contoh soalan hubungan etnik dan jawapan

Upload: izzwandy

Post on 03-Mar-2018

908 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    1/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 1 daripada 12

    Bahagian A: Soalan Objektif

    (40 markah)

    Arahan: Jawab semua soalan

    1.

    Merujuk kepada jadual di atas, apakah nama negeri yang terdiri daripada ketiga-tiga

    etnik tersebut?

    A. Sabah.

    B. Sarawak.

    C. Negeri Sembilan.

    D. Kedah.

    2. Pemisahan kelompok ras secara paksa merupakan bentuk pelembagaan diskriminasi

    yang diterapkan dalam struktur sosial, contoh yang paling terkenal adalah Dasar

    Apertheid yang pernah diberlakukan di Afrika Selatan. Apakah istilah hubungan etnik

    yang sesuai dengan dasar di atas?

    A. Segregrasi.B. Defusi.

    C. Autokrasi.

    D. Amalgamasi.

    3.

    Apakah istilah yang sesuai bagi menjelaskan penyataan berkaitan di atas?

    A. Asimilasi.

    B. Akulturasi.

    C. Segregrasi.

    D. Amalgamasi.

    Kadazan Murut Bajau

    Masyarakat Cina Tionghua Kelantan tidak pernah rasa terpinggir walaupun di sekeliling

    mereka adalah orang-orang melayu beragama Islam. Kesenian dan kebudayaan tempatan

    diterima seterusnya mempengaruhi nama dan apa yang mereka suka.

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    2/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 2 daripada 12

    4.

    Formula X di atas merupakan satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari

    budaya kumpulan majoriti. Apakah istilah proses perpaduan yang sesuai dengan

    formula X di atas?

    A. Alkuturasi.

    B. Amalgamasi.

    C. Segregrasi

    D. Akomodasi.

    5.

    Ras boleh di takrifkan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan

    kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal. Apakah kategori ras yang sesuai dengan

    ciri-ciri di atas?

    A. Caucasoid.

    B. Negroid.C. Mongoloid.

    D. Austroloid.

    6. Terdapat beberapa aspek yang membawa kepada pembentukan masyarakat plural di

    Melaka terbentuk secara semula jadi, antara orang tempatan dan pedagang-pedagang

    asing. Apakah aspek-aspek tersebut?

    I. Pemerintahan dengan diplomasi dan terbuka.

    II. Perdagangan melalui pelabuhan yang cekap.

    III. Corak kependudukan di Melaka.

    IV. Kepelbagaian budaya di Melaka.

    A. I dan II.

    B. I, II dan III.

    C. II, III dan IV.

    D. Semua di Atas.

    Formula X: Ai + B + C = Ai + Bi + Ci

    Kaki kurus Rambut kerinting Mata besar Bibir tebal Kulit hitam Badan tinggi

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    3/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 3 daripada 12

    7. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu programsosioekonomi diMalaysia yang

    diperkenalkan pada tahun1971.Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan dan

    intergrasi. Siapakah Perdana Menteri yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar

    ini?

    A. Tun Hussein bin Dato' Onn.

    B. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

    C. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi

    D. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

    8. Dasar Penswastaan mula diperkenalkan pada tahun 1983, melibatkan pemindahan

    perkhidmatan atau perusahaan milik kerajaan kepada swasta. Berikut yang manakah

    benarmengenai tujuan dasar tersebut?

    I. Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.

    II. Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian.

    III. Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awan.

    IV. Membantu pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru.

    A. I dan II.

    B. I, II dan III.

    C. II, III dan IV.

    D. Semua di Atas.

    9.

    Apakah yang di maksudkan dengan konsep ketertinggian perlembagaan?

    A. Tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam

    perlembagaan. Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan.

    B. Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu perlembagaan persekutuan

    dan perlembagaan kerajaan negeri.

    C. Rakyat asing yang tinggal dalam Malaysia mesti mematuhi perlembagaan.

    D. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan tertinggi di nusantara.

    Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu

    dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen

    terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan

    tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada

    semua undang-undang.

    https://ms.wikipedia.org/wiki/Sosioekonomihttps://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/1971https://ms.wikipedia.org/wiki/1971https://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Sosioekonomi
  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    4/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 4 daripada 12

    10. Pada 30 Oktober 1957, Parti Perikatan dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah

    pertubuhan politik. Apakah parti utama yang menganggotai Parti perikatan?

    A. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA)dan Kongres India Malaysia (MIC).

    B. Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

    C. Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

    D. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA).

    11. Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia. Majoriti penganutnya

    adalah terdiri daripada etnik Cina. Apakah Mazhab agama Buddha yang di pegang oleh

    mereka di Malaysia?

    A. Theravada

    B. Veda

    C. Mahayana

    D. Ramayana

    12. Kitab Veda adalah yang terbesar malah dianggap sebagai ensiklopediaagama Hindu.

    Kitab ini mengandungi cerita pelbagai aspek kehidupan pada masa lampau. Manakah

    yang benar mengenai empat jenis kitab Veda?

    I. Rig Veda.II. Yajur Veda.

    III. Sams Veda.

    IV. Athar Veda.

    A. I dan II.

    B. I, II dan III.

    C. II, III dan IV.

    D. Semua di Atas.

    13. Thaipusam adalah sambutan yang diraikan sebagai hari kebesaran "Dewa Murugan".

    Murugan turut digelar dengan nama-nama yang lain, termasuk Skanda, Subramaniya,

    Karthikeya dan Shanmuga. Thaipusam diraikan pada Bulan 'Thai' dalam kalender

    Hindu, dimana hari sambutan jatuh ketika Bulan melintasi Bintang 'Pusam'. Di Malaysia,

    di manakah sambutan Thaipusam secara besar-besaran di buat pada setiap tahun?

    A. Batu Caves, Selangor.

    B. Batu Berendam, Melaka.

    C. Batu Maung, Pulau Pinang.

    D. Batu Kurau, Perak.

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    5/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 5 daripada 12

    14. Seseorang lelaki bertindak menghina institusi beraja secara melampau melalui akaun

    facebook. Selepas itu, lelaki itu di tangkap oleh pihak berkuasa dan didapati bersalah

    Apakah Prinsip Rukun Negara yang gagal dipatuhi dan dihayati oleh lelaki tersebut?

    A. Kepercayaan Kepada Tuhan.

    B. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

    C. Keluhuran Perlembagaan.

    D. Kedaulatan Udang-Undang.

    15. Hari Raya Aidilfitri disambut pada setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia.

    Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari

    Lebaran. Mengikut kalendar Islam, pada bulan apakah perayaan ini disambut?

    A. Ramadhan.

    B. Zulkaedah.

    C. Syawal.

    D. Safar.

    16. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)merupakan kursus latihan wajib selama tiga

    bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah

    diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan

    generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentukperwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Berapakah lingkungan umur calon-calon

    PLKN?

    A. 17 tahun ke atas.

    B. 12 tahun ke atas.

    C. 15 tahun ke atas.

    D. 20 tahun.

    17. Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule)adalah satu kaedah imperialisme penjajah

    Eropah yang digunakan di Tanah Melayu ketika dulu. Apakah pekerjaan Masyarakat

    Melayu semasa dasar ini di laksanakan?

    A. Petani dan Nelayan.

    B. Peladang.

    C. Pelombong.

    D. Penjaja makanan.

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    6/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 6 daripada 12

    18. Komuniti Melayu di bentuk bersesuian dengan sistem nilai dan adat Melayu. Begitu

    juga dengan sistem pendidikan awal ketika itu secara tidak formal seperti Sekolah

    Pondok. Apakah bahasa pengantar Sekolah Pondok pada zaman ketika itu?

    A. Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.B. Bahasa Dialek dan Bahasa Arab.

    C. Bahasa Cina dan Bahasa Melayu.

    D. Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

    19. Kelantan adalah sebuah negeri pantai timur yang di kuasai oleh parti pembangkang

    sejak dari tahun 1990 sehingga sekarang. Apakah nama parti pembangkang yang

    menguasia negeri Kelantan?

    A. Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    B. Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

    C. Parti Tindakan Demokratik (DAP).

    D. Parti Amanah Negara (AMANAH).

    20. Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik iaitu Hokkien, Kantonis,

    Hailam, Teochew dan Hainan. Etnik masyarakat cina manakah majoriti di Pulau

    Pinang?

    A. Teochew.

    B. HainanC. Kantonis

    D. Hokkien

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    7/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 7 daripada 12

    Bahagian B: Soalan Struktur

    (Jawab Semua Soalan)

    (40 Markah)

    1. Senaraikan LIMA [5] kesan kejatuhan ekonomi terhadap keharmonian dan sosiopolitik

    sesebuah negara.

    (10 Markah)

    2. Berikan EMPAT [4] Unsur Tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia yang

    dilindungi di bawah Akta Hasutan.

    (8 Markah)

    3. Senaraikan DUA [2]perlembagaan awal Melaka yang menjamin keharmonian kota dan

    keselamatan laut Melaka.

    (4 Markah)

    4. Nyatakan LIMA [5]kebaikan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

    (10 Markah)

    5. Senaraikan EMPAT [4]dasar-dasar pembangunan negara.

    (8 Markah)

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    8/12

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    9/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 9 daripada 12

    Skema Pemarkahan Peperiksaan Akhir Semester

    Bahagian A: Soalan Objektif

    (20 x 2 = 40 markah)

    E. A

    F. A

    G. A

    H. A

    I. B

    J. D

    K. D

    L. D

    M. A

    N. A

    O. C

    P. D

    Q. A

    R. B

    S. C

    T. A

    U. A

    V. AW. B

    X. D

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    10/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 10 daripada 12

    Bahagian B: Soalan Struktur

    (40 markah)

    Soalan 1

    Pengangguran berlaku akibat ketiadaan peluang pekerjaan.

    Pelabur semakin khuatir untuk melabur dan akhirnya mereka terpaksa melabur dinegara lain.

    Nilai mata wang juga turut jatuh.

    Kesejahteraan rakyat terganggu akibat tekanan kewangan.

    Mana-mana jawapan yang relevan.

    (5 isi x 2 markah = 10 markah)

    Soalan 2

    Bahasa Kebangsaan.

    Agama persekutuan.

    Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

    Pemerintahan beraja.

    (4 isi x 2 markah = 8 markah)

    Soalan 3

    Hukum Kanun Melaka.

    Undang-undang Laut Melaka.

    (2 isi x 2 markah = 4 markah)

    Soalan 4

    Dapat menyemai nilai-nilai patriotik kalangan remaja.

    Sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja.

    Melibatkan pelbagai kaum dan memperkukuhkan integrasi nasional.

    Memupuk generasi muda ke arah cinta, kasih dan sayang akan negara.

    Mana-mana jawapan yang relevan.

    (5 isi x 2 markah = 10 markah)

    Soalan 5

    DASAR EKONOMI BARU

    DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

    DASAR WAWASAN NASIONAL

    MODEL EKONOMI BARU

    DASAR PERINDUSTRIAN

    DASAR PENSWASTAAN

    DASAR PERTANIAN

    *Mana-mana empat dasar pembangunan negara.

    (4 isi x 2 markah = 8 markah)

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    11/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 11 daripada 12

    Bahagian C: Soalan Esei

    (20 markah)

    Soalan 1Perkahwinan Campur (Amalgamasi)

    Pendahuluan: (2 Markah)

    Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni.

    Perkahwinan campur antara masyarakat akan membentuk masyarakat yang bersatu padu.

    Isi: (4 isi 4 markah = 16 markah)

    Perkahwinan campur akan melahirkan anak yang bijak hasil gabungan genetik oleh

    ibubapa.

    Penggabungan dua budaya ini membolehkan mereka mempelajari pelbagai aspek

    baru.

    Kemeriahan dalam meraikan setiap perayaan.

    Mana-mana jawapan relevan diterima.

    (Pelajar perlu menghuraikan setiap isi yang diberikan dan memberikan contoh yang

    berkaitan)

    Penutup: (2 Markah)

    Pihak keluarga dan masyarakat harus menerima dan bertolak ansur dalam perkahwinancampur untuk mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di negara kita

  • 7/26/2019 Contoh Soalan Hubungan Etnik Dan Jawapan

    12/12

    MPU 3113 Hubungan EtnikPeperiksaan Akhir Semester

    Halaman 12 daripada 12

    Soalan 2

    Pantang Larang

    Pendahuluan: (2 Markah)Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat zaman lampau berkaitan dengan adat

    dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat

    kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan

    oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India.

    Isi: (4 isi4 markah= 16 markah)

    Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik

    masyarakat khususnya generasi muda.

    Pantang larang dapat menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan seharian

    contohnya berkaitan nilai Moral.

    pantang larang juga adalah bertujuan menjaga kesihatan diri supaya sihat dan

    cergas.

    Mana-mana jawapan relevan diterima.

    (Pelajar perlu menghuraikan setiap isi yang diberikan dan memberikan contoh yang

    berkaitan)

    Penutup: (2 Markah)Masyarakat berbilang kaum di negara kita mempunyai pelbagai pantang larang termasuklah

    berkaitan perkahwinan, perayaan dan juga mengandung. Pantang larang yang diamalkan

    oleh setiap kaum adalah berbeza-beza.

    *************