contoh-contoh karangan sekolah rendah_ fakta- langkah memastikan kejayaan dalam pelajaran

1
Fakta: Langkah-langkah Untuk Memastikan Kejayaan Dalam Pelajaran Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran. *** *** *** *** *** Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Pelajaran dapat menjamin masa depan pelajar dalam apa juga bidang yang mereka minati. Oleh itu, pelajar haruslah belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka berjaya pada masa hadapan. Antara langkah-langkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran ialah berniat atau berazam memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Keazaman yang tinggi akan mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan. Seterusnya pelajar hendaklah menumpukan perhatian semasa guru mengajar bagi memastikan mereka faham akan apa yang dipelajari di kelas. Mereka juga mestilah segera bertanya guru jika tidak faham akan sesuatu topik pelajaran supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran. Selain itu, pelajar haruslah membuat jadual waktu di rumah bagi memastikan mereka dapat menggunakan masa seperti yang dirancang. Apabila pelajar pandai membahagikan masa, ini akan membantu mereka berjaya dalam pelajaran. Di samping itu, jagalah kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat supaya pelajar sentiasa berkeadaan cergas dan cerdas. Kesihatan yang baik akan memudahkan pelajar memahami apa yang dipelajari. Dalam pada itu, disiplin diri juga menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran. Pelajar yang berdisiplin akan membolehkan mereka berjaya dalam pelajaran kerana mereka tidak terjerat dengan pelbagai masalah disiplin yang boleh menggangu mereka dalam pelajaran. Kesimpulannya pelajaran amat penting kepada para pelajar. Orang yang berilmu sudah tentu akan dipandang mulia. Oleh itu, kita mestilah mengikut langkah-langkah yang betul untuk berjaya dalam pelajaran.

Upload: cathlyn-li

Post on 15-Nov-2015

283 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fakta - langkah memastikan kejayaan dalam pelajaran

TRANSCRIPT

  • 4/3/2015 Contoh-contoh Karangan Sekolah Rendah: Fakta

    data:text/html;charset=utf-8,%3Ch3%20class%3D%22post-title%20entry-title%22%20itemprop%3D%22name%22%20style%3D%22margin%3A%200px%3B% 1/1

    Fakta: Langkah-langkah Untuk MemastikanKejayaan Dalam Pelajaran

    Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk

    memastikan kejayaan dalam pelajaran.

    *** *** *** *** ***

    Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Pelajaran dapat menjamin masa depan pelajar dalam apa juga

    bidang yang mereka minati. Oleh itu, pelajar haruslah belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan

    mereka berjaya pada masa hadapan.

    Antara langkah-langkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran ialah berniat atau berazam

    memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Keazaman yang tinggi akan mendorong pelajar berusaha dengan

    lebih gigih bagi mencapai kejayaan.

    Seterusnya pelajar hendaklah menumpukan perhatian semasa guru mengajar bagi memastikan mereka

    faham akan apa yang dipelajari di kelas. Mereka juga mestilah segera bertanya guru jika tidak faham akan

    sesuatu topik pelajaran supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.

    Selain itu, pelajar haruslah membuat jadual waktu di rumah bagi memastikan mereka dapat menggunakan

    masa seperti yang dirancang. Apabila pelajar pandai membahagikan masa, ini akan membantu mereka

    berjaya dalam pelajaran.

    Di samping itu, jagalah kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat supaya

    pelajar sentiasa berkeadaan cergas dan cerdas. Kesihatan yang baik akan memudahkan pelajar

    memahami apa yang dipelajari.

    Dalam pada itu, disiplin diri juga menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran. Pelajar yang

    berdisiplin akan membolehkan mereka berjaya dalam pelajaran kerana mereka tidak terjerat dengan

    pelbagai masalah disiplin yang boleh menggangu mereka dalam pelajaran.

    Kesimpulannya pelajaran amat penting kepada para pelajar. Orang yang berilmu sudah tentu akan

    dipandang mulia. Oleh itu, kita mestilah mengikut langkah-langkah yang betul untuk berjaya dalam

    pelajaran.