contoh kerja kursus geografi pmr 2010 ( tajuk kedua = migrasi dalaman penduduk )

Upload: nik-mohamad-zhafran

Post on 30-May-2018

422 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 ( TAJUK KEDUA = MIGRASI DALAMAN PENDUDUK )

    1/7

    Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saad

    Kampung Parit Raja Ahmad,

    83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

    (Nombor 1) TAJUK :

    MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

    DI KAMPUNG SELULUN,

    PT KASSIM, BATU PAHAT

    NAMA : MOHD KHAMSULDIN BIN ABDUL WAHAB

    KELAS : 3 MANTAP

    SEKOLAH : SMK PENGHULU SAAD, PT RAJA

    AHMAD 83500 PT SULONG, BT. PAHAT

    NAMA GURU : EN MAMAT

    TARIKH HANTAR : 28 MEI 2010

    TANDATANGAN PELAJAR TANDATANGAN GURU

    -

    (Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN

    TAJUKHALAMAN

    1) Penghargaan

    2) Pendahuluan

    3) Objektif Kajian

    4) Kawasan Kajian

    5) Kaedah Kajian

    6) Hasil Kajian

    7) Rumusan

    8) Rujukan

    9) Lampiran

    10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

    (Nombor 3) PENGHARGAAN

  • 8/9/2019 CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 ( TAJUK KEDUA = MIGRASI DALAMAN PENDUDUK )

    2/7

    Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Penghulu Saad, Pn Hajah Salbiah Bt Hj. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi sayaiaitu En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

    Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Mustaffa Siraj dan Mamat yang telahbanyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terimakasih juga kerana sudi meminjamkan basikal kepada saya.

    Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Selulun yangtelah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

    (Nombor 4) PENDAHULUAN

    Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajukyang diberikan. Di kampung Selulun, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya.

    Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

    Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

    (Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

    Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

    1) Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

    2) Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

    3) Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

    4) Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

    5) Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasankajian.

    6) Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Kg. Selulun mengenai kepentingan migrasi.

    (Nombor 6) KAWASAN KAJIAN

    Kajian ini telah dijalankan di Kampung Selulun Batu Pahat Johor. Lokasi kawasankajian ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira

  • 8/9/2019 CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 ( TAJUK KEDUA = MIGRASI DALAMAN PENDUDUK )

    3/7

    11 km dari pekan Parit Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong yang mempunyai pelajar seramai 200 orang.Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan danpengangkutan yang sempurna.

    Kampung Selulun mempunyai tanah subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar tahun 1900 an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 1200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.

    PETA KAJIAN

    1) Lukis Peta Daerah Batu Pahat

    2) Peta Pekan Parit Sulong

    i) Tajuk dan Bingkai [1 m]

    ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

    3) Peta Kg. Selulun

    ( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut ) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan

    iii) Tajuk dan Bingkai [1 m]

    iv) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

    v) Simbol Piawai [ 1 m ]

    vi) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

    ( peta perlu kemas dan cantik )

    - Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian

    (Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

    Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

    1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan kampung pt kassim

    2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasidi kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasankampung.

    3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhada

  • 8/9/2019 CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 ( TAJUK KEDUA = MIGRASI DALAMAN PENDUDUK )

    4/7

    p kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik sila rujuk lampiran )

    4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanyatentang penerangan migrasu yang berlaku di Malaysia.

    (Nombor8) DAPATAN KAJIAN

    8.1 Konsep Migrasi Penduduk

    Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian inimigrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

    8.2 Pola Migrasi Penduduk

    Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

    i) Migrasi luar bandar bandar

    Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya.Migrasi ini berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.

    ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar

    Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan

    oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telahmenarik minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.

    8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

    Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-

    A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)

    i) melanjutkan pelajaran

    - kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada pelajar.

    ii) peluang pekerjaan

    - sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaanyang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga m

    enyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan bandar.

    B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)

  • 8/9/2019 CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 ( TAJUK KEDUA = MIGRASI DALAMAN PENDUDUK )

    5/7

    iii) Governan

    - pihak kerajaan telah memajukan kawasan kampung saya dengan adanya pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan luar bandar yang lain telah berpindah ke kawasan kampung saya untuk mencari peluang peke

    rjaan daripada sektor pertanian. Sebagai contoh, penduduk dari kampung Parit Ismail, Parit Ju dan kawasan sekitarnya.

    iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan

    - daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga yang datang ke kampung saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk daripada kampung saya. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya semakin bertambah secara semulajadi.

    Penerapan Unsur Patriotisme

    Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kampung saya mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.

    8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

    Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan kampung saya sebenarnya telah memberiyang positif dan negatif di kawasan kampung saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-

    A ( KESAN POSITIF )

    1) Penduduk Bertambah

    - Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor governan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di kampung saya masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni oleh penduduk.

    2) Hasil Pertanian Bertambah

    - migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasilkelapa sawit.

    B ( KESAN NEGATIF )

    3) Masalah Sosial

    - Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asingyang di bawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

    4) Persaingan Mendapatkan Peluang Pekerjaan / Penggangguran

    - kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warg

  • 8/9/2019 CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 ( TAJUK KEDUA = MIGRASI DALAMAN PENDUDUK )

    6/7

    a asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

    5) Struktur Penduduk Berubah

    - migrasi luar bandar ke bandar yan berlaku di kawasan kampung saya telah menyeb

    abkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan ini telah menyebabkangolongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta tua terus bertambah. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

    Penerapan Unsur Patriotisme

    Saya berharap walau pun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perluwujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masa

    lah sosial daripada terus berlaku.

    Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.

    8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

    ( peringatan = cadangana perlu selari dengan Kesan Migrasi di tajuk 8.4)

    Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

    1) Wujudkan Rukun Tetangga

    - rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

    2) Wujudkan Peluang Pekerjaan

    - bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

    3) meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan

    - pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat pentingbagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan bandar.

    Penerapan Unsur Patriotisme

    Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.

    Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat

  • 8/9/2019 CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2010 ( TAJUK KEDUA = MIGRASI DALAMAN PENDUDUK )

    7/7

    kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung sayaini.

    Bahan Grafik

    - Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-

    i) Jadual

    ii) Graf

    iii) Carta Pai

    iv) Peta Aliran

    - Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

    (Nombor 9) RUMUSAN

    Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan bolehmenyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu,golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.