contoh laporan industri ii

Upload: terryyao05041991

Post on 11-Oct-2015

654 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

An example on how to do an Industrial Training Report in Malay language

TRANSCRIPT

  • 1

    LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 2013

    NOR FAIZAH BITI SAHMAD

    27397

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

    YAYASAN SARAWAK

    JUN-OGOS 2013

    FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

  • 1

    PENGHARGAAN

    Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan berkat limpahan rahmat dan

    kurnia-Nya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan lancar dan baik.

    Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Puan Hajijah

    binti Morsidi yang juga selaku penyelia saya kerana berkat tunjuk ajar serta bimbingan

    daripadanya membuatkan saya dapat menimba banyak ilmu pengetahuan daripada beliau.

    Selain itu, sekalung ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya yang

    banyak membantu saya semasa latihan industri. Mereka telah memberikan segala kemudahan

    dan sokongan yang tidak terhingga sehingga saya Berjaya menjalani latihan industri ini selama

    10 minggu..

    Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada organisasi yang

    terlibat dalam kajian ini iaitu Yayasan Sarawak kerana membenarkan saya untuk menjalankan

    kajian dalam organisasi tersebut. Selain itu, ucapan terima kasih saya tujukan kepada pekerja-

    pekerja disini kerana sudi memberikan kerjasama dalam menjayakan latihan industri.

    Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu

    saya dalam menyiapkan kajian ini. Mereka telah membantu saya dalam memberi tunjuk ajar dan

    ilmu ysng mereka pelajari.

    Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah terlibat secara

    langsung dan tidak langsung dalam latihan industry ini. Sekian, terima kasih.

  • 1

    ISI KANDUNGAN

    Bab 1 Pengenalan 1

    1.1 Pengenalan kepada latihan industri 1

    1.2 Pendahuluan 1

    1.3 Objektif latihan industri 1

    1.4 Objektif laporan 2

    1.5 Kepentingan latihan industry kepada pelajar 2

    Bab 2 Latar Belakang Industri 3

    2.1 Pengenalan 3

    2.2 Carta Organisasi 4

    2.3 Sejarah Penubuhan 5

    2.4 Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh organisasi 5

    Bab 3 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri (Aktiviti Mingguan) 6

    Bab 4 Laporan Teknikal 9

    Bab 5 Refleksi dan Dapatan Kajian 11

    Kesimpulan 13

  • 1

    BAB 1 PENGENALAN

    1.1 PENGENALAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI

    Latihan Industri diwajibkan kepada semua pelajar tahun akhir Program Pembangunan

    Sumber Maniusia dan merupakan salah satu keperluan untuk bergraduat. Tempoh yang

    ditetapkan untuk pelajar menjalani latihan industri ialah selama 10 minggu. Pelajar boleh

    memohon mana-mana organisasi yang mereka minat serta bersesuaian dengan bidang yang

    mereka ambil. Walau bagaimanapun, persetujuan daripada pihak Fakulti dan organisasi yang

    terlibat perlu dicapai terlebih dahulu sebelum pelajar menjalani latihan industri di tempat

    berkenaan. Pelajar perlu membuat surat permohonan serta resume untuk dihantar kepada

    organisasi yang mereka pilih. Setelah organisasi meluluskan surat permohonan berkenaan,

    barulah pelajar tersebut boleh menjalani latihan industri di organisasi tersebut.

    1.2 PENDAHULUAN

    Sebagai salah satu keperluan untuk bergraduat, saya telah menjalani latihan industri di

    Yayasan Sarawak selama 10 minggu. Sebab utama saya memilih Yayasan Sarawak sebagai

    tempat untuk saya menjalani latihan industri adalah kerana saya merasakan Yayasan Sarawak ini

    sangat sesuai untuk saya mempraktikkan segala ajaran yang berkaitan dengan Pembangunan

    Sumber Manusia semasa di kuliah.. Yayasan Sarawak juga merupakan salah satu organisasi yang

    terbesar di Sarawak. Oleh itu, saya mungkin dapat menimba banyak pengalaman serta

    mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan melalui organisasi ini.

    1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

    Objektif latihan industri terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.

    Objektif umum latihan industri adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang alam

  • 1

    pekerjaan supaya mereka dapat menimba pengalaman melalui tunjuk ajar dan bimbingan

    daripada pihak organisasi.

    Objektif khusus latihan industri adalah untuk mengorientasikan pelajar kepada alam

    pekerjaan khususnya dalam bidang pembangunan sumber manusia. Selain itu, objektif latihan

    industri adalah untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman dan pengetahuan yang tidak

    boleh diperoleh di bilik kuliah. Pelajar juga akan diperkenalkan dan didedahkan tentang isu

    pengurusan dan pembanginan sumber manusia di berbagai peringkat dalan organisasi. Objektif

    yang terakhir sekali ialah untuk membentuk ciri-ciri positif dalam diri pelajar seperti

    kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, berinovatif, dan yakin melalui aktiviti-aktiviti yang

    dijalankan di dalam organisasi.

    1.4 OBJEKTIF LAPORAN

    Objektif laporan ini disediakan kerana penulisan laporan adalah salah satu elemen

    penilaian daripada keseluruhan penilaian latihan industri. Melalui laporan

    industri ini juga, penyelia dapat menilai segala bidang tugas, aktiviti, serta

    peranan yang dimainkan oleh pelajar dalam organisasi yang mereka pilih untuk

    menjalani latihan industri. Oleh itu, pelajar dikehendaki untuk menyediakan

    laporan berdasarkan panduan kandungan yang telah diberikan oleh Fakulti. Oleh

    yang demikian, laporan ini perlu dihantar di minggu akhir sebelum tamat latihan

    industri.

    1.5 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

    Latihan industri memberi banyak kepentingan kepada pelajar. Antaranya ialah latihan

    industri dapat mendedahkan kepada pelajar tentang dunia sebenar alam pekerjaan. Kalau

    sebelum ini pelajar hanya belajar tentang teori semasa di dalam kuliah, sekarang pelajar boleh

    mengaplikasikan dan mempraktikkan teori yang mereka belajar semasa menjalani latihan

    industri. Pelajar juga boleh menimba banyak pengalaman, kemahiran dan pengetahuan dalam

  • 1

    pengurusan organisasi, kepimpinan, pengurusan projek, kerjasama dan semangat berpasukan,

    komunikasi serta keusahawanan melalui tunjuk ajar dan bimbingan organisasi berkenaan. Selain

    itu, pelajar juga dapat meningkatkan kefahaman tentang isu pengurusan dan pembangunan

    sumber manusia. Disamping itu, latihan industri berupaya melatih pelajar untuk menjadi seorang

    pekerja yang unggul dari segi personaliti dan penampilan diri.

    BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI

    2.1 PENGENALAN

    Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan

    Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971. Tujuan penubuhan Yayasan Sarawak adalah bagi

    membantu meningkatkan kualiti pendiidikan anak Sarawak dengan pemberian biasiswa dan

    pinjaman pelajaran.

    Logo Yayasan Sarawak melambangkan peranan organisasi ini dalam menyediakan

    perkhidmatan untuk pembangunan modal insan yang berkualiti dalam bidang pendidikan. Reka

    bentuk logo ini menggunakan bentuk geometri yang bersepadu dan melambangkan misi, visi,

    dan aspirasi organisasi ke arah sebuah Negara maju.

    Warna logo Yayasan Sarawak mempunyai maksudnya yang tersendiri. Warna kuning

    menunjukkan cahaya yang sentiasa menyatakan hasrat untuk membina ilmu sejagat. Warna hijau

    melambangkan kesuburan dan kemajuan Negeri Sarawak manakala warna biru melambangkan

    kesucian visi, misi dan aspirasi Yayasan Sarawak.

  • 1

    2.2 CARTA ORGANISASI

    PENGARAH

    YBhg Tuan Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki

    KETUA-KETUA BAHAGIAN

    Tuan Haji Mortadza bin Haji Alop Encik Mersal bin Abang Rosli Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim Puan Asleena binti Haji Helmi

    KETUA-KETUA SEKSYEN Encik Abdullah bin Abdul Gapor Encik Easmawi Razak bin Mohamad Eastern Encik Jolly bin Marikan Puan Noranne binti Adam Assim Encik Aris Nasrol bin Osman Puan Hajijah binti Morsidi Encik Mohamad Hirul bin Hamdan Tuan Haji Ahmad bin Noh Encik Yantiska bin Mahmud Puan Temah binti Ibrahim Puan Rohana Abdullah Encik Mohd Fikri bin Mohamad

  • 1

    2.3 SEJARAH PENUBUHAN

    Pada 27 Mei 1971, Yayasan Sarawak telah ditubuhkan di bawah Ordinan Yayasan Sarawak

    sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri. Pada masa itu, Yayasan Sarawak berada di bawah

    kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Ketua Menteri

    Sarawak. Beliau telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Yayasan Sarawak dengan

    berbekalkan azam supaya rakyat Sarawak tidak harus ketinggalan dari sudut pelajaran. Datuk

    Patinggi Haji Abdul Rahman telah menjadi Pngerusi Yayasan Sarawak yang pertama manakala

    Yang Berbahagia Datuk Amar Abang Haji Yusuf Puteh, Setiausaha Kerajaan Negeri telah

    dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sarawak yang pertama.

    2.4 AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH ORGANISASI

    Tarikh Aktiviti Tempat

    02 Aug 2013 Majlis Sumbangan Raya Ahli Kelab Yayasan Sarawak Bersama

    Pengarah Yayasan Sarawak

    Dewan Serbaguna Yayasan

    Sarawak

    31 Jul 2013 Sesi Perhimpunan Bulanan Edisi Julai 2013 Auditorium Yayasan

    Sarawak

    18 Jul 2013 Majlis Berbuka Puasa Yayasan Sarawak 2013

    Surau Al-Hidayah Yayasan

    Sarawak, Jln Sultan

    Tengah, Kuching

    08 Jul 2013 Program Ihya` Ramadhan Yayasan Sarawak Auditorium YS

    04 Jul 2013 MOU: Sanjung Etika Sdn Bhd & Urusan Teknologi Wawasan Sdn

    Bhd

    Bilik Alamanda, Tingkat 3,

    Yayasan Sarawak

    01 Jul 2013 Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak

    Bahagian Limbang Tahun 2013

    Dewan SMK Kubong,

    Limbang

    29 - 30 Jun 2013 Pertandingan Bola Sepak Jemputan Bank Rakyat 2013 Padang Bola Sepak

    Cik Shafida Safia binti Mobil Mustaffa Encik Ismallia bin Bohari Puan Siti Asfajarina binti Haji Salleh

  • 1

    Yayasan Sarawak

    29 Jun 2013 Aktiviti Jom Rilek-Rilek di Gunung Gading Gunung Gading, Lundu

    24 Jun 2013 Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak

    Bahagian MukahTahun 2013

    Dewan Serbaguna SMK

    Three Rivers, Mukah

    19 Jun 2013 Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak

    Bahagian Kapit Tahun 2013 Dewan SMK Kapit No 2

    BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (AKTIVITI

    MINGGUAN)

    Ringkasan Aktiviti Bidang Tugas

    Medical claim adalah salah satu

    kemudahan perubatan yang

    diberikan kepada pekerja Yayasan

    Sarawak.

    1. menerima invois dan bil

    perubatan daripada klinik dan

    hospital.

    2. memasukkan maklumat nilai bil

    perubatan dalam sistem HRMS

    dan menyemak samada terdapat

    pengeluaran Cit Perubatan.

    Cit perubatan adalah borang yang

    perlu diisi oleh pekerja jika mereka

    mahu memohon cuti sakit. Cit

    perubatan juga digunakan oleh

    pekerja untuk memohon medical

    claim.

    1. menerima permohonan untuk

    pengeluaran cit perubatan

    dengan menyatakan panel klinik

    dan pesakit.

    2. memastikan Cit Perubatan

    dikeluarkan sebelum mendapat

    rawatan doktor panel

  • 1

    Pengurusan stor alat tulis organisasi

    1. Pemohon mengisi Borang

    Pengeluaran Alat Tulis ,

    Kelengkapan Pejabat/ Dapur.

    2. menerima dan menyemak sama

    ada barangan yang dipohon

    mencukupi

    3. barangan/ stok dikeluarkan dan

    diserahkan kepada pemohon.

    4. Barangan yang dikeluarkan

    akan direkod dalam Buku Rekod

    Alat Tulis, Kelengkapan Pejabat

    dan Dapur

    Filing adalah salah satu sistem

    secara manual yang digunakan oleh

    organisasi untuk menyimpan

    maklumat dan dokumen peribadi

    pekerja.

    1. penyusunan dokumen-dokumen

    pekerja ke dalam fail masing-masing

    2. merekod jumlah cuti yang dipohon ke

    dalam fail.

    3. menolak dan merekod baki cuti yang

    tinggal

  • 1

    Sijil cuti adalah perlu untuk

    mendapatkan cuti sakit

    1. mengeluarkan sijil cuti bagi pekerja

    yang mahu memohon cuti sakit.

    2. merekod jumlah cuti yang dipohon

    dan menolak jumlah cuti tersebut

    untuk mendapatkan baki cuti yang

    tinggal.

    3. meminta tandatangan daripada

    pegawai atasan untuk mendapatkan

    kesahan cuti tersebut.

    4. menyimpan sijil cuti tersebut ke dalam

    fail pekerja.

    Minit mesyuarat

    1. membuat minit mesyuarat seperti yang

    diarahkan oleh penyelia

    Menolong mengendalikan sesi

    temuduga

    1. menolong membuat salinan resume

    calon-calon yang hendak

    ditemuduga

    2. membuat ringkasan resume

    3. meletakkan resume ke dalam fail

    4. menghubungi calon-calon untuk

    5. dipanggil temuduga

  • 1

    BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

    1. Liaison Officer (LO) Borneo Cup International Taekwando (WTF)

    Championship 2013.

    The Borneo Cup Interntional Taekwando (WTF) Championship 2013

    diadakan sempena dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan Sarawak dan

    Malaysia. Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Taekwando Sarawak

    (WTF) di Stadium Tertutup Negeri, Petra Jaya dari 24 hingga 25 Ogos 2013.

    Sepuluh pasukan menyertai Borneo Cup International Taekwando (WTF).

    Antaranya ialah Korea, Thailand, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Kemboja,

    Laos, Brunei, Singapura, Indonesia dan tuan rumah Malaysia. Untuk

    program ini, saya bertindak sebagai LO untuk pasukan Indonesia. Saya

    bertugas untuk menolong menguruskan keperluan pasukan dari Indonesia

    yang terdiri daripada 3 kumpulan iaitu Mujahidin, Tabrani, dan

    Hastinapura. Tugas saya ialah untuk memastikan setiap keperluan dan

    kehendak mereka mencukupi sepert makan, minum, pengangkutan, bawa

    pergi berjalan sekitar Kuching dan sebagainya. Oleh itu, jika terdapat

    sebarang masalah, mereka akan menghubungi saya atau pihak penganjur.

    2. Morning Prayer

    Morning Prayer diadakan pada setiap hujung bulan di Yayasan

    Sarawak. Kesemua staff, sukarelawan dan pelajar praktikal akan berkumpul

    bersama-sama di Auditorium Yayasan Sarawak. Pelbagai aktiviti dijalankan

    semasa Morning Prayer. Antaranya ialah MP News, sambutan ulang tahun

    perkahwinan, serta almanat ucapan dari Pengarah Yayasan Sarawak.

    Melalui acara ini, saya dapa mengenali dengan lebih lanjut lagi pekerja-

    pekerja dari Yayasan Sarawak. Selain itu, kami juga dapat mengetahui misi

    dan visi yang hendak dicapai oleh organisasi kami.

  • 1

    3. Pengurusan Stor

    Pengurusan stor merupakan salah satu aspek penting dalam

    pengurusan kewangan kerana barangan yang terdapat dalam stor

    merupakan modal organisasi yang tersimpan dalam bentuk barangan bagi

    tujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan pada kos yang minimum.

    Oleh itu, pemohon mesti mengisi Borang Pengeluaran Alat Tulis ,

    Kelengkapan Pejabat/ Dapur sebelum menerima barangan yang diminta.

    Tugas yang saya buat ialah untuk menerima dan menyemak sama ada

    barangan yang dipohon mencukupi. Kemudian barulah barangan atau stok

    dikeluarkan dan diserahkan kepada pemohon. Akhir sekali, barangan yang

    dikeluarkan akan direkod dalam Buku Rekod Alat Tulis, Kelengkapan

    Pejabat dan Dapur

    4. Medical Claim dan Cit Perubatan

    Medical claim adalah salah satu kemudahan perubatan yang

    diberikan kepada pekerja Yayasan Sarawak. Bidang tugas yang

    dipertanggungjawabkan kepada saya ialah saya menerima invois dan bil

    perubatan daripada klinik dan hospital terlebih dahulu sebelum

    memasukkan maklumat nilai bil perubatan dalam sistem HRMS. Kemudian,

    saya kena menyemak samada terdapat pengeluaran Cit Perubatan.

    Manakala cit perubatan adalah borang yang perlu diisi oleh pekerja jika

    mereka mahu memohon cuti sakit. Cit perubatan juga digunakan oleh

    pekerja untuk memohon medical claim. Bidang tugas yang dibuat ialah saya

    menerima permohonan untuk pengeluaran cit perubatan dengan

    menyatakan panel klinik dan pesakit daripada pekerja dan memastikan Cit

    Perubatan dikeluarkan sebelum mendapat rawatan doktor panel

  • 1

    5. Pengendalian sesi temuduga

    Yayasan Sarawak telah menjalankan sesi temuduga bagi jawatan Penolong

    Pegawai Tadbir Gred N27, Penolong Pegawai Tadbir Gred N17, Penolong

    Pengarah IT dan Penolong Pengarah Kewangan. Saya menolong pegawai

    atau pekerja yang terlibat dalam menguruskan proses temuduga dengan

    mebuat ringkasan resume untuk setiap calon, membuat salinan fotopi setiap

    resume, membuat filing, dan menghubungi semua calon yang terpilih untuk

    proses temuduga.

    BAB 5 : REFLEKSI, DAPATAN DAN CADANGAN

    Pada pandangan saya, resume seseorang calon memainkan peranan yang

    penting dalam memastikan sesebuah organisasi itu memilih mereka untuk bekerja

    dalam organisasi mereka. Sesorag calon hendaklah bijak dalam mempromosikan

    diri mereka melalui resume tersebut. Selain itu, saya juga telah memastikan

    organisasi tersebut mempunyai bidang tugas yang sesuai dengan kursus yang saya

    ambil semasa di universiti. Oleh yang demikian, saya ada bertanya dengan

    pegawai di sana tentang keadaan organisasi mereka serta bagaimana latihan

    industri dijalankan di sana. Maklumat yang dibagi oleh pegawai tersebut sangat

    berguna memastikan organisasi ada memberi tugasan yang sesuai dengan pelajar.

    Semasa latihan industri dijalankan, saya dapat menimba banyak

    pengalaman baru serta berguna pada masa akan datang. Saya diletakkan di

    bahagian admin iaitu di bahagian pembangunan sumber manusia. Oleh itu, saya

    telah banyak diajar dengan pelbagai tugasan yang memang berkaitan dengan

    sumber manusia. Semasa kuliah juga, saya telah mempelajari tentang Human

    Resource Information System dan melalui latihan industri saya dapat melihat

  • 1

    penggunaan sistem HRMS dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, saya

    tidak berasa kekok sangat dalam menggunakan sistem HRMS kerana kami telah

    diajar tentang sistem ini semasa kuliah. Oleh yang demikian, saya dapat

    mengaplikasikan perkara yang telah diajar semasa kuliah ke dalam dunia

    pekerjaan.

    Justeru itu, saya mempunyai beberapa cadangan positif dan membina bagi

    tujuan proses penambahbaikan pada masa akan datang. Antaranya ialah

    organisasi ini patut menaik tarafkan lagi sistem HRMS mereka. Hal ini demikian

    kerana sistem ini kadang-kadang tidak berfungsi dengan baik. Sebagai contoh,

    sistem masuk dan keluar pekerja tidak berfungsi dengan baik dan hal ini

    menyebabkan kehadiran pekerja tidak masuk ke dalam sistem. Selain itu, setiap

    kali seseorang pegawai hendak membuat kerja berkaitan dengan gaji, pegawai lain

    yang tengah menggunakan sistem ini terpaksa menutup sistem ini terlebih dahulu.

    Hal ini akan melambatkan kerja dan masa para pekerja.

    Cadangan yang lain pula ialah pihak pengurusan sumber manusia patut

    menyusun cuti pekerja dengan baik. Pihak pengurusan tidak patut membiarkan

    terlalu banyak pekerja bercuti pada tempoh masa yang sama. Kekurangan pekerja

    akan menyebabkan banyak kerja tergendala. Selain itu, majikan kena memastikan

    ada pekerja ganti supaya jika seseorang pekerja itu cuti, pekerja seorang lagi boleh

    menggantikannya membuat kerja tersebut.

    Cadangan seterusnya ialah berkaitan dengan pengurusan stor bagi Yayasan

    Sarawak. Saya mencadangkan supaya organisasi ini patut melantik Pegawai Stor

    yang mempunyai bidang tugas yang sedikit sahaja. Hal ini demikian kerana

    Pegawai Stor sekarang mempunyai bidang tugas yang banyak selain daripada

    menguruskan stor. Oleh itu, dia terpaksa membahagikan komitmen untuk setiap

    tugas. Kadang-kadang Pegawai Stor ini tidak mempunyai banyak masa untuk

    diluangkan dalam mengendalikan stor yang telah diamanahkan oleh beliau. Oleh

  • 1

    sebab demikian, kami sebagai pelajar praktikal sedaya-upaya membantu

    meringankan beban beliau dalam mengendalikan stor. Justeru itu, pihak Yayasan

    Sarawak boleh mengatasi masalah ini dengan mengurangkan tugas yang diberikan

    kepada Pegawai Stor berkenaan atau melantik seorang lagi Pegawai Stor untuk

    membantu beliau. Langkah ini penting supaya pengurusan stor dapat diurus

    dengan baik dan tidak merugikan pihak Yayasan Sarawak. Pengurusan stor yang

    lemah boleh menyebabkan organisasi mengalami kerugian yang besar akibat

    daripada pembaziran modal yang berlaku seperti kecurian barangan yang

    disimpan, barang rosak atau tidak boleh dipakai, dan penggunaan barangan yang

    berlebihan.

    KESIMPULAN

    Latihan industri ini merupakan salah satu keperluan bergraduat yang telah

    ditetapkan untuk semua pelajar tahun tiga. Latihan industri penting untuk pelajar

    menimbu ilmu daripada organisasi yang mereka pilih. Oleh itu, sepanjang saya

    menjalani latihan industri di sini saya dapat menimba banyak ilmu dan

    pengalaman baru dari pihak Yayasan Sarawak. Pelbagai bidang tugas yang telah

    saya pelajari daripada seksyen Pembangunan Sumber Manusia. Justeru itu, saya

    sangat menghargai segala tunjuk ajar dan bimbingan daripada semua kakitangan

    pihak Yayasan Sarawak.

  • 1

    Lampiran

    6. Liaison Officer (LO) Borneo Cup International Taekwando (WTF)

    Championship 2013.

    Kumpulan saya dari Negara Indonesia

  • 1

    Membawa mereka berjalan-jalan di sekitar Kuching

  • 1

    Makan malam bersama dengan semua kontinjen dari seluruh Negara