buletin - risda...2019/05/05  · pengguna dapat mengawal peralatan seperti peti ais, lampu, kipas,...

4
Bil. 5/2019 Page 1 Manfaat Teknologi IoT Sejajar IR 4.0 INTERNET of Things atau sering disebut IoT yang dicetuskan Kevin Ashton sekitar tahun 1999, adalah konsep jaringan komunikasi antara benda sekeliling, menerusi internet yang tersambung secara terus-menerus. IoT membabitkan peluasan ketersambungan internet melalui alat standard seperti komputer dan telefon pintar yang membenarkan ia berkomunikasi sesama sendiri, boleh diperhatikan dan dikawal dari jauh. Sejajar dengan perkembangan teknologi ini, banyak syarikat perusahaan besar seperti Intel, Microsoft, Oracle, Amazon Web Services, Cisco,Huawei dan LG berlumba-lumba mengeluarkan produk berasaskan teknologi IoT. Selain itu, penemuan Radio Frequency Identification (RFID) pada tahun sama merancakkan lagi pengkomersialan IoT. RFID adalah sistem identifikasi berasaskan sistem tanpa wayar yang memungkinkan pengambilan data tanpa bersentuhan seperti kod bar atau kad magnetik. Permintaan tinggi juga menjadi faktor produk IoT memenuhi pasaran. Teknologi besar ini, termasuk dalam Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang memberi manfaat cukup besar dalam kehidupan manusia hari ini. Antara industri utama mengaplikasi teknologi IoT ialah industri peruncitan dan pengurusan bekalan. Sistem ini memudahkan urusan jual beli di pasar raya tanpa perlu beratur panjang. Bagi pemilik hotel, restoran dan perniagaan, IoT membolehkan sistem bekalan lebih sistematik, mengurangkan penggunaan tenaga kerja, sistem dagangan dan logistik yang lebih tersusun serta penyelesaian berkesan kepada masalah kecurian. ‘ Budaya Inovasi Meransang Kreativiti ’ BULETIN

Upload: others

Post on 27-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - RISDA...2019/05/05  · Pengguna dapat mengawal peralatan seperti peti ais, lampu, kipas, pendingin hawa, kamera keselamatan, sensor suhu dan peralatan asas lain, walaupun

Bil. 5/2019

Page 1

Manfaat Teknologi IoT Sejajar IR 4.0

INTERNET of Things atau sering disebut IoT yang dicetuskan Kevin Ashton sekitar tahun 1999, adalah konsep jaringan komunikasi antara benda sekeliling, menerusi internet yang tersambung secara terus-menerus.

IoT membabitkan peluasan ketersambungan internet melalui alat standard seperti komputer dan telefon pintar yang membenarkan ia berkomunikasi sesama sendiri, boleh diperhatikan dan dikawal dari jauh.

Sejajar dengan perkembangan teknologi ini, banyak syarikat perusahaan besar seperti Intel, Microsoft, Oracle, Amazon Web Services, Cisco,Huawei dan LG berlumba-lumba mengeluarkan produk berasaskan teknologi IoT.

Selain itu, penemuan Radio Frequency Identification (RFID) pada tahun sama merancakkan lagi pengkomersialan IoT.

RFID adalah sistem identifikasi berasaskan sistem tanpa wayar yang memungkinkan pengambilan data tanpa bersentuhan seperti kod bar atau kad magnetik. Permintaan tinggi juga menjadi faktor produk IoT memenuhi pasaran.

Teknologi besar ini, termasuk dalam Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang memberi manfaat cukup besar dalam kehidupan manusia hari ini. Antara industri utama mengaplikasi teknologi IoT ialah industri peruncitan dan pengurusan bekalan.

Sistem ini memudahkan urusan jual beli di pasar raya tanpa perlu beratur panjang. Bagi pemilik hotel, restoran dan perniagaan, IoT membolehkan sistem bekalan lebih sistematik, mengurangkan penggunaan tenaga kerja, sistem dagangan dan logistik yang lebih tersusun serta penyelesaian berkesan kepada masalah kecurian.

‘ Budaya Inovasi Meransang Kreativiti ’

BULETIN

Page 2: BULETIN - RISDA...2019/05/05  · Pengguna dapat mengawal peralatan seperti peti ais, lampu, kipas, pendingin hawa, kamera keselamatan, sensor suhu dan peralatan asas lain, walaupun

Pemilik rumah juga mengambil kesempatan manfaat IoT untuk menjadikan tempat tinggal mereka dikenali sebagai Rumah Pintar (Smart House).

Kawal peralatan rumah

Pengguna dapat mengawal peralatan seperti peti ais, lampu, kipas, pendingin hawa, kamera keselamatan, sensor suhu dan peralatan asas lain, walaupun dari jarak jauh. Ini sekali gus menjadikan kediaman selamat dan menjimatkan tenaga. Antara peneraju smart house berasaskan IoT ialah Nest, Apple Home Kit dan Microsoft Home OS.

IoT juga diaplikasi pada bandar pintar untuk membantu pengelolaan sampah di kota dan meningkatkan keberkesanan seperti penggunaan tenaga. Terdapat banyak produk inovatif di pasaran yang ditujukan kepada petani berfikiran ke hadapan yang dipanggil pertanian pintar. Dengan hanya menggunakan telefon pintar, petani dapat memantau pelbagai keadaan seperti kelembapan, suhu, udara, dan kualiti tanah.

Peranti IoT memberi kesan cukup signifikan dalam sistem pemantauan kesihatan dengan menghantar notifikasi secara jarak jauh. Contohnya untuk pemantauan tekanan darah, tekanan jantung, pengambilan kalori, masa tidur dan lain-lain.

Alat ini sesuai diguna pakai, terutama warga emas dan pesakit kronik. Ini membolehkan pemantauan dan penjagaan berterusan bukan sahaja untuk pesakit, malah juga bermanfaat kepada penjaga.

Dunia pendidikan juga menerima impak besar kesan teknologi IoT dalam melestarikan sistem pendidikan yang efisyen serta berdaya maju. Pakar teknologi sebulat suara menyatakan pembelajaran menggunakan kandungan dalam talian yang berkualiti tinggi seperti e-learning mampu menawarkan pelbagai kemudahan dan maklumat yang menguntungkan pelajar dan pendidik.

IoT mengubah corak pengajaran dan pembelajaran tradisi kepada lebih sofistikated dan moden. Ia juga meningkatkan daya inovasi pelajar, sejajar dengan pemikiran pelajar Gen-Y sekarang.

Page 2

Berita Harian 6 Mei 2019

Page 3: BULETIN - RISDA...2019/05/05  · Pengguna dapat mengawal peralatan seperti peti ais, lampu, kipas, pendingin hawa, kamera keselamatan, sensor suhu dan peralatan asas lain, walaupun

Bil. 5/2019

Page 1

Engineers are Making a Personal Heating/Cooling System You Can Wear

Are you always cold? Or always hot? Do you ever find yourself in an argument with someone over whether the heating should be turned up or down?

If this sounds familiar, then maybe you'd like to hear that researchers are developing new tech that could one day see us all wearing personalised heating and cooling systems.

Engineers at the University of California have succeeded in creating a wearable patch that can cools or heat the wearer's skin to the temperature that is most comfortable to them. And even better, as the outside temperature adjusts, the patch does as well.

Developers say the mobile temperature system is also designed to be comfortable to wear, as it is lightweight and flexible, and is made out of thermoelectric alloys, which use an electric current to create temperature.

"You could place this on spots that tend to warm up or cool down faster than the rest of the body, such as the back, neck, feet or arms, in order to stay comfortable when it gets too hot or cold," said lead author Sahngki Hong, who is a mechanical engineer.

‘ Budaya Inovasi Meransang Kreativiti ’

BULETIN

Engineers at the University of California have succeeded in creating a wearable patch that can cools or heat the wearer's skin to the temperature that is most comfortable to them

Page 4: BULETIN - RISDA...2019/05/05  · Pengguna dapat mengawal peralatan seperti peti ais, lampu, kipas, pendingin hawa, kamera keselamatan, sensor suhu dan peralatan asas lain, walaupun

The creation of this fairly small patch is only the first step, however. The main objective of the team of researchers is to be able to create a material out of multiple patches that can be placed inside everyday clothing.

Another huge bonus out of this research could be in saving energy: At the moment, we use huge amounts of energy heating and cooling our homes – but if every individual were decked out with their own personalised thermostat, that could make a huge difference. The engineers estimate that in the summer, it could cut cooling costs by 70%.

However, this is all still a few years away at least. "We've solved the fundamental problems, now we're tackling the big engineering issues – the electronics, hardware, and developing a mobile app to control the temperature," explains Renkun Chen, a professor of mechanical and aerospace engineering at the universit

Page 2

The Star26 May 2019