dr norhayati mohd. noor - family...

24
DR NORHAYATI MOHD. NOOR UNIT KAUNSELING BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA PROF. DR ZURIA MAHMUD PROF. MADYA DR SAEMAH ABD. RAHMAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: dangthuy

Post on 01-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

DR NORHAYATI MOHD. NOOR UNIT KAUNSELING

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA PROF. DR ZURIA MAHMUD

PROF. MADYA DR SAEMAH ABD. RAHMAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

PENDAHULUAN

Keluarga merupakan satu entiti yang menjadi asas kepada sesebuah masyarakat dan seterusnya sebuah bangsa dan negara

Pelan Integriti Negara (PIN) yang telah dilaksanakan pada tahun 2004-2008 telah meletakkan Pemantapan Institusi Keluarga sebagai sasaran ke 4. Manakala dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) ) sebanyak 30.1 juta peruntukan telah disediakan untuk mengembalikan kefungsiaan keluarga di Malaysia (Rancangan Malaysia Kesembilan ,2006). Laporan statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Page 3: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Goldenberg & Goldenberg, 2002) mengatakan bahawa kaunseling keluarga adalah satu teknik psiko terapeutik untuk meneroka dan cuba mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah keluarga dengan membantu ahli-ahli dalam sistem keluarga untuk mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi.

Di luar negara kaunseling keluarga perkhidmatan kaunseling keluarga dapat meningkatkan daya saing sesebuah keluarga, membantu mengurangkan salah laku pelajar sekolah dan membantu proses pemulihan pelajar (Milliren & Barrett-Kruse, 2002 ;Keith,2001; Coco & Courtney ,1998 ; Herbert, 1989).

Page 4: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

MODEL PROSES KAUNSELING KELUARGA

Adler telah mengemukakan empat tahap atau peringkat dalam proses kaunseling keluarga yang kini menjadi asas kepada amalan proses kaunseling keluarga

4 peringkat dalam kaunseling keluarga iaitu

a) Perhubungan (Relationship)

b) Penilaian dan analisis (Analysis and Assessment)

c) Insight (Celi akal)

d) Orientasi semula/pendidikan semula (reorientation/reeducation).

Page 5: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Suradi (2006) telah mencadangkan empat tahap secara umum proses kaunseling keluarga boleh dijalankan iaitu i. membina perhubungan, membuat penilaian tentang

masalah keluarga yang dihadapi, ii. mengembangkan kesedaran emosi dan menerima pola

ketidakfungsian keluarga, iii. keluarga akan belajar bagaimana mengubah sistem

keluarga dan iv. penamatan .

Saedah (2004) mengatakan proses kaunseling keluarga dalam lima tahap iaitu i. Pembinaan perhubungan antara kaunselor dengan ahli

keluarga, ii. Pemahaman permasalahan dan struktur keluarga, iii. Penstrukturan pola transaksi keluarga dan pengubahan

tingkah laku, iv. Pengukuhan tingkah laku dan pendidikan mengenai

perubahan keluarga dan keibubapaan, v. Penamatan

Page 6: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Persoalan kajian

Bagaimanakah amalan proses kaunseling keluarga dijalankan dalam kalangan pengamal kaunseling keluarga di Malaysia

Apakah amalan modaliti pengendalian proses kaunseling keluarga dalam kalangan pengamal kaunseling keluarga di Malaysia

Apakah tempoh jangka masa sesi dan proses kaunseling keluarga yang menjadi amalan dalam kalangan pengamal kaunseling keluarga di Malaysia.

Page 7: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

METODOLOGI Pendekatan kualitatif melalui beberapa teknik

pengumpulan data dijalankan untuk melihat fenomena amalan kaunselor menjalankan sesi kaunseling dari peringkat awal sehinggalah akhir.

Data di kumpul menggunakan tiga kaedah iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen seperti yang

lazim digunakan oleh penyelidik kualitatif kepada 12 pengamal kaunseling keluarga

menggunakan perisian NVivo 8 sebagai alat untuk menguruskan data yang telah di transkrip (analisis data).

Page 8: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

DAPATAN KAJIAN

Page 9: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Hasil kajian menunjukkan terdapat lima peringkat dalam proses kaunseling keluarga iaitu peringkat pembinaan hubungan, peringkat analisis dan menilai masalah keluarga, peringkat kesedaran emosi dan celik akal , peringkat penstrukturan semula keluarga dan orientasi pembelajaran semula keluarga dan akhir sekali peringkat penamatan. Hasil dapatan kajian ini mempunyai kesamaan dalam kajian yang di jalankan Saedah (2004), Petrocelli (2002), Wachler dan Lenox (1994), Pinsof (1989) iaitu semua lima peringkat sesi ini perlu dilaksanakan dalam amalan proses kaunseling yang bertujuan untuk menolong klien membuat perubahan dalam mencapai matlamat kehidupan mereka.

Page 10: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Membina hubungan Hasil kajian menunjukkan bahawa proses membina

hubungan merupakan proses yang amat penting bagi memudahkan proses kaunseling keluarga

Odell dan Quinn (1998) mengatakan bahawa membina hubungan yang terapeutik amat penting dalam sesi yang pertama. Ini adalah kerana keluarga mempunyai perasaan dan pemikiran yang tertanya-tanya apa berlaku dalam sesi kaunseling keluarga

Namun begitu terdapat juga pengamal di Malaysia yang mengakui rapport dilakukan sehingga sesi yang kedua apabila berlaku konflik keluarga yang kritikal (Friedlander et al.,2010).

Page 11: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Halstead et al. (2002) menyatakan salah satu elemen yang penting dalam amalan dalam perhubungan kaunseling iaitu pertama mendapatkan maklumat latar belakang keluarga dengan mengemukakan soalan-soalan yang merangkumi semua aspek isu yang dibawa oleh keluarga.

Yang pertama... kita main soalan-soalan light...maknanya perkaitan

dengan yang fakta ... keluarga, tempat tinggal, kerja ...apa semua .. anak ...macam mana ayah macam mana ibu ... ibu pula macam mana anak ...pandangan .. soalan-soalan yang biasa orang kata yang memerlukan jawapan yang fakta

Pembinaan hubungan yang terapeutik juga dapat dilakukan oleh pengamal melalui inform consent. Menurut Kaplan (2003) kaunselor perlu memberi fokus kepada inform consent pada pertemuan yang pertama sesi kaunseling keluarga dapat membantu membina hubungan yang kukuh dengan keluarga dan juga membina kepercayaan keluarga.

Page 12: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Analisis dan penilaian masalah keluarga

Dapatan kajian ini menunjukkan pengamal kaunseling keluarga di Malaysia menganalisis masalah keluarga dari empat aspek iaitu struktur keluarga, emosi keluarga, interaksi keluarga dan pemikiran keluarga.

Crane et al. (1986) mengatakan kaunselor amat perlu belajar bagaimana untuk menilai kehendak keluarga dan sekiranya berjaya ia merupakan salah satu aspek yang akan menentukan hasil proses kaunseling keluarga yang dijalankan adalah selari dengan dapatan kajian ini.

Page 13: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Pengamal kaunseling keluarga menyatakan menganalisis interaksi keluarga perlu menjadi fokus agar kaunselor dapat mengintegrasikan maklumat dari pelbagai sudut agar memenuhi keperluan keluarga terutama keluarga yang sedang menghadapi pelbagai konflik Sprenkle (2009).

......dan ini yang biasanya terjadi dalam keluarga yang

menyebabkan berlakunya permasalahan keluarga ini ... pasal apa.. isteri tak tahu apa suami nak... suami tak tahu apa isteri nak ....suami dan isteri tak tahu apa anak-anak nak... dan anak-anak tak tahu apa yang ibu dan ayah dia nak.....ini yang boleh menyebabkan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini dalam keluarga....hubungan break down..

Page 14: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Kesedaran emosi dan celik akal

Keluarga yang kesedaran emosi atau mendapat celik akal adalah bergantung pada permasalahan keluarga dan keluarga itu sendiri. Kesedaran emosi keluarga apabila keluarga dapat memahami, menyelami dan menerima dengan terbuka perasaan semua ahli keluarga.

Manakala celik akal lebih memberi fokus kepada pemikiran keluarga di mana keluarga dapa mengubah persepsi yang negatif kepada persepsi yang positif (Kaplan , 2003).

Page 15: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Penstrukturan dan pembelajaran semula keluarga

Orientasi pembelajaran semula seperti kemahiran komunikasi yang selalu menyebabkan institusi keluarga tidak berfungsi

Kajian yang dijalankan oleh Yayasan Pembangunan Johor mendapati bahawa keluarga yang terlibat dengan kes penceraian, penderaan isteri , penderaan anak, dan kes juvana semuanya kurang kemahiran komunikasi sebagai sumber masalah.

Kadang-kadang klien tidak reti nak cakap macam kita kena

ajar klien bercakap macam tu supaya dia boleh cakap skrip tersebut tak payah tulis-tulis dia hafal untuk bercakap dengan suami atau isteri

Page 16: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Penamatan Proses penamatan Childers ( 1998) , mengatakan

bahawa walaupun kaunseling keluarga yang dikendalikan oleh kaunselor sama dari segi rawatan dan intervensinya tetapi proses penamatannya adalah berbeza

Hasil dari kajian jelas menyokong bahawa fasa penamatan yang diamalkan oleh kaunselor dalam kaunseling keluarga ada kalanya berlaku dan ada kalanya tidak

Penamatan sesi yang berlaku juga boleh berlaku secara bersemuka atau melalui telefon.

Page 17: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

“pada sesi penamatan... saya bagi masa ...kalau dia nak datang jangan datang lebih kurang daripada 2 bulan... makna kalau dia ada masalah sebelum 2 bulan , saya kata jangan datang... “

“Ada satu kes cerita dua tahun penamatan saya akhir dengan perpisahan”

Page 18: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Modaliti pengendalian

Pengamal melaporkan gaya pengendalian dalam amalan proses kaunseling keluarga boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu secara individu , secara individu dan keluarga dan juga secara keluarga sepenuhnya

Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu yang dilakukan dalam kaunseling keluarga disebabkan apabila konflik keluarga terlalu kritikal sehingga mereka tidak boleh duduk bersama dalam tempoh masa yang panjang .

Walau bagaimanapun dapatan ini agak berbeza dengan Coco & Courtney (1998) yang menjalankan sesi kaunseling keluarga secara individu dan keluarga adalah untuk memenuhi dan mencapai matlamat keluarga

Page 19: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Pola modaliti pengendalian individu dan keluarga dalam proses kaunseling keluarga

Keluarga

Individu

Keluarga

Individu

Keluarga

Individu

Individu

Keluarga

Page 20: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Jumlah sesi Dapatan kajian ini menunjukkan jumlah sesi

kaunseling keluarga yang menjadi amalan dalam proses kaunseling keluarga dikendalikan dengan jumlah kurang dari empat sesi dan juga lebih dari empat sesi.

Coco & Courtney (1998) 15 sesi iaitu tiga sesi keluarga, enam sesi ibu dan anak, tiga sesi dengan ibu dan tiga sesi dengan anak yang bermasalah, Santisteban (1997) 12-14 sesi, Holtzworth-Munroe et al.,(1989) telah menjalankan 17-35 sesi.

Page 21: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Tempoh sesi dan proses kaunseling keluarga

Tempoh sesi dalam kajian ini dalam satu sesi adalah antara dua hingga tiga jam di mana jangka masa ini bergantung pada kes yang dikendalikan dan keperluan keluarga

Jangka masa ini nampaknya agak berbeza sedikit dengan jangka masa yang di amalkan oleh pengamal di luar negara iaitu 60 minit hingga 90 minit dalam satu sesi (Santisteban 1998, Holtzworth-Munroe et al. 1989).

Page 22: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Tempoh proses kaunseling keluarga dilaporkan pengamal adalah antara satu bulan sehingga dua tahun.

Namun begitu hampir separuh pengamal mengakui proses kaunseling keluarga yang mereka jalankan ke atas satu keluarga antara dua bulan hingga 6 bulan.

Santisteban (1997) yang menyatakan bahawa proses kaunseling yang berkesan mengambil masa antara empat hingga enam bulan.

Perbezaan jangka masa iaitu pengamal di Malaysia mengendalikan dalam tempoh yang lebih panjang dari pengamal di Amerika kerana pengamal di Amerika adalah terdiri pengamal kaunseling keluarga yang mendapat latihan yang cukup dalam kaunseling keluarga iaitu mereka memiliki pendidikan dan latihan sekurang-kurangnya di peringkat sarjana secara khusus dalam kaunseling keluarga

Page 23: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

Penutup

Perbezaan amalan proses kaunseling keluarga diperngaruhi dari segi aspek

latihan dan pendidikan, keluarga, kemudahan dan polisi serta dasar sesebuah

negara.

Page 24: DR NORHAYATI MOHD. NOOR - Family Repositoryfamilyrepository.lppkn.gov.my/.../PROSES_KAUNSELING... · Laporan statistik Kementerian ... Pengamal turut melaporkan sesi kaunseling individu

TAMAT

TERIMA KASIH

MENDENGAR