Alat Amerika

- Tiang mata alat jenis ini mudah dilaraskan.- Jumpelang yang terletak diatas pemegang boleh dilaraskan.- Menggunakan satu bolt pengikat sahaja dan ini boleh menyebabkan mata

itu terkeluar jika diikat dengan kuat.

Page 8: D-05 Mata Alat Dan Peralatan

BAKRI MUAR JOHOR

Bahagian Kejuruteraan Teknologi Woksyop, Maktab Teknik PDRM, 84200 Bakri Muar Johor - Copyright 2008

P E M E S I N A N A M - M E S I N L A R I K“ Menjana Modal Insan Cemerlang”

36

Tiang mata jenis tunggal

Tiang Mata Tunggal

- Jenis ini cuma boleh memegang satu mata alat sahaja.- Digunakan pada mesin-mesin yang melakukan kerja-kerja berat.- Boleh dilaraskan kepada mana-mana kedudukan dan diikat dengan nat.