contoh karangan modal upsr

Upload: jessica-mason

Post on 14-Apr-2018

426 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Contoh Karangan Modal UPSR

    1/2

    KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH

    Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli

    makanan dan minuman di kantin sekolah. Namun begitu, kita juga bolehmembawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke sekolah sebenarnyamembawa banyak kebaikan kepada kita.

    Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapatmenjimatkan wang kita. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita bolehdisimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-kelamaan wang tabungan kitaakan bertambah, seperti kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadibukit.

    Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh ibu kita semestinya sedap

    dan berkhasiat. Ini dapat mengelakkan kita daripada terkena keracunanmakanan. Kita juga akan lebih berselera untuk menikmati makanan yangdimasak oleh ibu pada waktu rehat.

    Di samping itu, kita tidak perlu lagi berebut-rebut atau beratur untukmembeli makanan di kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yangdibawa dari rumah. Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu, kita masihada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.

    Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-

    kawan kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akanmenjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang antara kita dan ibujuga akan bertambah erat.

    Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkanbanyak manfaat kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kitalakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.

    1

  • 7/30/2019 Contoh Karangan Modal UPSR

    2/2

    KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

    Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajarsendiri atau belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnyamendatangkan banyak kebaikan kepada kita.

    Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentangpelajaran yang tidak kita fahami. Kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan.Oleh itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-mertadengan bantuan kawan-kawan kita.

    Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secaraberkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikanpenerangan yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang tidakmemahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan memberikanpenerangan yang dimintanya.

    Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk.Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualandan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu,Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.

    Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengankawan-kawan kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambahdari semasa ke semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan juga akanmenjadi lebih erat.

    Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan

    banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu amalkanlah belajar secaraberkumpulan untuk kebaikan kita bersama.

    2