contoh ldk.doc

31
MENUJU WAWASAN UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM JANGAN BUANG MASA SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH KITA ADA ALLAH MAHA KUASA KITA PUNYA KUASA TENAGA DOA SEBAGAI SENJATA UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH UMAT SILAM ZAMAN LAMPAU TAAT PERINTAH RASULULLAH BERSAMA BERUSAHA BERSATU TUJU WAWASAN DUNIA DAN AKHIRAT WAWASAN DUNIA DAN AKHIRAT AKHIRNYA ISLAM CEMERLANG SELURUH DUNIA WAWASAN DIRI PENUHI DI DADA DENGAN ILMU WAWASAN AGAMA BEKALAN MASA DEPAN DAN AKHIRAT KUAT USAHA JUJUR DAN AMANAH SENTIASA MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH AQIDAH IBADAH HARUS SEMPURNA IBADAH TANPA AQIDAH WAWASAN SYAITAN ULAMA WARISAN ANBIA’ PEGANGAN MEREKA HARUS DIIKUT AJARAN SESAT WAJIB HINDARI Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Upload: ustazhus

Post on 07-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

MENUJU WAWASAN

MENUJU WAWASANUmat Islam harus cemerlang

Hari ini mesti lebih baik dari semalamJangan buang masaSiapa kata kita tidak bolehKita ada Allah Maha KuasaKita punya kuasa tenagaDoa sebagai senjataUmat Islam sentiasa BOLEH

UMAT SILAM ZAMAN LAMPAU

TAAT PERINTAH RASULULLAH

BERSAMA BERUSAHA

BERSATU TUJU WAWASAN

DUNIA DAN AKHIRAT

WAWASAN DUNIA DAN AKHIRAT

AKHIRNYA ISLAM CEMERLANG SELURUH DUNIA

WAWASAN DIRI

PENUHI DI DADA DENGAN ILMU

WAWASAN AGAMA

BEKALAN MASA DEPAN DAN AKHIRAT

KUAT USAHA JUJUR DAN AMANAH

SENTIASA MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH

AQIDAH IBADAH HARUS SEMPURNA

IBADAH TANPA AQIDAH WAWASAN SYAITAN

ULAMA WARISAN ANBIA

PEGANGAN MEREKA HARUS DIIKUT

AJARAN SESAT WAJIB HINDARI

OBJEKTIF KEM KECEMERLANGAN PELAJAR 2005

1) Melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kepimpinan untuk mengharapkan keredhaan Allah.2) Melahirkan golongan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta intelektual.3) Memupuk semangat juang yang tinggi di kalangan pelajar dalam menghadapi cabaran masa depan yang bakal mendatang.4) Memupuk nilai motivasi yang tinggi dalam jiwa pelajar untuk menuju kejayaan dan kecemerlangan hidup.5) Memberi petua-petua menuju kejayaan, kaedah-kaedah pembelajaran yang betul dan hala tuju sebenar pelajar dalam hidup.6) Merapatkan ukhuwah di kalangan peserta dan fasilitator serta mendedahkan mereka dengan dunia IPT.

TIPS UNTUK FASILITATOR

Cara-cara Mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan Dengan Efektif

1. Sebelum Pengendalian

Niat yang ikhlas untuk menolong peserta (hanya kerana Allah)

Sikap fasilitator, tugas dan peranannya

Mengenalpasti kumpulan sasar sama ada pelajar sekolah menengah, remaja mahupun dewasa

Memahami tajuk yang hendak disampaikan sepenuhnya serta matlamat dan objektif program

Menyediakan ideaidea segaran yang agak relevan dengan tajuk Berbualbual dengan peserta sebelum sesi LDK bermula untuk hilangkan rasa gugup dan membiasakan diri dengan kumpulan

2. Semasa Pengendalian

Berikan senyuman paling manis kepada peserta

Tentukan kedudukan sama ada di atas kerusi dan sebagainya. Kedudukan fasi juga bergantung kepada jantina peserta

Mulakan dengan AIFatihah

Berikan katakata perangsang dan penghargaan kepada peserta

Jika peserta belum mengenali antara satu sama lain mulakan dengan taaruf (jika boleh dalam bentuk games)

Mulakan perbincangan dengan cerita menarik yang relevan dengan tajuk, jangan terus membuat perbincangan

Wujudkan hubungan kemesraan dengan peserta supaya tidak ada jurang antara peserta dan fasi dan antara peserta dengan peserta supaya LDK dapat dijalankan dengan lancar Teruskan perbincangan dan diselang selikan dengan segaran jika peserta mula lemau Harus diingat fasi adalah PEMUDAHCARA bukannya memberikan penyelesaian masalah Kawal keadaan perbincangan supaya jangan terlalu pasif atau over Berikan perhatian Yang sama rata untak setiap peserta Buat kesimpulan daripada keseluruhan program dan minta setiap ahli memberikan pendapat3. Selepas Perbincangan

Sudahi dengan tasbih Kafarah dan Surah AlAsr

Jaga hubungan kembali dengan peserta

Ciri-ciri Seorang Fasilitator Yang Baik Bersikap tidak menghukum

Bersikap jujur

Mewujudkart keyakinan

Memberi perhatian

Peka

Komunikasi

Bertolak ansur

Bersikap tegas

Cara-cara Membuat Peserta Bercerita Tanpa Rasa Malu

Biarkan dia bercerita mengikut rentak dan kehendaknya

Jadilah pendengar yang baik. Ramai orang tidak suka kita mengorek rahsia peribadi

Sebagai permulaan gunakanlah gesaan yang lembut "jika sudi..

Tidak tertalu lembut tapi gesaan yang baik

Jangan bertanya soalan yang boleh dijawab YA atau TIDAK

Kita tak boleh paksa orang bercerita. Tapi kita mahu mereka suka berceritaCara-cara Menjadikan Diri Anda Seorang Yang Bijak Berbicara

Jangan terus masuk topik yang anda masih kabur

Jangan berharap anda disambut baik. Jika mereka senyum atau angguk sudah memadai

Lihat dahulu keadaan apakah yang mereka sudah bersedia menerima anda ketika itu

Jangan terus berikan cadangan sebaliknva anda bersetuju dahulu

Setiap bicara anda adalah susulan dari bicara mereka

Menjadi pendengar yang baik adalah lebih menguntungkan semua pihak

PERATURAN KEM

1. PAKAIAN

a) Berpakaian T-shirt lengan panjang, seluar track dan berkasut semasa slot ceramah, LDK dan riadah beserta dengan tanda nama.

2. MAKANAN

a) Beratur semasa mengambil makanan dan dalam keadaan senyap.

b) Baca doa sebelum dan selepas makan (lantik di kalangan peserta).

3. SEMASA CERAMAH/ LDK

a) Sentiasa memberikan perhatian kepada penceramah/fasilitator semasa sesi ceramah/LDK sedang dijalankan.

b) Mengemukakan soalan/pendapat yang bernas dan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.

c) Mencatat bahan pembelajaran di dalam modul dan jangan berbual serta membuat bising ketika sesi ceramah/LDK.

4. MASA

a) Sentiasa menepati masa yang telah ditetapkan untuk setiap aktiviti.

b) Menjalankan aktiviti kendiri seperti mandi dengan segera untuk memberi peluang kepada peserta lain dan menjimatkan masa.

5. DISIPLIN

a) Sentiasa berpegang kepada disiplin dan peraturan kem di sepanjang program.

b) Sentiasa mendengar dan mematuhi arahan Kem Komandan/fasilitator/urusetia/guru bertugas.

c) Sentiasa mematuhi arahan ketua kumpulan semasa aktiviti berkumpulan.

6. TIDUR

a) Tidak dibenarkan keluar dari khemah tanpa kebenaran urusetia/guru bertugas.

b) Sekiranya hendak ke tandas perlu memberitahu urusetia/guru bertugas dan bersama urusetia/guru atau rakan lain.

7. PELAWAT

a) Ibu/Bapa/Penjaga yang hendak berjumpa anak/jagaan perlulah berjumpa dengan urusetia.

b) Pelawat tidak dibenarkan membawa makanan untuk peserta kursus.

8. HAL-HAL LAIN

a) Semua barang berharga hendaklah disimpan oleh urusetia sebagai keselamatan dan boleh dituntut selepas kursus tamat.

b) Sebarang masalah yang berkaitan sila maklumkan kepada fasilitator, Kem Komandan, urusetia atau guru bertugas.c) Pastikan semua paip air ditutup selepas digunakan. d) Semua peserta bertanggugjawab menjaga kebersihan kawasan perkhemahan, dalam khemah dan tandas yang digunakan.

CERAMAH 1

Tajuk

: Kenali Diriku

Penceramah:

Masa

:1 Jam 15 Minit

Tempat

:

Alatan : PA System, LCD, Laptop, Modul PesertaObjektif:Mempertingkatkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dalam diri, yang mana perlu disyukuri dan digunakan sebaik mungkin.

Pengisian:1. Nikmat pancaindera yang dikurniakan oleh Allah s.w.t :

Mata

Tangan

Telinga

Hidung

Mulut dll2. Anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t perlu digunakan bagi memenuhi

tuntutan Allah s.w.t dalam konteks pelajar muslim.

CERAMAH 2

Tajuk

: Programkan Minda Ke Arah Kejayaan

Penceramah:

Masa

:1 Jam 30 Minit

Tempat

:

Alatan

: PA System, LCD, Laptop, Modul PesertaObjektif:

Menggalakkan dan memberi semangat kepada para pelajar untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Pengisian:

1. Menerangkan tentang kewajiban menuntut ilmu.

2. Menerangkan kepada pelajar tentang kepentingan ilmu pengetahuan.

3. Menerangkan akibat yang dihadapi jika tiada ilmu pengetahuan.

4. Penumpuan kepada pencapaian dalam UPSR.

CERAMAH 3

Tajuk

: Jejak-jejak Juara

Penceramah :

Masa

: 1 Jam

Tempat

:

Alatan : PA System, LCD, Laptop, Modul Peserta

Objektif:

Memberi pendedahan tentang teknik-teknik pembelajaran yang berkesan kepada peserta.

Pengisian:

1. Teknik asas pembelajaran yang berkesan

2. Kaedah membaca berkesan

3. Kaedah mendengar

4. Kaedah membuat nota

5. Pengurusan masa

CERAMAH 4

Tajuk

: Sandarkan Pada Kenangan

Penceramah :

Masa

: 45 Minit

Tempat

:

Alatan : PA System, LCD, Laptop, Modul PesertaObjektif:

Memberi kesimpulan yang merangkumi semua slot-slot yang telah dijalankan.

Pengisian:

1. Memaparkan gambar-gambar slot program yang telah berlalu selama 2 hari.

2. Menerangkan rasional mengenai slot yang telah dijalankan.

3. Menerangkan aspek:

Kepentingan mentaati Allah dan Rasul.

Kepentingan menghormati ibu bapa.

Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

ICE BREAKING

Aktiviti I : Sama SifatMasa : 30 Minit

Tempat: Dewan

Alatan: PA SystemObjektif :

1. Menyesuaikan diri peserta dengan suasana dan tempat program supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam slot-slot seterusnya.

2. Menonjolkan Kem Komandan (KK) sebagai orang yang berkuasa mengeluarkan arahan dan peserta perlu mendengar setiap arahan KK.

Kaedah :

1. Aktiviti dimulakan ummul kitab dan peserta diarahkan duduk dalam kumpulan mengikut jantina (2 kumpulan).2. KK mengarahkan semua peserta membentuk kumpulan mengikut bulan lahir mereka (2 minit). 3. Peserta dikehendaki berkenalan dan mengingati nama panggilan semua rakan-rakan dalam kumpulan (5 minit).4. KK kemudiannya menjemput seorang peserta dari kumpulan yang ramai ahli (lelaki dan perempuan) untuk tampil ke pentas dan memperkenalkan semua nama ahli kumpulannya.5. Sekiranya peserta gagal untuk menyebut semua nama dengan betul, minta bantuan rakan dari kumpulan yang sama (10 minit).

6. Seterusnya KK akan meminta peserta untuk berkumpul dalam kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan dengan tanpa mengeluarkan suara

(1 minit).

Aktiviti II: Siapa Saya?

Masa

: 45 Minit

Tempat: Dewan, Surau dan sekitar

Alatan: Kertas A4, Borang Matlamat UPSR 2005Objektif :

1. Untuk mengetahui sifat atau ciri-ciri pelajar dengan lebih mendalam.

2. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain dan merapatkan lagi jurang persahabatan.

3. Menguji kreativiti dan semangat bekerjasama peserta.Kaedah :

1. Setiap fasi akan masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan membawa kumpulan ke lokasi yang sesuai.

2. Fasi memperkenalkan diri secara ringkas (3 minit).

3. Setiap peserta dikehendaki berpasangan dan melukiskan gambar wajah pasangan masing-masing pada sehelai kertas A4 (5 minit).

4. Fasi mengumpulkan kembali lukisan peserta dan seterusnya membahagikan lukisan-lukisan tersebut kepada peserta semula secara rawak.

5. Kemudian, setiap peserta dikehendaki mencari rakan kumpulan mereka berdasarkan wajah dalam lukisan tersebut dan berkenalan dengan rakan mereka. Dapatkan biodata rakan dan catat pada sehelai kertas A4 (5 minit)

6. Apabila masa sudah mencukupi, fasi akan meminta seorang peserta berdiri dan memperkenalkan siapakah wajah yang diperolehinya dan memperkenalkan rakan tersebut. Sebelum tamat, fasi akan membuka peluang kepada rakan-rakan yang lain untuk bertanya lebih lanjut.

7. Seterusnya peserta yang diperkenalkan tersebut akan memperkenalkan wajah yang diperolehinya pula.

8. Proses ini akan berlangsung sehingga semua peserta memperkenalkan rakan masing-masing (20 minit).

9. Fasi minta peserta lantik seorang ketua kumpulan dan memberi nama kumpulan (2 minit).

10. Peserta diminta supaya menulis nama peserta, nama fasi, nama kumpulan dan rakan-rakan sekumpulan di dalam modul peserta.

11. Fasi mengadakan perbincangan dan mengulas tentang pengajaran aktiviti

(8 minit)- Rujuk perbincangan

12. Fasi minta peserta mengisi Borang Matlamat UPSR 2005 dan kembalikan kepada fasi (2 minit).Perbincangan :1. Fasi perlu mengulas tentang pengajaran berdasarkan objektif aktiviti I dan II.

2. Fasi perlu jelaskan kesinambungan objektif kem dengan aktiviti ice breaking dan slot-slot yang akan mereka lalui seterusnya agar mereka bersedia dari segi minda dan fizikal.

LDK 1

Aktiviti : Penilaian Diri

Masa : 1 Jam

Tempat: Dewan dan Surau

Alatan : Kertas A4, Borang Komentar Program 1, Modul PesertaObjektif :

1. Supaya peserta dapat mengenal diri dan tahu tentang sebab mereka diciptakan di muka bumi ini.

2. Membantu peserta membuat penilaian diri dan mengetahui potensi diri mereka untuk berjaya dalam hidup.

Kaedah :

1. Fasi mulakan dengan ummul kitab dan minta peserta mengisi borang Komentar Program 1(5 Minit).

2. Fasi bertanya peserta secara rawak (2-3 orang) tentang apa yang mereka perolehi daripada Ceramah 1 dan fasi menghuraikan serba sedikit tentang pengisian ceramah dan kaitkan dengan konsep mengenal diri (10 Minit)- Rujuk perbincangan mengenal diri.

3. Fasi meminta peserta menjawab soalan 1-3 dalam lampiran LDK Penilaian Diri peserta yang telah disediakan dalam modul peserta (5 Minit)- Rujuk keterangan Soalan.

4. Setiap peserta dikehendaki membaca apa yang telah ditulis dan fasi mengadakan perbincangan (30 Minit)- Rujuk perbincangan Soalan.

5. Fasi minta peserta tuliskan dalam kertas A4 apakah harapan mereka terhadap program ini/ apa yang mereka nak dapat dari program ini (5 Minit).

5. Fasi kumpulkan kertas A4 tersebut dan maklumkan peserta bahawa apa yang telah mereka tulis akan dinilai sepanjang program berlangsung.

6. Fasi membuat huraian dan kesimpulan/ pengajaran LDK 1 (5 Minit)- Rujuk pengajaran LDK 1.

Perbincangan :

Mengenal Diri : Tujuan manusia diciptakan oleh Allah adalah sebagai hamba (untuk beribadah) dan juga khalifah (memakmurkan bumi ini). Ini berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran:Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat padaku. (Adz-dzariyaat :56)

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.... (Al- Baqarah: 30)

Setelah kita tahu tujuan asal kita diciptakan, kita perlu lakukan penilaian diri iaitu mengetahui apakah cita-cita dan kehendak kita dalam hidup, apakah potensi diri kita (kekuatan dan kelemahan) untuk berjaya dalam hidup supaya kita dapat mengenal diri dengan lebih dalam (berkaitan dengan soalan 1-3).

Keterangan Soalan 1: Apa Yang Anda Mahukan Dalam Hidup Ini?

Apakah matlamat hidup peserta. Boleh jadi satu matlamat atau lebih. Minta jawapan yang spesifik. Contoh; Nak membalas jasa ibu bapa, Menjadi seorang doktor untuk merawat orang sakit dll.

Keterangan Soalan 2: Apakah Kekuatan Diri Anda Untuk Berjaya?

Apakah kekuatan/ kelebihan yang ada pada diri peserta yang boleh membantu untuk berjaya. Contoh; Sifat rajin.Keterangan Soalan 3: Apakah Kelemahan diri/ halangan Anda Untuk Berjaya?

Apakah kelemahan diri atau perkara yang boleh menjadi halangan kepada peserta untuk berjaya. Conyoh; Sifat malas, masalah keluarga, masalah kewangan.Isi Perbincangan Soalan :

Kalau kita dah kenal diri dan tahu kenapa kita diciptakan, kita seharusnya juga tahu apa cita-cita, matlamat dan kehendak kita dalam hidup ini. Matlamat hidup seharusnya tidak lari daripada mencakupi aspek hubungan peserta dengan Allah (ibadah dan ketaatan kepada perintahNya) dan juga hubungan peserta dengan manusia seperti ibu bapa, guru, kawan-kawan mereka. Mereka perlu hormat dan menjaga hubungan dengan manusia terutamanya kedua ibu bapa. Sebagai manusia, kita ada kelebihan berbanding makhluk yang lain iaitu kurniaan akal dan juga pancaindera yang sempurna. Akal yang ada perlu diisi dengan ilmu yang berguna supaya boleh memandu hidup ke jalan yang betul untuk berjaya di dunia dan juga akhirat. Sebagai manusia, kita juga tidak sempurna dan banyak kelemahan. Kelemahan ini perlu kita kenalpasti dan cuba atasi kalau kita nak berjaya.

Pengajaran :

1. Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu ada matlamat dan kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri kita.2. Harapan agar peserta dapat tingkatkan diri dengan gunakan kekuatan diri yang ada dan buang sifat negatif (kelemahan diri) yang telah dikenalpasti.LDK 2

Aktiviti : Saya BolehMasa : 1 Jam 45 Minit

Tempat: Dewan, Surau dan sekitar

Alatan : Kertas A4, Borang Komentar Program 2, Modul PesertaObjektif :

1. Menggalakkan para peserta menetapkan matlamat tertentu dalam hidup dan berusaha untuk mencapainya.

2. Menyedarkan peserta bahawa cita-cita perlu jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai jangka masa.

3. Menanam sifat tidak mudah putus asa dan tidak hanya menyerah kepada nasib semata-mata jika sesuatu matlamat yang diimpikan tidak tercapai.

4. Membantu peserta dalam mengenalpasti masalah/ halangan dalam mencapai matlamat dan cara penyelesaiannya.

Kaedah :

1. Fasi mulakan dengan ummul kitab dan minta peserta mengisi borang Komentar Program 2 (5 Minit).

2. Bawa peserta ke suatu tempat lapang (kawasan berangin).

3. Minta peserta membuat roket kertas menggunakan sehelai kertas A4. Galakkan peserta menggunakan kreativiti masing-masing (5 minit).

4. Minta peserta menetapkan target masing-masing dan menerbangkan roket kertas masing-masing ke arah target yang telah ditetapkan.

5. Jika tidak mencapai target, beri mereka peluang untuk membuat percubaan sehingga 3 kali (15 minit)

6. Setelah semua peserta menerbangkan roket kertas, masuk semula ke dalam kumpulan.7. Fasi bertanya peserta secara rawak (2-3 orang) tentang apa yang mereka perolehi daripada Ceramah 2 dan fasi menghuraikan serba sedikit tentang pengisian ceramah dan kaitkan dengan kepentingan menetapkan matlamat dan permainan roket tadi(20 Minit)- Rujuk perbincangan.

8. Fasi minta peserta mengisi untuk kali kedua Borang Matlamat UPSR yang terdapat dalam modul peserta dengan tepat, jelas dan rasional dalam masa 5 minit (pastikan peserta dapat mengambil pengajaran daripada aktiviti sebelum ini).

9. Kemudian, setiap peserta diminta menulis dan menyatakan satu masalah/ halangan yang paling besar untuk mencapai matlamat dalam UPSR (15 minit).

10. Fasi mencatat dan mengolah halangan-halangan tersebut dan kemudian berbincang bersama peserta tentang cara-cara mengatasinya (35 minit).

11. Peserta diminta mencatat setiap langkah penyelesaian yang telah dibincangkan ke dalam modul masing-masing.

Perbincangan :

1. Terangkan kepada peserta tentang ciri-ciri matlamat iaitu mesti spesifik, ditulis dengan jelas, sesuai dengan kemampuan/ boleh dicapai dan ada jangkamasa.

2. Setelah menetapkan matlamat, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya dan jangan putus asa (percubaan 3 kali dlm permainan).

3. Bincangkan tentang masalah/ halangan untuk capai matlamat (roket tak sampai target sebab angin yang bertiup)

4. Kejayaan sukar dicapai jika tiada perancangan dari awal untuk atasi halangan. Kaitkan dengan rekabentuk roket.

Pengajaran :

1. Untuk mencapai kejayaan perlu ada matlamat yang jelas dan boleh dicapai dalam jangkamasa tertentu disertai usaha yang tak kenal putus asa.

2. Setiap masalah/ halangan ada penyelesaiannya dan kejayaan boleh dicapai bila masalah dapat diatasi.

3. Kita juga harus belajar dari pengalaman orang lain yang telah berjaya (pengalaman fasi dll).

LDK 3

Aktiviti I: Berusaha Berjaya (Semakan Masa)Masa

: 45 Minit

Tempat : Dewan, Surau dan sekitar

Alatan: Borang Komentar Program 3, Modul Peserta

Objektif :

1. Membimbing peserta membahagikan masa seharian mereka dengan baik.

2. Memberi kefahaman kepada peserta tentang pentingnya pengurusan masa secara baik.3. Supaya peserta dapat menilai dan menganalisa sendiri ke manakah masa mereka telah banyak dihabiskan.

Kaedah:

1. Fasi mulakan dengan ummul kitab dan minta peserta mengisi borang Komentar Program 3 (2 minit).

2. Fasi bertanya peserta secara rawak (2-3 orang) tentang apa yang mereka perolehi daripada Ceramah 3 dan fasi menghuraikan serba sedikit tentang pengisian ceramah (5 minit)3. Kemudian, peserta diberi masa selama 8 minit sahaja untuk mengumpulkan bahan-bahan berikut: 10 biji batu berlainan saiz, 10 helai daun kering berlainan saiz dan 5 batang ranting sepanjang lengan. Mereka boleh mencari di sekitar tapak kem.

4. Selepas 5 minit peserta dikehendaki berkumpul semula dan ketua diminta melaporkan hasil yang diperolehi kepada fasi.5. Peserta diminta menulis/ mengisi Borang Semakan Penggunaan Masa Harian di dalam modul mereka berdasarkan pembahagian masa yang biasa mereka lakukan untuk satu hari minggu (5 minit).6. Kemudian, fasi mengulas tentang aktiviti pencarian sebelum ini dan minta setiap peserta nyatakan kemanakah masa yang paling banyak digunakan (berdasarkan borang yang telah di isi) dan menyatakan jumlah masa yang sebenarnya digunakan untuk belajar/mengulangkaji. Fasilitator mengadakan perbincangan (25 minit).Perbincangan :

1. Berdasarkan aktiviti pencarian tadi, simpulkan tentang pentingnya pembahagian masa dan kerja serta perancangan dan kerjasama dalam kumpulan. Peserta juga dapat belajar supaya menepati masa yang diberi.

2. Berdasarkan jadual semakan masa yang telah diisi oleh peserta, jika masa untuk perkara yang tidak berfaedah diperuntukkan banyak, maka fasi perlu mencadangkan supaya ianya dapat dikurangkan dan ditambah bagi masa belajar.

3. Kemudian fasi menerangkan tentang penyakit-penyakit masa: Tidak manfaatkan masa, tak tahu keutamaan, tak tepati masa dll. Cara atasi adalah dengan mengurus masa/ sistem jadual dan disiplin diri. Pengurusan masa sangat penting kerana ia adalah alat untuk berjaya dan ia membolehkan kita mencapai lebih, mendapat yang terbaik, mempunyai lebih masa lapang, lebih melibatkan diri dengan aktiviti yang penting dan hidup lebih seimbang. Daripada pandangan Islam, manusia dituntut hargai masa kerana dunia ini sementara. Pengurusan masa yang baik adalah ibadah kerana boleh menjamin kejayaan dalam menuntut ilmu (ibadah yang dituntut). Ingat lima perkara: Masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa muda sebelum tua, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit.

Kesimpulan:

1. Dalam pengurusan masa perlu diambil kira Belajar, Keluarga, Rekreasi/ Sukan, Ibadah dan Rehat/ Hiburan.2. Orang yang berjaya adalah orang yang bijaksana dalam memanfaatkan dan menguruskan masanya iaitu pandai membuat pilihan dan utamakan yang utama.

3. Sebagai seorang pelajar perlu lebihkan masa untuk belajar

4. Ingat balik harapan ibu bapa yang hantar pelajar ke sekolah untuk belajar jadi pandai. Maka untuk jadi pandai dan berjaya pelajar harus berdisiplin dan bijak uruskan masa.CONTOH SEMAKAN PENGGUNAAN MASA HARIAN PELAJARPAGIAKTIVITIMALAMAKTIVITI

06.00-07.00MS07.00-08.00MS

07.00-08.00MS08.00-09.00MS

08.00-09.00U09.00-10.00U

09.00-10.00U10.00-11.00U

10.00-11.00U11.00-12.00T

11.00-12.00U

PETANGAKTIVITIPAGIAKTIVITI

12.00-01.00MS12.00-01.00T

01.00-02.00MS01.00-02.00T

02.00-03.00KR02.00-03.00T

03.00-04.00KR03.00-04.00T

04.00-05.00MS04.00-05.00T

05.00-06.00R05.00-06.00T

06.00-07.00R/LL

Petunjuk :

S = Sekolah

U = Ulangkaji

TU = Tuisyen

T = Tidur

R = Riadah

MS = Makan & Solat

KK = Kokurikulum

KR = Kerja Rumah

LL = Lain-lain Aktiviti

Aktiviti II: Berusaha Berjaya (Teknik Membuat Nota)

Masa

: 45 Minit

Tempat : Dewan, Surau dan sekitar

Alatan: Modul Peserta

Objektif :

1. Melatih peserta membuat nota yang ringkas, padat dan tepat.

2. Supaya pelajar dapat menjimatkan masa daripada membaca nota yang panjang.

3. Memudahkan peserta membuat ulangkaji pelajaran.

Kaedah:

1. Fasilitator menerangkan tentang keperluan mencatat nota dalam proses pembelajaran dan beberapa kaedah tertentu yang boleh dipraktikkan iaitu Kaedah Peta Minda, Kaedah Akronim, Kaedah Gambar Rajah dan Kaedah Carta Aliran (10 minit).

2. Kaedah Peta Minda (6 minit):

Peserta diarah memikirkan satu kata kunci yang boleh merangkumi setiap topik (cth: haiwan). Bahagikan kata kunci kepada bahagian-bahagian tertentu (cth: Omnivor, Karnivor, Herbivor). Setiap bahagian ini dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian (cth: Herbivor mempunyai ciri memakan tumbuhan dan cth haiwan ialah lembu). Setelah siap peta minda tersebut, fasi dikehendaki menerangkan cara penggunaannya (cth: Karnivor ialah haiwan yang memakan daging)

3. Kaedah Akronim (6 minit):

Fasi hendaklah mencadangkan satu contoh pembelajaran yang memerlukan hafalan (cth: warna perintang atau warna pelangi). Tunjukkan kepada peserta bagaimana setiap huruf di pangkal (depan) diambil dan dijadikan perkataan lain yang akhirnya boleh membentuk satu ayat atau lagu.

Merah Mat

Jingga

Jenin

Kuning

Kata

Hijau Hantu

Biru

Biru

Indigo

Itu

Ungu

Ungu

4. Kaedah Gambar Rajah (7 minit):

Fasu hendaklah tentukan satu tajuk yang sesuai dan mudah kepada pelajar (cth: pancaindera dan fungsinya). Kemudian lukiskan gambar rajah berkaitan (cth: muka). Labelkan setiap bahagian yang mana bahagian-bahagian tersebut dilengkapkan dengan fungsinya (cth: mata-melihat)

5. Kaedah Carta Aliran (6 minit):

Fasi mengarahkan peserta memikirkan satu proses yang boleh dikitar atau fasi mencadangkan satu proses (cth: aliran hujan). Lukis carta aliran mengikut tertib. Kemudian tulis proses yang terlibat bagi setiap aliran. Fasi cuba cungkil semula apa yang telah dipelajari oleh pelajar untuk melengkapakn carta. Setelah siap, fasi dikehendaki menerangkan aplikasi carta kepada pelajar (cth: air akan bertukar kepada wap air melalui proses sejatan).6. Setiap kaedah yang diberikan mempunyai kekelemahannya. Di sini peserta perlulah membuat perbandingan iaitu memilih kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pembelajaran (10 minit).Kesimpulan:

Kelebihan membuat nota ialah:

Supaya pelajar tidak membuang masa membaca buku rujukan yang mempunyai nota yang panjang.

Nota itu boleh disimpan dan amat diperlukan menjelang peperiksaan

Supaya nota yang dihasilkan itu ringkas, padat dan mudah difahami.

LDK 4

Aktiviti : Setulus Janji

Masa

: 1 Jam 15 Minit

Tempat: Surau dan sekitar

Alatan: Kertas A4, Borang Komentar Program 5

Objektif:

Peserta dapat mengenalpasti apa yang mereka peroleh sepanjang program.

Kaedah :

1. Fasi dapatkan maklumbalas (apa yang diperolehi) peserta sepanjang mengikuti program dan minta peserta tulis dalam kertas A4. Bandingkan dengan harapan mereka terhadap program (dalam LDK 1) dengan apa yang telah mereka dapat. Sebaiknya mereka mendapat apa yang mereka harapankan daripada program (1 jam).

2. Fasi minta peserta isi Borang Komentar Program 5 (5 minit).

3. Fasi menyatakan harapan dan amanat masing-masing kepada peserta (10 minit).

Pengajaran:

1. Peserta dapat mengenalpasti apakah yang telah mereka perolehi daripada program ini.

2. Fasi dapat menilai keberkesanan perlaksanaan dan isi kandungan program berdasarkan maklumbalas daripada peserta.Kurentasi Malam

Masa

: 1 Jam 15 Minit

Tempat: Dewan dan sekitar

Alatan: Borang Komentar Program 4, Kain Penutup Mata

Objektif:

1. Menguji sifat keberanian dan keyakinan peserta.

2. Memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kehidupan.

Kaedah:

1. Semua peserta berkumpul di dewan dan dikehendaki mengisi Borang Komentar Program 4 (5 minit).

2. Setiap peserta diminta berada dalam kumpulan dan menutup mata masing-masing dengan kain yang disediakan.3. Fasi akan membawa peserta (dalam kumpulan) berjalan dalam keadaan menutup mata selama 30 Minit (kawasan sekitar dewan).4. Fasi akan menyediakan halangan kepada peserta di sepanjang perjalanan.

5. Kemudian fasi akan menempatkan peserta secara bersendirian selama 15 minit dengan jarak yang tidak jauh antara satu sama lain. Fasi minta peserta mengisi waktu yang ada dengan mengingati orang-orang yang mereka sayangi dan apa yang peserta hendak lakukan untuk mereka.6. Kemudian fasi akan mengumpulkan kembali peserta dalam bentuk kumpulan.

7. Minta peserta nyatakan apa perasaan dan apa yang telah mereka lakukan selama 15 minit ditinggalkan berseorangan. Fasi mengadakan perbincangan tentang pengajaran yang peserta perolehi (25 minit).Pengajaran:

1. Menguji sifat keberanian peserta.

2. Mengetahui tanggungjawab sebagai seorang manusia di atas muka bumi.

3. Menilai komunikasi peserta dalam kumpulan.

4. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

5. Menyuruh peserta supaya hidup berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.

Malam Kasih Sayang

Masa

: 2 Jam

Tempat: Dewan

Alatan : Kertas A4, Modul Peserta

Objektif:

1.Menyedarkan para peserta bahawa insan-insan yang mereka sayangi seperti ibu, bapa dan guru amat menyayangi dan banyak berkorban untuk mereka.

2.Mengingatkan semula kepada para peserta akan kelalaian dan kesalahan yang telah dilakukan sehingga mengecewakan orang-orang yang mereka sayangi.

3.Menginsafkan para peserta agar belajar bersungguh-sungguh, hormat ibubapa dan guru serta tidak meninggalkan solat.

Kaedah:

1.Para peserta dikumpulkan di dewan dalam dua kumpulan (lelaki dan perempuan). Lampu dewan ditutup dan hanya diterangi cahaya lilin.2.Fasilitator akan membekalkan kertas A4 kepada setiap peserta dan meminta mereka menyenaraikan 10 insan yang amat mereka kasihi.

3.Kemudian fasilitator pertama akan meminta peserta memotong atau memadamkan 2 orang daripada senarai tadi dan seterusnya sehingga tinggal 2 orang sahaja.

4.Fasilitator pertama meminta peserta memotong 1 lagi nama agar tinggal satu sahaja nama dalam senarai tersebut.

5.Fasilitator pertama meminta peserta mengeronyokkan kertas masing-masing dan kemudian membuangkannya sejauh yang mereka boleh.

6.Selepas mereka membuangkan kertas masing-masing, fasilitator kedua akan menyuruh mereka mengutipkan semula kertas tersebut.

7.Fasilitator ketiga akan meminta para peserta menggenggamkan kertas masing-masing dan letakkan genggaman tangan mereka di dada masing-masing.

8.Mereka juga dikehendaki memejamkan dan membayangkan insan-insan yang mereka kasihi.

9.Fasilitator ketiga akan berkata-kata yang boleh menyentuh emosi para peserta (Rujuk Teks)10.Fasilitator ketiga meminta para peserta membuka mata dan meminta mereka menulis di dalam modul ikrar-ikrar mereka kepada ibubapa dan guru-guru.

11.Ikrar tersebut akan dibacakan oleh peserta dihadapan ibu bapa masing-masing hari terakhir program dan di sekolah (ikrar guru).

RIADAH PAGI

Aktiviti : Senamrobik

Masa

: 1 Jam 15 Minit

Tempat: Depan tiang bendera

Alatan: Bola

Objektif :

1. Melahirkan daya ketahanan fizikal peserta.

2. Melatih peserta mematuhi arahan dan bertindak dengan cergas.

Kaedah :

1. Peserta berkumpul ditempat lapang mengikut jantina.

2. Mulakan dengan ummul kitab dan peserta menyanyikan lagu sekolah.

3. Peserta melakukan aktiviti pemanasan badan dengan tunjuk ajar fasi (bermula dari bahagian kepala hingga ke kaki).

4. Peserta melakukan aktiviti senamrobik mengikut jurulatih.

5. Akhir sekali, para peserta diminta untuk menarik nafas panjang sebanyak 3 kali. Setiap kali hembusan nafas dibuat, minta para peserta menyebut ANAK CEMERLANG.

* Jika ada masa lebih, boleh adakan permainan bola beracun

Pengajaran:

1. Melatih peserta supaya cergas fizikal dan mental.

2. Merapatkan lagi ukhuwah di antara peserta dan dengan fasi.RIADAH PETANG

Aktiviti : Permainan Anak Itik Tok Wi

Masa

: 1 Jam 15 Minit

Tempat: Depan tiang bendera dan sekitar

Alatan: Kain penutup mata

Objektif:

1. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

2. Membina keterampilan diri sebagai seorang pemimpin.

3. Melatih peserta supaya peka dan menurut arahan ketua.

Kaedah :

1. Peserta dikehendaki berkumpul di tempat lapang dalam kumpulan masing-masing.

2. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta 4 kod bunyi binatang yang bersesuaian bagi menandakan pergerakkan sama ada ke kanan, ke kiri, ke hadapan atau ke belakang (5 minit).

3. Setiap kumpulan ditempatkan pada tempat permulaan yang berasingan.

4. Setiap peserta dikehendaki menutup mata kecuali ketua-ketua kumpulan.

5. Ketua-ketua kumpulan akan diletakkan pada jarak tertentu dari kumpulan dan diarahkan untuk memandu kumpulan masing-masing menuju ke tempat akhir yang sama dengan hanya mengeluarkan bunyi-bunyi binatang (kod bunyi yang telah dicipta) TANPA sama sekali mengeluarkan kata-kata.

6. Kumpulan yang pertama sampai ke tempat akhir akan dikira sebagai pemenang.

Pengajaran :

1. Memupuk semangat kerjasama berkumpulan di kalangan peserta.

2. Memupuk sifat tidak berputus asa dan terus mencuba hingga berjaya.

3. Mengasah bakat kepimpinan peserta dalam memimpin ahli kumpulan masing-masing sehingga berjaya.

doa rabitah

Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hatihati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu dan patuh (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hatihati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'atMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hatihati ini. Tunjuklah kepada hatihati ini jalanNya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya, RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hatihati ini dengan limpahan iman/ keyakinan. Dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hatihati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hatihati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaikbaik sandaran dan sebaikbaik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah Junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:

Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat. Sesungguhnya untuk seseorang itu apa yang diniatkannya. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya. Barang siapa berhijrah kerana dunia maka ia akan memperolehinya dan barangsiapa berhijrah kerana wanita maka ia akan mengahwininya. Justeru itu hijrahnya atas apa (niat) maksud dilakukannya. (Al-Bukhari dan Muslim)

Nama : .....................................................

Matlamat Saya Untuk UPSR 2005

Bahasa Melayu (Pemahaman)-----

Bahasa Melayu (Penulisan)-----

Bahasa Inggeris-----

Matematik-----

Sains-----

Warna Pelangi

Awan

Wap Air

Hujan

Air

Kondensasi

Sejatan

PAGE Kem Kecemerlangan Pelajar 2005