pk.jupem.05 – penyenggaraan dan tentukuran peralatan

13

Upload: dophuc

Post on 01-Feb-2017

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan
283
Typewritten Text
SALINAN TIDAK TERKAWAL
Page 2: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan
283
Typewritten Text
SALINAN TIDAK TERKAWAL
Page 3: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 1/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

1. OBJEKTIF

Prosedur kualiti ini adalah untuk memastikan peralatan disenggara dan ditentukurkan supaya berada dalam keadaan baik setiap masa.

2. SKOP

Prosedur ini digunapakai untuk menyenggara dan menentukur peralatan ukur di JUPEM.

3. RUJUKAN

3.1 MK.JUPEM - Manual Kualiti JUPEM

3.2 Kontrak Penyenggaraan

3.3 Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

3.4 Manual Operasi Peralatan

3.5 Manual Aplikasi

4. DEFINISI

4.1 Pengendali Alat/Mesin Kakitangan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sesuatu peralatan/ mesin

4.2 Penyenggaraan Dalaman Penyenggaraan yang dijalankan oleh kakitangan bahagian berkenaan

4.3 Penyenggaraan Luaran Penyenggaraan yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik

4.4 Ketua Bahagian Pengarah Ukur Bahagian/Pengarah Bahagian

5. SINGKATAN

5.1 EDM Electronic Distance Measurement

5.2 eTSM Electronic Title Survey Module

5.3 eMedmas Electronic Malaysian Electronic Distance Measurement Accreditation Standard

5.4 GNSS Global Navigation Satellite System

Page 4: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 2/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

5.5 JUPN Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri

5.6 PUPN Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri

5.7 PPUT (W) Penolong Pengarah Ukur Topografi (Wilayah)

5.8 KCPUD Ketua Cawangan Pejabat Ukur Daerah (Juruukur Daerah/Juruukur Jajahan).

5.9 Penyelia (W) Penyelia (Wilayah)

5.10 PTM Pegawai Teknologi Maklumat

5.11 PKPUP Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

5.12 SPAK Sistem Pengurusan Aset Kadaster

5.13 SPPK Sistem Pengurusan Personel Kadaster

6. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

Tanggungjawab Tindakan

6.1 Penyenggaraan Peralatan

PPUT (W)/KCPUD/ Penyelia (W)/PTM

6.1.1 Sediakan senarai peralatan yang hendak disenggara.

6.1.2 Sediakan jadual penyenggaraan dan tentukan jenis penyenggaraan sama ada penyenggaraan dalaman atau penyenggaraan luaran.

Pengendali Alat/ Mesin PPUT (W)/KCPUD/ Penyelia (W)/PTM

6.1.3 Penyenggaraan dalaman:

a. Jalankan penyenggaraan ke atas peralatan/ mesin yang dikenalpasti berpandukan kepada manual peralatan/mesin berkenaan.

b. Rekod kerja penyenggaraan ke dalam buku log peralatan/ mesin.

PPUT (W)/KCPUD/ Penyelia (W)/PTM

6.1.4 Penyenggaraan luaran;

a. Kenalpasti kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan mengikut peraturan perolehan perkhidmatan yang digariskan dalam PK.JUPEM.04.

Page 5: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 3/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

Tanggungjawab Tindakan

b. Awasi penyenggaraan yang dibuat oleh kontraktor (jika dijalankan di jabatan) untuk memastikan kerja-kerja penyenggaraan yang dilakukan adalah sempurna dan menepati kehendak yang telah ditetapkan.

c. Membuat ujian (jika perlu) dan pengesahan ke

atas kerja-kerja penyenggaraan yang dibuat oleh kontraktor dengan menandatangani laporan penyenggaraan. Jika tidak memuaskan, hendaklah meminta kontraktor menjalankan penyenggaraan semula.

d. Merekod maklumat penyenggaraan ke dalam buku/kad rekod penyenggaraan peralatan/ mesin.

6.2 Tentukuran Peralatan Total Station

PPUT (W)/KCPUD/

Pegawai Kerjaluar

6.2.1 Memastikan peralatan total station dibuat ujian seperti berikut:

i. Semakan Harian

Pada tiap-tiap hari kerja, Pegawai Kerjaluar hendaklah mengukur semula garisan terakhir pada hari sebelumnya untuk tujuan semakan kejituan alat. Jika perbezaan bacaan melebihi had 10 milimeter, Pengukur hendaklah menjalankan ujian ‘Differential Field Test’.

ii. Differential Field Test

Ujian ini perlu dilaksanakan apabila Pegawai Kerjaluar memulakan kerja ukuran baru. Kaedah bagi menjalankan ujian ini adalah seperti Lampiran A.

iii. Tentukuran

Tentukuran hendaklah dilakukan apabila:

a. perbezaan bacaan jarak alat total station melebihi 10 milimeter (hasil dari ujian Differential Field Test), atau

b. sekali setiap enam (6) bulan, atau

c. selepas alat diservis, atau

d. apabila berlaku penggantian salah satu unit dalam set alat total station, atau

Page 6: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 4/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

Tanggungjawab Tindakan

e. apabila berlaku kecacatan akibat jatuh atau lain-lain, atau

f. bacaan jarak pada posisi yang sama tidak lagi konsisten.

Pegawai Kerjaluar 6.2.2 Membuat tentukuran peralatan di tapak kalibrasi. Gunakan borang ujian EDM KPU 143 untuk merekod hasil ujian (Lampiran B).

PPUT (W)/KCPUD

a. Menyemak hasil ujian tentukuran bagi memastikan sama ada ianya dibuat secara teratur mengikut pekeliling berkenaan dan menandatangani rekod ujian tersebut.

b. Sekiranya peralatan memberi selisih bacaan melebihi had yang dibenarkan, sertakan laporan kepada PUPN/ Ketua Bahagian untuk tindakan pembaikan.

Pegawai Kerjaluar 6.2.3 Bagi eKadaster, tentukuran yang dijalankan ditapak kalibrasi menggunakan aplikasi eTSM. Tatacaranya adalah seperti berikut:

a. Input data menggunakan aplikasi seperti di

Lampiran C.

b. Maklumat data berdigit bagi personel dan

nombor siri alat Total Station (*.ini) di muat turun dari SPPK.

c. Maklumat data berdigit jarak piawai pillar

(*.med) di muat turun dari SPAK.

d. Jika perbezaan jarak yang diukur dengan

jarak piawai tidak melebihi 10 milimeter, muat naik data berdigit ujian kalibrasi ke dalam SPAK untuk kelulusan KCJUD.

e. Jika perbezaan jarak yang diukur dengan jarak piawai melebihi 10 milimeter, hantar laporan perbezaan dan alat kepada KCJUD untuk tindakan selanjutnya.

KCPUD f. Meluluskan data berdigit kalibrasi EDM menggunakan SPAK yang seterusnya akan menjana nombor siri sijil digital EDM (*.edm).

g. Jika para 6.2.3 (e) berlaku, peralatan

hendaklah dihantar untuk pembaikan

Page 7: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 5/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

Tanggungjawab Tindakan

6.3 Tentukuran Peralatan GNSS

Pegawai Kerjaluar 6.3.1 Peralatan GNSS dibuat ujian seperti berikut:

i. Ujian Harian

a. Ujian harian adalah meliputi ujian peralatan masa hakiki dan juga ujian peralatan pasca pemprosesan.

b. Ujian ini perlu dilakukan setiap hari bagi

mengawal kualiti data cerapan melalui pemeriksaan peralatan GNSS yang digunakan. Rujuk Para 4.1 PKPUP Bil. 1/2008.

ii. Ujian Masa-Hakiki Berkala

a. Ujian masa-hakiki berkala hendaklah dilakukan bagi mengesahkan kebolehpercayaan alat penerima GNSS, antena, unit kawalan, kabel sama ada dalam bentuk komponen berasingan atau sebagai satu unit beroperasi dalam keadaan baik.

b. Ujian ini perlu dilakukan jika peralatan GNSS tersebut akan digunakan untuk tujuan kerja-kerja kawalan ukur kadaster masa hakiki.

c. Ujian ini perlu dilakukan setahun sekali atau selepas alat tersebut diperbaiki dari kerosakan bagi setiap unit peralatan GNSS yang akan digunakan bagi tujuan kerja-kerja pengukuran. Rujuk Para 4.2 PKPUP Bil. 1/2008.

iii. Ujian Cerapan Statik Berkala

a. Ujian cerapan statik berkala hendaklah dilakukan bagi mengesahkan kebolehpercayaan alat penerima GNSS, antena, unit kawalan, kabel sama ada dalam bentuk komponen berasingan atau sebagai satu unit beroperasi dalam keadaan baik.

b. Ujian ini perlu dilakukan jika peralatan GNSS tersebut akan digunakan untuk tujuan kerja-kerja kawalan ukur kadaster secara pasca pemprosesan dengan menggunakan data Virtual Reference Station (VRS) dari

Page 8: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 6/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

Tanggungjawab Tindakan

Pegawai Kerjaluar

Pegawai Kerjaluar/ KCJUD

Pegawai Kerjaluar

perkhidmatan MyRTKnet.

c. Ujian ini perlu dilakukan setahun sekali atau selepas alat tersebut diperbaiki dari kerosakan bagi setiap unit peralatan GNSS yang akan digunakan bagi tujuan kerja-kerja pengukuran. Rujuk Para 4.3 PKPUP Bil. 1/2008.

6.3.2 Bagi eKadaster, penentukuran peralatan GNSS di

lakukan tapak kalibrasi adalah menggunakan aplikasi eVRSCal. Tatacaranya adalah seperti berikut:

i. Memuat naik data digital tentukuran yang teratur ke dalam SPAK untuk kelulusan oleh KCPUD.

ii. Sekiranya peralatan memberi selisih bacaan melebihi had yang dibenarkan (tidak kurang dari 3 sentimeter bagi komponen utaraan dan timuran serta 6 sentimeter bagi komponen ketinggian), sertakan laporan untuk tindakan pembaikan.

iii. Muat turun sijil kalibrasi dan disertakan bersama-sama data digital yang lain semasa penghantaran kerjasiap.

7. REKOD

Jenis rekod Tempoh penyimpanan

Tempat simpanan

7.1 Buku Manual Mesin/alat Jangka hayat mesin/alat

JUPEM Negeri/ Bahagian Berkenaan

7.2 Jadual Penyenggaraan Alat Jangka hayat mesin/alat

JUPEM Negeri/ Bahagian Berkenaan

7.3 Rekod Data Berdigit Tentukuran EDM/Total Station

Kekal Pangkalan Data JUPEM Negeri

Page 9: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 7/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

7.4 Rekod Data Berdigit Tentukuran Alat GNSS

Kekal Pangkalan Data JUPEM Negeri

7.5 Borang Ujian EDM KPU 143

2 Tahun Pejabat Topografi Wilayah

7.6 Buku Daftar Ujian Tentukuran EDM/Total Station

2 Tahun Pejabat Topografi Wilayah

7.7 Buku Daftar Ujian Tentukuran GPS

2 Tahun Pejabat Topografi Wilayah

8. LAMPIRAN

8.1 Kaedah menjalankan Differential Field Test

8.2 Borang ujian EDM KPU 143

8.3 Input Data Kalibrasi Alat Total Station

Lampiran A.

Lampiran B.

Lampiran C.

Page 10: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 8/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

Lampiran A

KAEDAH MENJALANKAN DIFFERENTIAL FIELD TEST

Differential Field Test hendaklah dijalankan sebelum sesuatu kerja dimulakan. Ujian ini

seboleh-bolehnya dibuat pada tempat yang rata. Aturannya adalah seperti berikut.

1 . Tanam piket di A dan B berjarak tidak kurang daripada 50 meter.

2. Dirisiapkan EDM/total station di A dan reflector di B. 3. Ukur jarak AB. 4. Tanam piket di C lebih kurang pertengahan garisan AB.

5. Alihkan EDM/total station ke C dan pasangkan satu reflector di A. 6. Ukur jarak CA dan CB. 7. Bandingkan jarak AB dengan jumiah jarak CA + CB.

Jika didapati perbezaannya melebihi 10 mm, alat EDM/total station yang diuji itu tidak

boleh digunakan. lanya hendaklah dikenakan ujian Kalibrasi (tentukuran) untuk

memastikan sama ada ianya di dalam keadaan baik atau pun perlu diperbaiki.

A B 50 meter

A B 30 meter 20 meter

C

Page 11: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 9/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

Lampiran B

BORANG UJIAN EDM KPU 143

Page 12: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 10/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan

Lampiran C

INPUT DATA KALIBRASI ALAT TOTAL STATION

Page 13: PK.JUPEM.05 – Penyenggaraan Dan Tentukuran Peralatan

Muka 11/11

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.05 Penyenggaraan dan Tentukuran Peralatan