contoh cabaran profesion keguruan

Upload: syazwani-shoib

Post on 10-Feb-2018

404 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Contoh Cabaran Profesion Keguruan

    1/7

    1

    CABARAN-CABARAN UTAMA YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM

    PROFESION KEGURUAN.

    Pengenalan

    Sejak beberapa dekad yang lalu, profesion keguruan di negara ini adalah

    profesion yang disanjung dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Guru adalah

    dianggap sebagai gedung ilmu yang serba mengetahui dengan keupayaan tersendiri

    serta kualiti peribadi yang diterima oleh masyarakat.

    Selaras dengan perkembangan sistem pendidikan dan kemajuan intelek

    masyarakat, profesion keguruan masa kini bukan sahaja telah diangkat martabatnya

    malah telah diiktiraf sebagai kerjaya bertaraf profesional. Guru yang profesionalmenggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas,

    mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa

    tertentu, mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan

    keuntungan wang atau saraan semata-mata, pakar dalam bidang masing-masing

    serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan tanggungjawabnya, dan

    mematuhi etika perkhidmatan.

    Namun begitu, profesion keguruan juga menghadapi pelbagai masalah yang

    sangat mencabar kewibawaan dan keprofesionalan kerjaya. Cabaran-cabaran yang

    ingin dibincangkan disini telah dirangkum dalam tiga konteks utama iaitu cabaran di

    era krisis dan perubahan etika, moral dan sosial, cabaran di era ICT dan cabaran di

    era K-ekonomi (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005).

    Cabaran Era Krisis dan Perubahan Etika, Moral dan Sosial

    Era krisis dan perubahan boleh difahami sebagai krisis dan perubahan

    masyarakat yang berlaku dari segi etika, moral dan sosial. Terdapat beberapa

    cabaran penting yang ingin dibincangkan dalam konteks ini. Cabaran pertama ialah

    cabaran membina masyarakat berhemah dan beretika. Profesion keguruan

    merupakan profesion yang bertanggungjawab dalam asas pembentukan moral dan

    etika sesebuah masyarakat. Wawasan dan matlamat pendidikan dalam konteks ini

    perlu menekankan aspek-aspek nilai kerohanian, kemanusiaan dan budaya hidup

    yang harmoni berlandaskan falsafah kemoralan dan etika.

  • 7/22/2019 Contoh Cabaran Profesion Keguruan

    2/7

    2

    Cabaran yang kedua ialah menangani krisis sosial dan moral. Fenomena

    sosial seperti merokok, ponteng sekolah, melepak, gangguan seksual di kalangan

    pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengsterisme, mencuri, meragut,

    membuli dan seumpamanya adalah antara gejala juvana dan delinkuen yang meluas

    di kalangan remaja di sekolah (Rashidi Azizan, 1994). Justeru itu, profesion

    keguruan perlu meningkatkan komitmen membantu masyarakat dan negara dalam

    menangani krisis sosial dan moral yang dihadapi. Kurikulum dan pengajaran di

    sekolah perlu diterapkan dengan pengukuhan pembinaan tingkah laku, peribadi yang

    baik, akhlak yang mulia dan juga menanamkan semangat jati diri supaya dapat

    menangkis pengaruh dan gejala buruk dalam kehidupan pelajar.

    Cabaran yang ketiga pula mempertahankan etika profesion keguruan.Profesion keguruan merupakan profesion yang terdedah kepada pelbagai pengaruh

    dan cabaran. Oleh itu, guru-guru perlu berusaha mempertahankan nilai dan aspek

    etika agar tingkah laku, tindakan dan amalan tidak terkeluar dari landasan dan

    prinsip etika pendidik yang baik, berhemah dan bertanggungjawab.

    Cabaran yang keempat ialah cabaran etika dan kualiti personal guru.

    Pengukuhan kekuatan personal seperti tingkah laku, pengetahuan, keterampilan,

    disiplin diri, kemahiran hubungan interpersonal, kecekapan profesionalisme seperti

    pengajaran, perancangan dan pengurusan, kematangan berfikir, kepimpinan dan

    idealisme hidup perlu dipupuk dalam program latihan, organisasi sekolah dan etika

    perkhidmatan keguruan. Dengan adanya kekuatan-kekuatan personal ini, guru boleh

    menjadi contoh atau role model yang baik kepada murid serta dihormati oleh

    masyarakat.

    Cabaran Era ICT

    Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai kemajuan dalam

    penggunaan ICT dalam semua aspek kehidupan khususnya dalam bidang

    pendidikan, telah memberi cabaran yang besar kepada profesion keguruan.

    Profesion keguruan perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan

    masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020 dimana

    kaum guru perlu bersedia melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/22/2019 Contoh Cabaran Profesion Keguruan

    3/7

    3

    Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan di

    era ICT ini ialah yang pertama; pembelajaran menerusi jendela dunia. Apa yang

    dimaksudkan disini ialah pembelajaran maya yang menggunakan internet, melayari

    laman sesawang (website) dan sebagainya. Ledakan teknologi ICT memberi cabaran

    baharu kepada profesion keguruan dan system pendidikan yang masih belum

    mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi

    baharu termasuk komputer, peralatan digital, e-learning, dan sebagainya.

    Cabaran kedua dalam konteks ICT ini ialah pembelajaran global. Proses

    pembelajaran dalam era ICT begitu dipengaruhi oleh revolusi teknologi maklumat

    yang boleh membawa pelajar menerokai pengetahuan dan maklumat tanpa batasan

    termasuk dalam konteks global. Transaksi maklumat boleh dilakukan melaluipenggunaan internet, telekomunikasi maklumat, kemajuan siber, faksimile, termasuk

    jaringan global yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan.

    Bagi merealisasikan pembaharuan ini, guru perlu bersedia mengambil dan menyahut

    cabaran dalam melaksanakannya di sekolah.

    Manakala cabaran ketiga pula ialah penggunaan IT yang mempunyai

    hubungan yang signifikan dengan pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences.

    Kecekapan dan kemahiran penggunaan komputer dalam pembelajaran merupakan

    satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti

    dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya.

    Cabaran kritikal yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan dan sistem

    pendidikan negara ini ialah menerokai cara memajukan bidang ini dalam pendekatan

    penggubalan kurikulum dan pendekatan pengajaran-pembelajaran.

    Cabaran keempat yang ingin dibincangkan disini ialah kepimpinan ICT dalam

    pendidikan. Untuk merealisasikan perkara ini, guru-guru perlu menyahut cabaran

    menjalani program latihan yang intensif dan ekstensif untuk melahirkan guru-guru

    mahir, pakar dan profesional dalam penggunaan komputer dan ICT. Ini untuk

    memudahkan guru melaksanakan pembelajaran era ICT dengan lebih berkesan.

    Pengajaran menggunakan sistem dalam talian atau on-linemenjadi cabaran

    kelima yang perlu dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan. Pembelajaran yang

    akan berlaku pada abad ke-21 tidak lagi terikat pada sistem konvensional. Revolusiteknologi ICT memerlukan sekolah dan profesion keguruan mengadaptasikan sistem

  • 7/22/2019 Contoh Cabaran Profesion Keguruan

    4/7

    4

    dan pendekatan belajar yang lebih fleksibel, dinamik, mudah dihubungi, interaktif dan

    kolaboratif. Pengajaran-pembelajaran on-line akan membolehkan sesuatu

    pembelajaran berlaku dengan lebih mudah kepada guru dan pelajar.

    Cabaran Era K-Ekonomi

    Peranan guru dan profesion keguruan amatlah penting dalam membentuk dan

    melahirkan masyarakat berpengetahuan dalam era k-ekonomi dimana corak

    penggunaan tenaga dan modal manusia akan menjadi perangsang kepada

    pertumbuhan dan kemajuan ekonomi. Pengetahuan ekonomi merupakan satu

    daripada keperluan pendidikan kenegaraan. Justeru itu, generasi muda perlu

    didedahkan serta menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang ekonomi supaya

    mereka dapat memainkan peranan yang membina dalam era k-ekonomi.

    Cabaran pertama yang perlu dihadapi guru dalam profesion keguruan dalam

    era k-ekonomi ialah melahirkan golongan muda yang berilmu pengetahuan,

    berkemahiran, berketerampilan, mengamalkan nilai dan sikap yang positif serta

    dinamik dan dapat menyumbang kepada kemajuan k-ekonomi. Selaras dengan

    kemajuan k-ekonomi, pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti perniagaan,

    keusahawanan, matematik, pengurusan kewangan, IT dan sebagainya perlu

    dilengkapkan supaya generasi muda dapat menjadi penggerak kepada perubahan

    dan kemajuan ekonomi seperti yang diimpikan kerajaan. Oleh itu, profesion

    keguruan perlu lebih superior dari segi penguasaan pengetahuan baharu sesuai

    dengan era k-ekonomi.

    Manakala cabaran yang kedua pula ialah guru perlu membentuk generasi

    muda yang kreatif, inovatif dan dinamik untuk menghadapi kemajuan dan cabaran k-

    ekonomi. Pelajar yang dibentuk bukan sahaja kreatif dan inovatif dari segi

    pembelajaran bahkan juga dari segi pemikiran, idea, pengetahuan, kemahiran,

    wawasan dan semangat untuk menghadapi perubahan k-ekonomi. Tuntutan

    perubahan ini sudah tentu merupakan cabaran kepada profesion keguruan di

    Malaysia khususnya kepada guru-guru yang diharapkan menjadi tenaga penggerak

    kepada kemajuan generasi muda.

    Disamping itu, cabaran ketiga pula ialah guru diharapkan untuk melahirkan

    golongan muda yang celik komputer sesuai dengan perubahan revolusi maklumat

  • 7/22/2019 Contoh Cabaran Profesion Keguruan

    5/7

    5

    atau ICT. Kemahiran dalam bidang ICT adalah suatu kecekapan yang diperlukan

    bagi menghadapi perubahan k-ekonomi. Oleh itu, profesion keguruan perlu

    berusaha meningkatkan lagi peratusan golongan celik komputer dan

    berpengetahuan dalam ICT supaya jurang digital yang wujud dapat dirapatkan

    antara golongan masyarakat bandar dengan luar bandar, diantara kaum dan juga

    dalam konteks gender. Bagi mencapai kemajuan dalam k-ekonomi, rakyat Malaysia

    perlu menjadi mahir dan membudayakan IT dalam kehidupan mereka. Wawasan

    baharu pendidikan untuk melahirkan golongan muda celik ICT memberikan cabaran

    kepada profesion keguruan supaya mengambil langkah bagi meningkatkan

    keupayaan dan pengetahuan guru untuk meluaskan budaya ICT.

    Guru kini perlu bersedia menggalas cabaran keempat dalam konteks era k-ekonomi bagi menyediakan generasi muda yang berkemampuan dan berdaya maju

    untuk menghadapi persaingan globalisasi. K-ekonomi berlaku dalam aspek global

    yang membuka perjuangan ekonomi sesuatu masyarakat dan negara kepada

    persaingan yang lebih terbuka dan bersifat kompetitif. Berdasarkan itu, peranan guru

    untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghadapi cabaran globalisasi adalah

    satu tugas yang kritikal. Ini adalah kerana globalisasi dapat menjadikan tembok

    kebangsaan dan kenegaraan dipertingkatkan kepada usaha kearah mengangkatimej dan kepentingan negara ke peringkat antarabangsa. Hal ini penting bagi

    mencorakkan kehidupan dan taraf hidup masyarakat kearah yang lebih baik, makmur

    dan bebas dari krisis ekonomi.

    Cabaran terakhir iaitu yang kelima yang ingin dibincangkan disini ialah guru

    perlu bersedia membentuk generasi muda supaya berusaha menanamkan semangat

    patriotik dalam memajukan ekonomi negara dan menghadapi perubahan serta

    cabaran k-ekonomi. Menggembleng semangat patriotik untuk memajukan ekonomi

    adalah suatu cabaran penting pendidikan dan profesion keguruan. Generasi muda

    perlu disedarkan akan pentingnya sokongan dan sumbangan bagi meningkatkan

    pertumbuhan ekonomi, menangani krisis yang wujud, membendung kejatuhan nilai

    matawang, kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Justeru itu, semangat baharu

    tentang ekonomi perlu ditanamkan melalui pendidikan awal. Sebagai contoh,

    mengutamakan produk dan jenama Malaysia, berbangga dan menyokong usaha

    memajukan ekonomi negara serta menanam minat terhadap ekonomi bagimelahirkan golongan usahawan, ekonomis, penggerak ekonomi, menjadi peniaga

  • 7/22/2019 Contoh Cabaran Profesion Keguruan

    6/7

    6

    dan pelabur yang berdaya maju serta membantu Malaysia menjadi salah satu

    negara pengeluar yang lebih kompetitif dan setanding atau lebih baik daripada

    negara maju lain.

    REFLEKSI

    Profesion keguruan merupakan kerjaya profesional yang dipandang mulia

    oleh masyarakat dan diangkat martabatnya sejak beberapa dekad yang lalu.

    Sebagai kerjaya yang mementingkan profesionalisme, guru perlu menghadapi serta

    mengharungi pelbagai cabaran getir semata-mata untuk mendidik, membentuk dan

    melahirkan masyarakat yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk meneruskan

    hidup di dalam dunia yang serba maju dan semakin canggih ini disamping tidak lupa

    untuk menerapkan akhlak yang mulia, peribadi yang baik, dan semangat jati diri ke

    dalam diri masyarakat.

    Antara cabaran-cabaran yang telah dibincangkan di dalam tugasan ini adalah

    terdiri daripada tiga konteks utama iaitu yang pertama, era krisis dan perubahan

    masyarakat yang berlaku dari segi etika, moral dan sosial, yang kedua, cabaran di

    era ICT, dan yang ketiga, cabaran di era k-ekonomi.

    Cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks era krisis dan

    perubahan antaranya ialah cabaran membina masyarakat berhemah dan beretika,

    menangani krisis sosial dan moral, mempertahankan etika profesion keguruan, serta

    cabaran etika dan kualiti personal guru.

    Manakala cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks era ICT pula

    ialah pembelajaran menerusi jendela dunia iaitu pembelajaran maya, pembelajaran

    global, penggunaan IT yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai

    kecerdasan atau multiple-intelligences, kepimpinan ICT dalam pendidikan dan

    Pengajaran menggunakan sistem dalam talian atau on-line.

    Cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks terakhir iaitu era k-

    ekonomi ialah melahirkan golongan muda yang berilmu pengetahuan, berkemahiran,

    berketerampilan, mengamalkan nilai dan sikap yang positif serta dinamik dan dapat

    menyumbang kepada kemajuan k-ekonomi, membentuk generasi muda yang kreatif,

    inovatif dan dinamik untuk menghadapi kemajuan dan cabaran k-ekonomi,melahirkan golongan muda yang celik komputer sesuai dengan perubahan revolusi

  • 7/22/2019 Contoh Cabaran Profesion Keguruan

    7/7

    7

    maklumat atau ICT, menyediakan generasi muda yang berkemampuan dan berdaya

    maju untuk menghadapi persaingan globalisasi, dan membentuk generasi muda

    supaya berusaha menanamkan semangat patriotik dalam memajukan ekonomi

    negara dan menghadapi perubahan serta cabaran k-ekonomi.

    Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya menyedari bahawa saya

    sebagai guru pelatih juga tidak terlepas dari menghadapi segala cabaran seperti

    yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, saya perlu lebih berusaha dalam

    menyediakan diri saya untuk menghadapi serta mengharungi setiap cabaran sama

    ada yang sedang dilalui kini ataupun yang akan mendatang. Justeru itu, sokongan

    serta tunjuk ajar dari pihak institusi pengajian yang saya hadiri sekarang termasuk

    juga panduan dari rakan-rakan sebidang sangat diperlukan untuk mempersiapkandiri saya dalam menghadapi cabaran-cabaran getir dalam profesion keguruan.

    BIBLIOGRAFI

    1. Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan Prospek dan

    Cabaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    2. Rashidi Azizan, 1994, Prosiding Seminar JKLKAU Ke-9

    Pendidikan Guru:

    Cabaran, Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul,

    MASA Enterprise, Kajang, Selangor.

    3. http://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dan-

    cabaran-cabaran.html

    4. http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-

    memartabatkan-profesion-perguruan/

    http://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dan-cabaran-cabaran.htmlhttp://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dan-cabaran-cabaran.htmlhttp://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dan-cabaran-cabaran.htmlhttp://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dan-cabaran-cabaran.htmlhttp://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion-perguruan/http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion-perguruan/http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion-perguruan/http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion-perguruan/http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion-perguruan/http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usaha-memartabatkan-profesion-perguruan/http://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dan-cabaran-cabaran.htmlhttp://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dan-cabaran-cabaran.html