contoh soalan berdasarkan taksonomi bloom

9
Mohd Redzuan bin Che Ross 901005-08-6017 P6K Contoh soalan berdasarkan taksonomi bloom SET 1 1) Aras Pengetahuan Apakah maksud perkataan leka? 2) Aras Kefahaman Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah. Ali merupakan seorang pelajar yang sangat gigih berusaha demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. 3) Aras Aplikasi Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I.Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti. II.Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini. III.“kalau tiada uzur , saya pasti ke rumah awak,” kata Pak Ali. IV.Encik Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur.

Upload: redzuan1990

Post on 26-Dec-2015

76 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

error

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Soalan Berdasarkan Taksonomi Bloom

Mohd Redzuan bin Che Ross 901005-08-6017 P6K

Contoh soalan berdasarkan taksonomi bloom

SET 1

1) Aras Pengetahuan

Apakah maksud perkataan leka?

2) Aras Kefahaman

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah.

Ali merupakan seorang pelajar yang sangat gigih berusaha demi mencapai cita-

citanya untuk menjadi seorang doktor.

3) Aras Aplikasi

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I.Kereta abang telah uzur benar dan perlu diganti.

II.Saya berharap agar beliau uzur diri daripada jawatan ini.

III.“kalau tiada uzur, saya pasti ke rumah awak,” kata Pak Ali.

IV.Encik Daud tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau uzur.

4) Aras Analisis

Baca ayat di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.

Pertandingan Puisi Pelbagai Kaum yang terbuka kepada semua pelatih di

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya telah mendapat sambutan

hangat.

Rangkai kata sambutan hangat dalam ayat bermaksud?

Page 2: Contoh Soalan Berdasarkan Taksonomi Bloom

5) Aras Sintesis

Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi serangkap pantun

yang lengkap.

Masak sebiji di atas peti

Hutang budi dibawa mati

Pisang emas dibawa belayar

Hutang emas boleh dibayar

6) Aras Penilaian

Bandingbezakan kebaikan dan keburukan menonton televisyen.

Page 3: Contoh Soalan Berdasarkan Taksonomi Bloom

SET 2

1) Aras Pengetahuan

Di manakah terletak ibu negara Malaysia?

2) Aras Kefahaman

Hani merupakan seorang murid yang rajin membaca buku. Dia digelar

__________ di sekolah tersebut.

3) Aras Aplikasi

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I.Polis cuba mencungkil rahsia daripada orang yang disyaki itu.

II.Aktiviti mencungkil bijih timah di kaki bukit itu giat dijalankan.

III.Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.

IV.Pertandingan badminton untuk mencungkil bakat baharu akan diadakan

minggu depan.

4) Aras Analisis

Jamilah sentiasa meniupkan semangat kepada farid agar adiknya dapat

berjalan semula.

Apakah maksud rangkai kata meniupkan semangat dalam ayat?

5) Aras Sintesis

Amin lahir pada tahun 1985. Pada tahun bilakah dia menyambut tahun

kelahiran yang ke 28

6) Aras Penilaian

Beri pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan tinggal di asrama.

Page 4: Contoh Soalan Berdasarkan Taksonomi Bloom

SET 3

1) Aras Pengetahuan

Siva tidak makan ikan air tawar kerana berbau_________.

2) Aras Kefahaman

Pada malam yang sunyi itu, kedengaran suara orang merungut-rungut. Suara

itu adalah suara keresahan Halim. Nyamuk-nyamuk yang berterbangan di atas

kepala dan mengigitnya telah menganggu tidurnya sejak tadi.

Perkataan merungut-rungut boleh digantikan dengan ?

3) Aras Aplikasi

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

i. Senyum besar orang itu apabila mendapat pujian daripada majikannya.

ii. Majlis perkahwinan anak bangsawan itu makan belanja yang besar .

iii. Kegawatan ekonomi dunia menjadi masalah besar kepada negara.

iv. Kompleks Mega itu telah dirasmikan oleh orang besar.

4) Aras Analisis

Tiba-tiba aku tersedar

Lamunan yang merugikan terlepas kini

Sejarah hempedu pahit ku lupakan

Kini, ku semaikan benih-benih harapan

Bersama jutaan impian

Aku kan tempuh segala cabaran

Ku semai benih-benih harapan bermaksud

Page 5: Contoh Soalan Berdasarkan Taksonomi Bloom

5) Aras Sintesis

Susun semula perkataan-perkataan/frasa-frasa berikut supaya menjadi sebuah

ayat yang sempurna.

yang / terumbang-ambing / perahu / ombak / itu / kecil / dipukul

6) Aras Penilaian

Pilih tanda baca yang betul.

a) ”Amboi, Cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hedak pergi ke mana,

„ tanya nenek.

b) ”Amboi, cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi kemana?”

tanya nenek.

c)Amboi, cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi ke mana? Tanya

nenek.

d) Amboi cantiknya cucu nenek hari ini! Zura hendak pergi ke mana?

Tanya Nenek„.

Page 6: Contoh Soalan Berdasarkan Taksonomi Bloom

SET 4

1) Aras Pengetahuan

Tandakan ( B ) pada pernyataan yang benar dan ( S ) pada pernyataan yang

salah.

Kita tidak perlu mematuhi peraturan sekolah. ( )

2) Aras Kefahaman

Mengapakah agaknya Halim menjadi resah ?

3) Aras Aplikasi

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat.

Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pekerjaan.

4) Aras Analisis

Pilih ayat-ayat yang betul.

I. Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara.

II. Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu.

III. Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.

IV. Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

5) Aras Sintesis

Susun ayat di bawah mengikut urutan yang betul:

a. kemudian orang ramai menolong mangsa yang cedera.

b. tiba-tiba dia ternampak kemalangan antara sebuah kereta dengan

motosikal.

c. mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital untuk dirawat.

d. Fauzi segera ke pondok telefon dan menelefon polis dan ambulans.

e. Fauzi sedang menunggang basikal di sebatang jalan raya.

Page 7: Contoh Soalan Berdasarkan Taksonomi Bloom

6) Aras Penilaian

Ilmu sangat penting dalam kehidupan.

Bincangkan pernyataan tersebut.

RUJUKAN

1. http://wnazi.blogspot.com/2010/09/pembentukan-soalan-berdasarkan.html

2. http://www.smkdms.com/index.php/artikel/akademik/62-aras-aras-dalam-pembinaan-soalan

3. http://diniahfalahiah.blogspot.com/2012/01/kenali-aras-kognitif-taksonomi-bloom.html