contoh slide

19

Upload: muhammad-ismail

Post on 25-Jul-2015

932 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Slide
Page 2: Contoh Slide

MATEMATIK TINGKATAN 1

Bab 1 Nombor Bulat

Page 3: Contoh Slide

BAB 1 NOMBOR BULAT• Nombor 0, 1, 2, 3, ..., 50 ..., 8614, ... yang digunakan dalam proses pengiraan

dipanggil 'nombor bulat' (whole numbers).• Nombor bulat terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 yang boleh ditulis

dalam perkataan atau angka.• Nombor 1, 2, 3, 4, ... dipanggil nombor tabii / asli (natural numbers). Set tiga titik

dibelakang nombor-nombor tersebut menunjukkan bahawa corak terus-menerusnya yang juga dipanggil elipsis (ellipsis).

• Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 4,128,925 adalah seperti berikut:– Juta - angka 4– Ratus ribu - angka 1– Puluh ribu - angka 2– Ribu - angka 8– Ratus - angka 9– Puluh -angka 2– Unit - angka 5

Page 4: Contoh Slide

Menghitung nombor bulatHitung dalam gandaan sepuluh dari 20 hingga 50 (Jwb: 20, 30, 40, 50)Hitung dalam gandaan dua dari 4 hingga 20 (Jwb: 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20)

• Hitung dalam pengurangan lima dari 30 hingga 10 (Jwb: 30, 25, 20, 15, 10)

• Hitung dalam pengurangan seratus dari 1100 hingga 500 (Jwb: 1100, 1000, 900, 800, 700, 600, 500)

Page 5: Contoh Slide

Menulis nombor bulat dalam perkataan

• 1 020 (Jwb: Seribu dua puluh)• 19 503 (Jwb: Sembilan belas ribu lima ratus

tiga)• 634 202 (Jwb: Enam ratus tiga puluh empat

ribu dua ratus dua)• 1 007 032 (Jwb: Satu juta tujuh ribu tiga puluh

dua)

Page 6: Contoh Slide

Menulis nombor bulat dalam bentuk angka

• Lima ratus tiga puluh empat (Jwb: 534)• Dua belas ribu tujuh puluh (Jwb: 12 070)• Lima ratus dua puluh empat ribu, dua ratus

empat puluh dua (Jwb: 524 242)• Dua puluh satu juta, tujuh ribu empat puluh

lapan (Jwb: 21 007 048)

Page 7: Contoh Slide

Mengenal pasti nilai tempat• 24 763

– 2 - puluh ribu– 4 - ribu– 7 - ratus– 6 - puluh– 3 – unit

• 374 125

– 3 - ratus ribu– 7 - puluh ribu– 4 - ribu– 1 - ratus– 2 - puluh– 5 - unit

Page 8: Contoh Slide

Mengenal pasti nilai angka dalam nombor bulat

• Kenal pasti nilai angka 6 dalam nombor 36 052Jwb: Nilai tempat angka 6 adalah ribu. Oleh itu nilai angka 6 adalah 6000.

• Kenal pasti nilai angka 7 dalam nombor 472 351Jwb: Nilai tempat angka 7 adalah puluh ribu. Oleh itu nilai angka 7 adalah 70 000.

•Nombor bulat boleh di 'bundarkan' (rounded off) kepada nilai tempat tertentu mengikut ketepatan yang diperlukan.

Kaedah untuk pembundaran (rounding off) nombor bulat kepada nilai tempat yang diberi adalah seperti berikut;Cari angka di sebelah kanan nilai tempat yang diberi.

• Jika angka ini adalah kurang dari 5, biarkan angka pada nilai tempat tersebut tidak berubah.

• Jika angka ini adalah 5 atau lebih, maka tambahkan 1 pada angka dalam nilai tempat yang diberi dan gantikan setiap angka di sebelah kanan dengan 0.

Page 9: Contoh Slide

Pembundaran nombor bulat• Bundarkan 37 268 yang nilai yang terhampir

Ribu

– Nilai tempat yang diberi, ribu = 7.– Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 2 (2<5 ).– Biarkan angka 7 tidak berubah dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 7

dengan 0.• Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai ribu yang terhampir adalah 37 000.

Puluh ribu

– Nilai tempat yang diberi, puluh ribu = 3.– Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 7 (7>5).– Tambahkan 1 pada angka 3 dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 3

dengan 0.• Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai puluh ribu yang terhampir adalah 40

000.

Page 10: Contoh Slide

Penambahan DAN Penolakan

• Penambahan (addition) adalah proses penjumlahan dua nombor atau lebih. Simbol bagi penambahan adalah '+' dan dibaca sebagai 'tambah' (plus).

• Pengurangan / penolakan (subtraction) adalah proses mencari perbezaan atau baki (hasil tolakan dua nombor). Simbol bagi pengurangan / penolakan adalah '-' dan dibaca sebagai 'tolak' (minus).

Page 11: Contoh Slide

Penambahan nombor bulat

Cari nilai setiap yang berikut:a) 3 909 + 8 527

Jawapan

Page 12: Contoh Slide

b) 26 483 + 9 758 + 865Jawapan

Page 13: Contoh Slide

Penolakan nombor bulat

Cari nilai setiap yang berikut:a) 47 391 – 851Jawapan

Page 14: Contoh Slide

b) 238 472 - 79 586Jawapan

Page 15: Contoh Slide

LATIHAN PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN

1) Kampung A, B dan C mempunyai populasi penduduk 9 452, 13 337 dan 5 087. Kira jumlah populasi penduduk untuk tiga kampung tersebut. Answer

2) Pada hari pertama pelancaran kereta jenama CAR, pengedar menerima tempahan 7 122 dan 5 908 unit untuk setiap model automatik dan manual. Cari perbezaan antara bilangan kereta jenama CAR model automatik dan model manual yang ditempah pada hari tersebut.

Answer

Page 16: Contoh Slide

Pendaraban Dan Pembahagian

• Pendaraban (multiplication) adalah proses mencari produk terdiri daripada dua atau lebih nombor. Simbol bagi pendaraban adalah 'x' dan dibaca sebagai 'darab' (multiply).

• Pembahagian (division) adalah proses mencari hasil bahagi suatu nombor dengan nombor lain yang mana bukan sifar. Simbol bagi pembahagian adalah '÷' dan dibaca sebagai 'bahagi' (divide).

Page 17: Contoh Slide

Mendarabkan dua nombor

a) 347 x 24

Page 18: Contoh Slide

Membahagikan nombor bulat dengan nombor bulat yang lebih kecil

a) 534 ÷ 3 b)5 649 ÷ 21

Hasil bahagi 534 ÷ 3 adalah 178. Hasil bahagi 5 649 ÷ 21 adalah 269.

Page 19: Contoh Slide

Latihan Darab dan Bahagi

a) Satu rim kertas bersaiz A4 mengandungi 485 helai. Sebuah pusat fotokopi menggunakan 36 rim kertas bersaiz A4 sehari. Kira jumlah helai kertas bersaiz A4 yang digunakan dalam sehari oleh pusat fotokopi tersebut. Answer

b) Sebuah badan bukan kerajaan ingin mengagihkan bantuan 525 buah basikal kepada 7 buah sekolah terpilih dalam daerah Alor Gajah. Jika basikal tersebut diagihkan sama-rata untuk setiap sekolah, berapa buah basikal yang akan diterima oleh setiap sekolah? Answer