contoh refleksi bm

3
REFLEKSI Kekuatan: Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanaka set induksidengan aktiiviti permainan bahasa.Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua mu daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak mengambil perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk membuat rumusan. Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus men membetulkan murid yang telah menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran pembelajaran dijalankan. Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal se dapat belajar dengan tenang. urid juga dapat memberi respon ketika sesi pengaja dan pembelajaran berlangsung. Kelemahan !elemahan pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan sepatutnya guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancara intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada langkah ini. "egitu juga dengan objektif murid dapat menjawab soalan pemahaman secara lisan dan memahaminya. Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, lebih tepat kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat ba kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat memahami dengan lebih jelas.!etika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda baca yang betuliaitu tidakmenggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar.

Upload: naufals-mum

Post on 03-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI

REFLEKSI

Kekuatan:

Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanakan set induksi dengan aktiiviti permainan bahasa.Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan tersebut ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua murid. Selain daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak mengambil perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk membuat rumusan.

Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan membetulkan murid yang telah menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid dapat belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kelemahan Kelemahan pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu sepatutnya guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada langkah ini. Begitu juga dengan objektif murid dapat menjawab soalan pemahaman secara lisan dan memahaminya. Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, atau lebih tepat kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid.

Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat memahami dengan lebih jelas.Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar.

Sepatutnya boleh meminta murid menulis ayat dengan menggunakan tempat-tempat yang ditulis tadi. Guru juga tidak membuat aktiviti menulis jawapan daripada soalan pemahaman. Jika mengikut perancangan, murid perlu menulis jawapan daripada soalan di papan hitam. Oleh itu, objektif bagi aktiviti ini tidak tercapai kerana murid hanya menjawab secara lisan bukan dengan menulis.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat seorang murid dari kelas lain yang datang ke kelas ini kerana mempunyai urusan dengan salah seorang dengan murid di kelas ini. Namun, sepatutnya guru hendaklah menyelesaikan setiap perkara yang berlaku disekeliling walaupun ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut sedang rancak dijalankan.

Guru boleh meminta murid untuk menulis kata abjektif di dalam buku atau di papan hitam agar murid dapat memahami dengan dengan jelas tatabahasa yang telah diajar.Arahan daripada guru adalah tempat-tempat yang menarik di Malaysia, namun pada aktiviti tersebut, terdapat juga murid yang telah menulis luar daripada Malaysia iaitu Singapura. Guru perlu terus menegur supaya arahan atau kehendak diikuti dan tidak terkeluar daripada tajuk dan arahan sebenar. Namun begitu, guru tidak menanggalkan hasil murid (kertas manila) menyebabkan guru tiada ruang untuk menulis di papan hitam.

Langkah mengatasi

Dalam perancangan lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji kemahiran murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang bersesuaian agar tahap murid diuji.

Guru sepatutnya meminta murid untuk membina ayat menggunakan perkataan tempat-tempat yang menarik dalam kumpulan daripada hanya meminta murid menyenaraikan tempat-tempat yang menarik kerana aktiviti ini adalah aras rendah tidak sesuai dengan tahap murid tersebut.Selain daripada itu, guru boleh juga meminta murid untuk menulis di papan hitam ayat yang mengandungi kata adjektif agar menerangan tentang kata adjeltif tersebut lebih jelas.

Guru juga hendaklah menyediakan plan A dan plan B bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat dan mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT dan KMD. Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru seharusnya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.Guru boleh melakukan aktiviti menyoal dan menjawab soalan pemahaman secara berpasangan agar semua murid mendapat kemahiran tersebut.