ctu projek abbasiyah

12
ISI KANDUNGAN Bil . Kandungan Halaman 1. 1.0 Penghargaan 1 2. 2.0 Pendahuluan 2 3. 3.0 Kerajaan Abbasiyah 3.1 Latar Belakang 3.2 Faktor Perkembangan Sains dan Teknologi 3.2.1 Galakan Para Khalifah 3.2.2 Aktiviti Penterjemahan 3.2.3 Globalisasi Ilmu 3 4. 4.0 Kemajuan Sains Pada Zaman Abbasiyah 4.1 Ilmu Perubatan 4.2 Ilmu Astronomi 4.3 Ilmu Fizik 4.4 Ilmu Kimia 4.5 Ilmu Geografi 4.6 Ilmu Falak 4.7 Ilmu Matematik 5. 5.0 Tokoh-tokoh Sains Pada Zaman Abbasiyah 5.1 Ibnu Sina 5.2 Al-Battani 5.3 Jabir Ibnu Hayyan 5.4 Al-Khawarizmi 5.5 Ibnu Rusyd 6. 6.0 Kesimpulan 7. 7.0 Rujukan

Upload: amalina-zakaria

Post on 12-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sains dan teknologi zaman abbasiyah

TRANSCRIPT

Page 1: CTU Projek Abbasiyah

ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman

1. 1.0 Penghargaan 1

2. 2.0 Pendahuluan 2

3. 3.0 Kerajaan Abbasiyah

3.1 Latar Belakang

3.2 Faktor Perkembangan Sains dan Teknologi

3.2.1 Galakan Para Khalifah

3.2.2 Aktiviti Penterjemahan

3.2.3 Globalisasi Ilmu

3

4. 4.0 Kemajuan Sains Pada Zaman Abbasiyah

4.1 Ilmu Perubatan

4.2 Ilmu Astronomi

4.3 Ilmu Fizik

4.4 Ilmu Kimia

4.5 Ilmu Geografi

4.6 Ilmu Falak

4.7 Ilmu Matematik

5. 5.0 Tokoh-tokoh Sains Pada Zaman Abbasiyah

5.1 Ibnu Sina

5.2 Al-Battani

5.3 Jabir Ibnu Hayyan

5.4 Al-Khawarizmi

5.5 Ibnu Rusyd

6. 6.0 Kesimpulan

7. 7.0 Rujukan

Page 2: CTU Projek Abbasiyah

1.0 PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih

dahulu, ingin kami ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kesempatan kepada kami

untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Alhamdullillah sepanjang menyiapkan tugasan

ini, kami berjaya menangkis segala permasalahan yang timbul.

Kami ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Ustaz Shahril

Nizam Bin Zulkipli kerana telah memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami untuk

melengkapkan tugasan ini dengan sempurna. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada

ibu bapa kami yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada kami untuk

menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan seandainya

terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan tugasan ini. Walaupun

tugasan ini merupakan hasil pertama dari kami berempat, kami amat bersyukur kerana dengan

kecekapan, kesungguhan, kesabaran dan kerjasama yang kami tunjukkan akhirnya tugasan ini

dapat disiapkan pada masanya.

Page 3: CTU Projek Abbasiyah

2.0 PENDAHULUAN

Tugasan kami membincangkan mengenai kemajuan yang dicapai oleh umat Islam pada

zaman Kerajaan Abbasiyah dalam bidang Sains dan teknologi. Terdapat banyak faktor

yang mendorong kepada kemajuan tersebut. Antaranya, aktiviti penterjemahan, globalisasi

ilmu, galakan para khalifah dan program untuk memajukan bidang Sains.

Selain itu, bidang-bidang ilmu Sains dan teknologi yang telah diterokai oleh umat

Islam pada ketika itu ialah bidang ilmu perubatan, astronomi, Fizik, Kimia, Geografi,

Falak dan Matematik.

Kami juga turut membincangkan tokoh-tokoh Islam yang berjaya membuat

penemuan baru dan membetulkan fakta-fakta Sains terdahulu. Antaranya, Ibnu Sina yang

terkenal dengan kemahirannya dalam bidang perubatan, Al-Battani yang mempunyai

kemahiran dalam bidang Falak, Jabir Ibnu Hayyan yang banyak menghasilkan teori dalam

bidang Kimia, Al-Khawarizmi yang banyak mencipta formula dalam bidang Matematik, dan

Ibnu Rusyd yang banyak menyumbang dalam bidang kedoktoran.

Page 4: CTU Projek Abbasiyah

3.0 KERAJAAN ABBASIYAH

3.1 Latar Belakang

Kerajaan Abbasiyah merupakan empayar kedua Islam dan dibentuk selepas gerakan

Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan Kerajaan Umaiyah pada tahun 750 M.

Nama kerajaan ini diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah S.A.W, Al-Abbas.

Mereka menubuhkan kerajaan ini adalah untuk melaksanakan impian keturunan mereka,

iaitu Bani Hasyim yang menganggap bahawa tampuk pemerintahan hanya layak dipegang

oleh mereka. Kerajaan Abbasiyah memegang tampuk pemerintahan selama lima kurun,

iaitu dari tahun 132-650 Hijrah bersamaan 750-1258 Masihi.

3.2 Faktor Perkembangan Sains dan Teknologi

3.2.1 Galakan Para Khalifah

Para khalifah Abbasiyah mengambil berat tentang bidang ilmu pengetahuan.

Pelbagai rancangan telah dilaksanakan oleh mereka seperti mengadakan seminar

perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan seluruh dunia di musim haji dan

menyediakan peruntukan yang banyak dalam penyelidikan sains dan teknologi.

Selain itu, Balai Cerap yang dibina oleh Khalifah al-Ma’amun dilengkapi dengan

peralatan khusus untuk membuat penyelidikan dalam bidang astronomi serta

Khalifah al-Mu’tasim membina makmal pembedahan.

3.2.2 Aktiviti Penterjemahan

Kegiatan penterjemahan pada zaman Kerajaan Abbasiyah berlaku secara meluas

berbanding pada zaman Kerajaan Umaiyah. Pelbagai jenis karya dalam bidang

falsafah, astronomi, kimia, fizik, biologi dan perubatan diterjemahkan dalam

bahasa Yunani, Parsi dan Hindi. Pada zaman Khalifah al-Ma’amun, aktiviti

penterjemahan dilakukan dengan lebih terancang dan tersusun serta Bailtul

Hikmah telah dijadikan pusat penterjemahan negara.

3.2.3 Globalisasi Ilmu

Kegiatan perdagangan telah meluaskan perkembangan ilmu dan pembukaan

tempat-tempat strategik seperti Kota Sicily di Itali. Tempat ini menyimpan

pelbagai khazanah ilmu pengetahuan terutamanya ilmu astronomi dan perubatan.

Page 5: CTU Projek Abbasiyah

Selain itu, Kota Andalus menjadi tumpuan masyarakat Eropah dan para

cendiakawan kerana di kota inilah terdapat ratusan masjid, universiti dan

perpustakaan yang menyimpan 500,000 manuskrip.

Page 6: CTU Projek Abbasiyah

4.0 KEMAJUAN SAINS PADA ZAMAN ABBASIYAH

4.1 Ilmu Perubatan

4.2 Ilmu Astronomi

4.3 Ilmu Fizik

4.4 Ilmu Kimia

4.5 Ilmu Geografi

4.6 Ilmu Falak

4.7 Ilmu Matematik

Page 7: CTU Projek Abbasiyah

5.0 TOKOH-TOKOH SAINS PADA ZAMAN ABBASIYAH

5.1 Ibnu Sina (980 – 1037 M)

Ibnu Sina atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Husaini bin Abdullah bin Sina

merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat masyur dalam kemahirannya

dalam bidang perubatan. Sarjana Barat menggelarkan beliau sebagai Aviecena dan

Father of Doctors (Bapa kedoktoran). Karya tulisannnya yang terkenal iaitu Al-Qonun

fith-Thibb (Dasar-dasar Ilmu Kedoktoran) mengandungi ensiklopedia beliau tentang

ilmu kedoktoran. Menurut Dr. Robinson, buku ini sangat berpengaruh dan dijadikan

kesusasteraan wajib oleh fakulti kedoktoran di pelbagai Universiti di Asia dan Eropah

selama 6 abad. Pada zaman dinasti Han di China, buku ini menjadi standard karya-

karya perubatan. Buku ini juga diterjemahkan ke pelbagai bahasa, antaranya ialah

bahasa Inggris dengan tajuk Canon of Medicine.

5.2 Al-Battani (858 – 929 M)

Nama penuh beliau ialah Abu Abdillah Muhammad ibn Jabir al-Battani. Di Barat,

beliau dikenali dengan nama Albetegni. Al-Battani merupakan ahli matematik dan

astronomi. Antara sumbangan terbesar beliau ialah mengukur jarak antara bumi dan

langit, menghasilkan jadual pergerakan bulan dan bintang, mencipta alat pegukur yang

dikenali AstroLabe dan menjelaskan sistem geografi bumi serta pengaruh bulan dan

matahari.

5.3 Jabir Ibnu Hayyan (778 M)

Jabir Ibnu Hayyan merupakan seorang tokoh kimia yang terkemuka di dunia. Nama

sebenar beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi. Beliau dikenali dengan gelaran Al

Harani dan di kalangan orang Barat, beliau lebih dikenali sebagai Gaber. Antara

sumbangan beliau dalam bidang kimia ialah penemuan asid galian seperti asid sitrik

dan asid sulfurik, mencipta teori penghasilan petroleum dan alkohol, membaiki proses

pembuatan kaca serta menghasilkan 8 buah karya mengenai kimia.

5.4 Al-Khawarizmi ( 780 M – 850 M)

Nama penuh beliau ialah Abu Ja'far Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi. Beliau

merupakan seorang tokoh Islam yang mahir dalam bidang Matematik. Sarjana Barat

mengelarkan beliau sebagai Algorisme. Antara sumbangan terbesar beliau ialah

Page 8: CTU Projek Abbasiyah

mencipta sistem nombor, menghasilkan buku bertajuk Al-Jabr wa’l Muqabalah yang

menerangkan tentang penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan

trigonometri dan astronomi dan menghasilkan buku astronomi bertajuk Zij As-

Sindhind yang menjelaskan tentang kedudukan sebenar matahari, bulan dan planet-

planet.

5.5 Ibnu Rusyd (1126 - 1198 M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Wahid Muhammad bin Ahmad Ibnu Rusyd. Sarjana

Barat mengelarkan beliau sebagai Averros. Beliau dikenali sebagai perintis ilmu

kedoktoran umum dan Histologi (ilmu rangkaian tubuh). Beliau juga banyak

menyumbangkan jasa dalam bidang penelitian pembuluh darah dan penyakit cacar.

Karya beliau dalam bidang ini berjudul Al-Kulliyyat fit-Thibb (Aturan-aturan Umum

Ilmu Kedoktoran) yang terdiri dari 16 jilid besar. Selain itu, Ibnu Rusyd juga

merupakan seorang ahli falsafah dan ahli agama (Fiqh). Karyanya yang berjudul

Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid, mengandungi kajian hukum fiqh mazhab

Maliki yang tersusun secara sistematik.

Page 9: CTU Projek Abbasiyah

6.0 KESIMPULAN

Penemuan-penemuan baru yang telah diterokai oleh para sarjana dalam bidang Sains dan

teknologi telah mengubah cara hidup dan status umat Islam di mata dunia. Penemuan ini juga

memberi peluang kepada umat Islam untuk hidup lebih maju berbanding umat yang lain.

Pencapaian ini telah meletakkan mereka di peringkat tertinggi sehingga menarik umat bukan

Islam untuk memeluk Islam. Semangat gigih mereka untuk menuntut ilmu menjadikan kita

bangga dan sayang dengan agama Islam yang kita anuti. Oleh itu sebagai umat Islam,

kegemilangan umat terdahulu hendaklah dikembalikan dan dicontohi agar umat Islam

kembali menjadi umat yang bertamadun dan disegani oleh masyarakat dunia.