contoh jawapan kertas soalan tahun lepas hbae1403

Upload: st3155j

Post on 16-Oct-2015

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Contoh Jawapan Kertas Soalan Tahun Lepas HBAE 1403

1.Jelaskan perbezaan yang terdapat pada kegiatan membuat kolaj dan mozek.KolajMozek

Dihasilkan dgn cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, danmenindih bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik ke atas suatupermukaan dua dimensi utk menghasilkan gambar.Dihasilkan dgn menyusun kepingan bahan semula jadi atau bahan buatanmanusia yg berwarna bersebelahan dan tidak bertindih di atas permukaan rata utkmenghasilkan gambar atau corak.

2.Nyatakan definisi montaj secara ringkas.Montaj ialah menghasilkan imej ataugambar dr beberapa gambar atau corak yg disusunsecara bertindih di antara satu sama lain pd suatu permukaan utk menyampaikan sesuatumesej atau pengajaran.3.Terangkan secara ringkas apa yang anda ketahui tentang Cetakan Duo.- Duo bermaksud dua. - Membuat Cetakan Duo bermaksud menghasilkan dua cetakan dari imej ygsama.

- Ia boleh dihasilkan dgn cara berikut :(i) Lipat kertas yg dilipat menjadi dua bahagian.(ii) Buka kertas dan warnakan satu bahagian (A) dgn warna berbagai.(iii) Warnakan sekali lagi dgn warna hitam.(iv) Lipat semula kertas dgn bahagian B berada di atas.(v) Gunakan pensel atau pen dan lukis objek di atasnya.(vi) Buka semula kertas dan imej yg sama akan terhasil.4. Nyatakan LIMA contoh kesan jalinan drp alam semulajadi dan LIMA contoh kesanjalinan drp buatan manusia yang boleh digunakan di dalam kegiatan gosokan.- Contoh bahan drp alam semulajadi yg dpt menghasilkan kesan jalinan adalah sepertikulit buah nangka, kulit pokok getah, daunmempelam, biji rambutan dan akar kelapa. - Bagibahan buatan manusia pula seperti tali pinggang, beg tangan, tayar kereta, sikat dan duit syiling.5. Terangkan secara ringkas apa yang anda fahami tentang pendekatan deduktif di dalampengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.- PendekatanDeduktif merupakan satu proses menilai hasil kerja seni yg melibatkan pemilihankriteria tertentu dan pemeriksaan kerja senimelalui fakta-fakta visual.

- Dengan itu ia dapatmenentukan sesuatu kerja-kerja seni itu sama ada memuaskan atau tidak mengikut standard.- Walaupun bersifat terhad dan tidak natural keranaberformat perdebatan, ia juga berperanandlm menggalakkan penglibatan murid terhadap sesuatu hasil kerja seni.6. Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran terpimpin menurut Sir Herbert Read berkaitan apresiasi seni?- Dua pandangan Sir Herbert Read berkaitan teori perkembangan seni kanak-kanak ialah Art iscreative self-expression dan Works of art express and communicate universal value. - Iamenjelaskan bhw menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimanaseseorang itu boleh berinteraksi dgn diri sendiri dan orang lain selain dpt menyuarakanrasa hati. - Secara tak langsung, nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap murid dan akhirnyadapat menghargai dan menilai apa yang dilihat.7. Jelaskan EMPAT unsur penting yg menentukan mutu hasil karya sesebuah lukisan.- Unsur-unsur penting dlm menentukan mutu hasil karya lukisan terdiri drp KomposisiObjek, Ruang, Perspektif dan Pencahayaan. - Setiap unsur mempunyai peranan tersendiri sepertiberikut :a. Komposisi Objek - Lukisan yg dihasilkan perlu menepati asas seni reka, iaitu unsur seni dan prinsiprekaan.b. Ruang - Susunan imej atau objek yg dilukis perlu mengambilkira aspek ruang yg bersesuaian dgntema.c. Perspektif - Penggunaan titik lenyap sama ada titik lenyap 1, 2 atau 3 dlm penghasilan karyad. Pencahayaan - Mengenalpasti arah sumber cahaya sebelum menghasilkan ton utk membentuk objek 3D.8. Jelaskan TIGA cara bagi menghasilkan percikan secara mudah di peringkat sekolah rendah.- Bg menghasilkan percikan mudah, alat, media dan teknik yg boleh digunakan seperti berusgigi, jari dan ranting dedaun dr jenis halus dan nipis.- Percikan menggunakan berus gigi dilakukan dgn cara mencelup berus gigi di dlm warnadan lalukan pada besi halus atau kayu halus bg menghasilkan kesan percikan pada permukaankertas.- Percikan menggunakan jari adalah dgn mencelup kelima jari pd warna danmenghayunkan jari lalu direnjis pd permukaan kertas lukisan.

- Manakala percikan ranting dilakukan dgn cara mencelupkan satu ranting dedaun, contohnyadaun pine ke dalam warna basah dan percikkan pada permukaan kertas.9. Jelaskan ciri-ciri utama yang dirangkumi dalam definisi Lukisan.(i) Lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran.(ii) Dilakukan atas permukaan rata.(iii) Menggunakan pelbagai jenis media kering dan pelbagai jenis kertas.10.Terangkan apa yang dimaksudkan dengan Cetakan.- Hasil kerja seni yg mengalami proses ulangan menggunakan dakwat yg dicipta melalui perpindahan dakwatke atassatu permukaan. - Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yghendak dihasilkan dlm sesuatu edisi.11.Apakah perbezaan yang terdapat pada kegiatan membuat Kolaj dan Montaj?KolajMontaj

Dihasilkan dgn cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, danmenindih bahan terbuang, jenis kekacang, pelbagai jenis kertas dan fabrik ke atas suatupermukaan 2D utk menghasilkan gambar.Dihasilkandgn menggunakan beberapa gambar atau corak yg disusun secarabertindih di antara satu sama lain pd suatu permukaan bagi menghasilkan gambar atau imejbaru yg mempunyai sesuatu mesej atau pengajaran.

12.Jelaskan perbezaan yang terdapat pada kegiatan-kegiatan membuat Catan dan membuat Resis.CatanResis

Gambaran berbentuk 2D yg dihasilkan ke atas satu permukaan rata melaluisapuan warna basah.Menghasilkan gambar dgn menggunakan pelbagaijenis warna dan bahan yg berasaskan lilin.

Dihasilkan dgn pelbagai teknik sapuan warna.Dihasilkandgn cara menolak warna basah atau cat basah yg disapu ke atas permukaan kertas yg disapu lilin.

13.Senaraikan EMPAT teknik yang digunakan dalam kegiatan menghasilkan sesuatu karya Gosokan.(i) Gosokan secara pusingan(ii) Gosokan menggunakan pelbagai warna(iii) Gosokan monokrom(iv) Gosokan potongan kertas14.Jelaskan secara ringkas apa yang anda fahami tentang pendekatan induktif dalam Pengajarandan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual.- Pendekatan Induktif ialah satu proses membuat kritikan seni dan menilai hasil kerja seni diperingkat awalan. - Pendekatan ini byk mengumpul fakta ttg visual yg terdapatdlm sesuatu hasil kerja seni. - Melaluinya murid dpt mengumpul satu inventori terhadap hasilkerja,menyatakan perhubungan di antara elemen visual dan yakin telah dptmenginterpretasi kerja seni tersebut. - Murid juga boleh membuat rumusan terhadap luahanperasaan dari apa yang mereka lihat tanpa reaksi emosi atau penilaian yang bersifat pra matang.15.Berikan EMPAT peringkat pengetahuan dan kefahaman yang perlu dicapai oleh murid dalamPendidikan Seni Visual.Peringkat pengetahuan dan kefahaman yang perlu dicapai murid ialah :(i) Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari,(ii) Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiata menggambar,(iii) Menguasai asas senireka serta menghasilkan hasil karya seni visual yg kreatif dan berfungsi,(iv) Meningkatkan pengetahuan asas senireka serta mengaplikasikannya dlm penghasilan.16.Jelaskan bagaimana murid-murid di sekolah rendah dapat mengaplikasikan media dan teknikdalam kegiatan membuat Mozek dalam kelas Pendidikan Seni.- Di dlm kelas Pendidikan Seni, murid-murid diajar mengaplikasikan alat, media dan teknikdlm kegiatan Mozek mengikut jenis dantema-tema tertentu. - Dlm pengajaran danpembelajaran kegiatan mozek, guru boleh menunjukkan kaedah seperti mencarik, memotong,menggunting dan membuat cebisan menggunakan kertas-kertas berwarna. - Bahan tersebutkemudiannya ditampal di atas permukaan rata seperti kertas lukisan, kadbod dan kayu plywoodbagi menghasilkan hasil karya seni yang menarik dan kreatif.17.Berikan perbezaan di antara warna monokrom dan penggenap.Warna MonokromWarna Penggenap

Campuran warna asal dgn warna putih dan hiram dpt menghasilkan ton warna terang atau gelap.Warna yang bertentangan dalam roda warna.

Putih dan kuning dicampur utk mendapatkan cahaya terang manakala hitamdan kuning dpt utk cahaya gelap.Kombinasi warna-warna menimbulkan kesan kontra.

18.Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti kemahiran secara Kritis dan Kreatif dalam Pendidikan Seni Visual?- Kemahiran secara Kritis dan Kreatif ialah satu proses menggunakan minda sama ada utk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan utk menyelesaikan masalah.- Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama dgn aktiviti seni.

- Guru harus mengambil peluang terbaik dr aktiviti seni kegiatan menggambar utk menjalani sesi ekspresi diri dan apresiasi seni berdasarkan studio activity centred method. - Ia bermaksud seseorang itu percaya bahawa ekspresi diri tidak boleh diceraikan daripada apresiasi seni.19.Bidang menggambar yang diajar di sekolah rendah mempunyai hasil pembelajaran dan penilaian yang dilihat secara menyeluruh dan berperingkat.

Nyatakan EMPAT proses aras sintesis dan penilaian dalam proses menggambar.(i) Menghayati benda yg dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yg disukai dan yg tidak disukai(ii) Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif(iii) Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual(iv) Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsure flora dan fauna utk penghasilan.20.Ada pelbagai jenis kertas lukisan. Berikan perbezaan antara kertas lukisan biasa dan kertas ledger Bond.Kertas Lukisan BiasaKertas Ledger Bond

Mempunyai permukaan rata yg sesuai utk pensel, pen, arang dankrayon lembutMempunyai beranekajenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar.

21.Teknik cat air diolah serta digunakan mengikut kesesuaian ataukesukaan pelukis. Nyatakan EMPATjenis teknik cat air.(i) Basah atas basahiaitu warna dicairkan dahulu dan disapukan di atas permukaan yang basah.Hasilnya kesan lutsinar.(ii) Basah atas keringiaitu warnayang dicairkan dahulu disapukan di atas permukaan yangkering.(iii) Kering atas basahiaitu teknik yang melibatkan sapuan warna yang pekat disapu ke ataslapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan.(iv) Washiaitu teknik yang melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan yang basah.Biasanya berus atau span digunakan. Sesuai untuk menghasilkan kesan air span awan.22.Pendekatan bertema digunakan oleh guru utk mempelbagai dan memperkembangkan idea. Terangkan EMPAT tema yang biasa digunakan dalam kegiatan membuat kolaj.(i) Cerita, sajak, pantun dan nyanyian(ii) Figura secara individu, keluarga, kawan, orang awam dan jiran(iii) Rumah, pondok, banglo, rumah teres, rumah flat, rumah kampong danchalet(iv) Haiwan seperti kucing, anjing, burung, ayam, itik, gajah, harimau dan kuda23.Montaj direka dengan mempunyai tujuan tertentu.

Nyatakan EMPAT tema montaj yang kerap digunakan di peringkat sek rendah.(i) Landskap(ii) Alam benda(iii) Figura(iv) Corak huruf24.Berikan EMPAT jenis gam yang sesuai digunakan bagi aktiviti kolaj.(i) Gam kilat(ii) Gam tidak kilat(iii) Gam gel(iv) Gam model25.Senaraikan EMPAT teknik resis yang boleh dijalankan di dalam aktiviti penghasilan karya seni visual di peringkat sekolah rendah.(i) Resis dari warna air(ii) Resis dari kertas lilin(iii) Resis dari warna tempera(iv) Krayon resis batik26.Nyatakan EMPAT teknik penghasilan montaj.(i) MontajKeluarga(ii) Photomontaj atau Imej Digital(iii) Montaj dari Bahan Terbuang(iv) Montaj Campuran27.Huraikan DUA kelebihan yang diperolehi oleh murid melalui aktiviti gosokan.(i) Murid menjadi lebih peka terhadap setiappermukaan di persekitaran apabila mengetahui ia boleh menghasilkan pelbagai corak yangmenarik.(ii) Murid dapat meluahkan berbagai perasaan danmenghasilkan kerja mereka dengan yakin, gembira, suka, penuh minat dan selesa.28.Nyatakan EMPAT jenis alatan yang boleh digunakan bagi menghasilkan percikan.(i) Berus cat dinding rumah yangterpakai(ii) Pistol semburan atau spray can(iii) Roller atau berus penggelek(iv) Berus lukisan.29.Berikan definisi Resis secara ringkas.Resis dapat didefinisikan sebagai satu proses menghasilkan gambar yang menggunakan pelbagaijenis warna dan bahan-bahan yang berasaskan lilin.30.Terangkan apa yang dimaksudkan dengan kolaj.Kolaj bermaksud menghasilkan gambar dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, juga menindih bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik ke atas suatu permukaan dua dimensi.31.Jelaskan perbezaan yang terdapat pada kegiatan membuat gosokan dan percikan.GosokanPercikan

Satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dr sesuatu

permukaan ke permukaan lain dgn cara menggosokkan sejenis alat di atas permukaan yghendak dipindahkan.Satu teknik corakan warna melalui dentikan,tepukan atau jentikan dgn menggunakan berus lukisan atau bahan lain yg mengandungi warna ke atas permukaan yg rata.

32. Bandingkan di antara media kering dan media basah.Media KeringMedia Basah

Pensel, pen, pensel warna, krayon lilin dan arangbatu.Warna air, warna poster, cat minyak dan catakrilik.

33.Senaraikan alat, bahan dan media yang digunakan dalam proses mencatan.(i) Pensel untuk membuat lakaran(ii) Pelbagai jenis berus sama ada keras atau lembut(iii) Pelbagai jenis warna seperti warna air, warna poster, cat minyak, cat muraldan cat akrilik(iv) Palet untuk membancuh warna(v) Botol berisi air(vi) Kertas lukisan, kain kanvas dan permukaan dinding(vii) Suratkhabar sebagai alas34.Namakan EMPAT jenis aktiviti cetakan yg boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah.(i) Cetakan jari(ii) Cetakan tumbuh-tumbuhan(iii) Cetakan dakwat(iv) Cetakan span35.Jelaskan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan mozek.Mozek bermaksud menghasilkan gambar atau corak dgn cara menyusun kepingan bahansemulajadi atau bahan buatan manusia yg berwarna bersebelahan dan tidak bertindih di ataspermukaan rata.36.Kaitkan jenis-jenis garisan yang boleh digunakan dalam teknik melukis.- Lukisan dihasilkan dgn menggunakan garisan yg terbentuk melalui pengaplikasian pelbagai jenis alat, media dan bahan.

- Garisan yang dihasilkandgn pensel boleh dipengaruhi oleh gred dan tekanan pensel.

- Pensel gred H yg bersifat keras sesuai digunakan utk lakaran ringkas kerana garisan yg dihasilkan adalah tajam. - Semakin besar nilai H semakin keras kesan pensel, garisanyg dihasilkan semakin tajam dan kurang gelap.