contoh aktiviti intervensi

8
CONTOH AKTIVITI INTERVENSI 2.0 AKTIVITI PRABACAAN Aktiviti prabacaan terbahagi kepada tiga iaitu melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan aktiviti pengamatan pendengaran dan juga aktiviti mata dan tangan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam prabacaan.Antaranya ialah: 2.1 Aktiviti Pengamatan Pendengaran Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1: Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 1

Upload: amirul-hakim

Post on 04-Aug-2015

106 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh aktiviti intervensi

CONTOH AKTIVITI INTERVENSI

2.0 AKTIVITI PRABACAAN

Aktiviti prabacaan terbahagi kepada tiga iaitu melaksanakan aktiviti pengamatan

penglihatan aktiviti pengamatan pendengaran dan juga aktiviti mata dan tangan.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam prabacaan.Antaranya

ialah:

2.1 Aktiviti Pengamatan Pendengaran

      

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1:

Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam

perbezaan bunyinya.

           

Bahan:

            Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.

                       

Aktiviti Guru/Murid:

1.    Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi

seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.

2.    Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid

mendengarnya.

3.    Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan

sama ada bunyi benda itu sama atau tidak.

4.    Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita

rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.

 Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2:

Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir,

air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.

           

1

Page 2: Contoh aktiviti intervensi

Bahan:

Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang,

angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat

disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang  diperdengarkan.

           

Aktiviti Guru/Murid:

       1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.

               2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid

                              menyatakan jenis bunyi itu.

               3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi

      yang  dinyatakan.

            2.2 Aktiviti Pengamatan Penglihatan

           

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1:

Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan  

saiz.

Bahan:

Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.

Aktiviti Murid:

Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini

dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.

           Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 :

Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan

kenyataan atau di buku skrap kelas.

Bahan:

Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang

tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.

2

Page 3: Contoh aktiviti intervensi

Aktiviti Guru/Murid:

1.    Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan

 hidup.

2.    Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai

respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.

3.    Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan

kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan

lain-lain.

4.    Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap

mengikut tajuk tertentu.

.           2.3 Aktiviti Pergerakan Tangan Dan Mata

                       

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 :

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

Bahan:

Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti Guru/Murid:

1.    Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai

contoh.

2.    Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk

benda atau model yang disukainya.

3.  Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2:

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke

bawah untuk membolehkan membentuk huruf.

Bahan:3

Page 4: Contoh aktiviti intervensi

Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera,

bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah

yang dibuat dengan garisan putus-putus.

Aktiviti Murid:

1.    Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri

ke kanan dan sebagainya.

2.    Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan

tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka   ke kiri ke kanan dan

sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.

3.    Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

3.0 AKTIVITI PRATULISAN

3.1 Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata

      

3.2  Aktiviti Membuat Corak, Menyambung Titik, Memadamkan Bentuk.

     

            3.3 Aktiviti Membentuk Huruf

                       

4.    dengan air dengan

tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka   ke kiri ke kanan dan

sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.

5.    Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

4.0 AKTIVITI PEMULIHAN MEMBACA

             Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran

fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan

penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan

konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat

sebutan bunyi seperti bibir, gigi , gusi, lelangit keras, lelangit lembut , anak tekak ,

lidah, rongga tekak  dan juga rongga mulut.

4

Page 5: Contoh aktiviti intervensi

5.0 AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN

Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan

pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan

dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan

bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Oleh sebab itu, maka usaha

pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid

tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga,

penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi,

seperti pada umur empat tahun setengah.Latihan permulaan untuk kanak-kanak

kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Antara langkah-langkah yang

dibuat untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:

1.         Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi

pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya   membayangkan bahawa

mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam

besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun.

2.         Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid  ditunjukkan

bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang

dengan ibu jari dan jari telunjuk.

3.         Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan

ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan

senang dan selesa.

4.       Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan

mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukannya.

5.         Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta,

jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di

kedudukan yang betul.

5