contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian pbs pa

7
950315-10-5034 1.0PENGENALAN Penggunaan beg plastik dalam pelbagai aktiviti khusus untuk memuatkan barangan yang dibeli di gedung beli belah, pasar raya dan kedai sudah menjadi amalan biasa sejak berkurun lamanya. Kesedaran masyarakat terhadap sifar penggunaan beg plastik masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negara maju untuk memastikan bumi ini bebas daripada sebarang pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pada Januari 2010 Kerajaan Negeri Selangor telah mula melaksanakan Kempen Palstik Sifar demi memupuk kesedaran orang ramai tentang penggunaan plastik serta kesannya kepada alam sekitar. Melihat daripada sudut yang positif, kempen ini sudah pasti memberikan banyak impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Kempen ini akan memberi kesedaran dan manfaat kepada para pengusaha dan pengguna iaitu mengurangkan kos pemprosesan beg plastik serta mengurangkan pencemaran alam sekitar. Namun begitu, masih ada sedikit kompromi dalam penggunaan beg plastik ini tiba musim perayaan-perayan penting kempen ini seolah diabaikan begitu sahaja kerana permintaan yang tinggi daripada pengguna terhadap beg plastik kerana bagi mereka lebih mudah untuk dijinjing berbanding beg kitar semula . Plastik adalah bahan sintetik yang tidak akan reput dalam timbunan sampah. Oleh itu, ia dikatakan tidak mesra alam. Plastik biasa yang digunakan seperti polietilena, polipropilina dan polivil klorida dihasilkan melalui proses kimia daripada bahan petrokimia. Sebanyak 1000 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun diseluruh dunia dan dianggarkan 30% daripada plastik yang dihasilkan akhirnya dibuang ke persekitaran tanpa dikitar semula. Malangnya plastik terpakai ini tidak mudah didegradasi dan akan kekal selama beratus-ratus tahun di persekitaran. Penggunaan beg plastik akan menyukarkan lagi proses pelupusan sampah kerana kebanyakan beg plastik sukar untuk dilupuskan, malah beg plastik yang boleh 1

Upload: athirah-amalina

Post on 20-Jun-2015

18.880 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA

950315-10-5034

1.0 PENGENALAN

Penggunaan beg plastik dalam pelbagai aktiviti khusus untuk memuatkan barangan yang

dibeli di gedung beli belah, pasar raya dan kedai sudah menjadi amalan biasa sejak berkurun

lamanya. Kesedaran masyarakat terhadap sifar penggunaan beg plastik masih terlalu rendah jika

dibandingkan dengan negara maju untuk memastikan bumi ini bebas daripada sebarang

pencemaran alam sekitar.

Oleh itu, pada Januari 2010 Kerajaan Negeri Selangor telah mula melaksanakan ‘Kempen

Palstik Sifar’ demi memupuk kesedaran orang ramai tentang penggunaan plastik serta kesannya

kepada alam sekitar.

Melihat daripada sudut yang positif, kempen ini sudah pasti memberikan banyak impak

kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu

kita. Kempen ini akan memberi kesedaran dan manfaat kepada para pengusaha dan pengguna

iaitu mengurangkan kos pemprosesan beg plastik serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Namun begitu, masih ada sedikit kompromi dalam penggunaan beg plastik ini tiba musim

perayaan-perayan penting kempen ini seolah diabaikan begitu sahaja kerana permintaan yang

tinggi daripada pengguna terhadap beg plastik kerana bagi mereka lebih mudah untuk dijinjing

berbanding ‘beg kitar semula’.

Plastik adalah bahan sintetik yang tidak akan reput dalam timbunan sampah. Oleh itu, ia

dikatakan tidak mesra alam. Plastik biasa yang digunakan seperti polietilena, polipropilina dan

polivil klorida dihasilkan melalui proses kimia daripada bahan petrokimia. Sebanyak 1000 juta

tan plastik dihasilkan setiap tahun diseluruh dunia dan dianggarkan 30% daripada plastik yang

dihasilkan akhirnya dibuang ke persekitaran tanpa dikitar semula. Malangnya plastik terpakai ini

tidak mudah didegradasi dan akan kekal selama beratus-ratus tahun di persekitaran. Penggunaan

beg plastik akan menyukarkan lagi proses pelupusan sampah kerana kebanyakan beg plastik

sukar untuk dilupuskan, malah beg plastik yang boleh dilupuskan tidak akan mereput tanpa

kelembapan, cahaya dan oksigen di tempat pembuangan serta penggunaan bahan kimia.

1

Page 2: Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA

950315-10-5034

‘Kempen Plastik Sifar’ iaitu Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu bertujuan untuk

mentransformasikan sesebuah negara sebagai sebuah negara yang bersih, ceria dan hijau dengan

menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik.

Hasil pemerhatian pengkaji iaitu di Pasaraya Billion sesiapa yang masih ingin

menggunakan beg plastik boleh memperolehinya dengan bayaran denda sebanyak RM0.20 sen

sekeping pada hari tersebut. Pelaksanaan pihak pasaraya terhadap Hari Tanpa Beg Plastik masih

tidak menyeluruh dan penguatkuasaannya juga masih lemah. Masih ada kompromi dalam

sesetengah situasi di mana Hari Tanpa Beg Plastik ini tidak dipedulikan atas dasar kerana musim

perayaan. Perkara ini jelas dapat dilihat ketika membeli di Pasaraya Billion. Pengkaji sendiri pun

pelik apabila pengkaji hanya membeli satu botol air mineral dengan roti pun, mereka mahu

meletakkannya dalam beg plastik. Pengkaji katakan tidak perlu beg plastik dan mereka faham.

Kesimpulannya, tidak semua orang sedar akan kesan negatif penggunaan beg plastik ini dan

kesedaran ini harus diberikan agar objektif Hari Tanpa Beg Plastik ini tercapai seperti yang

dirancang.

Pengkaji ingin menjalankan kajian pada kali ini bagi mengenal pasti kekerapan

penggunaan plastik dan juga kesan penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar. Kajian ini

penting untuk melihat sejauh mana pandangan masyarakat terhadap kempen ini dari perspektif

positif mahupun negatif kerana hal yang berkaitan dengan beg plastik banyak dilibatkan dengan

pencemaran alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan ceria penting untuk pertumbuhan

hidupan bumi terutama sekali manusia. Jika alam sekitar tidak dijaga dengan sempurna hidupan

di bumi akan semakin hilang pertimbangan baik melibatkan habitat, populasi mahupun

sebagainya. Oleh itu, amat penting untuk melakukan kajian ini demi membina masa depan yang

baik pada masa akan datang supaya generasi pada masa akan datang juga akan lebih menghargai

alam sekitar.

Kajian ini dijalankan di Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi bagi memerhati kekerapan

penggunaan beg plastik pada hari Sabtu dan dalam kalangan penduduk Desa Putra untuk

mengenal pasti tahap kesedaran warga Desa Putra terhadap kesan penggunaan beg plastik kepada

alam sekitar. Oleh itu, kajian ini tidak digeneralisasikan kepada pasaraya dan penduduk selain

daripada Pasaraya Billion, Bandar Baru Bangi dan penduduk Desa Putra.

2

Page 3: Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA

950315-10-5034

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk:

2.1 Mengenal pasti kekerapan penggunaan beg plastik oleh pengunjung di Pasaraya

Billion, Bandar Baru Bangi.

2.2 Mengenal pasti akan kesan penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar.

3.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian bertempat di Pasaraya BILLION dan Desa Putra. Pasaraya BILLION ini

berada di dalam PKNS Bangi yang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia serta di

bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. Lokasi kajian ini terletak kira-kira 12 kilometer

dari bandar Kajang dan 6 kilometer dari Bangi Lama. Kawasan ini juga berhampiran dengan

kawasan Taman Tasik Cempaka yang menjadi tumpuan untuk beriadah pada waktu petang.

Lokasi kajian ini berdekatan dengan zon yang dilengkapi dengan zon perumahan, zon

perniagaan, zon rekreasi dan zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan

Perindustrian Bandar Baru Bangi. Banyak kilang didirikan berdekatan dengan kawasan kajian di

sini. Selain itu, terdapat beberapa buah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang terletak

berhampiran dengan lokasi kajian seperti Universiti Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan

Malaysia dan juga Kolej Poly-Tech Mara. Terdapat juga beberapa buah Institut Pendidikan lain

berdekatan dengan lokasi kajian iaitu Sri Ayesha Islamic School.

Desa Putra pula terletak di daerah Sepang. Lokasi ini terletak kira-kira 3 kilometer

berhampiran Putrajaya dan 6 kilometer berhampiran lokasi kajian utama. Disebabkan lokasinya

yang berdekatan, Pasaraya Billion banyak menerima kunjungan daripada penduduk Desa Putra

sendiri. Mengikut laman web rasmi JKKK Desa Putra penduduknya dianggarkan seramai 2015

orang pada tahun 2009.

3

Page 4: Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA

950315-10-5034

Gambar 1: Pasaraya Billion Gambar 2: Kompleks PKNS

(Sumber: Kajian Lapangan, 2014)

PETA 1: KAWASAN KAJIAN

(Sumber: Google Map 2014)

4

Page 5: Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA

950315-10-5034

PETA 2: PELAN LOKASI KOMPLEKS PKNS BANGI

(Sumber: Malaysia Map Directory, 2014)

5

Page 6: Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA

950315-10-5034

PETA 3: PETA DAERAH KAWASAN KAJIAN

(Sumber: Google Images 2014)

6

PETA KAWASAN KAJIAN