ctu151 – tamadun dan pemikiran islam · pdf filemembawa maksud ‘al-fahmu’...

Download CTU151 – TAMADUN DAN PEMIKIRAN ISLAM · PDF filemembawa maksud ‘al-fahmu’ iaitu suatu kefahaman. ... kepentingan qawaid fiqhiyyah ialah: (1) Menyatukan permasalahan dan menyederhanakan

If you can't read please download the document

Upload: hatuyen

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • CTU263 9/11/2013

    Maruwiah Ahmat 1

    1

    Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN

    PENGENALAN 2

    HASIL PEMBELAJARAN

    Menerangkan kegunaan kaedah fiqh dalam pengurusan Islam

    KANDUNGAN

    5 Aplikasi Kaedah Fiq dalam

    Pengurusan

    5.1 Definisi Kaedah Fiqh

    5.2 Kepentingan Kaedah Fiqh

    5.3 Kaedah Fiqh Asas

    5.3.1 Setiap amal

    bergantung kepada

    tujuannya

    5.3.2 Kesukaran membawa

    kemudahan

    5.3.3 Kemudaratan

    dihilangkan

    5.3.4 Keyakinan tidak luput

    oleh keraguan

    5.3.5 Adat diterima sebagai

    sumber hukum

    3

    Salah satu ciri yang istimewa dalam syariah Islam ialah ia

    fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman. Syariah Islam

    tidak jumud atau beku seperti yang difikirkan oleh segelintir

    orang. Hukum-hakam Islam tidak hanya terikat kepada nas-

    nas secara tekstual, literal dan zahir tetapi harus

    diselaraskan dengan prinsip dan kaedah fiqh bagi

    mendepani permasalahan umat dan peredaran zaman.

    Islam bukan agama bersifat ritual semata-mata tetapi

    merangkumi persoalan urusan kemasyarakatan seperti

    kekeluargaan, pendidikan, ekonomi (iktisad), perundangan

    (nizam), jihad dan pemerintahan (siasah) yang mana mesti

    diurus dengan penuh kebijaksanaan.

    Pengenalan 4

    Cabaran zaman dengan kemajuan teknologi, sistem ekonomi

    yang kompleks, urusan manusia yang makin rencam

    menyebabkan pelbagai permasalahan baharu timbul.

    Untuk itu, para ulama perlu menguasai pelbagai bidang ilmu

    fiqh dengan lebih meluas untuk memenuhi keperluan umat seperti

    fiqh perbandingan, fiqh awlawiyyat, fiqh kenegaraan, fiqh

    ekonomi dan sebagainya.

    Para ulama mazhab telah banyak membicarakan perkara

    seperti ini.

    Antara mazhab yang begitu luas mengambil kira kaedah-

    kaedah fiqh dalam ijtihadnya ialah mazhab Imam Abu Hanifah

    dan as-Syafii.

    Pengenalan

    5

    Mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh bukan

    bermakna mengetepikan nas-nas Al-Quran dan as-

    Sunnah tetapi sebaliknya untuk mengurus dan

    memandu urusan agama dan urusan manusia agar

    diselaraskan dengan keadaan dan masa demi

    kemaslahatan umat itu sendiri dan mencapai tujuan

    syariah (maqasid syariah).

    Pengenalan 6

    Dari Segi Bahasa

    Kaedah fiqh (Qawaid Fiqhiyah) menurut pengertian

    bahasa ia mengandungi dua kalimah; kalimah

    pertama berasal daripada bahasa Arab iaitu

    qaidah (qawaid) yang membawa maksud asas

    sesuatu dan asalnya.

    Manakala kalimah kedua ialah perkataan fiqhiyyah

    berasal daripada perkataan fiqh yang mana ia

    membawa maksud al-fahmu iaitu suatu kefahaman.

    5.1 Definisi Kaedah Fiqh

  • CTU263 9/11/2013

    Maruwiah Ahmat 2

    7

    Dari Segi Istilah Para ulama mentakrifkan kaedah fiqh dengan pelbagai takrif namun para penyelidik mendapati bahawa ia mengandungi maksud yang sama namun diungkapkan dalam pelbagai susunan bahasa. Antara takrif yang kerap diutarakan dalam memahami kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang berbentuk hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Selain daripada itu, kaedah fiqh juga ditakrifkan sebagai asas-asas atau prinsip-prinsip fiqh yang bersifat menyeluruh dalam bentuk nas-nas dan teks-teks perundangan yang ringkas yang merangkumi hukum-hukum yang disyariatkan secara umum mengenai atau tentang perkara-perkara yang tergolong di dalam lingkungannya.

    5.1 Definisi Kaedah Fiqh 8

    Sebahagian ulama pula mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil Al-Quran dan al-Sunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang sekali gus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.

    Sebagai kesimpulannya, kaedah fiqh ialah suatu kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh para ulama untuk menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum.

    5.1 Definisi Kaedah Fiqh

    Ringkasnya ia adalah kaedah umum yang meliputi

    seluruh cabang masalah fiqh.

    Ia menjadi panduan untuk menetapkan hukum sama

    ada ke atas perkara/perbuatan yang telah

    ditunjukkan nas yang jelas mahupun yang belum ada

    nas sama sekali.

    Terdapat dua kaedah induk:

    (a) Menolak segala yang merosakkan

    (b) Menarik segala yang baik

    5.1 Definisi Kaedah Fiqh 10

    Antara kepentingan qawaid fiqhiyyah ialah:

    (1) Menyatukan permasalahan dan menyederhanakan fiqh Islam kerana banyak persoalan furu yang biasa dikumpulkan dalam satu kaedah sahaja.

    (2) Mempelajari ilmu ini dapat membantu dan menjaga serta mengikat banyak masalah yang hampir sama dalam hal kaedah yang sama boleh digunakan.

    (3) Mendidik para peniliti untuk menguasai masalah-masalah fiqh dan menjadikannya mampu menyimpulkan hukum-hukum yang tidak tertulis dalam kitab-kitab fiqh sesuai dengan kaedah mazhab masing-masing.

    5.2 Kepentingan Kaedah Fiqh

    11

    (4) Mempermudahkan para peneliti untuk mencari

    bahagian-bahgian dari hukum serta

    mengeluarkannya dari pelbagai aneka ragam,

    kemudian membatasinya dalam satu topik

    dengan memperhatikan pengecualian pada

    tiap-tiap kaedah.

    (5) Mengikat hukum-hukum yang banyak dengan

    satu ikatan sahaja menunjukkan bahawa hukum

    itu bertujuan menunjukkan kemaslahatan.

    5.2 Kepentingan Kaedah Fiqh 12

    Pembahagian Kaedah Fiqh

    5.3 Kaedah Fiqh Asas

    Setiap perkara berdasarkan niat

    Keyakinan tidak boleh dihilangkan

    oleh keraguan

    Kemudharatan mesti dihindarkan

    Kesusahan Membawa Kemudahan

    Adat Menentukan Hukum

    ( )

    (

    ( )

    ( )

    ( )

  • CTU263 9/11/2013

    Maruwiah Ahmat 3

    5.3 Kaedah Fiqh Asas 13

    Setiap Perkara Berdasarkan Niat

    Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

    Sesungguhnya setiap pekerjaan diambil kira dengan

    niat dan sesungguhnya setiap orang dikira apa yang

    diniatkan. (Riwayat Bukhari)

    Oleh itu pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan

    oleh ahli organisasi mestilah dengan niat yang selari

    atau tidak bercanggah dengan hukum Islam/syariat.

    Keyakinan Tidak Dihilangkan oleh Keraguan

    Sabda Rassulullah SAW:

    Apabila seseorang daripada berasa ada sesuatu di dalam

    perutnya lalu timbul keraguan, adakah keluar seesuatu atau tidak

    darinya, janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar

    bunyi atau menghidu bau. (Riwayat Bukhari)

    Kaedah tambahan:

    (a) Asas sesuatu tiada

    (b) Asal sesuatu itu adalah harus sehingga ada dalil yang

    menunjukkan ia haram.

    Contoh: Penggunaan binatang/tanaman dalam penghasilan

    produk yang tidak jelas dalil pengharamannya adalah halal.

    14

    5.3 Kaedah Fiqh Asas

    15

    Kemudharatan Mesti Dihindarkan

    Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

    Tidak berlaku mudharat dan tidak boleh memudharatkan.

    Contoh: - perkara yang boleh membawa kemudharatan

    hendaklah dihindarkan seperti pembinaan kilang arak.

    Kaedah tambahan:

    Menghindarkan kemudharatan lebih utama dari mendapat

    kebajikan.

    Contoh: Keputusan tidak membina empangan yang

    berhampiran dengan banyak kawasan kampung kerana

    akan membawa kemudharatan besar berbanding

    manfaat.

    5.3 Kaedah Fiqh Asas 16

    5.3 Kaedah Fiqh Asas

    Kesusahan Membawa Kemudahan

    Berdasarkan firman Allah SWT:

    Allah mengkehendaki kamu mudah dan Dia tidak

    mengkehendaki kamu susah. (Surah al-Baqarah: 185)

    Kesusahan terdiri dari sebab musafir, sakit, dipaksa,

    lupa, jahil dan tidak dapat dielakkan daripada

    berlaku.

    17

    Kaedah tambahan:

    1. Darurat mengharuskan perkara yang dilarang.

    Contoh: - makanan dan minuman yang

    diharamkan menjadi harus untuk menahan

    kebuluran dan dahaga.

    2. Keperluan tertentu dikira darurat sama ada untuk

    umum atau khusus.

    Contoh: - diharuskan kajian mengenai nuklear

    sedangkan ia boleh membawa kemudaratan yang

    lebih besar kepada umum.

    5.3 Kaedah Fiqh Asas

    18

    Contoh lain:

    Dibolehkan untuk memasarkan produk dari unsur haram

    seperti ubat dari gelatin khinzir sekiranya ia merupakan

    satu-satunya ubat untuk mengubati sesuatu penyakit.

    5.3 Kaedah Fiqh Asas

  • CTU263 9/11/2013

    Maruwiah Ahmat 4

    19

    Adat Menentukan Hukum

    Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

    Apa yang difikirkan oleh orang Islam baik, maka ia adalah baik di sisi Allah SWT.

    Contoh: Penentuan had umur baligh perempuan dan lelaki berbeza dari setiap negara. Jadi begitu juga kelayakan/umur seseorang untuk menjawat sesuatu pekerjaan adalah berbeza bagi sesebuah negara.

    Contoh: Wakil syarikat yang dihantar ke luar negara harus mentaati adat istiadat negara tersebut selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

    5.3 Kaedah Fiqh Asas

    20

    Kesimpulan

    5 Qawaid Fiqhiyah tersebut dapat membantu

    membentuk atau melahirkan sesebuah pengurusan

    yang berkualiti serta tidak bercanggah dengan

    syariat Islam demi mendapat keberkatan dan

    keredhaan Ilahi.

    Aplikasi kaedah fiqh dalam pengurusan juga

    memudahkan seseorang pengurus dalam mengurus

    sesebuah organisasi agar tidak bercanggah dengan

    syariat