contoh kata tugas kemahiran berfikir aras tinggi

5
Contoh Kata Tugas 39 PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Bil. Kata Tugas Respons Yang Diharapkan 1 Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan 2 Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/ciri sesuatu pengetahuan tertentu 3 Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik 4 Bagaimanakah Memperihalkan/memberi penerangan tentang cara/keadaan/langkah/kejadian 5 Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara 6 Bangunkan Menghasilkan satu atur cara/program menggunakan perisian/kaedah yang sesuai mengikut langkah-langkah tertentu 7 Bezakan Menyatakan kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara 8 Bilakah Menyatakan masa/waktu/urutan prosedur 9 Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah/alat tertentu 10 Bincangkan Memberi penerangan/pandangan daripada pelbagai aspek 11 Buktikan Menyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/ fakta sebagai sokongan-sokongan 12 Buatkan Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji akan hipotesis kesahihannya 13 Bundarkan Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan tertentu 14 Cadangkan Memberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif 15 Cari Memberikan suatu nilai/kedudukan/perkara secara mengenal pasti dengan menggunakan kaedah tertentu atau menghitung secara ringkas 16 Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:32 PM Page 47

Upload: mokhzani-fadir

Post on 05-Apr-2017

146 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Contoh Kata Tugas

39

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Bil. Kata Tugas Respons Yang Diharapkan

1 Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu

aspek atau perkara yang dikomunikasikan

2 Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap

sesuai dengan konteks berdasarkan

pertimbangan/ciri sesuatu pengetahuan

tertentu

3 Apakah Memberikan maklumat yang khusus atau

spesifik

4 Bagaimanakah Memperihalkan/memberi penerangan tentang

cara/keadaan/langkah/kejadian

5 Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan persamaan

dan perbezaan antara dua atau lebih perkara

6 Bangunkan Menghasilkan satu atur cara/program

menggunakan perisian/kaedah yang sesuai

mengikut langkah-langkah tertentu

7 Bezakan Menyatakan kelainan/ketidaksamaan antara

dua atau lebih perkara

8 Bilakah Menyatakan masa/waktu/urutan prosedur

9 Binakan Membuat sesuatu menggunakan kaedah/alat

tertentu

10 Bincangkan Memberi penerangan/pandangan daripada

pelbagai aspek

11 Buktikan Menyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/

fakta sebagai sokongan-sokongan

12 Buatkan Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji

akan hipotesis kesahihannya

13 Bundarkan Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada

kejituan tertentu

14 Cadangkan Memberi pandangan/idea/pendapat dengan

mempertimbangkan perkara positif atau negatif

15 Cari Memberikan suatu nilai/kedudukan/perkara

secara mengenal pasti dengan menggunakan

kaedah tertentu atau menghitung secara ringkas

16 Catatkan Merakamkan atau merekodkan sesuatu

maklumat

isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:32 PM Page 47

Page 2: Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

40

17 Ciptakan Menghasi lkan/mewujudkan/menerb i tkan

sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau

kreativiti

18 Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian

19 Deduksikan Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu

20 Definisikan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas

tentang makna suatu perkataan khusus/istilah/

terminologi

21 Di manakah Menyatakan tempat/kedudukan

22 Fokuskan Memberi penerangan/pernyataan dengan

menumpukan kepada sesuatu aspek tertentu

23 Formatkan Menyediakan/menyusun maklumat mengikut

sesuatu prinsip/prosedur/peraturan tertentu

24 Galurkan Menghuraikan peristiwa atau fakta secara

kronologi

25 Gambarkisah- Memberi penerangan dengan menggunakan

kan gambar rajah

26 Gariskasarkan Memberi ciri penting secara umum untuk

sesuatu proses/tindakan

27 Hitungkan Memberi nilai kuantatif dengan melaksanakan

algoritma (langkah-langkah tertentu) atau

menggunakan rumus

28 Hubungkaitkan Membuat sesuatu pertalian berdasarkan

beberapa ciri/faktor

29 Huraikan Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan

panjang lebar/terperinci

30 Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh/gambar rajah

/rajah

31 Interpretasikan Memberi maklumat atau makna lain bagi

sesuatu komunikasi

32 Isikan Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang

yang betul

33 Jadualkan Membuat susunan tentang perkara/maklumat/

acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang

telah ditetapkan

34 Jelaskan Memberi penerangan tentang sesuatu dengan

sokongan supaya mudah difahami

35 Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong atau

membangkang

isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:32 PM Page 48

Page 3: Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

41

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

36 Kenal pasti Memberi petunjuk atau makluman terhadap

suatu perkara/benda/pernyataan yang

dikenali atau dicam dengan jelas

37 Klasifikasikan Mengumpu lkan /membahag i -bahag ikan /

melabelkan sesuatu kepada sesuatu kumpulan/

kategori berdasarkan kesamaan kualiti/kriteria/

ciri/sifat

38 Labelkan Menandakan dan/atau memberikan panggilan

yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah

/graf/carta/ilustrasi dan sebagainya

39 Lakar Memberi persembahan berbentuk rajah/

gambar rajah/peta secara kasar dan tidak

memerlukan perincian

40 Laporkan Memberitahu maklumat tentang sesuatu

keadaan secara lisan atau bertulis

41 Laraskan Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama

dengan penunjuk/tolok

42 Lengkapkan Mengisikan maklumat/nilai yang spesifik pada

ruang kosong pada jadual/rajah/ayat yang

diberikan

43 Lorekkan Melukis dengan garisan/corengan/coretan pada

kawasan/rantau/ruangan tertentu

44 Lukis Memberi persembahan berbentuk grafik/rajah/

gambar rajah/graf bagi menggambarkan suatu

benda atau perkara dengan menggunakan alat

dan mengikut ukuran atau skala tertentu

45 Manakah Menyatakan pilihan

46 Mengapakah Memberi sebab

47 Namakan Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu

benda/istilah/terminologi/proses

48 Nilaikan Membuat pertimbangan terhadap sesuatu

perkara

49 Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik tanpa

memerlukan penerangan lanjut/huraian/

sokongan

50 Organisasikan Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah

dirancang untuk dilaksanakan

51 Orkestrakan Menyusun skor untuk alat muzik orchestra

berdasarkan skor yang ada

isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 49

Page 4: Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

42

52 Padankan Membuat penyesuaian yang setara

berdasarkan rajah/simbol/maklumat tentang

pernyataan berhubung spesifikasi/fungsi/

aplikasi atau sebaliknya

53 Pamerkan Menunjukkan persembahan terhadap

penguasaan dalam sesuatu perkara

54 Pasangkan Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut

susunan prosedur yang betul

55 Paterikan Melakukan proses menyambung dengan

menggunakan set pematri

56 Peringkatkan Membuat pemeringkatan beberapa perkara

mengikut aras/tahap tertentu

57 Pilih Menentukan maklumat yang terbaik

58 Plot Menanda/melukis titik-titik graf

59 Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang dijangka

munasabah berdasarkan pola atau corak

tertentu

60 Rekabentukkan Membuat garis kasar/lakaran/plan tindakan/

prototaip/model

61 Rekodkan Mencatatkan dapatan kajian/eksperimen/data/

pemerhatian mengikut format

62 Ringkaskan Menyatakan sesuatu ungkapan/pernyataan/

petikan secara pendek/padat dan mengekalkan

kandungan utama yang asal

63 Rumuskan Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan

data/maklumat/petikan

64 Sarankan Memberi pandangan/idea yang boleh

diaplikasikan dalam sesuatu situasi

65 Sediakan Mengadakan/mewujudkan/meny iapkan/

melengkapkan/menyusun sesuatu mengikut

format dan prinsip yang tertentu

66 Selesaikan Memberi beberapa fakta/ciri/konsep/prinsip/

teori secara spesifik/berbentuk poin tanpa

memberi hubungan/perkaitan/penerangan

lanjut bagi setiap satunya

67 Siapakah Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu

68 Susun Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan

kaedah/prinsip/keperluan/keutamaan

isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 50

Page 5: Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

43

PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

69 Syorkan Memberi pandangan/idea/pendapat yang boleh

diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan

mempertimbangkan perkara positif atau negatif

70 Tafsirkan Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang

diberi

71 Takrifkan Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas

tentang makna suatu perkataan khusus/istilah/

terminologi

72 Tandakan Meletakkan simbol yang dikehendaki

73 Tentukan Membuat sesuatu keputusan selepas

mengambil kira beberapa perkara sebagai asas

pertimbangan

74 Tentusahkan Menyatakan kebenaran/ketepatan sesuatu

dengan memberikan bukti

75 Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau

menjelaskan sesuatu dengan sebab

76 Terbitkan Membina sesuatu dengan menunjukkan cara/

kaedah untuk menemuinya

77 Terjemahkan Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada

suatu bentuk komunikasi lain tanpa mengubah

dan memperihalkan makna komunikasi tersebut

78 Transposisikan Mengubah kedudukan not kepada nada yang

baharu

79 Tukarkan Mengubah sesuatu kepada bentuk/unit lain

80 Tulis Mencatat huruf/angka/simbol yang khusus atau

menghasilkan maklumat/idea berbentuk teks

81 Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan bukti

82 Ubahsuai Membuat sesuatu perubahan dengan

menggunakan kaedah/prinsip tertentu

83 Ukur Menggunakan alat pengukur untuk

mendapatkan nilai ukuran berserta unitnya

84 Ulas Memberi pandangan/pendapat/komen/kritik

85 Ungkapkan Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam

bentuk yang dikehendaki

86 Unjur Membina garisan mengikut unjuran sudut yang

ditetapkan

87 Wajarkah Membuat pertimbangan terhadap sesuatu

perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek

sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau

kekurangan

isi_Kemahiran_Aras_Tinggi_TERBARU_jus._Layout 1 12/16/13 2:35 PM Page 51