contoh proposal kerja kursus sejarah tingkatan 6 (stpm) penggal 2 (2014 / 2015)

4
Nama : THANUSHAH A/P P.SONIYASEE Tingkatan : 6AK1 Nombor IC : 960512-04-XXXX Tema 2 Sejarah Ketenteraan Dan Keselamatan Tajuk : Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada Masyarakat Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014. 1. Pemilihan Tajuk Pengkaji memilih tajuk ini kerana tajuk ini mampu memberi banyak info tentang JPAM kepada masyarakat. Selain itu, pengkaji juga amat tertarik dengan cara JPAM Jasin menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Bagi pengkaji, sejarah dan perkembangan dalam pentadbiran JPAM serta sumbangannya kepada masyarakat sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaji. 2. Pengenalan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ialah agensi pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991. Ketua pengarah JPAM kini adalah Dato' Zaiton Binti Ab Samad. Pada tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan. Dalam tahun 1979,Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini. JPAM Jasin,Melaka merupakan salah satu cawangan bagi agensi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Leftenan (PA) Hamdan Bin Mohammad Saat merupakan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin pada tahun 2014. JPAM Jasin

Upload: thanushah-soniyasee

Post on 21-Jan-2018

5.276 views

Category:

Education


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)

Nama : THANUSHAH A/P P.SONIYASEE

Tingkatan : 6AK1

Nombor IC : 960512-04-XXXX

Tema 2

Sejarah Ketenteraan Dan Keselamatan

Tajuk :

Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada

Masyarakat Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014.

1. Pemilihan Tajuk

Pengkaji memilih tajuk ini kerana tajuk ini mampu memberi banyak info tentang JPAM

kepada masyarakat. Selain itu, pengkaji juga amat tertarik dengan cara JPAM Jasin

menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Bagi pengkaji, sejarah dan

perkembangan dalam pentadbiran JPAM serta sumbangannya kepada masyarakat sangat

sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaji.

2. Pengenalan

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ialah agensi pertahanan awam di Malaysia

yang terletak di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Dahulu dikenali

sebagai JPA3 atau Rescue 991. Ketua pengarah JPAM kini adalah Dato' Zaiton Binti Ab

Samad. Pada tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952

sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan

tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.Apabila negara mencapai

kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah

bidangkuasa Kerajaan Persekutuan. Dalam tahun 1979,Ordinan Pertahanan Awam (1951)

telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa

aman sehinggalah ke hari ini. JPAM Jasin,Melaka merupakan salah satu cawangan bagi

agensi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Leftenan (PA) Hamdan Bin Mohammad Saat

merupakan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin pada tahun 2014. JPAM Jasin

Page 2: Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)

ditubuhkan pada tahun 2008 di Jalan Pegawai, Jasin. JPAM Jasin banyak memberikan

sumbangan kepada masyarakat bandar ini.

3. Objektif Kajian

1.Mengenalpasti dan mengkaji sejarah serta perkembangan Jabatan Pertahanan Awam

Malaysia Jasin.

2.Mengkaji sumbangan dan peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin,Melaka.

3.Mengkaji tentang usaha-usaha penambahbaikan untuk menjadikan JPAM Jasin sebagai

agensi keselamatan yang mantap.

4. Permasalah Kajian

Pengkaji akan menjelaskan tentang sejarah dan perkembangan Jabatan Pertahanan Awam

Malaysia Jasin. Di samping itu, esei ini juga akan menjelaskan tentang sumbangan dan

peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysian Jasin kepada penduduk setempat. Bukan itu

sahaja,esei ini juga akan menjelaskan tentang usaha-usaha penambahbaikan untuk

menjadikan JPAM Jasin sebagai agensi keselamatan yang mantap.

5. Skop Kajian

Sejarah dan perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin dari tahun 2008

sehingga tahun 2014. Kajian ini akan memfokuskan tentang sumbangan dan peranan Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia Jasin di sekitar Bandar Jasin.

6. Kajian Terdahulu / Lepas

Kajian ini dilakukan oleh Dayang Manja Binti Awang Suhaili dikeluarkan pada tahun 2005,

bertajuk “Perbandingan Jabatan Bomba Dan Penyelamat dengan Jabatan Pertahanan Awam

Malaysia”.

Page 3: Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)

7. Kaedah Kajian

Kaedah Temubual – Melalui kaedah ini, pengkaji akan menemubual beberapa kakitangan

Jabatan Pertahan Awam Malaysia Jasin bagi mengetahui tentang sejarah dan perkembangan

JPAM Jasin.

Kaedah Lapangan – Melalui kaedah ini, pengkaji akan melawati Jabatan Pertahanan Awam

Malaysia Jasin bagi tujuan mengumpul maklumat-maklumat yang berguna untuk kajian

pengkaji.

Kaedah Perpustakaan – Melalui kaedah ini, pengkaji akan mencari maklumat untuk kajian

saya melalui internet, surat khabar, rujukan dari buku dan bahan bahan media yang

menyatakan tentang sumbangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin.

8. Pembahagian Struktur Esei

a. Pengenalan

- Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan sejarah dan perkembangan Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia Jasin dari tahun 2008 hingga tahun 2014.

b. Isi-Isi

b.1.Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengenalpasti dan mengkaji tentang sejarah serta

perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin dari tahun 2008 dan tahun 2014.

b.2.Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan sumbangan dan peranan Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia Jasin kepada penduduk setempat.

b.3.Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan tentang usaha-usaha penambahbaikan

untuk menjadikan JPAM Jasin sebagai agensi keselamatan yang mantap.

c. Kesimpulan

- Dalam bahagian kesimpulan,pengkaji telah menjelaskan tentang sumbangan Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia Jasin kepada semua masyarakat setempat supaya masyarakat

dapat mengenali dan menghargai segala usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi

tersebut.Masyarakat perlu sentiasa memberi sokongan dan bekerjasama dengan JPAM Jasin

demi memastikan keselamatan dan kehidupan penduduk terjamin.

Page 4: Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)

9. Penutup

- Pengkaji berharap kajian pengkaji ini akan dapat menjawab persoalan yang berlegar di

minda pengkaji, seterusnya memenuhi aspek penyelidikan pengkaji dalam kajian PBS

Sejarah STPM.

10. Rujukan / Bibliografi

1. Mejar (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah,”Jabatan Pertahanan Awam Malaysia iktiraf

SISPA UTHM”(Mejar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 2009)

2. Dayang Manja Binti Awang Suhaili, “Kajian Perbandingan Antara Jabatan Bomba Dan

Penyelamat Dan Jabatan Pertahanan Awam Di Kuching,Sarawak”.(Ijazah Sarjana Muda

Kaunseling Dengan Kepujian., Universiti Sarawak Malaysia, 2005)

3. “SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA),” Portal Rasmi Jabatan Pertahanan

Awam Malaysia, diakses April 13, 2013,

http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan/siswa-siswi-pertahanan-awam-

sispa.

4. Roslan Bin Wahab, “ „Seminar Kebangsaan Keselamatan Kampus Malaysia‟: Sumbangan

Yang Boleh Diberikan Oleh Jabatan Pertahanan Awam Kepada Keselamatan Di Kampus. “

Seminar Yang Disampaikan Kepada Warga IPT Bagi Keselamatan Di Kampus, Hotel Sama

Sama, KLIA, Sepang, Disember 16, 2013.