sains kssr t6 contoh jawapan

7
1. Berikut merupakan gambar keratan rentas bagi gigi dengan label struktur P, Q ,R, S dan T. a. Namakan struktur yang berlabel: P: Enamel R: Saraf dan Pembuluh Darah (1M) b. Miera hendak memastikan giginya sihat dan cantik. Apakah makanan yang sesuai untuk diamalkan dalam pemakanannya? Susu (1M) c. Mengapakah makanan yang anda nyatakan di (b), adalah sesuai untuk diamalkan dalam pemakanan untuk gigi yang sihat dan cantik? Berkalsium tinggi (1M) d. Pada pendapat anda, apakah yang boleh anda lakukan dalam kehidupan seharian untuk memastikan gigi anda sihat dan cantik selain faktor pemakanan? Memberus gigi (1M) 2. Rajah 2 menunjukkan hasil penyiasatan selepas 5 hari dalam satu ujikaji merenjiskan beberapa titisan air pada dua keping roti dengan menggunakan jenis roti yang sama. a) Nyatakan dua maklumat yang perlu dikumpulkan dalam penyiasatan ini. Kuantiti renjisan air , Bilangan tompokan hitam /saiz tompokan hitam. (1M) b) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang keadaan roti P dan roti Q. 1

Upload: rsy

Post on 13-Apr-2017

236 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sains kssr t6   contoh jawapan

1. Berikut merupakan gambar keratan rentas bagi gigi dengan label struktur P, Q ,R, S dan T.

a. Namakan struktur yang berlabel:

P: EnamelR: Saraf dan Pembuluh Darah (1M)

b. Miera hendak memastikan giginya sihat dan cantik. Apakah makanan yang sesuai untuk diamalkan dalam pemakanannya? Susu (1M)

c. Mengapakah makanan yang anda nyatakan di (b), adalah sesuai untuk diamalkan dalam pemakanan untuk gigi yang sihat dan cantik? Berkalsium tinggi (1M)

d. Pada pendapat anda, apakah yang boleh anda lakukan dalam kehidupan seharian untuk memastikan gigi anda sihat dan cantik selain faktor pemakanan?Memberus gigi (1M)

2. Rajah 2 menunjukkan hasil penyiasatan selepas 5 hari dalam satu ujikaji merenjiskan beberapa titisan air pada dua keping roti dengan menggunakan jenis roti yang sama.

a) Nyatakan dua maklumat yang perlu dikumpulkan dalam penyiasatan ini. Kuantiti renjisan air , Bilangan tompokan hitam /saiz tompokan hitam. (1M)

b) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang keadaan roti P dan roti Q.Pertumbuhan mikroorganisma lebih aktif pada roti Q kerana lebih lembap berbanding roti P. (1M)

c) Padankan jenis mikroorganisma dengan contoh penyakit bawaan mikroorganisma tersebut.

1

Page 2: Sains kssr t6   contoh jawapan

(1M) 3. Rajah 3.1 menunjukkan pengelasan beberapa objek yang digunakan oleh manusia setiap hari.

(a) Isikan Rajah 3.1 dengan sumber asas bahan untuk membuat objek-objek itu.

(2M)

b) i. Amin telah menjatuhkan sebiji bola pingpong ke dalam bekas berisi . Apakah yang berlaku kepada bola itu? Bola ping pong itu berada di permukaan air (1M)

ii. Berikan sebab bagi jawapan kamu di 3(b) i.Bola ping pong boleh terapung di atas air / Bola pingpong mempunyai sifat keapungan.

c) Rajah 3.2 menunjukkan objek P yang terapung di atas air.

Apakah yang boleh kamu lakukan supaya objek P berada di kedudukan X ?

Ikat objek P dengan pemberat / objek berat seperti batu / besi.

4. Mohan telah memasuki pertandingan lumba lari 100 meter di sekolahnya. Dia telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

a) Apakah alat yang digunakan untuk menyukat masa dalam pertandingan lumba lari? Jam randik (1M)

b) Rajah 4.1 menunjukkan masa yang diambil oleh Mohan untuk menghabiskan larian 100 meter.

2

Page 3: Sains kssr t6   contoh jawapan

.i. Nyatakan masa yang diambil oleh Mohan dalam larian itu.

20 saat (1M)

ii. Mengapakah jam pada Rajah 4.1 sesuai digunakan dalam pertandingan sukan? Boleh mengukur waktu yang singkat dengan tepat. (1M)

c ) Rajah 4.2 menunjukkan dua alat yang digunakan untuk mengukur masa pada zaman dahulu.

i. Namakan alat Q.Jam matahari (1M)

ii. Mengapakah alat-alat ini boleh digunakan untuk mengukur masa? Proses-proses yang berlaku dalam alat ini berulang secara seragam . (1M)

5. Rajah 5.1 menunjukkan gelung besi dan bebola besi sebelum dan selepas dipanaskan.

a) Nyatakan pemerhatian kamu.

i. Pada awal aktiviti : Bebola besi tidak boleh memasuki gelang besi. ii. Pada akhir aktiviti : Bebola besi boleh memasuki gelang besi. (1M)

b) Berikan sebab ( inferens) berdasarkan jawapan kamu di 5 (a).Bebola besi mengembang. (1M)

c) Rajah dua termometer. Nyatakan bacaan bagi termometer itu.

3

Page 4: Sains kssr t6   contoh jawapan

(1M)

d) Lorekkan dengan pensil dan tuliskan suhu bagi takat didih dan takat beku air pada thermometer pada rajah 5.2 .

(1M)

6. Jadual 1 menunjukkan perubahan warna kertas litmus dan kertas litmus biru apabila dicelupkan ke dalam bahan makanan berikut.

a) Kelas bahan makanan di atas ke dalam kumpulan yag betul.

i. Bahan beralkali : Air kopiii. Bahan berasid : Cukaiii. Bahan neutral : Air mineral (3M)

b) Berikan alasan bagi jawapan kamu di ( a ) (iii). Tidak menukar warna kertas litmus biru dan merah. (1M)

4

Page 5: Sains kssr t6   contoh jawapan

c) Rajah 6 menunjukkan sebuku sabun telah dibasahkan dengan air dan diuji dengan kertas litmus merah.

Ramalkan perubahan warna kertas litmus merah yang akan diperhatikan.Kertas litmus merah bertukar warna menjadi biru. (1M)

7. Rajah 7 menunjukkan tiga litar elektrik, P,Q dan R. Kecerahan mentol-mentol itu direkodkan.

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?Untuk menyiasat hubungan antara bilangan bateri dan kecerahan mentol. (1M)

b) Nyatakani) Pemboleh ubah dimanipulasi : Bilangan bateri

ii) Pemboleh ubah bergerak balas : Kecerahan mentol

iii) Pemboleh ubah dimalarkan : Bilangan mentol (3M)

c) Nyatakan satu hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas. Semakin bertambah bilangan bateri, semakin bertambah kecerahan mentol. (1M)

d) Nyatakan satu inferens bagi jawapan di (c ).Bilangan bateri yang banyak menghasilkan kuasa yang lebih banyak untuk mentol lebih cerah. (1M)

8. Jadual 2 di bawah menunjukkan purata berat buah yang dihasilkan di kebun Pak Yahya mengikut bilangan pokok dalam satu ekar kebun.

5

Page 6: Sains kssr t6   contoh jawapan

(a) Nyatakan pemboleh ubah

(i) dimalarkan : Jenis pokok(ii) dimanipulasikan : Bilangan pokok dalam satu ekar kebun. (2M)

(b) Ramalkan purata berat buah yang dihasilkan jika 300 pokok ditanam dalam satu ekar kebun.5 Kg (1M)

(c) Berdasarkan ramalan jawapan kamu di 3(b), nyatakan satu inferens yang dapat dibuat.

Purata berat buah yang dihasilkan jika 300 pokok ditanam lebih ringan kerana persaingan antara pokok lebih tinggi. (1M)

(d) Apakah pemerhatian lain yang dapat dibuat tentang pokok dalam kebun yang mempunyai

200 batang pokok? Ketinggian pokok lebih rendah berbanding pokok di dalam kebun yang mempunyai

100 batang pokok. (1M)

(e) Bagaimanakah untuk menjadikan berat purata buah dalam kebun yang mempunyai 200 batang pokok menjadi lebih berat?Meningkatkan jarak di antara pokok untuk mengurangkan persaingan (1M)

6