contoh format laporan sesi kaunseling

4
LLAPORAN SESI KAUNSELING SESI PERTAMA. NAMA : UMUR : BANGSA : TARIKH : MASA : TEMPAT : LATARBELAKANG PERTEMUAN YANG LALU: Latarbelakang pertemuan yang lalu tiada kerana ini merupakan pertemuan pertama kali antara kaunselor dengan klien. MASALAH YANG DIKEMUKAKAN: Klien selalu berasa tidak dapat menyuarakan idea apabila diadakan sesi perbincangan sama ada di kelas mahu pun dalam kalangan kawan-kawan. Klien juga nampaknya berasa rendah diri dan kurang yakin untuk mengeluarkan pendapat. Klien merasa takut seandainya idea yang diberi akan dikritik. Dari sesi pertama ini juga kaunselor mendapati bahawa klien merupakan anak keempat dari tujoh beradik. Beliau mempunyai 3 orang abang dan tiga orang adik perempuan. Ayahnya seorang

Upload: hui-min

Post on 22-Jan-2016

5.000 views

Category:

Documents


138 download

DESCRIPTION

Contoh Format Laporan Sesi Kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Format Laporan Sesi Kaunseling

LLAPORAN SESI KAUNSELING

SESI PERTAMA.

NAMA :

UMUR :

BANGSA :

TARIKH :

MASA :

TEMPAT :

LATARBELAKANG PERTEMUAN YANG LALU:

Latarbelakang pertemuan yang lalu tiada kerana ini merupakan pertemuan

pertama kali antara kaunselor dengan klien.

MASALAH YANG DIKEMUKAKAN:

Klien selalu berasa tidak dapat menyuarakan idea apabila diadakan sesi

perbincangan sama ada di kelas mahu pun dalam kalangan kawan-kawan. Klien

juga nampaknya berasa rendah diri dan kurang yakin untuk mengeluarkan

pendapat. Klien merasa takut seandainya idea yang diberi akan dikritik.

Dari sesi pertama ini juga kaunselor mendapati bahawa klien merupakan

anak keempat dari tujoh beradik. Beliau mempunyai 3 orang abang dan tiga

orang adik perempuan. Ayahnya seorang pencari rotan di hutan Triang Pahang.

Beliau merupakan satu-satunya anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang tinggi. Dari segi kedudukan klien dalam famili kaunselor

membuat andaian, klien adalah anak yang menurut kata. Ini diakui sendiri oleh

klien kerana katanya beliau sentiasa menurut perintah dan arahan dari ayah dan

abang-abangnya yang lain.

Page 2: Contoh Format Laporan Sesi Kaunseling

DIAGNOSIS:

Klien berada dalam keadaan tertekan kerana tidak tahu apakah bentuk

kerjaya yang sesuai untuk dirinya. Begitu juga klien tidak yakin dan berani untuk

menyuarakan buah fikiran yang ingin diberikan dalam satu-satu sesi

perbincangan samada di kelas mahupun dalam kalangan rakan-rakannya.

PROSES KAUNSELING:

PENERAPAN TEORI. Kaunselor menggunakan pendekatan humanistik

dalam mewujudkan hubungan rapport dengan klien. Segala kemahiran

mendengar dengan aktif digunakan. Disamping itu kaunselor menerima klien

tanpa syarat dan menunjukkan empati, untuk sama-sama merasakan apa yang

sedang dirasai oleh klien. Namun begitu kaunselor juga mula nampak bahawa

ada sesuatu yang tidak kena kerana menurut klien beliau sentiasa menurut kata

keluarga dan tidak pernah membantah walaupun tidak setuju dengan sesuatu

cadangan atau pendapat yang diutarakan oleh keluarga.

ANALISIS MASALAH. Klien rasa rendah diri, tidak ada keyakinan dalam

mengutarakan pendapatnya dalam sesuatu perbincangan. Lebih banyak

bergantung kepada keluarga untuk membuat perancangan walaupun kadangkala

tidak dipersetujui.

KEMAHIRAN. Dalam membentuk hubungan rapport kaunselor

menggunakan kesemua kemahiran mendengar dengan aktif. Diantaranya adalah

parafrasa dalam memberikan kefahaman yang lebih akan masalah yang dihadapi

oleh klien. Disaat ini kaunselor menggunakan soalan-soalan terbuka bertujuan

untuk meneroka apakah masalah sebenar klien. Refleksi perasaan juga

digunakan untuk melihat perasaan klien terhadap keadaan yang dihadapi

terutama tentang kebimbangan klien akan masa depannya.

Page 3: Contoh Format Laporan Sesi Kaunseling

STRATEGI. Dalam sesi ini kaunselor menggunakan kemahiran kaunseling

dalam memberikan peluang untuk klien menceritakan keadaan dirinya. Tiga

syarat utama yang dikemukakan oleh Rogers diaplikasi dalam sesi ini iaitu

penerimaan tanpa syarat, genuine, empati dan kongruen. Penggunaan konsep ini

adalah semata-mata untuk klien merasakan bahawa kaunselor menerima

kedatangannya dengan hati yang terbuka.

MATLAMAT. Membantu klien untuk menyedarkan akan keadaan dirinya.

Ini dilakukan oleh kaunselor dengan meminta klien menjawab soal selidik

personaliti di rumah untuk digunakan dalam sesi kedua.

KESIMPULAN:

Sesi berjalan lancar. Klien walaupun malu-malu namun memberi

kerjasama yang baik. Ini mungkin disebabkan penerimaan kaunselor terhadap

klien yang terbuka.