kemahiran berfikir aras tinggi dalam pdp

23
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP Kaedah yang boleh digunakan melalui pendekatan pengajaran kemahiran berfikir

Upload: viet

Post on 24-Feb-2016

338 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP. Kaedah yang boleh digunakan melalui pendekatan pengajaran kemahiran berfikir. 7 ELEMEN DALAM KBAT. PENTAKSIRAN- perubahan dalam pentaksiran PEDAGOGI – Perubahan dalam pendekatan KURIKULUM – Perubahan dalam pembelajaran murid - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP

Kaedah yang boleh digunakan melalui pendekatan pengajaran

kemahiran berfikir

Page 2: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

7 ELEMEN DALAM KBAT

• PENTAKSIRAN- perubahan dalam pentaksiran• PEDAGOGI – Perubahan dalam pendekatan• KURIKULUM – Perubahan dalam pembelajaran

murid• SUMBER – Menyediakan sumber KBAT• KOKURIKULUM – KBAT dalam Kokurikulum• LATIHAN – Latihan kepada semua yang terlibat• SOKONGAN MASYARAKAT – Melibaatkan

masyarakat dalam KBAT

Page 3: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

Pengenalan

• KBAT telah diberi penekanan dalam PPPM 2013-2025.

• Hanya dapat dicapai dengan bantuan guru-guru dalam bilik darjah.

• Oleh itu guru perlu memilih pendekatan yang berorientasikan kemahiran berfikir iaitu pemikiran kritis dan kreatif,kemahiran membuat keputusan serta penyelesaian masalah.

Page 4: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

Elemen KBAT• Kemahiran membuat aplikasi• Menganalisis• Mensentisis• Menilai hujah• Taakulan• Refleksi • Menyoal• Menjana Idea baharu• Mereka cipta• Penyelesaian masalah • Membuat keputusan yang tepat

Page 5: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

Model dan Pendekatan

• Penyelesaian masalah • Pendekatan penyebatian• Pendekatan bercampur • Soalan penyoalan beraras tinggi• Pembelajaran inkuiri• Sumbangsaran• Pembelajaran koperatif dan konstruktivisme•

Page 6: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

Natijahnya

• Memupuk minat murid untuk belajar• Menyelesaikan masalah pembelajaran dalam

kelas• Peningkatan pencapaian akademik• Berkeyakinan untuk menyoal• Menggalakkan budaya berfikir murid

Page 7: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

Mentransformasikan KBAT

• Guru – perlu mengetahui dan mendalami pengetahuan mengenai elemen KBAT

• Pendekatan pengajaran yang sesuai untuk dipraktikkan dalam kelas

• Perubahan sikap ke arah positif iaitu menyokong sepenuhnya transformasi pendidikan

• Berkolaborasi dengan semua pihak- ibu bapa, murid dan masyarakat setempat.

Page 8: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

• Pelajar – diberi peluang dan ruang untuk memahami KBAT dalam pdp di kelas.

• Pelajar diberi galakkan untuk cuba menjawab setiap soalan KBAT yang dikemukakan daripada aras rendah hingga ke seterusnya.

Page 9: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

Overview KBAT

• KBAT bermaksud penggunaan minda secara meluas bagi membolehkan murid melakukan proses mentaksir, menganalisis atau memanupulasikan maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.

• Berbeza dengan kemahiran berfikir aras rendah iaitu penggunaan pemikiran yang terhad.

Page 10: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

• Dalam Taksonomi Bloom – KBAT berada ditahap membuat aplikasi, analisis sentesis dan penilaian.

• Kemahiran dalam KBAT pada dasarnya ialah kemahiran berfikir kritis, kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Page 11: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

Kemahiran berfikir kritis

• Melibatkan aktiviti membuat analisis, taakulan dan menganalisis berasaskan bukti-bukti.

• Merujuk kepada pemikiran reflektif dan munasabah yang difokuskan kepada usaha memutuskan sama ada sesuatu perkara boleh dipercayai atau tidak dipercayai.

• Penguasaan pemikiran reflektif menyebabkan seseorang akan sedar tentang pemikiran sendiri dan dapat mengaitkan idea dan pengalaman lalu.

• Pemikiran kritis boleh dikuasai menerusi ……….• … sambung

Page 12: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

• Penggunaan cara-cara tertentu seperti memfokuskan kepada soalan, menjawab soalan dengan jelas, memutuskan sama ada sesuatu sumber berasas atau tidak, meneliti dan membuat keputusan seperti laporan, kesimpulan,keputusan bernilai, mendefinisi tema, mengenalpasti andaian dan membuat keputusan.

• Kebolehan membaca dan mendengar dengan teliti,menilai hujah, mencari dan mengenal pasti andaian tersirat serta mengesan akibat.

Page 13: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF

• Terbentuk daripada empat kemahiran iaitu;-• Kelancaran- kebolehan seseorang menjana idea yang

banyak.• Fleksibel – kebolehan menghasilkan idea yang

berbeza-beza.• Penghuraian - kebolehan memperluaskan dan

mengembangkan idea secara mendalam.• Keaslian- kebolehan berfikir secara luar biasa dan

menggunakan sesuatu perkara denga cara berlainan.

Page 14: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

• Satu proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan yang terbaik.

• Kandungannya;• Mencadang, menganalisis, menilai pilihan

meramal terhadap pilihan yang dilakukan dan memilih pilihan yang terbaik. Ini menjurus kepada penyelesaian masalah.

Page 15: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

PENDEKATAN PENGAJARAN BERFIKIRcadangan John Arul (1997)

• Pendekatan K.A.D.A.R• K – Kenal• A – Ajar• D – Demontrasi• A – Aplikasi• R - Refleksi

Page 16: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

ADA LIMA LANGKAH

• LANGKAH 1 – Kenal - guru akan memulakan sesi pengajaran kemahiran berfikir dengan memperkenalkan terlebih dahulu objektif pdp pada hari itu.

• LANGKAH 2 – Ajar – guru mula menerangkan penggunaan kemahiran yang diajarkan. Contohnya memberi beberapa syarat penggunaan kemahiran tersebut. Guru menunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan sesuatu kemahiran.

Page 17: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

• LANGKAH 3 – Demontrasi/Modeling – semasa sesi demontrasi dilaksanakan guru akan menyatakan dengan kuat secara lisan apa yang berlaku dalam mindanya dn kemudian meminta pelajar melaporkan apa yang berlaku dalam minda mereka semasa terlibat dengan kemahiran yang dipelajari dan meminta mereka menerangkan bagaimana mengatasi halangan-halangan yang ditempuhi.

Page 18: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

• LANGKAH 4- membuat Aplikasi – • Dalam langkah ini pelajar akan dibahagikan kepada

beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan berbincang secara berpasangan untuk melihat semula kemahiran yang mereka lakukan. Pelajar pertama akan menyebut secara lisan langkah-langkah yang boleh diambil iaitu apa yang berlaku dalam mindanya, kandungan yang telah diketahui dan pengalaman yang dilalui semasa mengaplikasi kemahiran tersebut.

Page 19: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

• Pelajar kedua akan menyemak proses yang berlaku dengan memastikan kawannya melakukan langkah-langkah yang betul.

• LANGKAH 5 – REFLEKSI – aktiviti refleksi guru dan pelajar sama-sama berfikir tentang apa yang telah berlaku dengan melihat sama ada langkah-langkah yang betul telah digunakan dalam pdp berlangsung. Guru boleh meminta pelajar memikirkan satu situasi lain bagi menggunakan kemahiran ini.

Page 20: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

KBAT – MENERUSI SOALAN-PENYOALAN

• Taksonomi Bloom ada 6 jenis soalan• Wilen – soalan bertumpu dan bercapah• Pelajar perlu membuat inferens, banding beza,

mencipta dan meramal. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menyoal pelajar semasa pdp:-

• - guru harus merancang soalan utama terlebih dahulu agar dapat memberi arah kepada pdp

Page 21: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

• - guru juga perlu membina soalan-soalan dengan jelas dan khusus

• - soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru perlu disesuaikan dengan tahap pelajar

• -menggunakan urutan soalan yang logikal dan bersistematik

• Guru harus mengenukakan soalan yang merangkumi pelbagai jenis pemikiran seperti soalan mudah untuk menguji kefahaman dan soalan mencabar untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.

Page 22: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

• Guru perlu mengikuti jawapan pelajar dengan memberi respons tertentu.

• Memberi pelajar masa untuk menjawab soalan tersebut.

• Guru menggunakan soalan yang memberi peluang ramai pelajar menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

• Guru perlu mewujudkan suasana supaya pelajar mengemukakan soalan.

Page 23: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM  PdP

PENUTUP

• SEBELUM PELAJAR BOLEH MENGUASAI DAN MAHIR DALAM KBAT GURU-GURU PERLU TERLEBIH DAHULU MENGUASAINYA SUPAYA ASPIRASI DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAPAT DICAPAI.